“Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau lah segala kebajikan. Sesungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”
- Surah Ali Imran, ayat 26.
Bagi mana-mana penulis, buku pertama adalah buku yang paling berat hendak ditulis. Di sinilah letaknya ketika di mana seseorang itu harus membuat keputusan nekad, apakah mesti terjun seratus peratus ke dalam dunia penulisan dengan penuh dedikasi untuk menghasilkan karya yang bermutu atau mengambil jalan selamat - membuat kerja lain untuk menjamin pendapatan lalu menulis secara sambilan sehingga tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan.
Jalan yang jauh lebih selamat jika hendak menulis sepenuh masa, jalan yang boleh menjamin kesejahteraan hidup malah mendapatkan imbuhan lumayan pula adalah ‘melacurkan’ diri... Gunakan kelebihan yang ada untuk menulis bagi pihak yang berkepentingan walau mereka ternyata pengkhianat agama, bangsa dan negara yang cuma pandai bermain wayang kulit!
Bagi penulis pula, ketentuan Qada Qadar Ilahi atas kehidupan ini berserta tanggungjawab yang wujud akibat darah keturunan yang mengalir dalam diri mengharuskannya menulis dengan sepenuh hati. Masalahnya tidak ramai yang faham ini... Kenapa perlu menulis siri buku yang menongkah arus zaman, apalagi dibuat dengan belanja sendiri tanpa sokongan penerbit besar, persatuan atau kuasa-kuasa politik seperti lazimnya kini? Harus menanggung segala risiko seorang diri di kala ramai yang mencemuh usaha ini lalu menganggap niat penulis untuk memperkasakan makna Melayu Islam sejati sebagai satu cita-cita gila yang bersifat angan-angan Mat Jenin atau kerja sia-sia orang yang ‘perasan’.
Risikonya sangat tinggi. Jika ia berjaya, dapatlah penulis terus berkecimpung menulis buku dan novel dengan yakin... Sebaliknya jika gagal, kemungkinan besar keyakinan diri ini akan tergugat teruk hingga tidak mampu membuat apa-apa lagi penulisan sepanjang hayat!
Alhamdulillah buku pertama penulis, “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti” berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Lalu cerita pun dapat diteruskan dengan buku dua. Maka pembaca dibawa pula untuk menelusuri kaitan kerajaan-kerajaan Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh juga kepentingan darah keturunan dan amalan Tasawuf sejati dalam membentuk seseorang pemimpin, faktor-faktor yang cuba dikaburkan pihak Yahudi Zionis yang sangat mengagung-agungkan sistem demokrasi sebagai wadah terbaik mengatur masyarakat.
Tembelang sebenar demokrasi harus ditelanjangkan dan kepentingan darah keturunan yang membawa sifat kepimpinan semulajadi diketengahkan demi menangani masalah ummah. Maka turut disentuh makna jihad membela syiar yang asal agar terserlah satu perjuangan besar...
2 ulasan:
salams. saya dah habis buku 1 sekarang ke buku 2.....sedikit sebanyak saya terpanggil untuk kembali sujud kembali kepada NYA..... hari ini 3 syaaban, bersamaan 5hb ogos, saya pergi ke jalan TAR. Kat kedai buku minerva tak de stock. jadik saya melintas jalan.....mungkin rezeki saya....kat buku kedai depan tu ada buku yang saya carik......memang rezeki saya...
Buku Tan Sri Professor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas "Historical Fact & Fiction" telah pun di terbit oleh CASIS, UTM Press.
Saya rasa buku baru ini akan membetul segala Fakta & Feksyen dalam penulisan sejarah "Islamizasi" di pelusuk rantau ini.
Saya lebeh minat pada "scholarly" work ... apatah lagi di tulis oleh sarjana seperti SMNA.
Walau bagaiman pun buku2 lain tempat mereka masing2.
Catat Ulasan