Dua hari lepas saya telah membuka blogspot ini lalu kelihatan nombor di atas pada kaunter. Takdalah banyak mana, bukan seperti berjuta-juta pengunjung di blogspots popular. Tapi ia nombor cantik dan saya suka letaknya sebagai pembuka kata-kata.
------------
Apapun, dengan jadinya hari ini hari terakhir bulan Januari dapatlah ditutup file gambar untuk bulan ini. Maka itu kiranya cerita ini boleh disambung dengan artikel Mencari makna di sebalik Januari yang santai? yang dibuat 6 hari lalu. Mari... :]
Sabtu malam Ahad kami sekeluarga meninggalkan rumah di Bandar Tasik Puteri dengan mengambil jalan belakang tembus ke Meru. Sampai di satu bahagian bandar Kelang trafik bergerak perlahan...
Rupa-rupanya orang meletak tebu di kira-kanan jalan. Bersedia untuk menyambut pesta pongal (sebutannya berbunyi "ponggel") rupanya. Eh, pongal tu hapa? Saya pun tak tahu. Yang saya tahu melihat pada pokok tebu di kiri kanan, teringat kata pepatah menanam tebu di tepi bibir gitu. Agaknya sebab tu puak depa ni banyak jadik lawyer kot? Apakah ada kena-mengena dengan harga gula naik 20 sen per kilogram?
Hmm. Hari tu puak diaorang juga yang banyak pecah kelapa kat Batu Caves. Apa kena-mengena pulak dengan harga santan naik. Heh!
Maaf ya. Kata-kata tadi bukanlah bersifat perkauman, cuma kata-kata gurauan sahaja. Standard la wo brother... takkan semua benda pun nak dipolitikkan sampai jadi sensitif sangat? Kat India pun masih sibuk pandang rendah kat Pariah. Kat sini paling banyak Pariah datang sampai ramai jugak yang dapat hidup senang. Tapi masih tak boleh terima realiti yang tok nenek-moyang diaorang ni ramai datang berhijrah ke Tanah Melayu masa zaman British dulu sebab kat negara sendiri, kaum mereka sendiri pun pandang rendah dan diaorang susah nak cari makan! Bukan kita yang pandang rendah tapi kaum sendiri yang buat gitu. Itulah hakikatnya kenapa ramai berhijrah ke sini. Dah tu sensitif pulak bila sebut perkataan Pariah kat novel Interlok, akai ada ke? (Ish... melalut pulak aku).
Berbalik pada cerita. Kami sampai ke ke kampung isteri di Tanjung Sepat tengah malam. Esoknya pagi kami bersiap-siap untuk keluar lagi. Kelihatan Al-Rasyid sedang bermain-main dengan sepupu-sepupunya...
Kami mahu mengiringi pengantin ke majlis kahwin. Rujuk artikel tahun lepas Al-Rasyid berhari-raya : Pernikahan yang dipercepatkan. Masa tu nikah, ni kira majlis persandingan le...
Langit sedang mendung, hari sedang hujan. Sejak awal pagi lagi begitulah keadaannya.
Apapun majlis berjalan lancar. Cuma slacknya saya pulak kena jadi pengapit. Adus... masa bujang-bujang dulu tak pernah pun orang suruh, tiba-tiba dah umur 40, dah 2 kali kawin ni kena pulak jadi pengapit. Sabo aje le, hehe. Kelihatan Al-Rasyid dengan seorang anak saudaranya yang lebih tua. Lihat artikel A brother-in-law's wedding function di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Dari rumah pengantin di luar bandar Banting sudah tidak begitu jauh untuk ke Jugra.
Singgah dahulu di masjid untuk mengambil gambar. Lihat artikel Masjid di kaki Bukit Jugra (Mosque at the foot of Jugra hill) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kemudian baru pegi ziarah makam...
Makam Sultan keempat Selangor, Sultan Abdul Samad.
Memang pun kalau dah lalu dekat-dekat kami akan ziarah. Kiranya inilah kali pertama untuk tahun 2011...
Walaupun sudah berbelas kali rasanya pergi ke Jugra dan Bukit Jugra, baru kali ini saya tergerak untuk memanjat tangga yang terletak di tepi belakang masjid tadi. Apa ada di atas? Yang pasti ada banyak anjing jadi pak guard. Lihat The stairs up Bukit (hill of) Jugra.
Lagi satu, bila dah dekat-dekat sini rasa perlu singgah gak kat satu bahagian lain Jugra.
Lihat Istana Bandar. Oleh kerana gambar diambil dari tepi tingkap baru kelihatan bagaimana hujan yang masih tak henti-henti sebenarnya boleh menghalang pandangan...
Lainlah kalau ambil dari cermin depan. Boleh tunggu wiper kasi clear itu cermin (apa da aku cakap macamni hari ni? Apakah aku sudah dipongalkan?) lepas tu tangkap gambar sebelum bintik-bintik hujan menutup kembali pemandangan. Kelihatan di atas Masjid Alaeddin...
Cukuplah lalu dengan kereta sebagai syarat. Kami mahu berkejar ke tempat-tempat tertentu di bandar diraja Kelang (saya lagi suka ejaan ini berbanding Klang).
Hmm. Sebut nama Kelang, teringat pula watak raja Bugis abad ke 18 yang dikenali sebagai La Madukelleng. Siapakah orang ini? Insyaallah satu hari nanti saya akan bercerita panjang lebar tentang raja besar Bugis yang pernah giat menentang Belanda ini, raja yang menurut cerita dari belah sana jauh lebih tinggi tarafnya daripada 5 Daeng bersaudara (Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi) yang sering disebut dalam sejarah Tanah Melayu. Buat masa ini baca sahaja cerita yang ada di sini.
Menuju ke destinasi seterusnya.
Kalau tak salah ingatan ini baru kali kedua saya ke masjid ini.
Letaknya di hadapan Kolej Islam Kelang.
Apakah istimewanya masjid ini? Satu ia adalah masjid diraja. Kedua, ia memiliki rekabentuk yang sangat unik. Sambil itu teringat sebuah blogspot yang pernah begitu popular satu masa dahulu memaparkan gambar masjid ini sambil menyebutnya sebagai Istana Alam Syah. Kata mereka inilah tempat duduk Sultan Mahmud Melaka pertengahan abad ke 17 iaitu 350 tahun lalu. Walhal Istana Alam Syah adalah yang telah ditunjukkan pada gambar sebelumnya. Dan ia dibina tahun 1905, masjid pula 1932. Lihat Masjid (Mosque of) Sultan Suleiman, Kelang.
Di sebelah masjid pula terdapat makam diraja.
Inilah kali pertama saya juga keluarga berziarah ke sini. Kiranya ini melengkapkan ziarah ke setiap makam Sultan Selangor kerana sebelum itu kami cuma pernah pergi ke makam Sultan pertama hingga ke-empat. Baru saya tahu bagaimana rupanya makam seorang Sultan Selangor tertentu berbanding yang lain. Lihat makam kecil berbanding apa yang ada di belakang. Walhal ia milik Sultan Musa Ghiatuddin yang pernah memerintah Selangor 1942-1945.
Namun British atau pihak Inggeris yang berkuasa lama di Tanah Melayu mahu mengangkat adindanya Sultan Hisamuddin Alam Shah sebagai raja. Lihatlah makam baginda yang menjulang tinggi di kiri melebihi makam ayahanda sendiri di sebelah kanan. Lihat Makam diraja (Royal mausoleum of) Selangor, Kelang. Walhal Sultan Hisamuddin bukan sahaja beribukan orang kebanyakan, baginda memiliki seorang lagi kekanda iaitu Tengku Badar yang sama ibu.
Perkara yang sama pernah berlaku kepada Sultan Ali di Terengganu. Baginda juga pernah menaiki takhta semasa zaman pemerintahan Jepun tetapi cuma disebut sebagai Tengku Ali sahaja pada makamnya. Lihat bahagian akhir artikel Makam diraja Terengganu di Masjid Abidin (Terengganu royal mausoleum at the Abidin mosque). Mungkin ini berlaku kerana takut ada keturunan baginda mahu menuntut takhta nanti? Mungkin atas sebab serupa Sultan Musa di Selangor cuma disebut sebagai Tengku Musa walaupun baginda dikatakan tidak meninggalkan keturunan?
Begitulah yang berlaku di Tanah Melayu dengan campurtangan Inggeris. Tidak keterlaluan jika disebut semua raja-raja yang bertakhta kini berasal dari keturunan yang kurang afdhal. Ada lagi waris yang lebih layak namun diperkecilkan kedudukan. Namun untuk mengatakan seseorang itu lebih layak menaiki takhta pun bukan senang. Misalnya jika ada keturunan Sultan Musa (jika ada pun keturunan) mengatakan dia patut merajai Selangor sekarang, bagaimana pula keturunan beberapa orang anak Sultan ketiga Selangor, Sultan Muhammad Shah yang dipinggirkan apabila menantu baginda Sultan Abdul Samad diangkat menjadi Sultan keempat? Sultan Musa pula adalah cicit Sultan Abdul Samad, bermakna ada keturunan lain yang lebih layak...
Kita ambil lagi contoh iaitu di Perak, negeri kelahiran ayahanda saya. Kalau melihat pada kedudukan pewaris takhta sekarang, kaum kerabat almarhum Sultan Idris II sering mempersoalkan bagaimana ia kelihatan dimonopoli anak-beranak Sultan sekarang iaitu Sultan Azlan Shah. Ada yang menambah Sultan Azlan bukan sahaja beribukan orang kebanyakan, baginda sebenarnya cuma anak angkat Sultan! Namun pihak lain boleh menambah, kenapa mesti disibukkan anak cucu Sultan Idris sebagai pengganti yang lebih afdhal konon. Sedangkan kalau mengikut cerita lama, ayahanda Sultan Idris iaitu Sultan Alang Iskandar tidak patut menaiki takhta hampir 100 tahun lalu malah ayahanda kepada Sultan Alang Iskandar iaitu Sultan Idris I yang membuka Bukit Chandan pun cuma dapat menaiki takhta kerana pandai mengikut kehendak Inggeris. Bagaimana pula waris belah Teluk Intan? Mana pergi anak cucu Sultan Abdullah Muhammad Shah?
Kalau cara pemikiran sebegini diteruskan kita akan terjumpa banyak lagi jurai ke atas yang sebenarnya lebih layak menaiki takhta. Cerita sebegini takkan habis punya. Kalau kita kembali kepada Sultan pertama Perak Sultan Muzaffar Shah I 500 tahun lalu pun kita akan mendapati sepatutnya selepas Sultan kedua iaitu Sultan Mansur Shah takhta dipegang oleh keturunan Sultan Alauddin Mansur yang dirajakan di Aceh. Kalau kita kembali kepada cerita zaman Melaka pula kita akan mendapati adanya Sultan Ahmad, kekanda Sultan Muzaffar yang diperintah bunuh oleh ayahandanya sendiri Sultan Mahmud Melaka. Apakah Sultan Ahmad tidak meninggalkan keturunan? Bagaimana pula keturunan Sultan Munawar Shah yang merupakan kekanda kepada Sultan Mahmud tetapi disisih daripada takhta Melaka akibat permainan politik sesetengah pembesar yang menyokong kaum kerabat Bendahara?
Nasihat saya kepada mereka-mereka yang merasakan diri layak menjadi raja tak kiralah di negeri atau negara mana... buat sahaja kerja seorang raja iaitu membela nasib kaum dan tanah-airnya tanpa perlu memegang takhta. Kalau betul anda memiliki sifat-sifat seorang raja anda sepatutnya berbesar hati... tidak perlu menuntut itu ini atau bersusah-payah cuba mengumpulkan keris atau apa-apa alat kebesaran untuk menuntut hak konon kecuali menjadi insan yang adil terus membela yang kerdil. Kepada pihak lain yang berniat mahu menderhaka terhadap raja-raja sekarang atas alasan mereka bukan keturunan yang paling afdhal pula, nasihat saya pula curahkan kesetiaan kepada institusi diraja sebagai lambang dan payung kedaulatan orang Melayu dan Islam. Saidina Ali tetap menyokong kekhalifahan Saidina Abu Bakar. Umar dan Uthman walaupun ramai sudi menyokong baginda atas alasan baginda lebih layak memimpin ummah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu mahu dibakar langsung....
Di atas adalah gambar selepas meninggalkan makam. Kami masuk ke pusat bandar Kelang kerana ada lagi gambar yang mahu saya ambil.
Tu lah saya sanggup meredah hujan dan segala macam dugaan apabila terasa patut menyajikan sesuatu... dalam kes ini pemandangan Sungai Kelang dari tengah bandar Kelang. Lihat Going through the rain for a good look at the river in mid-town Kelang.
Kalau ikutkan perjalanan mahu diteruskan ke Kuala Selangor, naik ke Bukit Melawati ziarah makam tiga orang Sultan paling awal Selangor yang ada di sana. Kiranya bolehlah mencukupkan perjalanan jadi ziarah setiap makam Sultan yang ada di negeri bertuah ini. Tapi ketika mahu keluar dari Kelang pun dah jam 6 petang dan hujan masih tak henti-henti. Jadi cukuplah ini untuk bulan Januari. Kiranya hujung minggu inilah kami jalan paling jauh sejak kembali dari Pantai Timur 4 minggu lalu. Untuk makluman ini adalah artikel ke 800 di blogspot ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan