Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 04, 2011

Jalan-jalan Putrajaya dan majlis maulud/hol yang akan datang

Assalamualaikum semua. Semalam kami anak-beranak baru kembali dari Muar di mana kami menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka di Pagoh setelah setengah tahun tidak ke sana. Dalam perjalanan kembali rumah pula kami singgah di Melaka dan menziarahi dua buah makam yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ceritanya akan dibuat nanti sebelum satu siri tentang perjalanan terbaru ke Pantai Timur dimulakan, Insyaallah minggu hadapan. Menurut turutan gerak rasa ilham bercerita pula saya harus melunaskan dahulu kisah satu perjalanan ringkas ke Putrajaya hujung minggu 3 minggu lalu diikuti perjalanan ke Janda Baik hujung minggu lepas dan perjalanan ke Muar hujung minggu baru ini. Mari...


Petang Ahad 13 Mac, atas sebab tertentu kami anak-beranak pergi ke Putrajaya lagi.



Seperti biasa bandar pusat pentadbiran negara ini lengang hujung minggu.


Kami pun berpusing-pusing dengan riangnya (apa punya ayat le ni...)...


Masuk Maghrib kami singgah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.


Konsep terbuka masjid sentiasa menyegarkan mata dan minda...


Al-Rasyid pun suka.


Semenjak pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Besi kira-kira 8 bulan lalu saya akan cuba meluangkan sedikit masa masuk ke dalam setiap kali bertandang ke Putrajaya.



Ini adalah pemandangan Masjid Besi dilihat di satu bahagian tepian tasik.


Ia adalah berdekatan satu monumen yang dipanggil Menara Milleneum.


Ini adalah kali pertama saya singgah untuk melihat menara ini. Kalau tidak saya cuma berjalan terus tanpa mempedulikannya. Baru saya tahu ada beratus panel kaca memaparkan sejarah Malaysia dan Tanah Melayu sejak pembukaan kerajaan Melaka hinggalah ke zaman moden. Insyaallah jika sampai siang hari saya akan cuba mengambil gambar seberapa banyak panel kaca yang boleh untuk diketengahkan di mana-mana blogspot saya demi kemudahaan pembaca.

OK. Tajuk artikel ini ada menyebut tentang satu majlis maulud/hol yang akan datang. Rasanya cukuplah diberitahu majlis besar melibatkan berpuluh ribu hadirin dan ramai ulamak Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW akan diadakan Sabtu ini 9 April di Masjid Besi. Insyaallah saya akan datang. Nak tahu bagaimana meriahnya majlis, lihat artikel-artikel lama Majlis Maulud Nabi dan hol almarhum Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Masjid Putrajaya... dan Majlis hol almarhum Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berserta Maulud Nabi di Masjid Negara dan percaturan politik terkini....


1 ulasan:

Admin berkata...

selamat berkenalan,

Nanti melawat lagi Putrajaya.
Boleh singgah di homestay saya.
Boleh bawa family, sangat selesa.
http://gardenlakeside.blogspot.com/
:)