Bandaraya Kuala Lumpur dilihat dari luar kantin Dewan Bahasa dan Pustaka...
Assalamualaikum semua. Setelah membuat 3 artikel terawal dalam siri "Mencari jejak Merong" saya bercadang mahu membuat satu artikel tentang buku. Tetapi entah kenapa apabila melihat koleksi gambar untuk bulan Januari 2011 setakat ini timbul rasa kuat untuk melepaskan dahulu apa-apa rasa yang terbit berdasarkan koleksi tersebut. Untuk makluman sekembalinya dari perjalanan terbaru ke Pantai Timur (rujuk Perjalanan 2367 km dan 4743 gambar) saya dan isteri telah membuat keputusan tidak akan berjalan jauh buat satu masa. Kami sudah cukup kepenatan selain kurang belanja. Kami juga perlu mengurangkan beban yang ditanggung kereta buat sementara.
Siang tadi pun dihabiskan untuk membuat 7 artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Turut dibuat adalah 3 artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), satu daripadanya terbit akibat sebab lain, bukan daripada koleksi gambar Januari. Kecuali yang satu itu semuanya dibuat berdasarkan tempat-tempat yang tidak begitu jauh dari rumah, paling jauh pun mungkin sekitar 110 km sahaja. Namun ada semacam perkara tersirat diisyaratkan melalui cerita yang terkeluar tanpa dirancang.
Sesi dimulakan dengan perjalanan santai ke pekan Batu Arang yang terletak cuma 3 km dari rumah. Dari situ beralih ke cerita majlis kahwin saudara dua pupu di Shah Alam. Ini diikuti berjalan-jalan di ladang orkid 6 km dari rumah. Tiba-tiba ada pula cerita tentang Sungai Kelang di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Perjalanan paling jauh dibuat setakat ke Nilai sebelum ke bandar lama Bangi kemudian ke Kajang melalui Semenyih. Namun penceritaan yang asalnya mahu dibuat lebih kurang menjadi sesi untuk melepaskan rasa pilu lama pula. Seterusnya adalah kisah bertembung dengan rombongan membawa Kavadi di Jalan Ipoh menghala ke Batu Caves untuk perayaan Thaipusam. Ini diikuti penemuan satu objek seperti bukit kecil di Kuala Selangor yang seperti mahu menyatakan sesuatu.
Di celah-celah itu ada artikel ringkas tentang 2 buah masjid. Atas gerak Allah Ta'ala, satu kerja tertentu dapat diselesaikan semalam menyebabkan saya mencari kembali gambar-gambar tentang Kota Buruk di Muar lalu tergerak membuat artikel baru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), . Itulah satu-satunya artikel yang dibuat siang tadi tanpa melibatkan koleksi gambar bulan Januari. Sebaliknya ia menggunakan gambar-gambar lama yang telah diambil lebih 3 tahun lalu.
Menariknya artikel baru Kota Buruk itu menjadi yang ke 494 di blogspot itu. Ini membuat saya ingin menyemak apakah artikel-artikel ke 494 di blogspots saya yang lain. Terjumpalah The unique station at Bahau dan Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat. Turut ditemui adalah Susah-payah mempromosi/menjual buku (sehingga perlu lari-lari) di pesta buku... yang walaupun merupakan artikel ke 495 di blogspot ini kelihatan seperti menyambung perkara yang tersurat dan tersirat pada artikel ke 494, tentang penerimaan memberangsangkan keluarga yang sebenarnya turut melibatkan buku.
Kebetulan sebelum itu saya tergerak untuk memilih gambar di atas sebagai hiasan. Bila sebut Dewan Bahasa dan Pustaka sudah tentu ia melibatkan buku. Diharap semua ini adalah petanda baik buat saya. Sekarang biar diletakkan links untuk semua artikel baru yang dibuat siang tadi.
1. A relaxing afternoon at Batu Arang.
2. Al-Rasyid's antics at a cousin's wedding....
3. Al-Rasyid and the orchid farm
4. Kelang river at Kuala Lumpur city centre
5. From Nilai to Kajang : Reminiscing on how life has changed and such
6. Bumping into the Thaipusam procession
7. The little 'hill' recently discovered in Kuala Selangor
8. Masjid (Mosque of) Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves
9. Masjid kuarters KLIA (Mosque of KLIA quarters)
10. Kota Buruk (the ruined fort), Muar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan