Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mac 31, 2011

Apa ada di Tasik Biru?

OK. Semalam saya berjumpa 3 orang kawan di Tasik Biru, Kundang tidak berapa jauh dari Sungai Buloh, Selangor. Mula-mula kami duduk di tepian tasik yang menghadap ke jalan besar kemudian beralih ke sebuah kedai makan kemudian beralih ke bahagian belakang tasik seperti terpapar di atas. Kelihatan di tengah adalah pulau di tengah tasik. Saya pernah naik ke pulau itu setelah berenang sedikit. Berenang sedikitlah sebab saya tak pandai pun berenang. Jangan main-main wooo. Tasik ni bekas lombong... dalam.


Ini pula adalah pemandangan dari hadapan jalan besar. Walaupun saya sudah singgah ke tasik ini banyak kali saya tidak mengambil banyak gambar. Semalam saya cuma mengambil satu sahaja gambar. Hari ini apabila tergerak untuk membuat satu artikel tentangnya di sini saya terpaksa mencari dalam koleksi jika ada gambar. Terjumpalah gambar-gambar ini yang diambil daripada artikel Tasik Biru, the "Blue Lake" yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 2 tahun 2 bulan lalu.



Pulau dilihat dari hadapan jalan besar. Dalam perhimpunan semalam saya ada menyebut terasa kawasan sekitar ini ada sesuatu. Tak pastilah apakah sesuatu itu tetapi rasanya ada kena-mengena dengan keberadaan kerajaan lama. Semasa naik ke atas pulau saya ada mendapat rasa yang agak kuat. Seolah-olah di pulau itu ada makam lama atau tapak istana gitu.



Pagi tadi seorang rakan yang ditemui semalam memberitahu, gambar yang diambil menghadap kepala pulau (seperti pada gambar teratas) terasa seperti kepala naga keluar dari tasik. Hmm... memang ada gak rupa begitu tapi itu mungkin imaginasi sahaja.


Papantanda Tasik Biru. Ingat ini adalah gambar daripada artikel yang dibuat 2 tahun 2 bulan lalu. Semalam saya nampak papantanda itu sudah patah, terbaring tersorok di belakang sebuah kedai betul-betul di pinggir tasik.

Ini pula adalah peta-peta yang menunjukkan kedudukan Tasik Biru berbanding kawasan sekitar seperti Sungai Buluh dan Rawang.



Nampak kan tasiknya di mana?



Saya telah mengukur menggunakan Google Earth. Panjang pulau ini adalah 200 meter. Perhatikan juga ada semacam 'jambatan' menyambungkan pulau ke daratan. Sebenarnya ia bukan jambatan tetapi adalah batas yang terletak di dalam air.

Saya sudah sebut tadi tasik ini bekas lombong. Seperti kita tahu lombong biasanya dalam, amat dalam. Adapun di daratan berdekatan permulaan batas itulah orang terutama budak-budak suka mandi. Dekat ke daratan dalamnya kira-kira paras peha kemudian paras pinggang. Sampai ke bahagian batas yang kelihatan terhakis sedikit tu dah lebih 5 kaki. Di situlah saya terpaksa berenang sedikit sebelum sampai ke bahagian batas yang airnya kembali pada paras pinggang lalu kita boleh berjalan naik ke pulau. Namun begitu anda mesti ingat batas sepanjang kira-kira 80 meter ni sempit. Nak seberang boleh tapi berhati-hatilah jangan sampai ditarik arus ke kiri atau ke kanan, takut terjatuh ke tempat dalam ibarat masuk gaung.

Oh. Apa ada di Tasik Biru? Biar anda sendiri menilai. Saya cuma menurut gerak rasa untuk bercerita. :]



18 ulasan:

Cute Oven berkata...

ada apa ye... tak mau nak nilai2 ... bongkar la misteri yg ada... ceritakan yg sebenarnye...tak sabar nak tau..

Radzi Sapiee berkata...

Yep. Diharap ada yang dapat berkongsi apakah yang ada di Tasik Biru... :]

Tanpa Nama berkata...

saya duduk dkat tasik biru tu dah 17 thun . sejak lahir lg. bomba penah wat latihan menyelamat kt tasik biru pada waktu malam. dah terserempak dgn ikan toman besar kancil mcm tu la. tasik tu pun mmg dlm sgt2. saya penah hampir lemas kt situ. lpas tu x berani dah masuk dlm air. sbb x reti berenang. hehe. org yg mati kt situ pun ramai juga. mcm2 cerita lg la kt stu. nak nak lg kt pulau tu. ada yg ckp penah nampak naga la. katak besar rumah la. haha. apapun. Wallahualam. sekadar berkongsi apa yg saya pnh dgr. sejauh mana kebenarannya? saya pun x pasti. btw. doakan saya dipermudahkan untuk menjawab soalan spm nanti k :) hihi. tq. lg 3minggu je nk spm u.u gemuruhh pula.

Unknown berkata...

menarik cerita saudara...saya juga sejak kebelakangan ini seolah terpanggil untuk kesana

LOCOS berkata...

follow cite ni mcm best jerk...ade lg ke info...try la interview otai2 kat sana...

Unknown berkata...

Apa misteri the blue lake ni?! Mmg trgerak aty nk taw ceta sai tasik ney. Knapa dgn nm dia? Da sjaraq ke???

Tanpa Nama berkata...

kedalaman tasik ni lbih kurg 17 tgkat apartment.. kt dlm tasik ni ada mcm2.. ikan pelik2 pun ade.. tp sjak pmbinaan rumah kt tasik biru ni..air da kotor..bahan binaan ade juga dibuang dlm tasik ni

Tanpa Nama berkata...

sy ingin membeli apartment laguna biru yg 17 tingkat tu...betol ka bangunan tinggi tu pon di bina atas bekas lombong dalam...wah menakotkan.bley x spa2 tolong xplain kat sy...sbb harga yg di tawarkan ok.tp buat sy was2 tentang keselamatan struktur bangunan tuh

Tanpa Nama berkata...

dahulu ade pekerja lombong yg membela seekor ikan toman di sebuah perigi ditengah lombong tersebut..saiz dia sebesar tong gas..tp bila lombong ditutup ikan tersebut tiada khabar berita..mungkin ikan itu membesar...dan menjadi induk,seperti yg kita tahu tasikbiru kaya dgn ikan toman ....sy pernah nampak dari atas flat bayang sebesar bas mini sedang begerak di tengah tasik itu kemudian ia tenggelam semula...tak peercaya boleh cuba tanya org sekitar situ..atau cuba sendiri kt atas flat tu...bila terik matahari...bwa ayung k

Tanpa Nama berkata...

kalau cari balik mastika sekitar 90 an ade kisah tentang tasik biru...mengisahkan wanita berdiri di permukaan air ditengah tasik tu..ape yg pasti tasik tu memang makan nyawa setiap tahun...dan yg paling pasti sekali kalau lemas kt tebing mana sekali pon kt tasik tu..cari lah kt bawah pulau tu tesangkut kt akar...nak tahu stuktur pulau tu..bentuk dia macam sebiji epal yg telah dimakan kiri dan kanannyaa..itulah bentuk nya..

Tanpa Nama berkata...

Sy sendiri pnh ditarik kaki kd dalam air ketika mandi masa berumur 7tahun mcm tu. Serik n fobia lnsg xmandi dh. Tp memang ada misteri .

Tanpa Nama berkata...

Blh tak tuan empunya blog ni whatsap sy. 0193643987

Tanpa Nama berkata...

Blh tak tuan empunya blog ni whatsap sy. 0193643987

Unknown berkata...

Sme lah kita..sye yg pndai brenang pon hmpir lemas...slmt ade kwn2 time 2

Unknown berkata...

Sme lah kita..sye yg pndai brenang pon hmpir lemas...slmt ade kwn2 time 2

Unknown berkata...

Aq penah dgr kwn aq kate kt situ dulu ade trak besar tenggelam dlm tu yg aq x caye nyer tayar die jer dh besar klas aq pastu ade 4 tayar bygkan bape besar bdn die pastu dlm bape hari diorg kate lori tu nmpk mcm kotak mancis dr ats so ko bygkn bape dalam tasik biru ni dh la rmai org mati kt situ seram giler

min youn jun berkata...

saya haritu ade dtg dkt tasik tu time ii nk maghriblah mcm tu dlm kul 6.40 camtu la utk buat kerja khursus sej.kat situ mmg ramai orang dtg beriadah ...ramai budak ii motor ade dkt situ .... tapi yg saya ada hairan masa tu biasa budak ii motor dkt situ x kesah melepak smpai mlm...yang buat saya hairan bila dh dlm kul 7.15 .... 7.20 mcm tu diorang semua cpt ii balik ....ade jgk lah terdengar ape yg diorang borak ....diorang ckp dkt kwn diorang yg newbie dtg melepak dkt situ yg tasik tu keras...so saya pun jadi seriau lah (seram + risau ) so saya pun cpt ii la balik ....esoknya saya check gmbr yg sy tgkp dkt situ ...gmbr saya dgn pulau tu...saya x thu lah saya berimaginasi ke ape tapi saya mcm nmpk ade kepala dkt pulau tu....saya check gmbr lain x de...maybe tu hanya imaginasi saya kot....

Tanpa Nama berkata...

saya datang dari masa depan, semalam 28-Dec-2023, ada lelaki mati lemas di tasik biru ni. Alhamdulillah mayat dah jumpa. Betul orang cakap. Tasik ni mmg makan nyawa