Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mei 02, 2021

Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 1 hingga 10

Salam hari Ahad malam Isnin 21 Ramadhan. Sudah diberitahu dalam artikel Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis tengah malam lalu bahawa masih ada yang perlu dilakukan sebelum dapat dibuat analisis tentang tren perjalanan.  Antaranya adalah mengeluarkan senarai perjalanan dengan jarak dan peta, 10 demi 10 sehingga. Ini adalah 10 yang pertama...

 

1. Perak Sept 2006

Dua bahagian :-

Bahagian 1 : Lakaran mudah 746 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 750 km.

Bahagian 2 : Lakaran mudah 541 km. Lihat sini. Lebih 550 km. 

Jarak keseluruhan = lebih 1,300 km (750 km + 550 km). Lihat Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak September 2006.


2. Singapura 2006

Lakaran mudah 794 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....


3. NS ke Pulau Besar awal 2008

Lakaran mudah 543 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 600 km. Lihat  Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar.


4. Perak Mei 2008


Lakaran mudah 490 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar tak kurang 500 km. Lihat Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008).


5. Sekitar Perjanjian Pangkor (Ogos 2008)

Lakaran mudah 703 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 750 km. Lihat  Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.


6. Perjalanan berliku balik raya tahun 2008


Lakaran mudah 684 km.  Lihat sini  Jarak sebenar lebih 700 km. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.


7. Ke selatan hujung 2008

Lakaran mudah 652 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 


8. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009

Lakaran mudah 524 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis


9. Jengka-Bagan Datoh awal 2009

Lakaran mudah 865 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.


10. Melaka Mei 2009

Lakaran mudah 495 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak  7,400 km (1,300 + 850 + 600 + 500 + 750 + 700 + 700 + 550 + 900 + 550). Julat jarak perjalanan adalah 500 km hingga 1,300 km.


Tiada ulasan: