Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mei 03, 2021

Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 21 hingga 30

Salam hari Isnin malam Selasa 22 Ramadhan. Bersambung daripada artikel  Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 11 hingga 20.


21. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010

Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 866 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 950 km. 



Bahagian 2 : Lakaran mudah 831 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 880 km. 

Jarak keseluruhan =   1,830 km (950 km + 880 km). Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.



22. Menyelesaikan bab Perak Okt 2010


Lakaran mudah 797 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 850 km. Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?.



23. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011

Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 715 km. Lihat sini.



Bahagian 2 : Lakaran mudah 944 km. Lihat sini

Jarak berdasarkan lakar mudah = 1,659 km (715 km + 944 km). Jarak sebenar = 2,367 km (ditunjukkan pada meter kereta). Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".



24. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011


Lakaran mudah 1,012 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.



25. Sekitar raya 2011

Ada empat bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 575 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 630 km. 



Bahagian 2 :  Lakaran mudah 562 km.  Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 600 km.



Bahagian 3 : Lakaran mudah 825 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 850 km.



Bahagian 4 :  Lakaran mudah 148 km. Lihat sini. Jarak sebenar 160 km.


Jarak keseluruhan = 630  km + 600 km + 850 + 160 km = 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.



26. Gunung Ledang 2011(Okt)


Lakaran mudah 527 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus menghampiri 540 km. Lihat Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.



27. Pusing Perak 2011 (Okt)


Lakaran mudah 774 km.   Lihat sini. Jarak sebenar lebih 800 km. Lihat Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.



28. Pulau Besar-Muar-Negeri Sembilan Nov 2011


Lakaran mudah 614 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 650 km. Lihat Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan.

29. Bentayan-Alauddin-Tambusai Mac 2012

Lakaran mudah 541 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 600 km. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang


30. Dari Jelai ke Broga Julai 2012


Lakaran mudah 415 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 450 km. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 11,427 km (1,830 + 850 + 2,367 + 1,100 + 2,240 + 540 + 800 + 650 + 600 + 450). Julat jarak perjalanan adalah 450 km hingga 2,367 km.


Tiada ulasan: