Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 07, 2021

Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Turun dan kembali ke Kuala Lumpur

Masuk pada artikel terakhir siri kecil ini. Bersambung daripada artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula....


Gambar ini menunjukkan beberapa puncak yang terdapat di Gunung Kinabalu. Harus ketinggian-ketinggian yang ditunjukkan adalah berdasarkan ukuran yang dibuat oleh pasukan RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia - Institut Diraja Juru Ukur Malaysia) cawangan Sabah. Cuma berlaku sedikit perkara anti-klimaks. Kami naik dengan anggapan puncak tertinggi gunung iaitu Low's Peak yang sebelum itu tercatat mencapai ketinggian 4,101 meter bersamaan 13,455 kaki dari paras laut akan didapati lebih tinggi akibat gerakan plet bumi dalam tempoh lebih seabad. Sebaliknya ia menjadi 4,095 meter bersamaan  13,435 kaki iaitu 6 meter lebih rendah. Memang anti-klimaks.

Apapun dapat dipastikan Low's Peak memang puncak tertinggi. Terjawab teka teki yang sudah lama bermain dalam kepala ramai orang terutama sesetengah pendaki apakah puncak-puncak berdekatan seperti Victoria Peak dan St' John's Peak lebih tinggi kerana kelihatan begitu dengan mata kasar dari atas Low's Peak. Ternyata tidak. Kedua-duanya didapati sekitar 5 meter lebih rendah daripada Low's Peak.


Satu lagi sudut pandang Gunung Kinabalu dengan setiap puncak diberi nama. Ada banyak kan? Tetapi tanpa dinyatakan ketinggian. Bagi orang awam seperti saya walaupun merupakan seorang wartawan ketinggian tepat puncak-puncak bukanlah keutamaan. Cukuplan dapat tahu sudah berjaya mendaki gunung yang dinyatakan sebagai tertinggi di Asia Tenggara apa lagi di Malaysia. Dapat sampai ke puncak itu sudah satu pencapaian yang amat besar. Dan lagi ketika itu belum lagi mendapat keputusan ukuran. Ia mengambil masa untuk diukur kemudian disemak lagi dan lagi. 

Menurut catatan dalam makalah RISM (boleh dirujuk di sini, sila pergi terus ke muka surat 27) pasukan yang diamanahkan untuk membuat ukuran menetap sehari lagi di sekitar puncak bagi menyelesaikan kerja. Saya dan sejumlah ahli rombongan pula mula turun sekitar jam 11, setelah 4 jam berada di puncak iaitu sejak jam 7 pagi. Seingat saya turun itu laju sahaja mengikut rentak tarikan graviti. Apa lagi sampai di satu bahagian yang seperti anak-anak tangga. Memang laju turun. Nak tarik 'hand brake' pun susah...


Gambar ini menunjukkan bahagian dengan anak-anak tangga. Cuma kelihatan orang sedang menaik bukan menurun. Bawah dari Panar Laban iaitu pada paras kurang 11,000 kaki kebanyakan bahagian laluan adalah sebegini. Nak naik memang penat. Turun? Memang terasa automatik mengikut graviti...

Cuma kesannya adalah hentakan pada sistem tubuh badan akibat turun laju susah nak tarik hand brake. Seingat saya dalam tempoh 3-4 jam dah boleh sampai ke tempat permulaan rasmi iaitu Pintu Timpohan yang terletak pada ketinggan 6,000 kaki lebih dari paras laut. Selepas itu ikut jalan tar sehingga ke Taman Kinabalu. Hasil daripada hentakan seluruh bahagian dalam paha sakit-sakit membawa ke pinggang. Selama beberapa hari selepas itu saya jalan kengkang! :]


Kembali ke Kota Kinabalu saya check in atau mendaftar masuk ke hotel sama tidak jauh dari laut, Laut China Selatan. Ada tempoh masa 2-3 hari sebelum harus kembali ke Kuala Lumpur dengan penerbangan yang telah ditempah pejabat sejak sebelum pergi. Ikutkan ada masa untuk menjelajah bandar dan sekitarnya. Tetapi saya lebih banyak berehat, keluar pun dekat-dekat untuk makan dan sebagainya dalam keadaan susah hendak menahan daripada jalan kengkang. 

Begitulah juga keadaan sehingga beberapa hari setelah kembali ke KL. Pandai-pandailah cover supaya tidak begitu terserlah kekengkangan. Namun saya tidak dapat membuat laporan lengkap untuk berita surat khabar kerana belum mendapat keputusan rasmi hasil ukuran di puncak. Tunggu punya tunggu sampai terlupa perkara sebab terasa lama sangat. 

Menurut makalah RISM (sekali lagi boleh dirujuk di sini) hampir 2 bulan kemudian iaitu pada 17 Ogos baru diumumkan ketinggian baru Gunung Kinabalu iaitu 4,095 meter atau lebih tepat 4,095.2 meter. Inilah yang akan dimasukkan ke dalam semua rujukan rasmi seperti peta, brochure dan sebagainya selepas itu. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 Dato' Seri Dr Mahathir (sekarang bergelar Tun) dalam satu lawatan ke Sabah. Kenapa begitu lewat diumumkan? Rupa-rupanya masih ada yang tidak lengkap semasa ekspedisi yang disertai 25 Jun itu. 

Ada puncak bernama Victoria Peak belum dapat diukur ketinggian tepat kerana pasukan yang ada tidak mampu mendaki sehingga ke bahagian paling tinggi. Ini akibat kedudukan terlalu menegak curam dan tinggi lalu amat berbahaya. Sedangkan perlu untuk meletakkan alatan GPS (Global Positioning System) di tempat yang sepatutnya. Baru boleh diukur tepat menggunakan sistem satelit.

Untuk itu satu pasukan baru yang mampu mencapai puncak dihantar beberapa minggu selepas ekspedisi utama. Baru dapat mengesahkan bahawa Low's Peak yang dinyatakan sejak zaman British sebagai puncak tertinggi di Gunung Kinabalu memang benar adalah yang tertinggi. Menurut makalah RISM tingginya lebih semeter sahaja daripada Victoria Peak. Nampaknya maklumat yang diletakkan pada awal artikel ini berdasarkan gambar berkenaan tidak tepat. Ia menyebut Victoria Peak sebagai terletak 4,090 meter dari paras laut iaitu 5 meter kurang dari Low's Peak.


Apapun ekspedisi 25 Jun itu telah melakar beberapa kejayaan bersejarah. Menurut makalah RISM ini tercatat di dalam Malaysian Book of Record seperti berikut :-


1. Kali pertama dibuat tinjauan ukuran Gunung Kinabalu dari atas puncak

2. Ukuran paling tepat ketinggian gunung setakat ini

3. Kali pertama pendakian dibuat oleh orang buta dan ada kecacatan mental - Ah. Saya lupa langsung tentang ini. Selain untuk membuat ukuran pendakian dipromosikan sebagai satu usaha kebajikan (charity work) lalu ada melibatkan kumpulan-kumpualan berkenaan (seperti orang kurang upaya)

4. Kali pertama dibuat siaran langsung televisyen dari atas puncak (itu yang ibu kepada ibu saya sempat tonton di Muar lalu dapat melihat saya seperti dinyatakan dalam artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula...)

5. Kali pertama seorang Ketua Menteri Sabah dapat mendaki dan turun Gunung Kinabalu tanpa bantuan (maksudnya tanpa perlu dipapah atau sebagainya)

6. Wang dan tajaan dapat dikumpul sehingga mencapai nilai RM1 juta

7. RM268,000 telah diserahkan untuk kebajikan.



Tu dia. Bila dah menulis ini baru tersedar saya sebenarnya sudah terlibat dalam satu usaha dan ekpedisi yang hebat lagi melakar sejarah. Sebelum ini cuma mengenangkannya sebagai satu kejayaan peribadi dapat mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sedangkan banyak lagi kejayaan tercatat seiring dengan itu. 


Sekarang sampai masanya untuk menutup dan melengkapkan siri dengan membuat kira-kira jarak perjalanan. Dibuatlah lakaran mudah perjalanan seperti di atas sejak sampai Sabah melalui lapangan terbang lalu ke hotel kemudian ke Taman Kinabalu membawa ke Pintu Timpohan kerana itu adalah tempat terdekat ke puncak boleh dikira jaraknya oleh Google Map. Campur perjalanan kembali ke hotel kemudian ke lapangan terbang sebelum kembali ke KL jadilah 199 km. Namun saya juga ada berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu termasuk dibawa agak jauh dengan kereta oleh orang. Oleh tak salah untuk menggenapkan jarak perjalanan menjadi 220 km.


Seterusnya adalah jarak pendakian dari Pintu Timpohan. Poster ini menyebut 8.72 km. Tetapi itu adalah setelah dibuat laluan baru dekat puncak iaitu setelah laluan lama runtuh akibat gempa bumi tahun 2015. Oleh itu biar diambil jarak yang saya ingat orang biasa sebut iaitu 8.5 km. 

Pergi balik dah jadi 17 km. Campur jarak 220 km pergi balik hingga ke lapangan terbang jadi 237 km. Memang terlalu sedikit untuk dimasukkan ke dalam senarai perjalanan-perjalanan terjauh saya, senarai yang proses pembuatannya menjadi asbab untuk menggali kembali cerita banyak perjalanan lama. Lainlah kalau dicampur jarak penerbangan dari KL ke Sabah dan kembali. Itu boleh tahan jauh. Tapi adalah menjadi polisi saya agar tidak mencampurkan jarak penerbangan bagi suatu perjalanan. Yang dikira cuma jarak di permukaan bumi laut dan darat kerana mengambil masa dan boleh jadi sangat mencabar.

Walaupun tidak cukup jarak perjalanan ini ternyata sangat istimewa. Pada ketika ini senarai perjalanan istimewa cuma ada 10 perjalanan. Selepas ini harus dimasukkan beberapa lagi termasuk kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 ini. 

Sekarang saya harus bersiap untuk satu perjalanan baru. Saya mahu keluar beriktikaf dari masjid ke masjid di bahagian utara negeri Selangor sehingga hari Ahad 27 Ramadhan insyaallah. Oh. Satu lagi perkara yang terasa menarik. Saya sampai ke puncak Gunung Kinabalu itu pada 25 Jun sedangkan cerita ini ditulis pada 25 Ramadhan. Sekian wassalam.


Tiada ulasan: