Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 07, 2021

Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Pendakian berprofail tinggi pun bermula...

Salam pagi Jumaat 25 Ramadhan. Bersambung cerita daripada artikel Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu.



Adapun beberapa hari sebelum berlaku pendakian wartawan akhbar Berita Harian bagi pejabat Kota Kinabalu telah menghubungi untuk menyatakan beliau akan sama mendaki. Kami duduk di bawah satu syarikat penerbitan iaitu New Straits Times Publishing. Beliau sedia mengambil saya untuk dibawa ke Kinabalu Park atau Taman Kinabalu di mana pendakian harus bermula. 

Sampai waktunya beliau pun datang mengambil di hotel. Rasanya ada ingat-ingat lupa dibawa singgah ke rumahnya dahulu untuk mengambil barangannya. Hmm. Saya pasti ada di bawah ke rumah lalu bertemu anak isterinya dan makan-makan. Yang tak pasti apakah dalam perjalanan ke Taman Kinabalu yang memakan jarak hampir 90 km atau dalam satu pertemuan yang lebih awal. 

Seterusnya saya ingat kami naik jalan berliku-liku masuk hutan dan mendaki kawasan tinggi. Kalau tak salah sampai satu kawasan kereta ada masalah. Enjin panas ke hapa. Namun alhamdulillah dapat juga sampai ke Taman Kinabalu lalu bertemu dengan lain-lain ahli rombongan.



Semakan menggunakan Google Earth menunjukkan Taman Kinabalu itu sendiri terletak pada paras ketinggian lebih 5,160 kaki dari paras laut. Didapati juga bahawa jalan raya mula menaik tinggi sejak dari pekan Tamparuli sekitar 35 km ke timur laut Kota Kinabalu. Pekan terletak pada paras sekitar 50 kaki dari paras laut. Dalam 5 km kemudian jalan mencapai ketinggian1,000 kaki dari paras laut.




Beginilah kedudukan Tamparuli berbanding Gunung Kinabalu dilihat menggunakan Google Earth. Perhatikan bagaimana jalan raya yang ditanda dengan warna kuning mula berliku-liku menaiki kawasan tinggi menghampiri gunung.




Ketinggian 5,160 kaki dari paras laut itu adalah sekitar 1,000 kaki lebih tinggi berbanding Gunung Jerai di Kedah juga Gunung Ledang di Johor. Kami pun berjumpa dengan ahli-ahli rombongan yang lain. Ada 40 orang kalau tak salah.

Sesungguhnya ini bukan aktiviti kecik-kecik anak. Ini bukan pendakian biasa-biasa seperti dibuat kebanyakan kumpulan yang pernah mendaki Gunung Kinabalu. Ia dianjurkan oleh RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia - Instituti Diraja Juru Ukur Malaysia) cawangan Sabah dengan misi untuk mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan teknologi ukur terbaru. Sesungguhnya terdapat keraguan terutama dalam kalangan juru ukur bahawa ketinggian  rasmi yang dipegang selama itu 13,455 kaki bersamaan 4,101 meter dari paras laut mungkin tidak tepat. 

Ukuran terdahulu dibuat semasa zaman pemerintahan British abad ke-19 Masihi menggunakan teknologi lama melibatkan teropong dari sebuah kapal 100 km jauh ke puncak gunung. Dari kejauhan itulah diukur puncak yang dilihat paling tinggi, dikenali sebagai Low's Peak. Sedangkan terdapat dua lagi puncak yang sering kelihatan lebih tinggi apabila dilihat para pendaki yang sampai ke Low's Peak.

Menurut kira-kira berdasarkan gerakan plet bumi dan sebagainya dalam ilmu geologi pula ia harus naik lagi dalam 1-2 meter.  Lalu hal ini dan misi sudah diwar-warkan sejak beberapa lama di dada-dada akhbar di Malaysia. Sehingga dinyatakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. PM ke-4 iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang bergelar Tun) sendiri akan mengumumkan ketinggian baru hasil ukuran mereka.

Disebabkan begitu penting dan tingginya profail misi Ketua Menteri Sabah ketika itu Datuk Seri Yong Teck Lee sudi turut sama mendaki bersama beberapa pegawai kerajaan. Beberapa orang wartawan ikut sama termasuk daripada RTM kerana akan membuat siaran langsung dari atas puncak gunung. Cuma tu le, sebelum ke Sabah saya beritahu boleh ikut Ketua Menteri naik helikopter sehingga ke Panar Laban yang terletak pada paras 11,000 kaki dari paras laut. Dari situ baru betul-betul mendaki sehingga ke puncak.




Apapun ia sebenar adalah satu peristiwa bersejarah. Baru dua hari lalu saya dapat menemui dokumen menyebut bahawa kerja-kerja mengukur di puncak gunung dibuat pada hari Rabu 25 Jun 1997. Disebut secara terperinci sebab musabab kerja, dinyatakan juga 62 orang terlibat dalam ekspedisi lalu dibahagikan kepada 4 pasukan. Maklumat-maklumat ini boleh dilihat sendiri dalam makalah terbitan badan induk penganjur iaitu RISM. Sila masuk sini, terus tuju ke muka surat 27.  

Namun bukanlah bermakna 25 Jun itu tarikh pendakian bermula. Ini kerana selepas semua yang terlibat sampai ke Kinabalu Park penganjur harus mengambil masa untuk mengatur peserta juga memberikan taklimat. Kalau tak salah kami menginap di situ dahulu satu malam. Ya. Mesti menginap dahulu kerana seingat saya kereta sampai separuh jalan ke Kinabalu Park pun sudah jam 3 petang.

Seterusnya dari Kinabalu Park masih ada jarak 4 km untuk sampai ke tempat permulaan rasmi pendakian gunung iaitu di Timpohan Gate. Semakan dengan Google Earth dan Google Map menunjukkan terdapat jalan tar sempit sehingga ke situ lalu pendaki harus berjalan kaki. Yang dibenarkan naik kenderaan adalah kaki tangan Kinabalu Park dan renjer. Rasanya porter, orang yang bertugas mengangkat barang-barang keperluan pendaki pun boleh naik motosikal hingga ke situ.




Saya tak ingat jika kami sendiri dihantar dahulu dengan kenderaan memandangkan Ketua Menteri ada bersama. Boleh jadi itu. Boleh jadi juga kami berjalan kaki dari Kinabalu Park supaya mendapat rasa seperti para pendaki biasa. Apapun pendakian secara rasminya tetap bermula di Timpohon Gate atau Pintu Timpohon. Semakan mengunakan Google Earth menunjukkan ia terletak pada ketinggian sekitar 6,100 kaki dari paras laut. Ini adalah lebih kurang sama tinggi dengan pusat peranginan Genting Highlands yang terletak hampir ke puncak Gunung Ulu Kali dan kurang 1,000 kaki lebih sahaja daripada ketinggian gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan (7,175 kaki).



Di sini tidaklah ingin dipanjangkan sangat cerita pendakiann. Cukuplah dengan sedutan berkenaan daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (Jun 2006) seperti dikongsikan dalam artikel sebelum ini iaitu Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu.. Di atas adalah satu gambar rajah pendakian dari satu peringkat sehingga satu peringkat. Ia sama sahaja seperti ketika saya membuat pendakian tahun 1997 kecuali di satu bahagian tertinggi yang ditanda dengan perkataan "Ferrata". Ini merujuk pada seksyen menghampiri puncak yang mana telah ditanam alat-alat bantuan besi akibat laluan lama yang tidak begitu teruk kecuramannya runtuh kerana gempa bumi tahun 2015.



Adalah menjadi kebiasaan semua pendaki supaya setelah beberapa lama mendaki dari Pintu Timpohon berehat satu malam di Panar Laban sekitar 11,000 kaki dari paras laut. Tak pun di Sayat-sayat sedikit lebih tinggi. Saya sudah lupa berehat di mana. Yang ingat jam 3-4 pagi sudah keluar menyambung pendakian bersama mereka yang duduk sebilik dalam 5-6 orang gitu supaya dapat sampai ke puncak tertinggi sebelum matahari naik. 

Saya ingat setelah beberapa lama mendaki pertama kali dalam hidup merasa muntah hijau. Memang keluar warna hijau, dapat dilihat dengan cahaya lampu picit juga cahaya bulan. Semakan dengan program Gregorian to Hijriah Convertor menunjukkan tarikh 25 Jun 1997 yang disebut sebagai tarikh ukuran dibuat di puncak gunung adalah bersamaan 19 Safar. Maka harus ada cahaya setengah bulan.



Sebelum matahari naik kami berjaya sampai ke paras dapat melihat puncak tertinggi sebegini rupa seperti dalam gambar. Ya. Saya tahu dan ingat ini kerana kemudian 3-4 kali turun naik dari paras yang ada kelihatan orang dalam gambar sehingga betul-betul ke puncak yang kelihatan menajam. Saya ingat di paras ini dapat melihat lopak-lopak air beku. Memang sejuk sangat. Kami semua memakai baju tebal.




Saya ingat dapat sampai ke puncak tertinggi ini sejurus sebelum waktu matahari naik. Sayangnya kami tidak direzekikan dapat melihat pemandangan matahari terbit kerana kabus tebal diselang-selikan angin sejuk kuat. Menggigil-gigil kami berlindung di sebalik batu-batu yang kelihatan. Itu yang 3-4 kali saya turun ke paras yang ditunjukkan dalam gambar tadi  sebelum naik kembali ke puncak. Kebanyakan ahli lain ekspedisi menunggu di paras itu kerana kawasan puncak sempit, tak boleh muat ramai orang. Dan lagi atas itu teruk dilanda angin sejuk.

Yang kesiannya krew televisyen RTM kerana harus terus bertahan di puncak. Mereka perlu menjaga alatan siaran langsung yang telah dibawa ke sana dengan pertolongan porter iaitu juru angkat barang. Oh. Di sebelah pagar yang kelihatan ada jurang menjunam sehingga 2,000 meter ke bawah. Tengok memang rasa ngeri dan gayat. Kalau belah yang kelihatan dalam gambar masih dikira zon selamat.

Dipendekkan cerita selepas menunggu kira-kira 2 jam iaitu daripada jam 7 hingga 9 pagi baru kawasan sekitar puncak menjadi terang lalu bolehlah dibuat siaran langsung bersama Ketua Menteri dan semua ahli ekspedisi. Saya ingat apabila balik ke kampung di Muar, ibu kepada ibu saya, orang yang dipanggil sebagai Mak (ibu saya panggil Mami) memberitahu ada terlihat saya di atas gunung melalui kaca TV. Cukuplah perkongsian buat masa ini. Selepas ini akan dibuat artikel penutup siri.



Tiada ulasan: