Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 05, 2026

Madani dalam sejarah : Islam, Timur dan Barat

Salam pagi Jumaat 19 Zulhijjah 1447 Hijriah. Bersambung daripada Membaca Al-Quran bersama Kant dalam zaman AI.



Malam itu bergerak ke kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak untuk mengikuti satu lagi majlis ilmu.



Tajuk harus cukup jelas. Yang bercakap adalah Rektor UIAM Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang juga adalah penyelia tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).



Jam 8.17 beliau masuk ke dewan majlis bersama para undangan terhormat.









Sebelum syarahan bermula Timbalan Rektor Profesor Dato' Dr. Mohamad Fauzan Noordin yang bertindak sebagai pemudah cara memberikan taklimat tentang objektif syarahan.



Ia menyambung dan memanjangkan perkara daripada siri syarahan Madani yang terdahulu. Diberikanlah sedikit analisa tentang siri pertama itu.






Diberitahu perkembangan susulan termasuk penerbitan buku berdasarkan siri pertama itu. Lihat artikel-artikel lama saya tentang edisi-edisi dalam siri...






Sekitar jam 8.32 bermulalah syarahan yang merupakan pertama dalam siri kedua.



Di sini tak perlulah mengulas panjang.



Secara rata ia adalah pengenalan juga sinopsis bagi menunjukkan pengisian dan hala taju siri baru.




Apa yang terpapar dalam slaid menunjukkan intipati perkara. Osman cuma memanjangkan sedikit setiap perkara.













Syarahan dalam bahasa Melayu ini boleh diikuti sendiri melalui pautan berikut...








Selepas syarahan cadangnya hendak bermalam dan beriktikaf di Masjid Bukit Antarabangsa. Namun kereta menghadapi masalah yang nampaknya berpunca daripada palam pencucuh (spark plug) ada yang tidak berfungsi. Ini mula terserlah selepas berhenti di stesyen minyak Shell sebelum tol Gombak untuk mandi dan menunaikan solat. Nasib baik dapat juga membawa kereta ke UIAM untuk mengikuti syarahan.



Cuma perlu pandai bermain minyak supaya enjin tak mati. Ini dilakukan juga selepas syarahan yang mana saya telah lalu membuat keputusan untuk terus menuju ke rumah, tidak jadi bermalam di masjid. Namun di bulatan dekat Batu Caves lampu isyarat sedang merah lalu terpaksa memberhentikan kereta. Ini menyebabkan enjin mati. Selepas itu tidak berjaya mengerakkan kerana tidak cukup kuasa, setakat dapat menghidupkan enjin sahaja.

Tersadailah kereta buat beberapa ketika di tengah jalan lalu asyik kena hon. Nasib baik ada beberapa penunggang motosikal berhenti lalu menolong menolak ke tepi. Itu yang ditunjukkan kedudukan kereta dalam gambar atas tadi. Dari tepi itu diusahakan berkali-kali untuk menggerakkan kereta. Masih sekadar dapar hidupkan enjin, dapat masuk gear tetapi tidak cukup kuasa untuk berjalan. 

Dipendekkan cerita akhirnya kembali ke rumah menaiki trak tunda lewat malam, sampai sekitar jam 1 malam. Semalam petang Khamis baru dapat diselesaikan masalah itu, setelah mekanik kampung yang datang ke rumah menukar satu set palam pencucuh. RM400 wooo harga. Untuk kereta ini tiada pilihan kena pakai palam dengan spec tertentu yang mahal itu kalau mahu pakai lama kereta. Semoga mendapat rezeki ganti berganda. Amin.


Tiada ulasan: