Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Ogos 07, 2025

Hubungan kemanusiaan di Madinah Nabi - Wahyu Ilahi sebagai asas

Merujuk pada artikel Asbab membayar kompaun motosikal yang dipersembahkan Isnin 4 Ogos jam 8.20 malam Selasa. Ada dinyatakan bahawa pada jam 1 lebih pagi sebelum itu iaitu 19 jam lebih awal baru kembali dari satu permusafiran di Pahang. Cadangnya siang Selasa 5 Ogos mahu mula berkongsi cerita tetapi tak larat, terasa penat sangat. Untuk makluman sebelum kembali ke rumah saya ada tersesat dalam hutan atas bukit setinggi 1,000 kaki dari paras laut di Lembah Klang. Dekat jam 9.30 malam baru keluar hutan dan sampai kembali ke kereta. Ketika azan Maghrib berkemundang masih di atas salah satu puncak bukit berkenaan.

Penat perjalanan yang turut meliputi pendakian Bukit Kertau di Chenor tengah hari Jumaat 1 Ogos, dan pendakian Gunung Ulu Kali di Genting Highlands hampir tengah hari Ahad 3 Ogos selain memandu sejauh 740 km lalu membuat banyak lagi persinggahan masih belum betul-betul kebah hingga sekarang. Pun begitu diusahakan untuk hadir ke satu majlis ilmu di kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam semalam... kerana sudah berjanji kepada guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar yang sekarang juga adalah Rektor UIAM akan hadir. Maka biar dilepaskan ceritanya sekarang.


Poster bagi majlis yang merupakan ke-4 dalam siri berkenaan. Sejak bulan Mei ia diadakan setiap Rabu malam Khamis awal bulan. Dan setiap kali itu guru saya Osman memberikan syarahan.



Setakat ini belum terlepas mana-mana edisi walaupun baru kembali dari perjalanan jauh. Lihat artikel-artikel berikut :-








Ketika edisi pertama berlangsung 7 Mei saya baru kembali dari perjalanan ke Muar 29 April hingga 4 Mei yang mana ada dibuat pendakian 5 buah bukit berangkai. Lihat Asbab ke Muar awal Zulkaedah. Ketika edisi kedua berlangsung 4 Jun baru kembali dari perjalanan hingga ke Pulau Pinang dan Alor Setar 29 Mei-2 Jun yang mana saya memandu sejauh 1,080 km. Lihat Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar. Ketika edisi ketiga  berlangsung 2 Julai pula baru kembali dari perjalanan ke selatan Thailand 24-29 Jun yang meliputi jarak hampir 1,800 km. Lihat Jejak Langkasuka 2025 - The compilation



Kadangkala terlupa betapa kerap saya keluar berjalan. Bila hendak menyusun penulisan lalu menyemak kembali apa yang berlaku dalam suatu tempoh berkenaan baru tersedar. Mana tak penat? Selepas selesai suatu perjalanan pula hati menyuruh agar menulis tentangnya. Sementara menunggu majlis bermula sempat membaca sedikit Al-Quran dalam proses pengkhataman bagi bulan Safar.



Terus pada syarahan Osman.



Tajuk yang ditunjukkan kelihatan lain sedikit daripada dalam poster.




Ia dinyatakan sebagai yang kedua dalam senarai atas. Dua edisi terawal lebih pada pengenalan sebelum masuk huraian lebih mendalam bermula pada edisi ketiga...



Dihuraikanlah apakah itu hubungan antara manusia, dalam bahasa Arab disebut sebagai hablun min al-Nas bermula dengan zaman sebelum Nabi Muhammad SAW membawa agama Islam di Mekah diikuti di Madinah.




Hubungan ini dizahirkan paling sempurna selepas kota Madinah diasaskan, selepas berlaku peristiwa Hijrah yang mana para pengikut Nabi dari Mekah berpindah ke Yathrib yang diubah nama menjadi Madinah. Mereka dikenali sebagai kaum Muhajirin sementara penduduk asal yang menerima mereka sebagau saudara sendiri dikenali sebagai kaum Ansar. Persaudaraan yang terjalin dikatakan adalah yang terbaik pernah berlaku dalam sejarah manusia.



Semua itu berlaku kerana adanya Hablun Mina'llah, perhubungan dengan Tuhan. Sesungguhnya ada hubungan antara manusia berlaku sambil mengetepikan atau menolak langsung kewujudan, apa lagi kepentingan Tuhan seperti di negara-negara berideologi Komunis.



Dinyatakan 5 rukun yang membentuk Hablun Min al-Nas di Madinah. Sila ikuti sendiri syarahan melalui video bawah...





Tiada ulasan: