Aduh! Sekali lagi saya dilanda rasa yang teramat malas untuk menulis. Rasa ini mula melanda lagi setelah menyajikan artikel 777, umur 40 dan tawaran terhad buku 10 hari lalu dan sejak itu cuma satu sahaja artikel baru dibuat di mana-mana blogspot saya iaitu Akhirnya... bentuk 'lidah terjulur' yang masih wujud di Aceh 5 hari lalu. Sepatutnya saya telah memulakan satu siri baru tentang perjalanan menaiki keretapi ke Singapura yang dibuat pertengahan bulan November. Tetapi melihat pada mood saya buat masa ini ada kemungkinan ia cuma akan dimulakan minggu hadapan.
Kamera saya yang mengalami kerosakan sekembalinya dari perjalanan ke Beting Beras Basah (lihat Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah) sebulan lalu pula masih belum dapat diperbaiki sepenuhnya. Sepatutnya ia sudah selesai diperbaiki minggu lepas tetapi apabila mengambilnya di kedai ternyata masih ada masalah, terpaksalah dihantar kembali ke kilang di bawah jaminan ataupun warranty. Begitu banyak perkara yang tidak dapat direkodkan akibat ketiadaan kamera. Selain perjalanan bersama ibubapa ke Tanjung Sepat, Cyberjaya dan Putrajaya selepas perjalanan ke Beting Beras Basah, saya juga tidak dapat mengabadikan perjalanan yang disertai anak-anak lain ke Janda Baik, Raub dan Frasers Hill lebih seminggu lalu. Saya juga tidak dapat merekodkan masa santai yang diluangkan bersama kenalan dari Brunei, Hajah Sopiah dan ibubapanya. Untuk pengetahuan Hajah Sopiah dan keluarga telah menaja perjalanan saya, isteri dan anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid ke Brunei sebelum Ramadhan. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos.
Nasib baik perjalanan keretapi ke Singapura pertengahan November dapat direkodkan. Itupun disebabkan ada seorang sepupu ikut sama dan beliau ada memiliki sebuah kamera digital lama. Dengan selesainya sedikit luahan berkenaan kamera rosak barulah saya dapat menyebut sesuatu yang lebih sesuai dengan tajuk. Pertama, assalamualaikum semua. Maaf jika salam hanya diberikan selepas rasa terkilan akibat tidak dapat merekodkan sedikit perjalanan diluahkan terlebih dahulu. Kedua, barulah saya dapat mengucapkan dengan lega... selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432!
Sementara belum tergerak untuk memulakan siri perjalanan ke Singapura yang akan diikuti Insyaallah dengan siri perjalanan ke utara hingga ke Hatyai yang dibuat Ramadhan 3 bulan lalu, saya akan meletakkan kumpulan-kumpulan links untuk beberapa siri lalu di sidebar kanan blogspot ini. Kalau tak salah ingatan siri terakhir yang links nya ada diletakkan di sidebar adalah perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri yang dibuat penghujung 2008. Lihat bahagian tengah sidebar, di bawah tajuk "Ke Pantai Timur bersama isteri". Sedangkan sejak itu sudah beberapa siri disiapkan dengan links setiap siri dikumpulkan dalam artikel kompilasi.
Di bawah ini biar disenaraikan siri dengan meletakkan links artikel kompilasi menurut masa ia disiapkan. Oh, baru tersedar sebenarnya siri terakhir diletakkan di sidebar adalah tentang perjalanan ke Aceh pertengahan 2009. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur.... Apapun, ada banyak siri yang belum diletakkan di sidebar. Ada pula yang belum dikumpulkan linksnya menjadi artikel kompilasi, misalnya satu siri tentang perjalanan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung untuk satu projek buku, buku yang baru saya diberitahu siang tadi mungkin akan keluar dari kilang percetakan 2 minggu lagi.
Untuk malam ini biarlah diletakkan links untuk siri yang sudah sedia ada menjadi kompilasi ya. Anggaplah semua yang disebut dalam artikel ini sebagai kata-kata aluan untuk sambutan tahun baru Hijrah yang masuk Maghrib tadi dan links di bawah sebagai satu ulangkaji. :]
1. Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya...
2. Mengenang lawatan spontan ke Singapura 2006...
3. Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan"
4. Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"...
5. Kompilasi "Jalan-jalan anak-beranak"
6. Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...
7. Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!
8. Tempat-tempat di Selangor yang membuka jaringan ilham...
9. Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat
10. Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh
11. Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...
12. Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya
13. Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan