Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, June 25, 2009

Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya...


Assalamualaikum semua. Sebelum saya melangkah lebih jauh menyambung bercerita di sini setelah lebih seminggu membisu, biar dikumpulkan dahulu segala link-link sekumpulan cerita tertentu yang cuba dilepaskan dalam tempoh sebulan dua lepas. Mula-mula cerita tentang An-Nur. Ini dia...

Cerita An-Nur - Satu pertemuan yang tak dijangka

Cerita An-Nur - Pertemuan tak dijangka., tapi dengan Nur pula....


Cerita An-Nur - Apa masalah si Nur?


Cerita An-Nur - Cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara...


Cerita An-Nur - Ke Segamat bersama jodoh baru? Dan lisan agama dan keturunan yang keluar daripadanya...


Cerita An-Nur - Penerimaan yang memberangsangkan keluarga di Segamat


Cerita An-Nur - Ke Perak untuk berbincang hal buku


Cerita An-Nur - Apabila si gadis cantik naik gila...


Cerita An-Nur - Berubat menggunakan air kelapa gading di Janda Baik?


Cerita An-Nur - Pertemuan dengan keluarga Nur...


Cerita An-Nur - Akhirnya terpisah kerana fitnah siapa agaknya ya?


Kemudian siri cerita "Umrah 2005" yang mahu dilepaskan sebelum 15 Jun 2009 iaitu Isnin lalu, sebagai penutup kepada segala yang ingin diluahkan sebelum saya dan isteri berlepas ke Aceh... sebagai penyambungan kepada perjalanan saya yang lalu ke sana iaitu pada Januari 2004 yang tersangkut akibat Aceh masih darurat dilanda peperangan...

Umrah 2005 - Pertolongan Nur dan percubaan berhenti merokok

Umrah 2005 - Susahnya nak berhenti rokok!


Umrah 2005 - Madinah. Antara makam Rasulullah, persoalan antara Nur dengan bekas isteri juga anak, dan gatal melihat perempuan...


Umrah 2005 - Mekah, bermulanya umrah sebenar dan jawaban mengenai persoalan jodoh


Umrah 2005 - Jodoh terbaruku ditemui di Mekah?


Umrah 2005 - 11 kali 3 perkara


Umrah 2005 - Lain-lain tempat di sekitar Mekah


Umrah 2005 - Akhirnya Jabal Nur dan Gua Hira...




2 comments:

Anonymous said...

tak sabar nk tau citer mcm mana ko dapat bini baru nih....
masih menunggu....
adakah semuanyer merupakan satu fakta ataupun 'auta'.
nnt boleh cerita dari a-z yer...

Radzi Sapiee said...

Anggaplah sebagai auta. Lagi senang... sepertimana banyak orang mencipta auta dalam dunia Cyber untuk kelihatan menarik walhal hakikat sebenar diri jauh panggang dari api gitu:]