Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 01, 2010

Akhirnya... bentuk 'lidah terjulur' yang masih wujud di Aceh

Setelah 5 hari membiarkan 'aura' 777 berkumandang (rujuk artikel 777, umur 40 dan tawaran terhad buku), baru saya terbuka untuk berkata-kata lagi di sini. Sebenarnya saya belum bersedia untuk membuat artikel baru yang menurut perancangannya akan menghuraikan mengenai perjalanan ke Singapura menaiki keretapi tengah bulan lalu. Tetapi melihat satu perkembangan tertentu saya terasa harus menyatakan sesuatu.




OK. Tepat 9 bulan lepas iaitu pada 1 Mac 2010 saya telah membuat sebuah artikel bertajuk Dah jumpa dah di Aceh! Bentuk "lidah terjulur" yang mengaitkannya dengan Perak.... Bacalah apa yang sudah disebut di situ. Saya begitu teruja dengan apa yang ditemui ketika itu walaupun bentuk 'lidah terjulur' atau panggilan formalnya papan kepala cicak yang ada cuma dilihat pada sebuah pintu gerbang hotel di Idi.

Semalam saya telah membuka Facebook lalu mendapati gambar sebuah masjid lama di Aceh yang masih memiliki ukiran itu telah ditag atau disambungkan ke akaun saya. Alhamdulillah, setelah beberapa lama mencari, inilah kali pertama saya melihat bentuk tersebut pada masjid yang masih wujud di sana. Terimakasih kepada saudari Harleny yang meletakkan gambar itu. Untuk pengetahuan beliau adalah seorang pengkaji yang sudah beberapa kali ke Aceh dan baru ini pergi lagi, baru sahaja kembali Isnin 2 hari lalu.

Kata Harleny yang pernah mengkaji senibina masjid-masjid lama di seluruh Semenanjung Malaysia hingga ke Patani di Selatan Thailand juga Tanah Bugis di Pulau Sulawesi selain beberapa tempat di Sumatera seperti Aceh, Rawa dan Tanah Minangkabau itulah kali kedua dia terjumpa bentuk ukiran yang saya suka panggil sebagai 'lidah terjulur' itu di Aceh. Alhamdulillah. Saya sendiri belum terjumpanya, mungkin terlepas pandang atau tidak tahu di manakah harus mencari. Lebih menarik lagi masjid yang tertera di atas ini memiliki kaitan sangat rapat dengan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, seorang raja yang dianggap pemerintah teragung Aceh. Dipanggil Masjid Poteu Meureuhom sempena panggilan hormat selepas baginda mangkat, ia memiliki mimbar berserta tongkat yang pernah digunakan Iskandar Muda semasa memberi khutbah 400 tahun lalu.

Saya rasa cukuplah meluahkan rasa tentang ini. Kalau nak tahu lebih lanjut kena tunggu Harleny sendiri bercerita di dalam websitenya Jejak Mihrab & Mimbar . Selain itu biar diletakkan links beberapa artikel lama yang mungkin ada kaitan dengan penemuan bentuk 'lidah terjulur' ini. Semoga ada pencerahan yang dapat membuka lebih jauh pengetahuan yang perlu untuk menangani cabaran akhir zaman.





14 ulasan:

Merbawi Jr. berkata...

Salam... Hmm akhirnya... :)

Tanpa Nama berkata...

Bumbung yang bertingkat dan lidah tergantung menunjukkan hasil pengaruh dan sedikit perubahan tetapi mengambil bentuk dari bumbung yg ada di istana Kemboja, Siam atau kerajaan Langkasuka. Bumbung Minangkabau juga ada mengambil atau berasaskan bentuk yang sama dengan Kemboja, Siam Langkasuka dengan sedikit perubahan di sana sini.

Asal usul Raja Raja adalah dari Merong Mahawangsa.

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam...

Untuk mengatakan ciri-ciri rekabentuk atau tatahias yang ada pada sesebuah binaan terkait pengaruh dari budaya mana, perlu kepada penelitian sejarah. Di situlah nanti akan diketahui tentang perkembangan sejarah budaya bangsa sama ada dalam aspek senibina, kostum adat, kerajinan tangan dll. Hal demikian untuk mengelakkan tafsiran kurang tepat ttg ciri2 akulturasi (penyerapan) budaya mana yang dibawa masuk sebelum berasimilasi (teradun) dengan budaya setempat.

"Bumbung yang bertingkat dan lidah tergantung menunjukkan hasil pengaruh dan sedikit perubahan tetapi mengambil bentuk dari bumbung yg ada di istana Kemboja, Siam atau kerajaan Langkasuka"

Maaf saya ingin bertanya, kenyataan tersebut dipetik dari sumber mana? Apakah ia bersandarkan fakta dari teks bertulis atau hanya sekadar andaian? Walaupun kedua ciri tersebut terdapat persamaan, kajian perbandingan menggunakan pendekatan sejarah kawasan dan teori budaya seharusnya digunapakai. Analisa yang diperolehi kelak akan memberi jawapan pengaruh budaya mana yang sebenarnya hadir dahulu...dengan kata lain, ciri budaya mana yang diserap masuk.

Untuk mendapatkan jawapan yang tepat, telusuri sejarah senibina di Alam Melayu. Boleh rujuk buku Abdul Halim Nasir, Anuar Talib dan beberapa sarjana lain yang membuat kajian khusus ttg senibina lama. Andaian (hipotesis) adalah selemah-lemah hujah setelah usaha dalam menemukan teori, pendekatan atau definisi tidak berhasil.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam semua. Terimakasih Harleny kerana terus memberi input yang berguna. Kepada Anon 11:37 harap dapat nyatakan siapakah Merong Mahawangsa yang dimaksudkan, pada zaman manakah beliau hidup. Saya sendiri menyanjung tinggi keberadaan Merong Mahawangsa sebagai raja besar tetapi janganlah kita terlalu taksub sampai sanggup membesarkan teori khayalan pihak2 yang berkepentingan. Biar dipecahkan sedikit persoalan.

1) Menurut kitab Hikayat Merong Mahawangsa, baginda wujud semasa Nabi Sulaiman AS masih hidup. Menurut pengkiraan pengkaji, Nabi Sulaiman hidup sekitar 900 tahun sebelum masihi. Kalau betul Merong Mahawangsa hidup zaman itu maka saya boleh menerima kenyataan saudara "raja-raja adalah dari Merong Mahawangsa". Tapi kena sebutlah raja di mana, misalnya raja Melayu atau raja Siam. Sebab keturunan Nabi Sulaiman memang ramai jadi raja-raja termasuk Iskandar Zulkarnain juga raja2 Bugis yang merupakan satu pecahan warisan istana Saba' Ratu Balqis. Jadi tak tepatlah nak mengatakan raja-raja dari Merong Mahawangsa.

2) Dari cara membesarkan Merong Mahawangsa, kelihatan saudara adalah penyokong tegar teori empayar Siam Islam yang percaya Merong Mahawangsa adalah cucu Maharaja China yang datang ke Nusantara tahun 700an Masihi. Kalau begitu memang kenyataan saudara tidak tepat. Kerana sebelum itu di Tanah Melayu ini sendiri sudah ada raja-raja dari keturunan lain misalnya para pemerintah Srivijaya yang sangat terkenal tahun 600an, raja-raja Champa juga Kedah Tua yang sudah ada seawal abad ke 2 Masihi.

3) Kalau saudara percaya pula teori saya bahawa Merong Mahawangsa yang datang tahun 700an Masihi adalah orang yang sama dengan Salman Al-Farisi maka sekali lagi kenyataan saudara tidak tepat. Sama seperti penerangan dalam perkara 2),sudah ada raja2 sebelum itu. Dan walaupun berketurunan raja besar Parsi yang ada darah Iskandar Zulkarnain, Saidina Salman Al-Farisi sedar kedudukannya lalu membeli laluan kepada Ahlul Bait yang berketurunan terus dari anak cucu Nabi Muhammad SAW memerintah apabila ada peluang.

Ingat. Besar mana pun Merong Mahawangsa tidak akan mengatasi keturunan Ahlul Bait Rasulullah SAW terutama dari jurai yang akan menjadi para pemimpin akhir zaman seperti Imam Mahdi dan Pemuda Akhir Zaman. Kesimpulannya jangan terlalu taksub dengan Merong Mahawangsa. Takut dilanda angan2 yang melanda pihak yang mahu memohon takhta jadi Yang di Pertuan Agung dan sebagainya agar dapat mengangkat puak2 sendiri jadi pemerintah.

Tanpa Nama berkata...

Sriwijaya, Kedah Tua adalah titisan darah keturunan dari Merong Mahawangsa yg hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman.

Tanpa Nama berkata...

Merong Mahawangsa keturunan Raja Rom, Zulqarnain, datang ke Langkasuka dan berkahwin dengan org sebelah sini. Keturunan inilah yg menjadi Raja di belah Nusantara.

Anak pertama jadi Raja di Langkasuka dan pecahan keturunan pulak jadi Raja di Kedah Tua. Anak yg lain seorang pergi ke Perlak, jadi Raja Besar di sana menurunkan keturunan2 dibawahnya Raja2 besar yg lain seperti Merah Silu.

Anak yg lain lagi jadi Raja di Sulawesi dan di Jawa. Berkahwin dengan anak2 Raja2 ketika itu dan turunannya menjadi raja seterusnya di tiap negeri baik Sulawesi atau Jawa.

Di sebabkan keturunan dikirakan dari bapa keatas bapa, maka wajar dikatakan keturunan Raja2 Nusantara bermula dari Merong Mahawangsa.

Bumbung2 dan papan terjulur yg dimimpi dan menjadi pencarian empunya blog itulah bukti perkaitannya.

Tanpa Nama berkata...

mana ada raja bugis. kakaka bugis keturunan jack sparrow. lanun portugis.bone campur portugis jadi bugis wakakakaau

Tanpa Nama berkata...

Keturunan Raja2 Melayu yang berasal dari Merong ini akhirnya menerima asimilasi seterusnya dengan kedatangan keturunan dari Sayyid2 yg dikatakan berasal dari keturunan Rasulullah, yg menjadi Raja2 di Terengganu, Kelantan, Johor.

Daeng juga merupakan keturunan dari Merong, kurang pasti turunan dari merong berkahwin dengan Jawa atau dengan Sulawesi tetapi nama Daeng itu merupakan cara utk mengenal asal usul tersebut

Merong di katakan berkahwin dengan raja tempatan nusantara yg diperintah oleh seorang raja perempuan di daerah tersebut. Mungkin kerana Merong hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman, maka ada yg berpendapat Bugis berasal dari keturunan Balqis.

Ada pula setengah pendapat mengatakan bahawa perempuan yang dikahwini Merong adalah dari keturunan gergasi atau puak yg dikenali dengan nama bererti gergasi. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

anon 3:11

Hikayat Merong Mahawangsa sebut keturunan Raja Rom, iaitu bapa saudara kepada anak raja rom. Bapa saudara datang menyelamatkan anak saudara yg cuba diganggu oleh burung garuda.

Merbawi Jr. berkata...

Salam. Ada satu info.

MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI 23

1. Tema: Penempatan dan Kerajaan Awal Malaysia Sebelum 1400M.

2. Tarikh, Masa dan Tempat :

Tarikh : 9 Disember 2010
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Auditorium Arkib Negara Malaysia, Wisma Warisan, Jalan Duta, Kuala lumpur

3. Tokoh Pembentang Kertas Kerja Dan Tajuk Kertas Kerja:

3.1 Prof Dr. Stephen Chia Ming Soon(USM)
Tajuk Kertas Kerja : Penempatan Awal di Malaysia Sebelum 1400M

3.2 YBhg Prof. Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (UKM)
Tajuk Kertas Kerja : Hubungan Kerajaan-kerajaan Awal di Malaysia
Sebelum 1400M di Nusantara

4. Pengerusi : Prof Dr. Mohd. Mokhtar Saidin (USM)

5. Perasmi : Dr. Hajah Samsiah Mohamad
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

Pautan: http://www.arkib.gov.my/majlis_polemik

p/s: Kalau ada yang pergi boleh jumpa di sana...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah bapak saudara kepada anak Raja Rom, tu Merong, jadi siapa Raja Rom tu ?. Siapa yang memegang watak Iskandar Zulqarnain? Raja Rom atau adik Raja Rom yg datang selamatkan anak saudara atau kedua2 Raja Rom dan adik yg datang ke Langkasuka itu keturunan Iskandar Zulqarnain?

Jika Merong ni hanya keturunan Zulqarnain dan hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman, adakah ini bermakna Zaman Iskandar Zulqarnain adalah lebih dahulu dari zaman Nabi Sulaiman?


Ingin Tahu.

Tanpa Nama berkata...

Jika Raja Rom yg dimaksudkan adalah keturunan Zulqarnain, iaitu anak-anak Zulqarnain, boleh lah kita terima pakai Hikayat Merong Mahawangsa yg sedikit sebanyak dapat menyambungkan cerita mengenai kedudukan yg sebenarnya.

Anak2 Zukqarnain, salah seorangnya adalah Merong, apakala anak saudaranya dan bakal isterinya Puteri China (Puteri Funan) ditawan oleh sang garuda, maka merong telah datang untuk menyelamatkan. Merong telah terdampar di sebuah daerah yg diperintah oleh seorang wanita dan berkahwin dengan nya. Akhirnya Puteri Funan yg di tawan dan diletakkan di Langkawi telah dapat diselamatkan (kalau pergi Langkawi boleh lihat replika burung garuda sempena peristiwa tersebut).

Merong akhirnya kembali ke Rom dan puteranya diangkat menjadi Raja Besar didaerah yg akhirnya mendapat nama Langkasuka. Dizaman dahulu, adalah menjadi kebiasaan anak-anak raja merantau dan membuka daerah daerah lain, Seorang menjadi Raja di Langkasuka, seorang di Sumatera, seorang membuka kerajaan Sriwijaya, seorang pergi ke Sulawesi.

Di Sriwijaya, puteri nya berkahwin dengan sepupunya dari India (zulqarnain meninggalkan keturunan dengan kerajaan India keturunan Kambujas). Rom+India Kambujas berkahwin dengan Rom+Langkasuka.
Kerajaan Sriwijaya berkembang dengan mendapat pengaruh dari India. Jadi tidak hairan dikala ini nama-nama pun agak ke indiaan seperti Parameswara.

Adapun Parameswara tidak diketahui kedudukan sebenarnya, ada yg mengatakan anak raja dari belah Sumatera dan ada juga pendapat mengatakan dari Sriwijaya.

Mengenai Raja Besar lebih besar dari raja-raja lain ataupun raja daerah, ini hanyalah merupakan panggilan2 setempat. Juga mengambil sempena kedudukan Raja-Raja di Kemboja. Hanya ada satu Raja yg besar antara semua Raja-raja, macam yang dipertuan Agung. Cuma Agung di Malaysia ikut penggiliran. Mungkin Malaysia juga mengambil sistem seperti ini sempena tradisi lama zaman berzaman.

Jika merujuk kepada kedatangan Merong di Langkasuka, sudah tentulah Raja Besar dari keturunan anak pertama itulah yg dianggap Raja Besar, mengikut sejarah, Kedahlah negara paling lama dalam sejarah melayu.

Disebabkan berlakunya pergolakan dan peperangan dari semasa ke semasa maka banyak cerita-cerita dan sejarah yg bertimpa timpa dan berselisih pandang antara satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

Kena baca buku bertajuk The Naga's King Princess.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Saudari Harleny telah meninggalkan maklumat ini di FB saya. Rasanya elok dikongsi di sini kerana dapat membetulkan apa salah-silap dalam posting saya sendiri...

--------------

Jumpaan rekabentuk ukiran papan kepala cicak...

Dlm blog radzi tu masjid yg ke-2 dijumpai wujudnya papan kepala cicak. Masjid Poteu Meurehom tu tak digunakan lagi sbb fungsinya diambilalih oleh Masjid Raya Sigli, Labui di sisi kanannya. Di dlm binaan masjid baru itulah masih tersimpan tongkat Sultan Iskandar Muda yg saya pegang spt dlm foto).

Masjid Tua Kota Bakti ini pula adalah masjid per-1 yg saya temui papan kepala cicak di bucu atapnya. Masjid ini juga semasa tinjauan tidak lagi digunakan sebagai tempat bersolat. Kedua2 masjid ini terletak di Delima, Pidie...tempat di mana letaknya beberapa buah masjid Sultan Iskandar Muda (antaranya Masjid Poteu Meurehom di Labui, Pidie dan Masjid Iskandar Muda di Kuta Batee, Pidie). Di Masjid Iskandar Muda masih tersimpan khazanah lama spt batu alas duduk dengan pahatan ukiran milik Sultan Iskandar Muda dan Permaisuri, mimbar dan sigai. Begitu juga dengan tongkat khutbah dan mimbar Sultan Iskandar Muda yg disimpan di Masjid Raya Sigli. Reubee, Pidie juga adalah tempat Tuanku Bugis dan Puteri Sendi dimakamkan. Khazanah lama Tuanku Bugis seperti tongkat kayu juga masih ada. Menurut salah seorg waris Tuanku Bugis, kerana karamahnya almarhum, seretan hujung tongkat yg digunakan itu telah menjadi alur Sungai Reubee. Pinggan makannya yg bersaiz besar mempunyai corak berunsur tumbuhan dengan warna kontra merah dan hijau...kelihatan seperti pinggan seramik dari negeri China. Rumah adat khas pula masih utuh berdiri sehingga ke hari ini. Semua jumpaan ni ada kaitan dengan setiap persoalan...kerana ia memperlihatkan persamaan yg sangat dekat dgn pencarian > Kaitan Bugis-Acheh-Perak!

--------

Harleny juga ada meletakkan artikel baru di website yang antara lain menyebut tentang bentuk papan kepala cicak yang ditemui di satu lagi masjid lama di Aceh. Lihat sini...

http://jejakmihrabmimbar.com/jejak-mihrab-acheh-siri-4/4322/