Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Khamis, Mei 05, 2022
Beraya di kampung tahun 2022 setelah 2 tahun raya tak dapat balik kampung
Ahad, Mei 01, 2022
Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya
Khamis, April 28, 2022
Umur 53 tahun menurut kalendar Hijriah dan pada malam Jumaat Tujuh Likur - Apakah signifikannya?
Salam malam Jumaat. Ada sedikit perkongsian mahu dibuat.
Gambar hiasan di hadapan makam Rasulullah SAW. Daripada artikel Ziarah dan umrah 2013 - Masjid Nabawi, Raudhah dan tempat-tempat menarik di sekeliling...
Malam ini 27 Ramadhan 1443 Hijriah genaplah usia saya menjadi 53 tahun menurut kalendar Hijriah. Kalau menurut kalendar Barat atau Gregorian kena tunggu 26 November tahun 2022 ini baru menjadi 53 tahun. Sekadar mengingatkan satu tahun Hijriah yang berdasarkan peredaran bulan memakan masa 354 hari. Ia adalah 11 hari lebih pendek daripada satu tahun Barat yang berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari iaitu 365.25 hari. Sebab itu ada satu tahun lompat bagi setiap 4 tahun barat. Ini supaya tiga tahun pertama boleh digenapkan menjadi 365 hari, pada tahun keempat jadilah tahun lompat yang mengandungi 366 hari.
Satu perkara menarik tentang tarikh 27 Ramadhan 1443 adalah ia jatuh pada hari Jumaat. Sekadar memaklumkan. Saya dilahirkan pada 27 Ramadhan 1390 Hijriah bersamaan 26 November 1970 pada malam Jumaat. Walaupun lahir jam 11.04 pada waktu malam hari Khamis, menurut kiraan Islam yang mana setiap hari baru bermula dengan masuknya waktu Maghrib maka malam itu sudah masuk hari Jumaat. Oh. Hampir setahun setengah lalu saya pernah membuat satu jadual bagi melihat pada tahun-tahun Barat manakah yang tarikh 26 November jatuh pada hari Khamis lalu malamnya adalah malam Jumaat. Lihat Apabila ulang tahun kelahiran yang ke-50 juga jatuh pada malam Jumaat.
Sekarang biar dibuat satu untuk 27 Ramadhan dari tahun 1390 Hijriah hingga kini. Kira-kira sendiri boleh dibuat berdasarkan satu tahun Hijriah mengandungi 354 hari. Bahagi dengan 7 (kerana seminggu terdapat 7 hari) didapati menjadi 50 x 7 + 4. Ada anjakan 4 hari bagi setiap tahun Hijriah. Saya sudah tahu dengan jelas bahawa 27 Ramadhan 1390 Hijriah jatuh pada hari Jumaat. Tepat setahun selepas itu ia harus jatuh pada hari Selasa (4 hari selepas hari Jumaat). Kalau begitu perlu dicari berapa darab 4 boleh dibahagikan tepat dengan 7 tanpa memberikan baki. Berdasarkan ini setiap kali tepat 7 tahun Hijriah selepas tarikh 27 Ramadhan 1390 Hijriah harus jatuh pada hari Jumaat. Mudah bukan? Rupanya tidak.
Berdasarkan itu, 50 tahun Hijriah selepas itu iaitu tarikh 27 Ramadhan 1440 Hijriah harus jatuh pada hari Jumaat. Selepas itu kena 7 tahun Hijriah kemudian iaitu pada 27 Ramadhan 1447 baru jatuh lagi pada hari Jumaat. Bermakna 27 Ramadhan 1443 iaitu hari ini tidak patut jatuh pada hari Jumaat. Kenapa boleh jadi begini?
Saya pun menyemak kembali perkara lalu mendapati memang benar satu tahun Hijriah adalah sepanjang 354 hari. Tetapi bukan bagi setiap tahun. Dalam tempoh setiap 30 tahun, 11 tahun daripada itu menyaksikan bulan Zulhijjah adalah sepanjang 29 hari, pada 19 tahun lagi adalah sepanjang 30 hari. Ini bermakna ada lebih banyak tahun yang panjangnya adalah 355 hari.
Ah. Bukan mudah nampaknya untuk menentukan bilakah jatuh lagi hari Jumaat bagi tarikh 27 Ramadhan. Tak mengapalah. Buat dahulu anggaran begini berdasarkan anjakan 4 hari seperti disebut tadi. Kemudian anjakan 5 hari bagi tahun berikutnya lalu berselang-seli. Itu bagi 22 tahun terawal (kerana 11 tahun dari 30 tahun adalah sepanjang 354 hari). Lapan tahun seterusnya ada anjakan 5 hari (kerana setahun adalah sepanjang 355 hari). Selepas itu kitaran berulang.
Perkara ini boleh dilihat begini : 4 + 5 (selepas 2 tahun) menjadi 2 (baki selepas dibahagi 7). Pada tahun kempat menjadi 2 + 4 + 5 = 11 menjadi 4 (baki selepas dibahagi 7). Pada tahun kelima menjadi 1 balik, Tahun keenam menjadi 5. Tahun ketujuh jadi 3. Tahun kelapan jadi 7. Ertinya lapan tahun selepas 1390 iaitu pada tahun 1398, 27 Ramadhan harus jatuh pada hari Jumaat.
Saya pun menyemak menggunakan program Gregorian to Hijriah Converter (lihat sini) lalu mendapati ia adalah benar. Kalau begitu 8 tahun kemudian iaitu pada tahun 1406, 27 Ramadhan harus juga jatuh pada hari Jumaat. Tengok-tengok program menyatakan ia jatuh pada hari Khamis. Tetapi ia juga menyatakan boleh jadi ralat sehari.
Jadi kalau kita menjangkakan 27 Ramadhan bagi satu tahun itu jatuh pada hari Jumaat tetapi program menyatakan ia jatuh pada hari Khamis atau Sabtu kiranya masih boleh diterima disebabkan ralat. Malah program sebenarnya menyatakan 27 Ramadhan 1443 Hijriah jatuh 28 April 2022 hari Khamis. Sedangkan menurut kalendar fizikal yang menjadi rujukan di rumah ia jatuh pada hari Jumaat dan begitulah yang dilihat, sekurang-kurangnya di Malaysia pada hari ini. Ingat. Tarikh jatuhnya 1 Ramadhan dan kemudiannya 1 Syawal boleh jadi berbeza antara negara berdasarkan bagaimana mereka dapat melihat anak bulan. Pendek kata memang susah hendak menyemak ke belakang dengan tepat pada tahun Hijriah berapakah 27 Ramadhan jatuh pada hari Jumaat.
Yang jelas 27 Ramadhan kali ini iaitu bagi tahun 1443 Hijriah di Malaysia jatuh pada hari Jumaat. Lalu ia menjadi ulang tahun saya yang ke-53 menurut tahun Hijriah. Apa yang menarik tentang nombor 53 ini adalah apabila dikaitkan dengan Rasulullah SAW. Baginda dikatakan lahir pada 12 Rabiulawal (tetapi ada lain-lain pendapat) yang menurut sesetengah pihak adalah bersamaan 20 April tahun 571. Masihi. Ketika berumur 40 tahun (tapi tak pasti tepat 40 tahun atau sekitar itu) menerima wahyu pertama. Selepas 13 tahun di Mekah berhijrah ke Madinah. Ketika itu baginda harus sudah berumur 53 tahun (menurut kiraan Hijriah tetapi tak pasti tepat 53 tahun atau bagaimana).
Ada pihak meletakkan tarikh tepat peristiwa Hijrah itu sendiri berlaku adalah pada 16 Julai tahun 622 Masihi. Untuk pengetahuan kalendar Hijriah pula mula dipakai pada zaman Khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar (634 – 644). Baginda naik memimpin ummah selepas 12 tahun Nabi Muhammad SAW wafat lalu menerbitkan kalendar baru Hijriah tanpa panduan nyata daripada Rasulullah SAW. Dan ia dibuat dalam konteks perkiraan bulan-bulan yang sudah digunapakai masyarakat Arab sejak sekian lama. Lalu perkiraannya dikatakan bermula pada tarikh yang bersamaan 19 April.
Menurut perkiraan ini peristiwa Hijrah berlaku pada 8 Rabiuawal iaitu 66 hari selepas masuk bulan Muharram. Berdasarkan Rasulullah dikatakan lahir pada 20 April 571 baginda harus berumur 51 tahun 2 bulan 27 hari menurut kiraan Barat ketika berhijrah ke Madinah pada 16 Julai 622. Kira-kira saya menunjukkan baginda berumur 52 tahun 9 bulan 11 hari ketika itu. Belumlah tepat 53 tahun. Ertinya selepas 2 bulan 19 hari gitu berhijrah baru baginda berumur 53 tahun.
Apapun ini semua anggaran berdasarkan tarikh-tarikh yang boleh dicari Internet. Yang signifikan bagi saya adalah selepas mendapat wahyu ketika berumur 40 tahun baginda berdakwah selama 13 tahun di Mekah. Yang itu lebih pada ilmu ketauhidan. Selepas itu iaitu pada umur sekitar 53 tahun baginda berhijrah ke Madinah lalu mula mendapat wahyu yang melibatkan kemasyarakatan juga kenegaraan.
Sekadar menambah. Kebetulan ini adalah artikel ke-2,253 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Macam ada kena mengena pula dengan umur 53 tahun itu. Cukup. :]
Rabu, April 27, 2022
Akhirnya komputer ribaku yang ke-7 tewas juga
Salam pagi Rabu 25 Ramadhan. Merujuk pada artikel Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki yang ditulis pada 4 Mac 2022. Ada disebut bahawa pada ketika itu saya telah memiliki 7 buah komputer riba sejak pertama kali memiliki (bukan komputer syarikat dan sebagainya) awal tahun 2002. Telah disebut dalam artikel itu berapa lama suatu komputer itu sempat dimiliki dan apakah kerja-kerja utama yang pernah dilakukan dengannya. Disebut juga bahawa pada ketika itu komputer ke-7 adalah HP Probook 6550b yang dibeli terpakai pada bulan April tahun 2018. Ia dapat bertahan untuk saya menulis lalu menerbitkan buku ke-13 iaitu "Kembara Eropah Tahun 1995" pada musim raya tahun 2019. Selepas itu saya berhenti menulis buku untuk memberikan tumpuan pada penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam). Maka komputer banyak digunakan untuk itu.
6. Memulakan kembara buku sempena keluarnya buku ke-13
9. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Memenuhi hajat orang sehingga 'terlajak' 170 km
10. Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca
11. Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu
12. Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian
Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik"
Salam awal pagi Rabu 25 Ramadhan. Ada sesuatu telah berlaku petang semalam menyebabkan saya merasakan ceritanya harus direkodkan di blogspot ini. Tetapi harus dipersembahkan sesuatu yang telah lebih awal berlaku kerana ada kena mengena...
Kemudian melepak pula di Dataran Merdeka sambil makan sushi. Saya pula dapat meneruskan bacaan Al-Quran sehingga masuk separuh Juz 28 juga menyambung lagi pusingan ketiga penulisan dan semakan tesis. Sekarang biar diterangkan kenapa artikel ini diberi tajuk 'Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik"'. Jawaban mudah adalah kerana dua minggu kebelakangan saya berada dalam keadaan sangat hampa dan hampir hilang semangat disebabkan beberapa hal tertentu. Rujuk artikel Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan.
Namun dalam keadaan begitu digagahkan diri juga untuk meneruskan penulisan tesis sehingga dapatlah disiapkan, lalu perkemaskan lagi tulisan sambil membuat semakan dan menambah apa yang patut. Nasib baik Allah SWT membantu dalam hal ini. Walaupun tubuh badan dan kepala agak penat, pemikiran boleh dikatakan sangat lancar.
"Tanda Baik" pula merujuk pada bagaimana perkataan "Janda Baik" pada pintu gerbang kelihatan seperti itu. Lihat balik pada salah satu gambar awal tadi. Sekarang perlu disiapkan pusingan ketiga tesis baru sesuai untuk dihantar untuk semakan seterusnya oleh penyelia tesis. Tapi berlaku pula satu dugaan yang mencabar petang tadi. Itu yang akan diceritakan kemudian seperti disebut pada awal artikel ini.
Khamis, April 14, 2022
Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan
Salam malam Jumaat 13 Ramadan 1443 Hijriah. Sebagai melengkapkan gerak cerita perjalanan yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan kebelakangan iaitu dari 25 Mac hingga 9 April biar dipersembahkan artikel kompilasi ini. Ia menggabungkan cerita-cerita daripada tiga perjalanan yang berlaku sekitar hujung-hujung minggu berkenaan. Walaupun ada jarak hampir seminggu antara perjalanan ke perjalanan ia sebenarnya saling berkait bagi menentukan keadaan.
Perjalanan terawal antara tiga berlaku atas asbab mahu menghadiri satu mesyuarat mengenai penggunaan emas dalam ekonomi Islam di Cyberjaya Jumaat malam Sabtu 25 Mac diikuti mesyuarat sebuah NGO di Eco Majestic pada pagi Sabtu 26 Mac 2022. Lalu masuklah saya dan keluarga ke Negeri Sembilan petang Sabtu dengan tujuan untuk melengkapkan lawatan ke beberapa tempat yang tidak sempat disinggahi ketika kembali dari Muar dan Melaka 6 Mac. Rujuk Perjalanan pertama ke Muar tahun 2022. Cuma ada satu sahaja tempat tidak sempat disinggahi kerana harus menghantar orang kembali ke Eco Majestic lewat petang Ahad 27 Mac lalu bergerak kembali ke rumah. Selepas itu cadangnya tidak mahu berjalan jauh buat suatu masa apa lagi bulan Ramadhan akan menjelang pada 3 April.
Namun tiba-tiba mendapat panggilan harus menghadiri dua mesyuarat melibatkan keluarga sebelah bapa iaitu daripada nasab Laksamana Raja Mahkota, di Teluk Intan pada pagi dan petang Jumaat 1 April. Lalu bergegaslah saya seorang diri petang Khamis 31 Mac sebelum kembali ke rumah petang Sabtu 2 April. Petang Jumaat selepas itu iaitu pada 8 April saya dan keluarga bergerak untuk menginap di Kajang sebelum ke Eco Majestic pagi Sabtu 9 April bagi mesyuarat susulan NGO berkenaan. Diambillah peluang untuk ke Negeri Sembilan lagi bagi menyelesaikan apa yang tertunggak daripada perjalanan terdahulu. Sayangnya petang itu berlaku sesuatu yang membuka mata tentang keadaan. Itu yang membawa pada tajuk "Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan".
Perjalanan pertama 25-27 Mac memakan jarak keseluruhan 450 km. Perjalanan kedua 31 Mac-2 April memakan jarak 337 km. Perjalanan ketiga 8-9 April memakan jarak 250 km. Ini membawa pada jumlah 1,037 km. Bermacam-macam perasaan dilalui bermula dengan harapan tinggi dalam memperjuangkan kedaulatan Melayu dan Islam namun merasa dikhianati apabila mendapat tahu disisihkan daripada gelaran Toh Muda Laksamana tetapi masih lagi bersemangat. Namun akhirnya timbul rasa hampa amat sangat kerana melihat sikap orang sedangkan saya dan isteri jujur dalam perjuangan.
9. Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Menyahut dahulu panggilan 'keLinggian'
10. Masjid (Mosque of) Ranjau Hantu
11. Muar river around the mosque of Ranjau Hantu
12. Tanah perkuburan Islam (Muslim cemetery of) Kampung Parit Mainau
13. Makam lama di (Old tomb at) Kampung Parit Mainau
14. Muar river dam in Kuala Pilah
15. Taking a dip down the Muar river dam
16. Rumah tradisional (Traditional house of) Tukang Kahar
17. Lawatan baru ke istana Seri Menanti (New visit to Seri Menanti palace)
18. A stretch of road dubbed as the New Zealand of Malaysia
19. Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Kampung Mendum
20. Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Melengkapkan panggilan Ulu Muar dengan Az-Zukhruf
21. Exploring the ways to Gunung Besout
22. Late afternoon at a jetty in Batak Rabit
23. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Gunung Besout dan Teluk Intan
24. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati
25. Early morning views from a jetty a Batak Rabit
26. Exploring the grounds that used to have the big house of Batak Rabit
27. To the small waterfall of Gunung Besout
28. The vantage viewing point at Gunung Besout
29. The bridge near Kuala Slim
30. The bridge at Seri Keladang
31. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Best Out dengan pelita tembaga warisan
32. Persinggahan baru ke Masjid Ulu Beranang (New visit to the mosque of Ulu Beranang)
33. A resort of sorts with two Boeing 727s in Broga
Ahad, April 10, 2022
Melengkapkan perjalanan di Negeri Sembilan - Tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi
Salam lewat hari Ahad malam Isnin 9 Ramadhan 1437 Hijriah. Adapun semalam saya dan keluarga telah membuat satu perjalanan yang boleh dikira melengkapkan apa yang patut dibuat di Negeri Sembilan iaitu menyelesaikan apa yang belum selesai dalam perjalanan-perjalanan terdahulu bagi tempoh sebulan dua kebelakangan begitu. Asalnya ia mahu diberikan tajuk "Melengkapkan perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan'. Ini sebagai kesinambungan bagi artikel Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Melengkapkan panggilan Ulu Muar dengan Az-Zukhruf yang dipersembahkan pada 30 Mac iaitu 11 hari lalu. Namun berlaku sesuatu yang menyebabkan timbul rasa sangat hampa dengan kecewa disebabkan perangai manusia sehingga kini. Ini yang membuat cerita ini diberikan tajuk kecil "Tiada lagi yang 'keemasan' mahupun 'keperakan'". Apakah yang telah berlaku? Begini ceritanya...
6. Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013
7. Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013
8. Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013
9. Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014
Sejak tahun 2012 itu juga saya sibuk berusaha untuk menormalisasikan pemakaian busana tradisional Melayu, bertanjak berkeris bagai. Saya bukan pelopor kerana sedar dan tahu ada yang lebih awal memulakannya. Tapi saya berani menyatakan diri sebagai pelopor dalam menormalisasikannya bagi golongan atasan dan cerdik pandai, dalam majlis-majlis akademik dan bertaraf sebegitu... bagi menunjukkan pemakai busana tradisional Melayu bukan sekadar orang kampung yang tahu bersilat sahaja tetapi termasuk juga golongan intelektual daripada latar belakang orang yang berada, boleh berbahasa Inggeris membincangkan perkara-perkara tinggi bersama para profesor.
Sebelum itu iaitu dengan terbitnya buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh" Jun 2006 saya telah memperjuangkan isu-isu kedaulatan Melayu dan Islam melalui penghayatan sejarah juga jati diri. Sebetulnya sejak tahun 2001 lagi saya sudah memperjuangkannya tetapi ketika itu lebih pada perbualan dengan kawan-kawan dan kenalan. Apabila buku keluar 5 tahun kemudian baru secara umum melalui penulisan. Sebelum itu lagi iaitu sejak menjadi wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996 saya telah memperjuangkan isu-isu ketamaduan tinggi di Malaysia, cuma bukan atas nama Melayu dan Islam kerana belum mengenali daripada sudut itu. Yang tahu kita perlu menggapai ketamadunan keilmuan yang tinggi dengan kepimpinan yang jujur menangani maslahat umum.
Hal inilah yang membuat saya akhirnya dipecat 24 jam malah dilarang untuk masuk ke kawasan pejabat selagi ada orang tertentu menjadi bos besar. Lihat artikl Hari-hari terakhir sebagai wartawan - Cabaran seorang idealis mahu mengangkat ketamadunan tinggi di Malaysia yang dipersembahkan tahun lalu. Dan sebenarnya saya sudah memikirkan isu-isu ketamadunan tinggi untuk Malaysia sejak berumur 18 tahun lagi iaitu pada tahun 1988. Lapan tahun kemudian iaitu selepas menjadi wartawan baru mula menzahirkan melalui penulisan dan inilah yang sebenarnya dilakukan sehingga sekarang...
Tapi apa hendak dikata? Kebanyakan orang sebenarnya lebih mementingkan nama dan periuk nasi sendiri, perjuangan cuma kata-kata muluk untuk menarik perhatian dan sokongan umum. Namun kami suami isteri tetap ideal dengan perjuangan. Berapa ramai orang telah kami hubungkan, berapa banyak persatuan tercipta selepas terlibat dengan usaha-usaha kami, berapa banyak jalan telah kami bukakan termasuk pengenalan nasab keturunan juga pembukaan kebatinan di makam-makam lama? Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Kebanyakan yang mendapat untung mengaku naik dengan usaha, kekuatan dan karisma diri sendiri. Sampai satu kumpulan Maulud yang dibantu berkembang dengan jaringan kami termasuk memperkenalkan orang bertaraf jutawan yang sebelum itu di luar capaian sosial mereka pun boleh jadi besar kepala apabila majlis-majlisnya mula mendapat sambutan ramai
Kecuali untuk buku-buku tulisan saya kami tidak pernah berjual-beli apa-apa pun yang melibatkan perjuangan. Kami tidak meletakkan harga untuk membawa orang tour ke tempat sejarah itu ini malah tidak pernah ambil walau sesen pun. Kami gembira dapat membawa orang mengenali sejarah. Itulah 'kepentingan' tersendiri kami.
Kami tidak membawa buku-buku mahal yang kelihatan seperti diberikan percuma kepada sekolah-sekolah pondok dengan ceramahnya tanpa bayaran sekali. Tetapi sebenarnya buku-buku itu telah dibayar dengan harga lebih mahal melalui kutipan lot yang dilakukan oleh jurujual dan sebagainya. Kami tidak mengubah nama yang sebelum itu kedengaran totok menjadi sedap lebih glamour supaya dapat naik di peringkat nasional. Kami bukan jenis buat resume hendak letak segala nama guru, kursus yang pernah dihadiri dan sebagainya supaya dilihat sangat berlayakan dan sebagainya.
Kami juga tidak pernah berniat untuk menerbitkan apa-apa akademi dan sebagainya lalu boleh mendapatkan peruntukan juga membuat kursus-kursus berbayar. Tidak, tidak dan 1000 kali tidak. Kami buat segalanya dengan duit poket sendiri kerana betul-betul sayangkan agama, bangsa dan tanah air. Jadi kenapa boleh samakan kami dengan mereka-mereka yang membuat duit juga mencipta nama dengan jentera tersusun sebegitu? Kami tidak pernah mengumpul pengikut walaupun sejak buku pertama saya keluar lebih 15 tahun lalu sudah ramai menyatakan hendak menjadi pengikut juga anak murid saya.
Ya. Kami terasa seperti dikelilingi ramai orang khianat yang mementingkan diri sendiri. Mereka bukan jujur mahu bersama tetapi nampaknya cuma mahu mengambil kesempatan atas apa yang kami ada. Saya sudah memberitahu isteri jangan lagi bersusah payah untuk memperkenalkan orang itu dengan orang ini. Tak perlu lagi menjadi jambatan supaya orang lain boleh bergerak ke hadapan kemudian mereka mendakwa dapat bergerak semata-mata atas usaha dan karisma diri sendiri semata.
Hal ini adalah termasuk bagi sial pukimak orang yang tidak tahu susah payah kami suami isteri datang ke mesyuarat-mesyuarat NGO yang mana kami sebenarnya tak perlu pun pergi, cuma atas dasar rasa perjuangan dan tanggungjawab sahaja kami datang dengan duit belanja sendiri. Kami penat-penat bergerak dari jauh dengan membawa anak yang tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah, tak suruh pun tunggu kami sampai baru hendak bermesyuarat, saya tinggalkan dahulu penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang sedang berjalan lancar lalu terganggu rentak agar dapat memberikan sokongan selain menyumbang buah pemikiran, boleh disindirnya pula kami sebab sampai lambat.
Sesungguhnya perjalanan di Negeri Sembilan ini memang melengkapkan segala hal yang berlaku dalam sebulan dua ini. Ini termasuk tentang gelaran Laksamana dan Toh Muda Laksamana di Perak yang mana kami suami isteri termasuk sejumlah saudara mara merasa sangat dikhianati. Penutup perjalanan ini menyaksikan sifat sebenar manusia yang sebelum ini kami ketepikan kerana masih bersangka baik lagi terbuka. Sebelum itu kami diberitahu, bahkan ada saudara mara sebenarnya sibuk mengumpul maklumat sulit keluarga bagi memenangkan pihak terdekatnya sahaja. Tetapi saya masih angguk-angguk senyum sahaja lagi. Rujuk artikel-artikel berikut :-
1. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati
2. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Best Out dengan pelita tembaga warisan
Cukuplah. Kami suami isteri tidak mahu melayan lagi muka-muka pukimak yang tak tahu diuntung dan tak sedar diri. Pergilah jalan sendiri kalau pun tak mampus mereput dalam ego-ego kamu. Kamu semua hebat boleh buat begitu begini usaha dapatkan peruntukan itu ini.
Kami tetap di takuk lama tanpa organisasi-organisasi membesar seperti yang kamu-kamu ada. Kerana memang pun kami tidak mahu membina organisasi kerana percaya pada pertolongan Allah SWT jua dalam melaksanakan suatu gerak kerja. Sekurang-kurangnya kami jujur, bukan menunggang orang lain juga menunggang isu termasuk atas nama Melayu dan Islam bagi kepentingan diri. Sesungguhnya tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi. Biarlah hendak runtuh sekalipun dengan kebobrokan rasuah dan pemimpin-pemimpin tidak amanah kamu. Kami tiada sebab untuk ambil peduli lagi.









