Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, January 13, 2022

Semangat pedang bagi tahun 2022

Salam hari Khamis malam Jumaat 13 Januari 2022 yang tarikh Islamnya sudah jatuh pada 11 Jamadil Akhir 1443 Hijriah. Adapun dengan selesainya cerita-cerita perjalanan ke Pantai Timur 18-25 Disember lalu terbitlah artikel Kompilasi cerita perjalanan Pantai Timur penghujung 2021 pada 2 hari lalu barulah saya betul-betul boleh beralih pada tahun baru 2022 yang sudah masuk hampir 2 minggu. Walaupun ada membuat beberapa perjalanan kecil sebelum masuk tahun baru termasuk melihat kesan kemusnahan akibat banjir di Selangor tidak ada keperluan untuk memanjangkan cerita. Cukuplah ia menjadi nota kecil dalam artikel ini supaya tidak lupa. Sekarang beralih pada cerita baru yang boleh dikatakan mewakili semangat saya bagi tahun 2022.



Petang Sabtu 9 Januari isteri memberitahu telah keluar dalam Facebook seorang rakan gambar beberapa pedang menarik yang boleh menepati citarasa saya.




Kawan tersebut adalah seorang peniaga senjata tradisi Melayu. Beliau selalu datang berniaga membawa barangan seperti keris, badik, tumbuk lada dan sebagainya ke majlis-majlis yang melibatkan persilatan dan busana tradisional Melayu.




Namun sejak setahun lebih kebelakangan beliau lebih banyak menumpukan pada pedang.




Adapun pada malam tahun baru 31 Disember lalu saya dan isteri ada bertandang ke tempat beliau di Bangi untuk majlis Maulidur Rasul. Selesai majlis sekitar 12.30 saya pun meneliti segala macam pedang yang ada.




Namun tidak ada yang betul-betul berkenan di hati. Yang ada setakat sipi-sipi...




Beliau pun memberitahu tunggu dalam seminggu lagi. Insyaallah beliau akan menerima stok baru. Mungkin akan ada yang saya berkenan?




Ternyata memang ada stok baru menarik datang seminggu selepas itu. Ini dapat dilihat dalam FB beliau.




Melihat pada gambar-gambar yang ditunjukkan dalam FB (boleh klik sini) saya dapati pedang yang kelihatan (pertama dari kiri dalam gambar pertama dan kedua) boleh menepati cita rasa saya.




Ya. Bentuk matanya kelihatan sesuai. Bilahnya pun cukup melengkung tetapi tidak terlalu melengkung. Sesuai dengan permainan peribadi saya. Yang perlu seterusnya adalah 'menimbang' dan 'merasanya' secara nyata.




Petang Isnin 11 Januari sampailah saya sekali lagi ke kedai rakan di Bangi lalu terus mendapatkan pedang tersebut.




Alhamdulillah terasa ia cukup serasi...




Hal ini dikongsikan dalam FB berserta 3 gambar atas. Pergi kepada 'batin' cerita...


-------------


Malam itu saya pergi ke sebuah rumah lama milik keluarga di Kajang untuk bersendiri bersama pedang. Tiba-tiba mendapat berita abang sulung isteri tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika semua  ini berlaku saya sedang leka membelek dan bermain dengan pedang. Timbul rasa seperti ada kena mengena dengan satu mimpi. Hal ini membuat saya berkongsi satu artikel lama yang pernah ditulis di blogspot ini pada tahun 2007. Pautannya diletakkan berserta teks berikut di FB awal pagi Selasa 11 Januari iaitu pada jam 00.45...



APA CERITA PEDANG INI SEBENARNYA?
Hampir 15 tahun lalu aku menulis tentang mimpi berkenaan pedang yang terasa serasi. Setelah lama mencari baru malam semalam ternampak di Internet lalu petang tadi dapat memiliki pedang sebegitu, cuma sarungnya sahaja tidak sama dengan yang dalam mimpi. Dalam mimpi pedang diterima setelah berlaku kematian dalam keluarga, rasanya di belah seorang bapa saudara yang terkait dengan keluarga Maharajalela Perak. Sedangkan realitinya sebelum tengah malam tadi abang iparku, abang sulung isteri yang berdarah Jawa tetapi dipercayai berdarah kerabat Banjar campur keturunan Wali Songo baru sahaja meninggal dunia setelah tiba2 tidak sedarkan diri. Apa cerita ni?




Artikel yang memperincikan mimpi berkenaan berserta beberapa hal yang mungkin berkaitan diberi tajuk  Merah Syahir Nuwi, Aceh, Siam dan mimpi pedang. Oh. Semasa menulis teks atas di FB tiba-tiba kipas angin berdiri dalam bilik di Kajang berbunyi "grok grok" seperti ada batu-batu kerikil kecil tersangkut pada kipas. Hal ini hampir serupa ketika saya menerima sehelai selempang merah, dalam bilik sama sekitar penghujung tahun 2001 atau awal tahun 2002 gitu. Ketika itu kipas kedengaran seperti dijolok dengan batang penyapu. Ini membuat saya terbangun sekitar jam 4 pagi. Ketika itulah kelihatan selempang di atas lantai sebelah kipas entah datang daripada mana.

Selepas itu saya diberitahu bahawa selempang itu ada 'kawannya' iaitu sebilah pedang. Kedua-duanya adalah hak pengenalan diri selain alatan perang. Sejak itu saya cuba mencari tetapi tidak tahu ciri-ciri. Bila dapat mimpi tahun 2007 baru tahu apakah ciri-ciri tetapi masih tak ditemui pedangnya. Baru kini dapat sebilah seperti dalam mimpi.

Apapun malam itu, awal pagi Selasa 11 Januari susah betul hendak tidur. Dalam jam 4.30 saya pun membuat keputusan untuk mandi. Selepas menunaikan solat Tahajud lalu membaca beberapa muka surat Al-Quran saya bergegas ke rumah arwah abang ipar di RTB (Rancangan Tanah Belia) Bukit Changgang. Isteri telah lebih awal bertolak iaitu sekitar jam 3 pagi bersama anak-anak.

Dipendekken cerita di sanalah kami mengikuti segala macam urusan jenazah, pengkebumian, kehadiran saudara mara dan majlis tahlil sehingga keesokannya hari Rabu 12 Januari. Jika asalnya selepas bermalam di Kajang saya mahu kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya petang Selasa keadaan membuat saya ingin memanjangkan lagi pengembaraan sehingga hari Khamis. Timbul gerak untuk menyusuri Sungai Langat dari kuala ke hulu. Bergeraklah petang Rabu itu ke Jugra di mana terletaknya kuala, naik Bukit Jugra hingga ke puncak dan bermacam hal sebelum bergerak ke hulu lalu menginap dalam masjid di Pangsun dekat kaki Gunung Nuang malam semalam. Selepas tengah hari baru meninggalkan persekitaran untuk kembali ke rumah,. Seperti biasa singgah bermacam tempat termasuk mandi sungai.

Perjalanan yang tercetus atas asbab mahu mengambil pedang tetapi dipanjangkan setelah berlaku kematian abang ipar ini memakan jarak keseluruhan 390 km. Sejak mengambil pedang ia hampir tidak lekang dari tangan, sampai masuk tidur pun ikut sama jadi seperti bantal. Pedang sudah cukup serasi, sekarang dalam proses untuk menjadikan ia sebati. Dengan ini sukacita diisytiharkan bagi tahun 2022 saya membawa semangat pedang. Entah apakah maknanya? Ada le tu.


Nota : Sambil menulis ini saya juga mengikuti syarahan tentang ilmu Martabat Tujuh oleh Tokku Ibrahim, seorang keturunan Tok Pulau Manis (wali besar Terengganu 300 tahun lalu). Dah open dah, tanpa berselindung lagi ilmu tinggi ini. Terasa ada kena mengena dengan diri sendiri mengisytiharkan semangat pedang bagi tahun 2022. Hmm...


No comments: