Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Januari 29, 2022

Dari nasi beringin ke ISTAC ke impromptu reunion A Level

Salam semua. Setelah lebih 2 minggu mempersembahkan artikel Semangat pedang bagi tahun 2022 baru timbul rasa untuk berkongsi cerita lagi. Dalam tempoh tersebut bukan tiada perkara mahupun aktiviti yang boleh mengisi ruangan di blogspot. Cuma tak rasa mahu kongsi selain malas menulis. Sekarang baru datang mood.


Beberapa hari lalu terlihat di Facebook seorang kawan lama semasa zaman bertugas sebagai wartawan akhbar The New Straits Times di bangunan Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur berkongsi gambar makan nasi beringin di medan selera sebelah pejabat. Timbul rasa mahu menikmati hidangan yang merupakan salah satu kegemaran semasa masih di sana 1996-2001. Saya pun berkira-kira mahu ke kedai berkenaan hari Jumaat.

Maka bertolaklah ke sana dari rumah sebelum tengah hari semalam 28 Januari. Sampai sekitar jam 12.30, kira ngam-ngam ketika nasi beringin sudah sedia untuk dijual. Alhamdulillah lepaslah satu hajat. Kali terakhir menikmatinya adalah pada lebih 2 tahun lalu, sebelum berlaku kes penyebaran virus Covid-19 yang bermula penghujung tahun 2019 diikuti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menyebabkan banyak perniagaan ditutup dan orang tidak boleh keluar berjalan.

Biasanya kalau bertandang saya akan mengambil peluang untuk masuk Balai Berita melihat tempat lama bekerja.  Boleh berjumpa kawan-kawan lama sambil mengimbas kembali nostalgia zaman berkenaan. Lihat artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times juga Analisis corak dan tren perjalanan - Zaman wartawan di New Straits Times 1996 - 2001. Namun kali ini saya tidak masuk langsung ke pejabat lama. Ini kerana mahu berkejar ke tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku bagi menunaikan solat Jumaat.


Ia adalah kali pertama saya bersolat Jumaat di masjid ISTAC bagi tahun 2022. Ia juga kali pertama bertandang ke tempat belajar bagi tahun baru ini. Gambar atas diambil di air pancut utama yang menghadap pejabat ISTAC. Sebetulnya nak buat tanjak kelihatan di tengah. Tapi jadi ke tepi pula kerana tak berapa nampak ketika mengambil gambar akibat silau matahari.

Ternyata masih belum diadakan kelas fizikal sejak PKP memaksa kuliah dibuat secara on-line atau atas talian bermula sekitar bulan Mac 2020. Yang ada di ISTAC juga pekerja pejabat dan sedikit yang berkenaan. Selepas solat Jumaat yang dihadiri sekitar 80 orang bangunan kelihatan kosong. Suka hati hendak merayau tanpa perlu menghiraukan orang.

Apapun saya tidak perlu menghadiri apa-apa lagi kelas kerana sudah mencukupkan jumlah yang perlu ketika semester pertama pada separuh kedua tahun 2019. Yang tinggal cuma hendak menyiapkan tesis (yang sampai sekarang tak siap-siap. Alahai... :]). Sesungguhnya bab tesis tak siap-siap inilah antara sebab utama saya hilang mood untuk menulis juga berkongsi apa-apa cerita. Bahan semua ada tapi bila nak menulis sahaja asyik tersangkut. Fikiran jadi terganggu, susah hendak memberikan tumpuan.

Selain itu saya juga hilang mood kerana kecewa dengan sikap orang. Terasa ramai sangat kaki "sailang", suka ambil kesempatan, tak tahu mengenang budi, berebut untuk menonjolkan diri sebagai orang paling ke hadapan dalam "perjuangan". Mereka yang sudah lama mengenali saya dan/atau sudah lama mengikuti blogspot ini mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan. Ini melibatkan dunia penulisan, pengkajian sejarah Melayu dan Islam juga aktiviti-aktivi NGO dalam mengangkat jati diri bangsa yang tersayang.

Alhamdulillah berada secara fizikal di ISTAC membuat saya lupa hal negatif. Ia mengingatkan kembali betapa saya amat cintakan ilmu dan betapa tempat ini memberikan inspirasi untuk terus berjuang. Saya berlegar-legar di kampus juga menyambung bacaan untuk persiapan tesis di perpustakaan buat berapa lama. Sekitar jam 5.30 baru keluar untuk ke rumah seorang kawan lama zaman kolej peringkat A Levels tahun 1988-1990 di Sri Hartamas.



Malam itu kami ke restoran mamak di Bukit Damansara untuk bertemu beberapa orang lagi kawan lama sekolej dan sama batch


Asalnya sebab ada seorang yang menetap dan bertugas di Johor Bahru ingin bertemu kawan yang duduk di Sri Hartamas. Alang-alang begitu terus dijadikan satu macam reunion secara impromptu iaitu tanpa dirancang. 






Perjumpaan bermula seawal jam 8 malam kemudian seorang demi seorang datang. Ada perasaan gembira bercampur terharu yang susah hendak digambarkan sebaik sahaja sampai dan nampak muka kawan-kawan.



Macam tak percaya pula tahun ini kami semua masuk umur 52 tahun. Bila berjumpa sahaja terus jadi macam zaman budak-budak...


Ramai antara kami sudah jadi orang besar, para peneraju syarikat korporat bagai juga pegawai tinggi kerajaan. Selepas kolej kami menyambung pengajian peringkat universiti di United Kingdom lalu kembali sekitar pertengahan tahun 90an untuk mengambil tempat dalam kerancakan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang. Alhamdulillah kami masih lagi selesa bertemu di kedai mamak tanpa memandang pangkat dan kedudukan.



Sayangnya kedai mamak tutup jam 10. Cuma dapat "extend" dalam 15 minit gitu. Ingatkan boleh lepak sampai tengah malam. Gambar beramai sebelum kena "halau". Ada seorang lagi tiada dalam gambar kerana harus bergerak lebih awal untuk mengambil anak. Ada seorang pula asalnya mahu datang dengan isteri tetapi tak jadi kerana muncul suatu tugasan.


Sambung pula sembang di rumah kawan di Sri Hartamas. Kebetulan kawan tersebut sedang duduk berseorangan. Terasa seperti kembali ke zaman bujang duduk asrama di kolej. Macam-macam cerita lama keluar...

Lebih best lagi apabila keluar cerita zaman-zaman dah ada keinsafan. Ketika gambar atas ini diambil saya sedang menceritakan apakah kelebihan capal Nabi Muhammad SAW sehingga ia dipakai sebagai lambang pada kopiah sesetengah orang. Keluarlah cerita Isra' dan Mikhraj, pertemuan Nabi dengan Allah SWT selepas melepasi Sidratul Muntaha juga kelebihan selawat.


Keadaan santai, jujur tanpa bermuka-muka sebeginilah yang menaikkan kembali semangat dalam perjuangan demi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Alhamdulillah saya kembali ke rumah selepas tengah malam dengan perasaan gembira dan puas walaupun  penat. Walaupun kemudian susah hendak melelapkan mata, jam 3.30 gitu baru dapat tidur saya bangun jam 5.30 dalam keadaan agak bertenaga. Semangat untuk kembali menulis itu kuat. Selepas menyelesaikan beberapa perkara artikel ini pun dibuat. Sekian perkongsian... :]


Tiada ulasan: