Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Julai 31, 2026

Dari Istanbul ke Alam Melayu : Tradisi cetakan awal dan warisan manuskrip Melayu

Salam petang Jumaat. Mempersembahkan artikel ke-2,858 di CATATAN SI MERAH SILU.



Pagi Khamis 30 Julai 2026. Pergi ke kampus utama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menunggang motosikal besar kesayangan.



Ada majlis ilmu dengan tajuk yang boleh diterjemahkan sebagai "Dari Istanbul ke Alam Melayu : Tradisi Cetakan awal dan Warisan Manuskrip Melayu"  di perpustakaan utama universiti.



Dahulu ia dikenali sebagai Darul Hikmah Library, sekarang telah ditukar nama menjadi M. Kamal Hassan Library sempena almarhum Profesor Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal bin Hassan yang kembali ke rahmatullah awal 2023.



Kali terakhir saya masuk ke perpustakaan ini adalah ketika mencari bahan rujukan tambahan bagi tesis Sarjana saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), kalau tak salah ingatan sebulan dua selepas Kamal Hassan yang pernah menjadi Rektor ketiga UIA meninggal dunia. Pada 13 Oktober 2003 tesis itu secara rasmi diluluskan oleh UIA, badan yang menaungi ISTAC. Lebih sebulan kemudian hadir konvokesyen. Lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53



Saya sampai agak lewat kerana pertama, harus menghantar buku kepada seorang pembeli di Selayang. Saya memilih untuk menghantar sendiri kerana terletak dalam perjalanan ke UIA. Kedua, setelah sampai ke kampus sibuk mencari perpustakaan kerana tidak biasa dengan kedudukannya. Itupun tersalah pergi ke perpustakaan kecil yang turut memakai nama Kamal Hassan. Saya keliru kerana ketika kali terakhir sampai ke perpustakaan utama ia masih memakai nama Darul Hikmah. Sedangkan selepas itu ada 2-3 kali ke perpustakaan kecil yang nama penuh sebenarnya adalah  Mohd Kamal Hassan Memorial Library



Saya sampai ketika Dr Surya Suradi, seorang warga Indonesia yang mengajar di Leiden University, Belanda sedang bercakap tentang koleksi manuskrip Melayu yang terdapat di universiti tersebut. Berdasarkan poster yang diterima seperti ditunjukkan atas saya fikir telah terlepas pembentangan pertama kerana poster seperti menunjukkan beliau sebagai pembentang kedua.



Ramai tahu Leiden memiliki koleksi manuskrip Melayu iaitu tulisan-tulisan lama dari Alam Melayu yang terbesar di dunia. Saya sempat mendengar Surya menyebut terdapat lebih 28,000 tajuk telah dikatalogkan sedangkan beliau percaya ada lebih 30,000 tajuk sebenarnya.



Disebut juga tentang para pengkaji Belanda yang mengumpulkan manuskrip-manuskrip itu. Itu yang kemudian dibawa ke Leiden.



Diketahui dalam sejarah, Belanda telah muncul di Alam Melayu sejak penghujung abad ke-16. Pada 1641 mereka berjaya merampas Melaka daripada tangah Portugis. Mereka kemudian menguasai bahagian  Alam Melayu yang menjadi Indonesia. 



Maka mereka mempunyai jarak masa lebih 400 tahun untuk mengkaji pelbagai aspek Alam Melayu sambil mengumpulkan manuskrip.



Selesai perkongsian naik moderator iaitu Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican dari ISTAC untuk memberikan kesimpulan sebelum memperkenalkan pembentang seterusnya. Ketika itulah baru tahu Surya adalah pembentang pertama.



Pembentang kedua adalah Profesor Madya Dr Mehmet Ozay dari ISTAC. Dalam poster kelihatan seperti pembentang ketiga dan terakhir. Beliau yang merupakan warga Turki mahu berkongsi tentang koleksi buku seorang tokoh terkemuka kerajaan Uthmaniyah Turki abad ke-18 bernama Ibrahim Muteferikka.
 


Mehmet yang mula bertugas di ISTAC pertengahan 2022 menemui koleksi langka itu di Syed Naquib Al-Attas Library iaitu perpustakaan ISTAC. Dengan itu diminta pustakawan kanannya Ahmad Zaki Rashid memberikan penerangan awal tentang koleksi.



Kemudian baru Mehmet menerangkan kenapa koleksi itu penting untuk para pengkaji. Satu, Ibrahim (Muteferikka sebenarnya adalah gelaran) adalah orang Muslim pertama membuat cetakan buku di Turki iaitu bermula 1729. Sebelum itu ada orang beragama lain membuat cetakan. Walaupun teknologi berkenaan telah wujud seawal pertengahan abad ke-15 di Eropah cetakan di Turki terhalang sejak beberapa lama kerana kerajaan lebih mengutamakan naskah salinan tangan. Menurut Mehmet ia adalah satu industri besar yang mana banyak pihak mendapat keuntungan lalu melambatkan penerimaan cetakan.



Ibrahim berjaya menghidupkan industri percetakan kerana satu, memiliki modal untuk menjayakannya, dua, kedudukan (pernah menjadi diplomat) yang dapat mempengaruhi kerajaan untuk menerima.



Mehmet memberitahu bahawa ISTAC adalah satu-satunya badan yang memiliki koleksi penuh kesemua 17 tajuk yang dihasilkan Ibrahim semasa hidupnya selain daripada apa yang terdapat di Turki. Di tempat-tempat lain cuma ada sebahagian.






Sampai masa untuk pembentang ketiga dan terakhir iaitu Wan Jumanatun bercakap. Beliau yang memiliki ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari UIA, kini sedang membuat PhD di Brunei mewakili badan bernama Khazanah Fataniyah yang diasaskan oleh bapanya, almarhum Wan Mohd, Saghir.




Sebetulnya ketika mengikuti perkongsian saya tak tahupun beliau anak Wan Saghir. Ini kerana ejaan nama bapa dalam poster dan slaid adalah lain iaitu Wan Muhd Syahrir. Kemudian baru tahu kenapa jadi begitu. Apapun beliau hendak menerangkan sejarah percetakan manuskrip Melayu melibatkan tiga generasi ahli keluarga, bermula daripada tokoh ulamak terkenal Syeikh Wan Daud al-Fatani (hidup 1769-1846) diikuti Syekh Wan Ahmad al-Fatani (1856-1908) membawa kepada Wan Saghir (1945-2007).



Dinyatakan terlebih dahulu apa yang dilihat hari ini sebagai langka adalah cuma bacaan kebiasaan masyarakat terutama di sekolah pondok pada zaman dahulu sebelum menunjukkan contoh naskah hasil tulisan tangan oleh Wan Daud.






Masuk zaman Wan Ahmad yang merupakan anak saudara kepada Wan Daud baru hasil tulisan tangan serta lain-lain bahan dicetak. Wan Ahmad yang sendiri merupakan seorang ilmuwan besar dikatakan berjaya mendapatkan kebenaran Sultan Uthmaniyah di Turki untuk mencetak bahan-bahan dalam bahasa Melayu di Tanah Arab di mana beliau bermastautin lama. Sebelum itu cetakan selain dalam bahasa Arab adalah dilarang.






Beliau sendiri bertindak untuk memastikan cetakan yang dibuat adalah menepati kehendaknya. Ini perlu kerana ada huruf Jawi yang digunakan tidak terdapat dalam huruf Arab. Ia adalah huruf Arab yang diberi tambahan titik dan sebagainya untuk mengikuti cara sebutan sesetengah perkataan Melayu. Ia adalah cara sebutan yang tidak ada dalam kosa kata bahasa Arab.



Wan Saghir yang merupakan cucu Wan Ahmad berusaha untuk memastikan hasil keilmuan datuk dan kaum keluarga, juga perkongsian daripada lain-lain ulamak silam tidak hilang ditelan zaman.



Beliau mengasaskan Khazanah Fataniyah untuk menerbitkan kembali kitab-kitab lama dalam bentuk moden. Selain itu banyak menulis tentang ulamak-ulamak silam juga pemikiran dan kitab mereka untuk siaran dalam akhbar nasional seperti Utusan Malaysia. Tentunya sebagai rujukan pihak beliau memiliki sejumlah naskah asal lalu ada yang diletakkan dalam pameran di perpustakaan UIA. Lihat artikel Malay manuscript exhibition at IIUM di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tiada ulasan: