Petang Sabtu 2 Julai 2011, saya membawa anak dan isteri ke Central Market.
Sebenarnya saya mahu mengambil gambar yang menunjukkan Central Market dibuka tahun 1888.
Walaupun gambar serupa boleh ditemui di Internet saya mahu mengambil sendiri untuk dimasukkan ke dalam buku terbaru yang sedang diusahakan.
Lalu terlihatlah satu aktiviti melibatkan kanak-kanak di panggung hadapan. Isteri saya pun menyuruh membawa Al-Rasyid naik ke pentas supaya boleh mendapat hadiah. Bila dah naik, dia pula berdiri tercegat.
Last last saya pula kena menyanyi sebagai ganti persembahan. Bantai le lagu Search, Isabella. Dapatlah permainan robot
dinosaur untuk anak... :]
Seterusnya kami singgah di Sungai Wang Plaza. Kelihatan ada Predator menunggu di sebelah.
Malam itu kami pergi menghadiri satu majlis tahlil arwah di rumah seorang ibu saudara di pinggir Kajang. Maka kami bermalam di rumah milik bapa di sebelah sana dan esoknya pergi ke Semenyih.
Selain mahu menghadiri majlis kahwin di pekan tersebut kami mahu ke Broga terlebih dahulu.
Ada sesuatu yang menarik di sana.
Dalam perjalanan kelihatan kampus tempatan University of Nottingham.
Kelihatan juga sebuah bukit yang menjadi perhatian semenjak seminggu dua. Walaupun inilah kali pertama saya mengambil jalan ke Broga kewujudan bukit itu saya ketahui dari Internet dan satu artikel suratkhabar.
Apa yang menarik tentang bukit ini? Nanti anda lihat sendiri.
Asalnya kami mahu melihat sahaja jalan ke atas. Tapi bila dah sampai kat kaki bukit rasa tak tahan nak memanjat walaupun dah hampir tengahari buta. Kelihatan di sini Al-Rasyid memegang sebiji batu yang dilihat ketika memanjat lalu mula membuat gaya seperti orang membaca Fatihah dan doa. Agaknya dia ingat ia batu nesan...
Dipendekkan cerita kami pun menghampiri puncak.
Berehat sebentar di satu tempat.
Kemudian baru sampai ke puncak. Boleh tahan tinggi. Lebih 1,000 kaki dari paras laut juga. Bayangkan memanjat membawa anak kecil yang umurnya tak sampai dua tahun, si ibu memakai kasut kasual untuk ke opis dan saya memakai kasut yang dah haus tapak. Untuk lebih banyak gambar yang menunjukkan pendakian dari bawah sehingga ke atas lihat artikel
Climbing the hill of Broga.
Seterusnya kami pergi ke pekan Broga.
Rupa-rupanya separuh pekan terletak di dalam negeri Selangor separuh di Negeri Sembilan.
Kami mengambil dahulu jalan sebelah kiri.
Ia menuju ke sebuah kuil yang nampaknya rajin dikunjungi kaum Cina.
Di sebelah kiri ada lorong.
Kami pun masuk. Nampaknya ada kem yang dikelolakan pakar motivasi terkenal Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.
Kem tersebut terletak di hujung lorong.
Kemudian kami kembali ke pekan untuk mengambil jalan ke kanan menghala ke Lenggeng.
Tapi kami setakat pergi melepasi jambatan sambil melihat apa yang ada.
Kalaulah tidak kerana harus berpatah balik ke Semenyih untuk menghadiri majlis kahwin di Semenyih, mahu sahaja saya terus ke Lenggeng. Itupun kami harus mandi di masjid jamek Semenyih dan menukar pakaian sebelum pergi ke majlis. Tengok-tengok khemah dah hampir bersih. Kami adalah antara hadirin yang paling lambat datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan