OK. Sesuatu yang sepatutnya sudah dikongsikan sebelum memulakan cerita sekitar raya seperti dikumpulkan dalam artikel Kompilasi cerita perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 tetapi terlupa. Baru ini teringat.
Merujuk pada perjalanan ke Perak 15-18 April 2023 iaitu pada penghujung bulan Ramadhan lalu seperti dinyatakan dalam artikel Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya pada 22 April bersamaan 1 Syawal 1444 Hijriah. Adapun sebelum memulakan siri penceritaan perjalanan timbul rasa untuk menyemak di manakah saya ada beriktikaf di masjid atau membuat perjalanan berkenaan bagi bulan Ramadhan suatu tahun sejak mula melakukannya, seingat saya sejak tahun 2003. Tetapi apa yang boleh diingati adalah setakat apa yang ada dicatatkan. Paling senang tentu dengan merujuk pada apa yang ada dikongsikan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Dengan itu dibuatlah senarai berikut...
Semakan iktikaf Ramadhan
2006 - Tiada rekod. Ini kerana blogspot ini sendiri baru dibuka dengan artikel Apa-apa aje le... pada 12 November iaitu bersamaan 21 Syawal 1427 Hijriah.
2007 - Tidak jelas di mana. Tak nampak dalam penulisan pada waktu berkenaan. Cuma artikel Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub... yang ditulis setahun kemudian ada menyatakan saya beriktikaf di sebuah rumah lama di Janda Baik pada Malam Tujuh Likur pada tahun sebelumnya (maksudnya 2007). Oleh itu besar kemudian saya sedang berlegar-legar di sekitar Janda Baik dalam tempoh waktu tersebut.
2008 - Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Muar. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub...
2. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di sebelah makam Pengkalan Kempas...
2009 - Pantai Timur. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan.
2010 - Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan selatan Thailand. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.
2011 - Nampak seperti tiada iktikaf. Sekadar keluar bersama anak dan isteri. Lihat Dari hutan simpan ke menara.
2012 - Pahang dan Perak - Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.
2013 - Tiada iktikaf. Dalam proses pulih setelah patah kaki. Lihat Pembedahan 15 Ramadhan dan faktor 313.
2014 - Setakat singgah sekejap masjid di Muar di celah perjalanan. Lihat Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.
2015 - Pulau Pinang dan Perak. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.
2016 - Hulu Selangor dan Tanjung Malim. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid dalam tempoh kurang 24 jam.
2017 - Tak ingat kerana tidak dicatat. Angin tidak baik. Sehingga 3 bulan tidak menulis.
2018 - Di Tanjung Malim, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka. Lihat artikel-artikel berikut :-
1. Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian
2. Dari Hulu Langat ke Putrajaya ke Kuang - Perjalanan iktikaf 23-25 Ramadhan
3. Iktikaf malam 27 dan 29 Ramadhan - Lalu muncullah bulan raya Syawal
2019 - Iktikaf di ISTAC. Lihat Menyambut malam 7 Likur merangkap ulang tahun ke-50 di masjid ISTAC.
2020 - Tidak ke mana disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19.
2021 - Sekitar Selangor. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.
2022 - Nampaknya tiada. Sedang memberikan perhatian bagi menyiapkan deraf ketiga tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam). Lihat Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya.
2023 - Di Perak. Lihat Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan