Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Ogos 12, 2023

Antara perpustakaan dan mahkamah : Melengkapkan sumbangan di Besout dan Slim

Pergi pada hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel  Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor.




Awal pagi Rabu 9 Ogos 2023. Keadaan dalam masjid di Felda Besout 1. 




Saya telah bermalam di masjid itu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Felda Besout 1 dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Bersarapan di kawasan pasar berdekat. Lihat artikel Morning at Felda Besout 1 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Saya menunggu sehingga perpustakaan desa dibuka jam 9 pagi untuk menyumbangkan buku. Selepas itu baru bergerak meninggalkan Felda Besout.




Seperti pernah dilakukan di 2-3 perpustakaan sebelum ini apabila petugas atau kakitangan tiada kerana ada hal namun meninggalkan nombor telefon lalu dapat dihubungi saya meninggalkan sahaja buku di tempat yang boleh dilihat. Gambar ini menunjukkan tanah tinggi yang dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Felda Besout terbit daripada gugusan tanah tinggi.




Dari situ laluan membawa membawa ke pekan kecil Kuala Slim. Kelihatan sebuah warung tepi jalan yang 'menyeramkan'.




 Laluan selepas itu boleh dikatakan menghulu Sungai Slim lalu sampailah ke pekan Slim River.




Kemudian baru mengambil laluan lebih jauh menghulu sungai untuk ke Slim Village (Kampung Slim).




Laluan ini pertama kali diambil sekembali daripada menghadiri sesi perbicaraan mahkamah melibatkan harta Laksamana di Mekah pada Julai tahun lalu. Lihat Misi Keluarga Laksamana part II - Dari Lubuk Merbau ke Kuala Kangsar membawa ke Ulu Slim.




Masuk ke perpustakaan desa kelihatan petugasnya juga seperti sudah menjangka saya akan datang. Nampaknya beliau pun tahu tentang saya ada menyumbangkan buku seperti diceritakan dalam artikel Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor.




Dengan itu kira lengkaplah persinggahan ke perpustakaan-perpustakaan umum negeri Perak yang boleh dibuat sumbangan buku dalam laluan dari Ipoh ke rumah melalui Kampar, Tapah dan Bidor membawa ke Tanjung Malim. Lalu di Hulu Bernam ternampak sebuah kedai makan menarik ada menjual nasi dagang.




Kedudukan kedai menghadap sebuah sungai.




Ketika gambar ini diambil jam 10.50 pagi saya belum lagi makan. Alhamdulillah. Saya cukup masa dan kelapangan sehingga dapat sampai ke kembali ke Bandar Sungai Buaya bagi mengambil anak yang habis sekolah pagi jam 12.50 petang.
  


Tiada ulasan: