Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Ogos 11, 2023

Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor

Salam petang Jumaat 24 Muharram 1445 Hijriah. Pergi pada hari ke-3 perjalanan terbaru Perak. Yang ini mungkin terlebih istimewa melibatkan buku. Bersambung daripada artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang.



Pagi Selasa 8 Ogos 2023. Saya bersarapan di Sri Kinta, Ipoh bersama seorang rakan. Beliau inilah yang meminta saya untuk berkongsi cerita sejarah melibatkan Panglima Ismail (pengasas Silat Cekak) di pusat latihan Silat Cekak di Manjoi pada malam sebelumnya. Kemudian beliau mengajak bermalam di rumahnya di Pasir Puteh.




Selepas itu beliau menunjukkan jalan belakang untuk Mahkamah Tinggi Syariah, Ipoh di Manjoi. Dalam perjalanan itu ditunjukkan satu tanah perkuburan yang harus ada sejarah yang menarik. Lihat artikel Sebuah tanah perkuburan Islam di (A Muslim cemetery at) Sri Kinta dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Gambar ini pula diambil sekitar jam 1.20 petang ketika hendak meninggalkan Ipoh. Ketika ini sudah selesai sesi perbicaraan bagi hari itu melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah. 




Kes masih lagi berjalan lalu sesi seterusnya dijadualkan berlangsung pertengahan September. Turut dapat diselesaikan hari itu adalah satu perbincangan bagi menaikkan cerita Laksamana Perak seperti dinyatakan dalam buku terbaru saya Laksamana Raja Mahkota & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai (terbit 13 Mei 2023).




Dalam artikel pertama siri ini iaitu Antara perpustakaan dan mahkamah : Pesta Buku Perak 2023 telah dikongsikan buat pertama kali kepada umum bagaimana sebenarnya sejak 2 bulan lalu saya ada pergi dari perpustakaan ke perpustakaan untuk menyumbangkan buku ke-13 saya Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995 (terbit Jun 2019). Lalu ia menjadi asbab dapat tahu tentang Pesta Buku Perak 2023 sehingga dapat 'melabuhkan' buku Laksamana di situ.




Maka dalam perjalanan dari Ipoh menghala kembali ke rumah itu saya mencari lagi perpustakaan-perpustaakan awam yang boleh dibuat sumbangan buku. Menggunakan carian dalam Google Map, dapatlah ditemui sejumlah di laluan yang dipilih kali ini iaitu jalan lama ke Kampar membawa ke Tapah diikuti Bidor. Antara yang disinggahi adalah perpustakaan-perpustakaan desa di Sungai Raya (dekat Gopeng), Gunung Mesah Hilir, Kuala Dipang dan Kampung Tualang Sekah.

Sampai di perpustakaan awam Tapah kelihatan seperti petugas sudah sedia menunggu kedatangan saya. "Cepatnya sampai!" kata wanita muda itu. Rupa-rupanya cerita ada orang singgah dari perpustakaan ke perpustakaan di Perak sudah hangat diperkatakan dalam grup WhatsApp mereka. Sampai tahu bahawa saya berada di Pesta Buku Perak 2023, mungkin juga akibat penampilan unik sentiasa bertanjak dan selalu memakai seluar silat itu.

Petugas itu bertanya ke mana saya mahu menghala seterusnya. Saya jawab ke Bidor sebelum kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya. Beliau pun memberitahu tinggal dua sahaja perpustakaan di Perak masih aktif dalam laluan tersebut. Satu di Felda Besout, satu lagi di Kampung Slim. Kata beliau dahulu ada satu di Kampung Poh dekat Bidor tetapi sudah tidak aktif.




Pun begitu saya tetap cuba mencari di Bidor berdasarkan kedudukan-kedudukan yang ditanda dalam Google Map. Satu rupa-rupanya satu tiada bangunan, cuma tanah bersemak. Nampaknya ada orang salah tanda. Kedua, memang ada perpustakaan. Tapi seperti sudah lama tidak dibuka. 'Perpustakaan' yang  rupanya satu kawasan bersemak itu dinyatakan sebagai Perpustakaan Desa Kampung Poh. Yang tidak dibuka itu tidak tahu nama  tempatnya.




Seterusnya saya mendapati Google Map ada menandakan perpustakaan di suatu tempat bernama Kampung Chang.




Saya pun menghala ke sana. Seingat saya jalan berkenaan belum pernah diambil sebelum ini.




Alhamdulillah. Ketika sampai sekitar jam  5.09 petang ia masih dibuka lalu dapat membuat sumbangan buku.




Ternyata kawasan di situ ramai penduduk Orang Asli. Saya mengambil jalan berkenaan hingga ke hujung kemudian masuk ke ladang kelapa sawit.




Ini kerana menurut Google Map ada air terjun ke hujung lagi. Alhamdulillah dapat juga sampai ke sana. Lihat artikel A visit to the Gepai waterfall di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Seterusnya saya mengambil satu lagi jalan ke pendalaman yang seperti jalan sebelum ini menghala ke kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa tetapi di belah selatan sedikit.



Yang ini baru betul-betul masuk Kampung Poh. Yang dinyatakan sebagai Perpustakaan Desa Kampung Poh dalam Google Map ternyata memang silap tanda. Oh. Sebelum masuk lebih dalam terjumpa papan tanda ke perpustakaan atas nama Kampung Poh lalu menyumbang buku. Saya diberitahu oleh penduduk tempatan ia masih aktif. Cuma sampai lewat iaitu selepas perpustakaan ditutup jam  5.30 petang.




Nasib baik sekolah di sebelah perpustakaan masih ada orang lalu saya meninggalkan buku (seperti biasa 5 naskah) kepada guru. Beliau berjanji akan menyampaikan kepada perpustakaan siang esoknya. Seterusnya kelihatan masjid ini. Saya pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Poh, Bidor




Perjalanan diteruskan hingga habis jalan tar lalu masuk jalan batu kasar.




Sampai takat ini cukuplah. Jalan semakin kasar dan mencabar sedangkan saya tidak mahu lagi begitu lasak dengan kereta. Baru sahaja beberapa hari kena repair eksos terjatuh. Mungkin akibat sudah banyak kali tersagat batu-batuan dan sebagainya di jalan-jalan kasar.



Dekat-dekat situ terlihat satu kawasan yang agak private lalu mandi sungai. Ketika itu sudah jam 6.45 petang. Terus tukar ke pakaian tidur. Lihat Bidor river at the far end of Kampung Poh.



Selepas mandi lalu bergerak kembali ke arah pekan Bidor baru tersedar ada jambatan besi di kampung itu. Lihat Bidor river from a bridge at Kampung Poh.



Menariknya jalan yang dilalui dari Bidor ke Kampung Poh itu ditanda dalam sistem jalan raya Malaysia sebagai jalan A131. Menarik kerana nombor itu membawa makna "home sweet home", rumahku syurgaku buat saya. Menarik lagi kerana kedudukan di hulu Bidor atau hulu Sungai Bidor menjadikan ia satu eksplorasi kesinambungan buat saya. Jika pada perjalanan ke mahkamah melibatkan kes harta Laksamana pada penghujung 2022 saya pergi ke kawasan paling hulu Sungai Slim yang boleh dicapai dengan kereta biasa (lihat Misi keluarga Laksamana part VII - Menyelesaikan hajat ke Pos Tenau), pada perjalanan untuk sesi perbicaraan awal bulan Mei iaitu 3 bulan lalu pula saya ke hulu Sungkai Lihat Dari Ipoh ke Teluk Intan ke pendalaman Sungkai - Satu misi berkenaan keluarga Laksamana Perak

Kini dapat ke hulu Bidor. Lebih istimewa lagi airnya mengalir masuk ke Sungai Perak melalui Kuala Bidor di Teluk Intan. Di sekitar kuala Sungai Bidor itulah keluarga Laksamana Raja Mahkota pernah berpengkalan sejak 300 tahun lalu. Disebabkan itu Laksamana pertama dikenali sebagai Tok Kuala Bidor dan kami ada moyang jauh lebih awal yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor.


Tiada ulasan: