Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Julai 03, 2022

Misi keluarga Laksamana - Solidariti keturunan Orang Kaya Arshad dan adik seibu sebapanya Aminah

Salam petang Ahad 3 Zulhijjah 1443 Hijriah. Pergi pada cerita hari ketiga dan terakhir perjalanan baru ke Perak. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana - Mendalami lagi talian persaudaraan lama diikuti kaitan dengan Panglima Kinta.



Sudah disebut dalam dua artikel sebelum ini bahawa tujuan utama saya ke Perak kali ini adalah kerana mahu hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh pada pagi Rabu 29 Jun. Sampai masanya saya dan sejumlah saudara mara daripada keturunan Laksamana Raja Mahkota Perak pun bergerak ke sana.




Oh. Isteri dan seorang anak saya ada ikut bersama. Mereka datang menaiki kereta anak saudara kami dari Lembah Klang ke Ipoh pada petang Selasa lalu sampai pada malamnya.




Alhamdulillah ramai saudara mara kami muncul, ramai yang kali pertama saya temui lalu mengenali. Kami ke mahkamah kerana ada perbicaraan melibatkan harta pusaka moyang kami Laksamana Muhammad Amin (yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah tahun 1877, selepas Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch dibunuh tahun 1875). Moyang kami itu ada membeli sebidang tanah di Mekah. Katanya betul-betul di hadapan Masjidil Haram, di mana Hotel Hilton dengan Menara Mekah setinggi lebih 600 meter itu terletak.




Selama ini kami menyangkakan tanah tersebut telah diwakafkan. Rupa-rupanya telah dimajukan lalu kerajaan Arab Saudi mahu memberikan pampasan. Waris-waris yang layak menerima pun dicari. Rupa-rupanya ada saudara mara kami telah berusaha ke arah itu sejak beberapa lama tanpa memberitahu saudara mara yang lain. Malah mereka dikatakan telah pun menerima sejumlah bayaran...



Apabila saudara mara belah kami mendapat tahu kami pun berusaha untuk mendapatkan bahagian kami. Itu yang masuk ke mahkamah. Ketika itulah kami dapat tahu, saudara mara lain yang dikatakan telah mengambil sebahagian pampasan bukan sahaja telah menyorokkan hal ini daripada kami. Malah dimasukkan pula saudara mara yang tiada hak dalam faraid kerana mereka bukanlah keturunan terus (direct descendant) Laksamana Muhammad Amin. Misalnya, keturunan anak perempuan daripada anak perempuan Muhammad Amin. Itu memang layak mendapat bahagian. Tetapi keturunan kepada suami anak perempuan tersebut melalui isteri lain yang bukan darah daging Laksamana. Mana boleh?

Adapun saya ini adalah daripada cabang utama keturunan Laksamana Muhammad Amin iaitu daripada Orang Kaya Muhammad Arshad bin Muhammad Amin. Sedangkan pihak berkenaan adalah daripada adik-adik Arshad yang antaranya berbeza umur sehingga 40 tahun lebih muda. Namun apabila saya bertanya kepada pihak berkenaan tentang usaha mereka menuntut pampasan boleh ditanya balik pula saya siapakah Arshad ini? Walhal nama Arshad sangat jelas sering tertulis bersama nama bapanya hadir dalam mesyuarat-mesyuarat bersama Sultan dan para pembesar dalam menentukan hala tuju kerajaan negeri Perak. Kalau sungguh keturunan Laksamana Muhammad Amin mesti tahu siapa dia Arshad...



Sesungguhnya hal seperti inilah yang akhirnya membuat saya memohon jawatan Toh Muda Laksamana tahun lalu dengan niat untuk menjadi Laksamana. Saya merasakan tidak boleh berharap kepada saudara mara daripada cabang lain untuk membela keluarga belah saya. Rujuk artikel-artikel berikut :-







Walaupun akhirnya saya dipinggirkan daripada gelaran sedangkan daripada segi nasab saya jelas adalah waris paling utama selain banyak melibatkan diri dalam usaha-usaha kedaulatan bangsa Melayu saya tetap merasa bertanggungjawab untuk membantu banyak urusan melibatkan keluarga Laksamana. Lihat artikel-artikel berikut :-








Berbalik pada hal mahkamah. Sebetulnya usaha-usaha berkenaan daripada pihak kami telah bermula sejak penghujung tahun 2019. Ketika itu kami bergerak atas nama tiga jalur adik beradik anak-anak Laksamana Muhammad Amin bersama isteri bernama Wan Long Sa'adiah binti Perdana Menteri Wan Mat Saman bin Laksamana Paduka Raja Wan Ismail (Kedah). Ini kerana Muhammad Amin memiliki lebih daripada empat orang isteri. Yang menentang kami terdiri daripada keturunan beberapa orang anak daripada isteri-isteri lain.

Namun makin lama kami mendapati bahawa ada satu jalur, atau lebih tepat pihak yang mewakili jalur berkenaan melakukan perbuatan demi perbuatan yang dilihat bakal merugikan dua lagi jalur. Hal ini mula betul-betul disedari pada pertengahan bulan puasa lalu. Kami membuat keputusan untuk melantik peguam baru agar dapat memperjuangkan keadilan bagi kami walaupun peguam lama masih mengendalikan kes.



Adapun moyang saya (sebenarnya datuk kepada datuk saya) Orang Kaya Muhammad Arshad memiliki seorang adik perempuan seibu sebapa bernama Aminah. Arshad berkahwin dengan Hajah Halijah binti Haji Musa sedangkan Aminah berkahwin dengan abang Halijah iaitu Yassin, dua perkahwinan silang yang sangat merapatkan hubungan. Dengan itu biar diisytiharkan di sini bahawa yang datang beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh pada pagi Rabu 29 Jun baru ini adalah rata-rata keturunan Arshad dan Aminah. Kami telah sebulat suara mahukan keadilan melalui peguam baru dan tidak mahu lagi bersama peguam lama. 

Kami datang beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti dan kesepakatan. Dengan itu jangan ada mana-mana  pihak lain mendakwa yang datang beramai-ramai ini adalah penyokong mereka. Jika tiba-tiba, misalnya ada orang bernama Maniam (contoh sahaja... hehe... :]) menyatakan yang ramai-ramai ini penyokong pihaknya itu adalah bohong semata-mata. Kami juga menolak penglibatan mana-mana samseng Kampung Pisang, Sarip Dol ke hapa dalam hal faraid dan pusaka Laksamana Muhammad Amin. Dengan itu sekali lagi ditegaskan, kami sebagai anak cucu keturunan Arshad dan Aminah telah bersepakat untuk bersama. Sesiapa yang cuba untuk memisahkan atau mengadu-domba antara kami maka laknat Allah SWT terhadap kamu.




Selesai urusan di Ipoh saya, isteri dan anak pun bergerak kembali ke arah selatan.




Bapa saudara yang ikut sama ke Ipoh hari Selasa perlu dihantar kembali terlebih dahulu ke Teluk Intan lalu kami mengambil laluan melalui Kampar.




Sampai di Chenderong Balai singgah masjid ini untuk bersolat. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al A'la, Kampung Kunci Air, Chenderong Balai di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Sampai ke Teluk Intan saya ke Pejabat Tanah sekali lagi untuk memanjangkan urusan tentang tanah arwah datuk. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan. Selepas itu baru menghantar bapa saudara ke rumahnya kemudian ke masjid warisan keluarga di Batak Rabit, masjid yang sedang dalam usaha ditukar nama menjadi Masjid Laksamana Raja Mahkota.




Selepas beriktikaf sebentar di masjid saya membawa isteri dan anak ke rumah ibu saudara yang terletak berdekatan masjid. Kemudian kami ke Restoran Terapung di Sungai Perak kerana bapa saudara tadi mengajak bertemu bersama isterinya makan minum. Lihat artikel Clear views from the Teluk Intan floating restaurant di blogspot BERPETUALANG KE ACEH 




Selepas itu baru menyambung perjalanan kembali ke arah selatan malah sehingga melepasi rumah di Bandar Sungai Buaya. Ini kerana tengah hari itu anak kami yang belajar di tahfiz di Janda Baik menyatakan boleh bercuti awal lalu meminta kami mengambil...




Kami sampai di Janda Baik sekitar jam 8 malam. Selepas mengambil anak kami makan-makan di Genting Sempah lalu kembali ke rumah lewat malam. Adapun sebelum bergerak ke Perak saya telah mengosongkan meter bawah kereta. Dengan itu didapati perjalanan ini telah memakan jarak keseluruhan hampir 700 km.


Tiada ulasan: