Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 07, 2022

Bersedia untuk mengembara bersama Merah Silu melalui FB Live

Salam pagi Khamis 7 Zulhijjah 1443 Hijriah. Ini ada perkongsian sebagai persediaan bagi satu majlis malam ini...


Beberapa hari lalu saya telah dihubungi seorang kawan aktivis dalam dunia persilatan dan warisan yang dikenali sebagai Tok Siak. Beliau ingin mengadakan satu majlis berupa bual bicara bersama saya dalam Facebook Live. Kami pun bersetuju agar ia diadakan pada malam Jumaat. Dengan itu pihak beliau pun membuat poster yang kelihatan. Apabila mendapatnya saya pun menyebarkan dengan teks berikut :-


MENELUSURI MAKNA DIRI, PENGEMBARAAN DAN PERJUANGAN DEMI MELAYU DAN ISLAM AKHIR ZAMAN

Salam semua. Mari bersama malam Jumaat ini bercakap tentang kehidupan, peranan diri, pengembaraan zahir dan batin, perjuangan demi mendaulatkan Melayu dan Islam berdasarkan pengalaman sebenar, bukan cedok copas bagai di Internet tiru pengalaman orang atau membuat karangan kreatif menokoh tambah bagi cerita sedap walhal hakikatnya jauh panggang dari api. Berkongsi kisah sebenar apa yang membuat seorang graduan matematik daripada University College of London awal tahun 90an, sebuah universiti top ten di dunia boleh berubah arah menjadi wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Kemudian meninggalkan kerjaya, keluarga dan keselesaaan hidup untuk mengembara seorang diri bertahun2 demi menelusuri sejarah dan salasilah keluarga selepas itu menulis buku2 melibatkan hal2 tersebut berserta jati diri orang Melayu lalu mengadakan acara2 berkenaan secara percuma berdasarkan konsep sukarelawan demi kemaslahatan ummah.


Beliau pula menyebarkan dengan teks sendiri iaitu ini :-


Sosok tubuh yang tidak asing lagi didlm Dunia warisan kita... Nama jolokan Merah Silu antara aktivis yg meletakan dirinya sepenuh masa...
Meninggalkan glamour Dunia korporat hingga ke lapangan Seni... Merentas benua dan setiap pelusuk desa utk mengkaji leluhur yang terdahulu...
InsyaAllah tuan2.. kita nanti, bual bicara di Dalam Segmen Kalam Rumbawe, panel sudi berkongsi cerita pengalaman kembara nya...
Jumpa nt.. mlm jumaat 7hb julai 2022...


Sebetulnya saya pun tidak pasti bagaimanakah perjalanan bual bicara ini nanti. Yang tahu Tok Siak akan bertindak sebagai moderator atau pemudahcara dan beliau mahu saya berkongsikan kisah-kisah pengembaraan yang membentuk jati diri hingga muncul sebagai seorang yang dilihat aktif memperjuangkan warisan tradisional Melayu. Saya pun memberitahu, mungkin boleh menggunakan paparan-paparan daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU untuk membantu. Boleh misalnya menggunakan artikel-artikel lama yang memberikan pautan bagi banyak artikel-artikel kompilasi perjalanan saya.

Kemudian baru terfikir. Apa kata kumpulkan dahulu pautan-pautan bagi artikel-artikel lama itu dalam satu artikel khas supaya lebih mudah untuk dicapai dan dirujuk? Untuk makluman, beberapa bulan awal tahun lalu iaitu pada tahun 2021 pernah digunakan untuk membuat artikel-artikel mengenangkan perjalanan-perjalanan lama yang tidak pernah dikongsikan di blogspot sebelum itu. Ini kerana ketika itu tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membentung wabak Covid-19 agak ketat lalu buat suatu masa yang lama saya, juga keluarga tidak dapat keluar untuk mengembara ke mana-mana. Masa 'terkurung' itupun dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan itu dapatlah diterbitkan artikel-artikel kompilasi induk seperti berikut :-


1. Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain

2. Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021

3. Melihat kembali semua perjalanan lama dan kepentingan buat diri juga orang lain



Di sini, untuk lebih memudahkan lagi carian biar dikumpulkan beberapa artikel kompilasi berkenaan menurut tema :-


Perjalanan sekitar zaman kolej A Level PPP/ITM 1988 -1990

 Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989

2. Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989


Perjalanan semasa zaman belajar di University College of London 1991-1995

1. Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.

2. Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.

3. Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994

4. Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995


Perjalanan zaman menjadi wartawan akhbar The New Straits Times 1996-2001






Perjalanan terawal menziarahi makam-makam lama 

1. Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001






Untuk perkongsian dalam artikel khas ini cukuplah senarai sehingga tahun 2004. Sebagai seorang pengembara tegar tentunya lebih banyak perjalanan telah dibuat selepas itu. Itu yang terkumpul dalam artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain juga Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Pemandangan-pemandangan menarik daripada perjalanan-perjalanan itu pula diletakkan ke dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH sementara tempat-tempat seperti masjid, makam dan bangunan lama dikongsikan dalam blogspot dwibahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Setakat ini blogspot-blogspot tersebut mengandungi lebih 2,200 artikel setiap satu.


Saya juga memiliki blogspot yang dikhaskan bagi aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam iaitu Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Atas nama tersebut saya telah menganjurkan majlis-majlis ilmu secara percuma di merata Semenanjung serta tiga kali di Aceh seperti berikut :-


1. Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


















Tentang penglibatan dalam dunia warisan atau peradaban Melayu ia boleh dikatakan bermula apabila mendapat gerak untuk mencari salasilah keturunan keluarga lalu berlakulah ziarah ke makam-makam lama bermula pada tahun 2001 seperti ditunjukkan dalam senarai berkenaan. Namun pengzahiran penglibatan melalui pemakaian busana tradisional Melayu bertanjak bersampin berkeris bermula 11 tahun kemudian iaitu apabila mengadakan acara atas nama HIKMAH hampir penghujung 2012. Penglibatan secara zahir ini di samping perkembangan semasa perkara telah direkodkan melalui artikel-artikel berikut. Ia merupakan isi pembentangan saya pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara hampir penghujung tahun 2016. Lihat :-








Pada tahun 2020 telah dibuat artikel-artikel untuk menunjukkan penglibatan saya dalam pelbagai aktiviti berkenaan. Ia bukan sekadar dalam majlis-majlis persilatan, kebudayaan dan warisan tetapi juga dalam majlis-majlis ilmu di menara gading dan institusi-institusi pemikiran tinggi. Saya datang berbusana tradisional Melayu lalu sengaja menonjolkan diri dengan soalan, hujah dan perkongsian pemikiran. Ini untuk menunjukkan bahawa kami penggiat warisan bukannya kolot atau kekampungan. 

Ada di antara kami yang memiliki kepandaian dan keintelektualan sehingga boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan para profesor. Kami datang ke majlis-majlis ilmu bukan untuk membuat persembahan silat atau menjadi pak pacak. Kami pakai untuk menunjukkan kebanggaan terhadap jati diri sejati anak Melayu yang mana semua golongan masyarakat asalnya biasa berpakaian sebegitu sebelum dijajah lalu pemikiran jadi tertakluk, hilang keyakinan terhadap nilai asal bangsa sendiri. Kami lakukan ini pada kala ramai merasakan orang pandai penampilannya harus memakai kot atau apa-apa pakaian kebanggaan Barat. Lihat :-






Sekarang telah muncul satu lonjakan baru dalam penghayatan warisan apabila filem Mat Kilau muncul di pawagam bermula dengan tayangan perdana pada 16 Jun. Sambutannya sangat luar biasa. Ramai datang menonton dengan memakai busana penuh tradisional Melayu, bertanjak, bersampin, berkeris. Ada kumpulan-kumpulan penggiat busana dan persatuan-persatuan silat yang 'memborong' habis pawagam sehingga kutipan dapat melebihi RM50 juta dalam tempoh kurang 2 minggu.

Kalau dahulu, pada awal-awal mula penglibatan saya tahun 2012 orang sering bertanya hendak pergi buat pertunjukan silatkah atau hendak bernikah lagi kalau dilihat berpakaian begitu. Kalau ke majlis ilmu di universiti dan institusi-institusi setarafnya ramai memandang lekeh. Sehingga harus ditunjukkan tahap intelektual yang dimiliki baru mereka merasa segan. Saya graduan matematik daripada sebuah universiti di London yang tersenarai sebagai antara sepuluh terbaik di dunia, boleh berbicara tentang sains dan falsafah tinggi dalam bahasa Inggeris yang lancar. Kamu Melayu dari universiti tempatan yang cuma graduan sains sosial, cakap Inggeris sering terikut cara orang Cina dan India hendak tunjuk pandai berbahasa tetapi sebenarnya rojak hendak sombong apa sehingga sanggup memandang rendah pakaian tradisional bangsa sendiri?

Sekarang orang sering bertanya hendak tonton filem Mat Kilaukah kalau berpakaian begitu? Ia tidak lagi kelihatan janggal malah ramai daripada segenap lapisan masyarakat telah membiasakannya. Itulah perkembangan yang memberangsangkan buat para penggiat warisan. Alhamdulillah saya boleh dikatakan antara orang paling awal berusaha untuk menjadikan pemakaian busana tradisional Melayu kembali menjadi kebiasaan buat kita. 

Cukuplah apa yang dikongsikan ini. Ia harus cukup untuk membayangkan apa yang boleh dipanjangkan dalam bual bicara malam ini. Ikutinya melalui FB Tok Siak di sini.




Oh. Baru teringat. Mungkin ada yang mahu tahu keadaan saya dan cerita-cerita berkenaan (selain pengembaraan) ketika belajar di London tahun 1991-1995. Kebetulan saya ada membuat sejumlah ceritanya. Biar dikongsikan pautan...


Tiada ulasan: