Salam tengah hari Jumaat ke-5 tahun 2001 dan terakhir bagi bulan Januari. Sampai masanya untuk menyelesaikan terus cerita kenangan perjalanan 23 tahun lalu ini. Bersambung daripada artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Laluan yang mengingatkan pada zaman sekolah menengah.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Jumaat, Januari 29, 2021
Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Menghabiskan baki cuti kerja di Muar sebelum kembali ke Kuala Lumpur
Rabu, Januari 27, 2021
Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Laluan yang mengingatkan pada zaman sekolah menengah
OK. Siri ini semakin menghampiri penghujungnya. Tanpa membuang masa lagi biar disambung cerita daripada artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Johor Bahru sebagai pusat penerokaan ke sudut paling selatan dan barat Semenanjung serta pelbagai ceruk rantau.
Isnin, Januari 25, 2021
Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Johor Bahru sebagai pusat penerokaan ke sudut paling selatan dan barat Semenanjung serta pelbagai ceruk rantau
Salam. Sampai masanya untuk bercerita lagi tentang perjalanan 23 tahun lalu. Bersambung daripada artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Sekitar Pengerang membawa ke Kota Tinggi dan seterusnya.
Turut dilawati adalah lebuh raya dan jambatan panjang menyeberangi Sungai Johor dekat Kampung Kong Kong lebih 40 km ke barat rumah datuk saudara. Ini harus berlaku pada hari Isnin 12 Januari. Walau ketika itu lebuh raya masih dalam pembinaan, walau ia baru bukaan tanah merah dan tiang jambatan pun belum ada lagi saya begitu teruja untuk melihat kawasan. Ini disebabkan keluasan Sungai Johor lebih 4 km di sekitar itu sedangkan berita tentang pembinaan ada dibaca di surat khabar sebulan dua lebih awal.
Gambar daripada artikel lama Trip anak-beranak ke Desaru - "Diserang' Angry Bird di Johor Bahru dan 313 di tempat rehat ini menunjukkan keadaan ketika saya pertama kali melalui jambatan penghujung tahun 2014. Pada tahun 2009 saya ada mengambil lebuh raya berkenaan tapi jambatan belum siap. Lihat Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Menyusuri kembali jalan ke Teluk Ramunia dan Tanjung Pengelih. Dalam tempoh beberapa hari itu entah berapa kali saya juga ada keluar masuk pusat bandar Johor Bahru. Sedikit butiran yang dapat diingat inipun cukup untuk menunjukkan jarak perjalanan di sekitar melepasi 200 km malah lebih jauh.
Sabtu, Januari 23, 2021
Islam sebagai jalan ta'at dan jihad
OK. Ada sedikit perkongsian daripada satu majlis ilmu Selasa lalu.
Pun begitu saya tetap juga berusaha untuk mengikuti syarahan. Pada pagi Rabu saya dapat mengikuti selama 15 minit sahaja sebelum merasa terganggu oleh bunyi bising televisyen anak-anak sedang menonton di ruang tamu. Lewat petang semalam baru dapat mengikuti lebih lama dari atas rumah pokok. Dengan ini bolehlah dikongsikan secara ringkas isi syarahan.
Tajuk syarahan yang berlangsung dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan menjadi "Islam Sebagai Jalan Ta'at dan Jihad". Selepas pengenalan oleh Profesor Madya Dr Imtiyaz Yusuf, juga dari ISTAC, pensyarah iaitu Prof Osman pun membuka tentang makna ta'at. Rasanya semua orang faham ta'at itu adalah akur pada titah perintah. Kata Osman sifat ta'at merupakan sesuatu yang asas buat semua orang.
Semua manusia perlu melakukan keta'atan kerana ia adalah satu sifat yang telah terbina secara semulajadi dalam diri manusia. Tetapi manusia juga boleh menjadi tidak ta'at (disobedient). Jadi bagaimana boleh menjadi tidak ta'at sedangkan sifat ta'at itu sesuatu yang asas sudah ada dalam diri manusia? Di sini Osman mengemukakan pandangan secara falsafah.,,
Yang sebenar tidak ada langsung sifat tidak ta'at dalam diri manusia. Sebaliknya apa yang berlaku adalah beralihnya keta'atan dari sesuatu kepada sesuatu. Misalnya apabila tidak mengikut perintah Allah SWT maka kita tidak ta'at kepada Tuhan. Tetapi sebenarnya kita ta'at kepada sesuatu (selain Allah). Walaupun Osman tidak menyatakan ta'at kepada apa sekurang-kurangnya saya boleh faham ia menjadi ta'at kepada kepada hawa nafsu.
Maka bolehlah difahami bahawa memang manusia itu harus bersifat ta'at kepada sesuatu. Kecenderungan untuk mengikuti apa yang orang ramai buat (following the crowd) termasuk dalam sifat ta'at tersebut. Maka itu Osman memecahkan ta'at kepada 3 bahagian. Saya terjemahkan seperti berikut :-
1) Ta'at tanpa faham (ignorant obedience)
2) Ta'at berpura-pura (hypocritical obedience)
3) Ta'at penuh faham (enlightened obedience)
Ah. Banyak pula saya menulis tentang ta'at sedangkan ini cuma hasil daripada mengikut 50 minit pertama syarahan dari atas rumah pokok lewat petang semalam sehingga malam. Masih ada lebih sejam termasuk sesi soal jawab tidak sempat diikuti apabila kembali ke rumah setelah menunaikan solat Isyak di sana. Ini baru cuba diikuti siang tadi.
Ada beberapa contoh ayat Quran diberikan tentang ta'at termasuk yang bersifat pura-pura. Biar diringkaskan bahawa keta'atan yang terbaik adalah ta'at kepada Allah dan Rasul. Ini boleh memasukkan kita ke dalam golongan terpilih seperti para Sidiqin, Solehin dan Syuhada. Antara yang perlu dita'ati adalah seruan untuk berjihad.
Namun jihad tidak semata-mata bermaksud pergi berperang untuk menegakkan agama seperti yang ramai faham. Sebaliknya maknanya lebih meluas kerana jihad sebenarnya bermaksud berusaha (to strive) sebaik mungkin untuk memperbaiki keadaan. Sebab itu sekembalinya daripada satu perang Rasulullah SAW pernah menyebut kita kembali daripada satu jihad kecil pergi ke satu jihad yang lebih besar. Yang dimaksudkan adalah jihad melawan hawa nafsu sendiri. Untuk mengikuti sendiri syarahan sila masuk sini.
Selasa, Januari 19, 2021
Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Sekitar Pengerang membawa ke Kota Tinggi dan seterusnya
Pergi ke cerita ke-8 siri. Bersambung daripada artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Ke Mersing diikuti sudut paling hujung selatan barat Semenanjung.
Ahad, Januari 17, 2021
Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Ke Mersing diikuti sudut paling hujung selatan barat Semenanjung
Salam. Pada penghujung artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Ingat tak ingat dari Kuala Terengganu ke Kuantan ada diberitahu bahawa terdapat tidak kepastian tentang berapa hari saya berada di suatu tempat disebabkan tidak ada lagi gambar boleh dijadikan rujukan. Namun diterangkan juga atas sebab-sebab tertentu bahawa saya memilih untuk menganggap bahawa perjalanan seterusnya bermula pada hari Rabu 7 Januari 1998. Maka biar disambung cerita dengan anggapan sebegitu.
Setelah puas menginap di rumah saudara di Alor Akar, Kuantan dan meneroka persekitaran saya pun bersedia untuk bergerak lebih jauh ke selatan. Seperti dalam tempoh beberapa hari sebelum itu saya menyusuri jalan terdekat menghampiri garisan pantai. Tidak seperti di Terengganu di mana terdapat jalan panjang begitu dekat dengan pantai sehingga boleh kelihatan Laut Cina Selatan saujana mata memandang daripada atas motosikal jalan utama selepas Kuantan terletak sedikit jauh ke pendalaman. Tidak berapa lama kemudian sampailah ke bandar diraja negeri Pahang iaitu Pekan.
Seingat saya itulah kali pertama sampai ke sana. Gambar atas ini diambil daripada artikel Berjalan ke Makam Chondong... Satu ulang-tayang filem di alam arwah? yang ditulis pada tahun 2008. Rasanya bahagian bandar yang menghadap Sungai Pahang seperti kelihatan dalam gambar tidak banyak bezanya dengan keadaan ketika sampai dengan motosikal besar tahun 1998. Ia adalah jajaran lama bandar yang tidak begitu terkesan oleh pembangunan.
Jumaat, Januari 15, 2021
Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Ingat tak ingat dari Kuala Terengganu ke Kuantan
OK. Ingat lagi tak daripada hujung bulan November sehingga hampir pertengahan Disember tahun lalu saya ada mempersembahkan 5 buah artikel dalam satu siri yang dipanggil "Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung"? Adapun apa yang telah dipersembahkan itu tak sampai pun separuh daripada perjalanan lama yang berlaku penghujung tahun 1997 hingga awal 1998 itu. Sekarang sempena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan kembali lalu semua tidak boleh berjalan jauh biarlah disambung kembali penceritaan. Maka bersambung kita daripada artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Petunjuk tentang kerajaan awal Terengganu.
Artikel lalu menunjukkan saya sampai ke Kuala Terengganu pada tengah hari Jumaat 2 Januari 1998. Ketika itu sudah 13 hari mengembara sejak meninggalkan Kuala Lumpur pada petang Ahad 21 Disember 1997. Jarak pengembaraan pula sudah menghampiri 1,880 km. Ini termasuk hampir 300 km pusing Pulau Langkawi dengan memandu kereta sewa dan 70 km pergi balik naik feri (rujuk Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Pertama kali ke Langkawi terus pusing pulau). Yang lain semuanya dengan menunggang motosikal besar kesayangan yang ketika itu baru beberapa bulan dibeli.
Cuma untuk selepas tarikh tersebut saya tidak memiliki apa-apa lagi gambar perjalanan. Entah ke mana hilangnya jadi tiada lagi dapat dikongsi lalu tiada juga tarikh dan masa tepat boleh dirujuk. Dengan ini harus meneka-neka berdasarkan sedikit yang masih wujud dalam ingatan. Misalnya saya rasa selepas bermalam di Kuala Terengganu ada menginap di rumah saudara di Kemaman. Tetapi tak pasti. Takut terkeliru dengan perjalanan lain selepas itu.
Oleh kerana tiada lagi gambar perjalanan boleh dikongsikan biarlah artikel ini dan seterusnya dihias dengan mana-mana gambar berkenaan daripada perjalanan lain saya. Tak pun gunakan gambar yang boleh ditemui di Internet. Misalnya di atas adalah gambar di Rantau Abang, daripada satu perjalanan tahun 2012. Lihat artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Penat lelah pusing Dungun sebelum berkejar ke Kuala Terengganu dan Jerteh. Saya letak ini kerana pasti ada singgah di situ selepas meninggalkan Kuala Terengganu. Dan ini harus berlaku pada hari Sabtu 3 Januari.
Rabu, Januari 13, 2021
Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020
Salam. Hari ini 13 Januari ada faktor 131 (13/1) yang merupakan nombor home sweet home bagi saya dan keluarga. Maka itu eloklah dibuat kompilasi bagi cerita-certa perjalanan di selatan penghujung 2020. Menarik apabila difikirkan perjalanan yang memakai jarak keseluruhan 1,040 km ini dapat dilakukan dalam keadaan cuaca baik dan lancar. Sedangkan tidak lama selepas kembali ke rumah 27 Disember banyak tempat di selatan dilanda hujan lebat sehingga banjir.
Pada 11 Januari pula diumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) mula berkuatkuasa kembali di beberapa negeri bermula hari Rabu 13 Januari lalu perjalanan cuma dihadkan 10 km sahaja dari rumah bagi kebanyakan orang. Syukur sungguh dapat membuat perjalanan ke selatan itu sebelum segala macam halangan dan sekatan tersebut berlaku.
1. Masjid jamek (Main mosque of) Al-Hana, Johor Bahru
2. Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Antara Al-Attas dan Al-Jilani
3. A quick visit to Gunung Lambak
4. Latest visit to Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang
5. Reliving memories of Kluang town
6. Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Daripada Kamaruzaman ke Kamarulzaman
7. Makam (Tomb of) Habib Ali, Batu Pahat
8. Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Habib Ali, nasi briyani gam dan Sultan Alauddin Melaka
9. Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Kopi 434 Muar dan air pear
10. Kuala Sungai Baru coastal route
11. The beach at Kampung Tengah
12. Beach of Beting Beras Basah
13. Makam (Tomb of) Pateh Akil
Isnin, Januari 11, 2021
Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Mandi laut di Kuala Sungai Baru dan telur belangkas di Kuala Linggi
Salam hari Isnin malam Selasa 11 Januari 2021. Petang tadi telah diumumkan bahawa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menghad pergerakan cuma dalam radius 10 km sahaja dari rumah telah dilaksanakan kembali di beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka dan Johor. Alhamdulillah. Nasib baik saya dan keluarga sempat keluar dari Selangor untuk berjalan di Melaka dan Johor penghujung tahun lalu. Sekarang biar dipersembahkan cerita terakhir daripada perjalanan tersebut. Bersambung daripada artikel Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Kopi 434 Muar dan air pear.


























