Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 30, 2020

Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Antara Al-Attas dan Al-Jilani

Salam semua. Merujuk pada artikel  Dari Bukit Tinggi ke Janda Baik membawa zikir dalaman yang dipersembahkan pada malam Jumaat minggu lalu. Ada disebut pada awal artikel bahawa saya dan  keluarga sedang membuat perjalanan di selatan dan pada ketika itu ia telah mencapai jarak pemanduan hampir 600 km. Pada hari sebelumnya pula telah berlaku satu perkara yang seperti membawa kesinambungan daripada satu perjalanan kecil yang dibuat hujung minggu sebelum itu (perjalanan dalam artikel Dari Bukit Tinggi ke Janda Baik membawa zikir dalaman). Pada penghujung artikel pula disebut bahawa kata-kata kuncinya adalah hubungan zaman berzaman antara keluarga Al-Attas (keturunan Rasulullah SAW daripada belah Saidina Hussein) dengan keluarga Al-Jilani (keturunan belah Saidina Hassan). Sekarang biar dikongsikan cerita berkenaan.


Perjalanan di selatan ini bermula 8 hari lalu apabila kami bergerak keluar dari rumah Selasa malam Rabu 22 Disember 2020 selepas jam 8.



Dengan mengambil Lebuh Raya PLUS kami bergerak terus lebih 370 km ke rumah adik bongsu saya di Kempas, Johor Bahru.



Esoknya petang Rabu jam 2.30 baru keluar rumah untuk memulakan penjelajahan.


Mengingatkan bahawa ketika isteri mengeluarkan gambar-gambar lawatan kami ke rumah penulis buku politik terkenal Syed Hussein al-Attas di Facebook (rumah yang disinggahi kemudian dalam artikel Dari Bukit Tinggi ke Janda Baik membawa zikir dalaman) antara orang terawal memberikan maklum balas adalah seorang anak beliau yang bernama Syed Fuad kami pun mahu menziarahi beliau.


Oleh kerana Syed Hussein adalah ayah angkat saya maka Fuad adalah adik angkat. Kebetulan beliau memiliki sebuah kedai di Plaza Angsana dan kedudukannya begitu dekat dengan Bandar Baru UDA di mana ada rumah seorang saudara kami. Kami pun singgah dahulu di sana.


Di kedai beliau terdapat sejumlah gambar yang diambil sendiri di wilayah Hadramaut, Yaman kemudian dijadikan semacam poster besar. Ketika menceritakan sejarah tempat-tempat dalam gambar timbul satu perkara yang sangat menarik perhatian. Disebut tentang suatu tempat bernama Huraidhah (saya tak pasti ejaan sebenar) yang menjadi induk tempat keturunan Nabi Muhammad SAW daripada marga atau keluarga besar Al-Attas. Fuad memberitahu 600 tahun sebelum nenek moyang beliau memakmurkan tempat sudah wujud satu masjid dipanggil Masjid Jilan. Ini kerana ia didirikan atas perintah Sultanul Awliyah Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang hidup abad ke-10 hingga ke-11 Masihi. Padahal pada zaman itu yang wujud di situ cuma orang Arab Badwi.


Ah. Terus terasa kesinambungan antara perjalanan ke Janda Baik hujung minggu sebelum itu dengan perjalanan ke Johor Bahru. Ini bukan sekadar perjalanan dari JB ke JB. Ada sesuatu yang lebih mendalam timbul dari persinggahan ke tempat adik angkat saya ini. Mungkin ini adalah antara sebab saya boleh rapat dengan keluarga beliau dan kemudian menyambung pengajian peringkat pasca-siswazah di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang diasaskan oleh Tan Sri Profesor Syed Naquib al-Attas. Ini kerana saya memiliki darah keturunan al-Jilani. Lihat cerita berkenaan melalui FB Live di sini.


Lawatan seterusnya adalah ke rumah saudara di Bandar Tun UDA. Yang ini memang ada dalam program sedangkan lawatan ke kedai Fuad baru timbul atas saranan isteri ketika keluar petang itu.


Dari sana kami bergerak ke pusat bandar raya JB...





Singgah sebentar ke kawasan pemakaman Mahmoodiah untuk menziarahi makam Sultan ke-25 Perak, Sultan Ismail (memerintah 1871-1874).



Masuk ke pusat bandar raya...





Mencari satu sudut untuk melihat tambak yang menyambungkan ke Pulau Singapura.





Naik kembali ke arah utara melalui Jalan Wong Ah Fook yang merupakan salah satu jalan utama di JB.



Tergerak untuk masuk ke kawasan Wadi Hana yang merupakan pusat penempatan orang berketurunan Arab terutama daripada keluarga Al-Attas lalu singgah ke masjid sana. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Al-Hana, Johor Bahru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas itu singgah makan malam hidangan kacang pool di sebuah kedai di Larkin.





Di sini berjumpa pula dengan seorang kawan lama daripada zaman sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang tahun 80an. Rupa-rupanya ada semacam kesinambungan juga antara perjumpaan dengan beliau dengan apa yang akan berlaku pada hari seterusnya.


1 ulasan: