Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 18, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - 'Last kopek' di Pontianak sebelum bergerak ke luar

Salam. Meneruskan penceritaan perjalanan Kalimantan dengan masuk hari ke-13. Kali ini tidak perlu walau satu pun artikel sokongan. Bersambung daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Sanggau ke makam Daeng Menambon melengkapkan hasrat.



Pagi Rabu 21 Oktober 2026. Pergi ke bengkel motosikal untuk menukar minyak hitam, membuat penyelenggaraan, menggantikan beberapa skru yang hilang juga penutup eksos yang tertanggal hilang dalam perjalanan. Ya. Perjalanan yang dilakukan selama 6 hari sebelum itu memang mencabar. Bukan sekadar kerana jarak 1,337.8km campur 101km atas kapal tapi keadaan jalan yang sangat teruk di beberapa tempat. Kalau skru sampai boleh tercabut, penutup eksos tertanggal hilang bayangkan bagaimanakah gegaran. Bukan setakat sakit punggung dan badan. Saya yang ada masalah sakit hujung tulang belakang, tulang ekor ke apa nama, akibat kecederaan zaman muda yang muncul kembali setahun lebih kebelakangan, pada umur hendak mencapai 56 tahun (tinggal 8 hari sahaja lagi masuk tarikh lahir) sering kali terpaksa menahan kesakitan amat.



Perjalanan 6 hari (dan 5 malam) menaiki motosikal itu telah dikongsikan dalam artikel-artikel berikut :-




Sebetulnya yang dikongsikan ini pun sebenarnya tidak lengkap. Saya menulis setakat cukup untuk melepaskan rasa sampai satu tahap sambil mengharapkan begitu banyak artikel sokongan yang dikongsikan dalam blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan BERPETUALANG KE ACEH dapat membantu penyampaian. Kalau hendak ditulis segala macam rasa tak larat dan penat. Dan ada perkara dilihat dalam lapangan, yang diperolehi daripada orang tempatan lebih baik tidak dikongsikan... kalau hendak meneruskan dapat berjalan di negara orang tanpa dihalang pada masa hadapan.



Apapun hari itu sudah sampai masa untuk bergerak ke luar meninggalkan terus Pontianak. Maka berjalan-jalanlah 'last kopek' bersama isteri ke kota.



Makan tengah hari di suatu tempat.



Sebetulnya saya ada meminta isteri menolong mengambil gambar sambil saya menunggang motosikal dan beliau membonceng di belakang. Jawab beliau malas dah. Bukankah sama sahaja pemandangan seperti ketika beberapa kali masuk ke kota pada hari-hari awal perjalanan? Beliau cuma ambil gambar no-3 tadi, ada pintu gerbang masuk ke kawasan istana Kesultanan Pontianak dan masjid kerajaan.



Memang secara rata sama sahaja pemandangan. Lalu pun tempat-tempat sama. Tetapi sebetulnya ada beza sedikit keadaan. Jerebu kelihatan sudah kurang. Mungkin kerana tiupan angin dan hujan.



Apabila isteri sudah malas hendak mengambil gambar maka sayalah yang harus mengambil sendiri. Cuma kena berhentikan motosikal terlebih dahulu di tepian atau mana-mana tempat yang tidak menganggu orang.


Dapatlah menangkap sedikit keadaan orang tempatan dan kesukaan, misalnya mandi di parit besar yang sedang penuh air ini. Tapi tak bolehlah selalu mengambil gambar.






Oh. Hari itu, entah kenapa saya kemaruk hendak mencari dan memakan "Tahu Sumedang". Harus kerana ada ternampak 2-3 yang papan iklan dengan nama itu. Cari pakai Google Map, ditunjukkan beberapa lokasi di Pontianak. Tapi apabila sampai tutup. Ada pula yang tiada lagi orang berniaga. Nasib baik dapat jumpa satu tempat.



Makan menumpang meja kedai Indomaret ke Alfamart. Lupa yang mana satu. Oh. Ini salah satu perkara yang tidak diceritakan dalam artikel-artikel terdahulu. Betapa kedai-kedai rangkaian ini selalu disinggahi dalam perjalanan bermotosikal untuk mendapatkan minuman, tumpang buang air atau sekadar berehat. Malah di salah satu kedai, selepas sampai ke Sanggau waktu malam hendak menuju ke Sekadau kemudian Sintang (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Perjalanan motosikal paling jauh dalam satu hari ) baru tersedar penutup eksos telah hilang tercabut. Kami berhenti untuk menyemak kerana asyik bunyi pelik besi berlaga di bawah. Tengok-tengok sebiji skru besar sudah hilang, sebiji lagi pula sudah longgar. Nasib baik ada orang tempatan menolong bagi ketat. Cukuplah supaya tiada masalah sehingga perjalanan 6 hari itu selesai.



Turut tidak diceritakan adalah di Sanggau itu kami ada berhenti di kedai serbaneka untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan pelapik tempat duduk bagi mengurangkan kesan gegaran. Selain itu jaket saya digunakan untuk melapik lagi punggung terutama hujung tulang belakang. Gambar ini diambil selepas selesai pusing-pusing 'last kopek' di Pontianak. Kami sempat singgah di sebuah tempat urut (bukan yang bukan-bukan ya) untuk mendapatkan kelegaan selama sejam.



Malam itu mendapat perkhidmatan Maxim (serupa Grab) dari rumah biras untuk ke terminal bas antarabangsa Pontianak.



Ya. Kami akan meninggalkan bukan setakat Pontianak tetapi propinsi (seperti negeri) Kalimantan Barat malah meninggalkan negara Indonesia.



Gambar dalam kenderaan berupa bas yang dianggap mewah. Tambang Rp360,000 bersamaan lebih kurang RM85. Hendak makan nasi goreng yang dibeli dalam perjalanan ke terminal. Di terminal sendiri tidak ada lagi orang menjual makanan kerana sudah lewat. Kami hendak naik bas 10.30 malam.



Cuma ia bergerak lebih awal daripada jadualkan kerana kami sudah sampai. Rupa-rupanya kami berdua sahaja yang mahu diambil di situ. Yang lain semua sudah naik lebih awal, dalam kota Pontianak (terminal terletak ke luar, lebih dekat dengan rumah biras ke utara kota).



Gambar ini diambil jam 2:13 pagi di Sosok. Bandar sama ada disinggahi sebelum singgah di Sanggau dengan motosikal Ahad 18 Oktober (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Perjalanan motosikal paling jauh dalam satu hari ) dan dua hari kemudian sebelum ke Ngabang hendak ke Mempawah (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Sanggau ke makam Daeng Menambon melengkapkan hasrat). Cerita seterusnya akan dimulakan dengan keadaan di sempadan, insyaallah. Walaupun meninggalkan Kalimantan Barat penceritaan seterusnya masih boleh dianggap sebagai "Menyahut panggilan Kalimantan" atas sebab-sebab yang telah diceritakan dalam artikel  Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja 6 Okt iaitu sebelum perjalanan bermula 9 Okt.


Tiada ulasan: