Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 19, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Memulakan eksplorasi Sarawak

Setelah beberapa lama masuklah fasa baru penceritaan. Pergi pada hari ke-14 perjalanan Kalimantan, setelah menyediakan 6 artikel sokongan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - 'Last kopek' di Pontianak sebelum bergerak ke luar.



Awal pagi Khamis 22 Oktober 2026. Sampai ke Entikong di perbatasan Indonesia-Malaysia, jalan menuju ke Serian diikuti Kuching di Sarawak.



Kami sampai sejurus selepas jam 4 pagi. Sedangkan pintu sempadan cuba dibuka jam 7 waktu tempatan bersamaan 8 waktu Malaysia. Bersolatlah di masjid ini. Sempat melihat keadaan waktu siang. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Muhajirin, Entikong waktu malam (at night) diikuti Masjid (Mosque of) Al-Muhajiran, Entikong waktu siang (during daytime)



Menunggu di gerai-gerai berdekatan masjid.



Sebaik sahaja pintu sempadan dibuka berpusu-pusu orang ramai berjalan kaki untuk ke pejabat bagi membuat urusan imigresyen, mula-mula di belah Indonesia kemudian di belah Malaysia. Lihat  Waiting in Entikong.



Gambar ini pula diambil jam 9.25 waktu Malaysia. Ketika itu masih menunggu sejumlah penumpang warga Indonesia selesai urusan di imigresyen kita.



Setelah menunggu beberapa lama terpaksa meneruskan perjalanan tanpa seorang yang tersangkut di imigresyen Malaysia. Rupa-rupanya ini adalah perkara biasa di sempadan. Turut naik bersama adalah beberapa orang yang telah terlebih dahulu ditinggalkan bas akibat seorang ahli keluarga menghadapi masalah immigresyen. Nasib baik ada tiket daripada syarikat bas sama.



Ada pula yang memang naik dari sempadan tanpa tiket lalu membayar duit terus kepada pemandu. Dipendekkan cerita sampai ke stesyen bas utama di Kuching selepas jam 11.



Menunggu orang mengambil dari stesyen.






Yang mengambil itu salah seorang pemilik syarikat sewa kereta.



Kami telah menempah sebuah untuk membuat perjalanan jauh.



Tanpa masuk ke pusat bandar raya Kuching, setakat di pinggir sahaja terus keluar menuju ke arah timur menggunakan lebuh raya cantik Pan Borneo.



Makan di suatu tempat rehat di tepian lebuh raya beberapa jauh ke timur Serian. Sebelum itu ada singgah bersolat di sebuah masjid, juga di tepian lebuh raya. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Falah, Kampung Ensabang Kuari.
 


Masuk ke bandar Sri Aman yang kini dikenali sebagai Simanggang.




Kami mahu melihat sungai Batang Lupar sebelah situ, dahulu terkenal dengan buaya besar Bujang Senang yang mengganas menyerang manusia. Singgahlah juga di satu tempat bersejarah dan masjid utama bandar. Lihat artikel-artikel berikut :-









Ini pula sungai sama dilihat dari masjid lama berdekatan. Lihat artikel Masjid lama (Old mosque of) Kampung Tengah, Simanggang diikuti Batang Lupar from old mosque of Kapung Tengah.


Malam baru sampai ke destinasi terakhir hari itu. Di manakah ini? Tunggu artikel sambungan.



Cukuplah dikatakan apabila dibandingkan bacaan meter dengan ketika kereta diambil saya sudah memandu sejauh 422km.


Tiada ulasan: