Salam petang Jumaat. Pergi pada hari ke-15 perjalanan Kalimantan. Untuk ini 9 artikel sokongan telah disediakan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 6 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Memulakan eksplorasi Sarawak.
Pagi Jumaat 23 Oktober 2026. Turun tangga dari hotel tempat kami menginap malam itu untuk melihat ke luar.
Dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Memulakan eksplorasi Sarawak saya cuba berteka-teki di mana kami akhir sampai malam itu. Artikel Sibu from a downtown hotel yang menunjukkan kawasan sekitar harus memberi jawaban.
Sibu adalah salah satu bandar terbesar di Sarawak.
Ia juga adalah bandar utama di tepian Sungai Rejang, sungai terpanjang di negeri itu malah di seluruh Malaysia. Lihat Sibu from a downtown hotel.
Bacaan meter berbanding mula (rujuk Menyahut panggilan Kalimantan - Memulakan eksplorasi Sarawak) menunjukkan saya sudah memandu sejauh 617km.


























Tiada ulasan:
Catat Ulasan