Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, November 06, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis

Salam petang Jumaat 26 Jamadil Awal 1448 Hijriah. Kembali pada penceritaan perjalanan di Kalimantan. Menariknya pada tarikh Barat hari ini 6 November sampai giliran hari ke-6 perjalanan. Pada hari tersebut baru hendak dibuat perjalanan jauh keluar dari Pontianak. 

Bagi melengkapkan cerita 20 artikel sokongan harus disediakan terlebih dahulu di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART, 2 di BERPETUALANG KE ACEH. Tanpa membuang masa biar disambung penceritaan daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Bermotosikal dan santai nyanyi di Pontianak.



Pagi Rabu 14 Oktober 2026 selepas Subuh. Menunggu kawan baik biras datang bersama anak mengambil untuk berjalan jauh.



Anak yang disebut ada menyanyi malam sebelumnya dalam artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Bermotosikal dan santai nyanyi di Pontianak memandu. Bersama saya, isteri, biras dan saudara yang sama datang dari Malaysia kami mahu bergerak menyusuri jalan berhampiran pantai menghala ke utara Kalimantan Barat.








Sekitar sejam 45 minit sampai ke istana kerajaan Mempawah. 







Ada dalam gambar tadi adalah bonda kepada Raja Mempawah sekarang, isteri kepada raja terdahulu. Ketika mula berjumpa beliau memberitahu merasa merinding melihat saya dan isteri lalu kami dilayan seperti saudara yang baru sampai. Mungkin kerana darah diraja Bugis yang ada dalam diri.



Setelah beberapa lama kami meminta diri untuk ke tempat seterusnya. Pembantu istana menawarkan untuk menunjukkan jalan dengan menaiki motosikal. Sampai ke satu bahagian terpaksa turun kereta kerana jalan sedang ditutup untuk kerja.



Kami menyambung dengan berjalan kaki.






Kembali ke arah kereta terasa hendak melihat sungai bersebelahan lebih dekat. Lihat Mempawah river near tomb of Habib Hussin Mempawah.



Perjalanan  ke arah utara diteruskan selepas singgah di masjid utama. Lihat Masjid Agung (Grand Mosque of) al-Falah, Mempawah.






Sampai ke kota seterusnya iaitu Singkawang sekitar jam 10.45 pagi berhenti berehat sebentar.



Oh. Sebetulnya ada rancangan untuk menziarahi makam Daeng Menambon di satu bahagian pendalaman Mempawah. Tetapi tak jadi kerana akan mengambil masa sedangkan perjalanan masih jauh. Di Singkawang sebelum kota pun asalnya hendak singgah di salah satu pantai yang ada. Tetapi ditukar menjadi persinggahan dalam perjalanan kembali ke Pontianak... kalau sempat.



Dua jam kemudian baru sampai ke Sambas.



Singgah ke masjid besarnya sebelum ke destanasi utama iaitu bahagian lama Sambas. Lihat Lawatan baru (New visit ke) Masjid (Mosque of) Sambas. Makan tengah hari lewat (sini jam 11.30 sudah masuk Zohor sedangkan gambar diambil dekat jam 2 petang). Lihat Views from a waterfront restaurant in Sambas




Selepas makan baru ke Istana Kesultanan Sambas diikuti masjid kerajaan yang terletak di kawasan bersebelahan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit ke) Istana (Palace of) Sambas diikuti  Lawatan baru (New visit ke) Masjid (Mosque of) Sambas.




Sebetulnya tujuan utama saya ke Sambas adalah untuk membawa isteri ke makam Daeng Kemasi. Beliau (atau baginda) adalah seorang daripada Lima Daeng Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Melayu abad ke-18. Yang lain adalah Daeng Parani yang dimakamkan di Kedah, Daeng Merewah dan Daeng Chelak di Pulau Bentan dan Daeng Menambon yang sudah disebut makamnya ada di Mempawah. Daeng Kemasi telah berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sambas. Itulah sebab disemadikan di kawasan pemakaman diraja bersama para Sultan dan kerabat. 



Berikut adalah makam-makam yang diziarahi di sekitar menurut turutan lawatan :-
















"Lawatan baru" menunjukkan makam berkenaan pernah diziarahi 11 tahun lalu. Yang tiada nampaknya dahulu terlepas pandang. Lihat Jejak Kalimantan Barat - Sultan-sultan Sambas, Opu Daeng Kemasi dan Gusti Jamiril.


Ada pula yang dapat dijejaki dahulu tetapi kali ini terlepas pandang,  makam Sultan kedua. Senarai Sultan Sambas dari yang pertama hingga terakhir :-


1. Sultan Muhammad Shafiuddin I bin Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) (1675 - 1685)

2. Sultan Muhammad Tajuddin bin Sultan Muhammad Shafiuddin I (1685 - 1708)

3. Sultan Umar Aqamaddin I bin Sultan Muhammad Tajuddin (1708 - 1732)

4. Sultan Abubakar Kamaluddin bin Sultan Umar Aqamaddin I (1732 - 1764)

5. Sultan Umar Aqamaddin II bin Sultan Abubakar Kamaluddin (1764 - 1786) dan (1793 - 1802)

6. Sultan Achmad Tajuddin bin Sultan Umar Aqamaddin II (1786 - 1793)

7. Sultan Abubakar Tajuddin I bin Sultan Umar Aqamaddin II (1802 - 1815)

8. Sultan Muhammad Ali Shafiuddin I bin Sultan Umar Aqamaddin II (1815 - 1828)

9. Sultan Usman Kamaluddin bin Sultan Umar Aqamaddin II (1828 - 1832)

10. Sultan Umar Aqamaddin III bin Sultan Umar Aqamaddin II (1832 - 1846)

11. Sultan Abu Bakar Tajuddin II bin Sultan Muhammad Ali Shafiuddin I (1846 - 1854)

12. Sultan Umar Kamaluddin bin Sultan Umar Aqamaddin III (1854 - 1866)

13. Sultan Muhammad Shafiuddin II bin Sultan Abubakar Tajuddin II (1866 - 1924)

14. Sultan Muhammad Ali Shafiuddin II bin Sultan Muhammad Shafiuddin II (1924 - 1926)

15. Sultan Muhammad Ibrahim Shafiuddin bin Pangeran Adipati Achmad bin Sultan Muhammad Shafiuddin II (1931 - 1944) (Sultan Sambas Terakhir)


Nombor makam yang dapat diziarahi kali ini diorenkan, satu yang pernah diziarahi dahulu tetapi kali ini terlepas pandang dihijaukan . Dengan itu dapat dikesan, cuma makam Sultan ke-6, 10, dan 14 tak pernah sampai walau terletak di persekitaran sama (ada yang sebenarnya agak tersorok kedudukan). Yang ke-15 memang di luar kawasan iaitu di Mandor. Ini kerana dibunuh beramai-beramai bersama kerabat diraja kerajaan dan kesultanan lain di Kalimantan Barat oleh Jepun.


Dekat jam 4 baru meninggalkan Sambas. Singgah di masjid ini dekat jam 5.50, selepas 20 minit gitu masuk waktu Maghrib. Lihat Masjid (Mosque of) Hidayatullah, Sungai Bulan, Singkawang.



Gambar ini pula diambil jam 8.37 malam ketika berhenti makan di Mempawah. Ini adalah hampir 2 jam selepas waktu Isyak. Apabila sampai kembali ke rumah di Pontianak sudah seperti tengah malam di Kuala Lumpur. Siang nanti hendak memulakan perjalanan jauh dengan menaiki motosikal.



Tiada ulasan: