Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 23, 2021

Senarai perjalanan terjauh : 20 hingga 11

Meneruskan perkongsian untuk memaparkan 50 perjalanan terjauh. Bersambung daripada Senarai perjalanan terjauh : 30 hingga 21 dengan masuk pada perjalanan ke-20 hingga ke-11. Sekali lagi biar diingatkan bahawa senarai ini diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Senarai mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan. 


20.  BKA Tour Run 2007


Lakaran mudah 1,624 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.


19. Pantai Timur 2010


Lakaran mudah hampir 1,600 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".


18. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 


Lakaran mudah hampir 1,700 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.


17. Berpetualang ke Aceh 2004 


Perjalanan ada dua bahagian - Dalam Malaysia. Lihat sini


Di Sumatera. Lihat sini

Lakaran mudah 474 km + 857 km = 1,331 km. Campur 256 km feri Pulau Pinang  ke Belawan + 50 km pusing pergi balik feri Pulau Pinang + 190 km feri Tanjung Balai ke Port Klang + 50 km Port Klang ke rumah ibu saudara di mana perjalanan baru betul-betul selesai jadi 1,877 km. Campur pusing-pusing dalam kawasan beberapa bandar dan sebagainya harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004.  


16. Ke Terengganu selepas Aceh 2004


Lakaran mudah sekitar 1,331 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.


15. Krabi Dis 2019 


Lakaran mudah hampir 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.


14. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 


Lakaran mudah dekat 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.


13. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 


Lakaran mudah 2,045 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa".


12. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 


Lakaran mudah baru dapat 1,439 km. Lihat sini. Jarak sebenar adalah 2,374.9 km (ditunjukkan pada meter kereta) kerana banyak pusing masuk ceruk rantau. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation....


11. Beruzlah ke Pantai Timur 2016 


Ada 3 bahagian. Bahagian 1 - Lakaran mudah 1252 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,300 km. 


Bahagian 2 – Naik pesawat pergi balik Kota Bahru. Jarak sebenar atas darat harus 80 km. Lihat sini. Campur perjalanan dari rumah ke lapangan terbang Subang  40 km kemudian KLIA 2 ke rumah 90 km jadi 210 km. 


Bahagian 3 -    Lakaran mudah 1,132 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,150 km. 



Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 20,885 km (1,700 + 1,800 + 1,800 + 1,900 + 1,900 + 2,200 + 2,250 + 2,300 + 2,375 + 2,660). Julat jarak perjalanan adalah 1,700 km hingga 2,660 km.


Tiada ulasan: