Berkongsi dahulu satu posting saya di Facebook tadi. Sesuatu yang menggembirakan dan sebenarnya ada kena-mengena dengan perkongsian cerita-cerita perjalanan lama...
SASARAN MALAM JUMAAT SEBELUM SASARAN 13 RAMADHAN
Alhamdulillah berjaya mencapai sasaran pembacaan Al-Quran untuk hari apabila dapat menamatkan Surah Fatir pada penghujung Juz 22 selepas solat Asar. Insyaallah bolehlah menyambung dengan surah seterusnya iaitu Yasin sambil masuk Juz 23 selepas Maghrib malam ini. Dengan itu dapat sekali memenuhi kebiasaan membaca Surah Yasin pada setiap malam Jumaat sebelum menyambung ke surah-surah seterusnya. Sasaran selepas itu - khatam Al-Quran bagi bulan Ramadhan pada hari ke-13. Doakan saya dimudahkan.
---------
Ini pula kata-kata saya tentang posting atas setelah meletakkannya di WhatsApp group Kelab Buku Merah Silu...
Sambil lepaskan cerita sambil kejar sasaran beramal dalam bulan Ramadhan. Saya percaya setiap kali berjaya menyelesaikan suatu perkara yang tercetus akibat gerak hati akan muncul suatu hikmah atau perkara baik yang tak terfikirkan.
Sekarang biar disambung cerita daripada artikel Senarai perjalanan terjauh : 50 hingga 41. Dikeluarkan pula senarai perjalanan ke-40 hingga ke-31 terjauh saya. Sekadar mengingatkan lagi - Senarai diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Ia mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan.
40. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003
39. Umrah ziarah 2005
38. Medan-Aceh November 2011
Di Pulau Samosir. Lihat
sini.
37. Perjalanan 'terbaru' ke Terengganu 2018
36. Aceh 2009
Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 195 km. Lihat
sini. Jarak sebenar harus sekitar 250 km.
Ke luar Banda Aceh - Lakaran mudah 871 km. Lihat
sini. Jarak sebenar harus sekitar 900 km.
35. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003
34. Naik basikal separuh Semenanjung 1989
33. Aceh 2014
Sekitar Banda Aceh
- Lakaran mudah 155 km. Lihat
sini. Jarak sebenar sekitar 180 km.
Ke luar Banda Aceh - Lakaran mudah 1,051 km. Lihat
sini. Jarak sebenar hampir 1,100 km.
32. Pantai Timur bersama isteri 2009
31. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014
Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 11,993 km (1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,100 + 1,150 + 1,250 + 1,250 + 1,280 + 1,300 + 1,363). Julat jarak perjalanan adalah 1,100 km hingga 1,363 km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan