Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 27, 2008

Kembara Negeri Sembilan... Singgah sebentar ke Jeram Gading...

Sambungan cerita perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat bersama Zaidi @ PerpatihTulus Ahad lalu...

Ya...Singgah sebentar ke Jeram Gading. Semasa membuat klip video di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan seperti yang dipaparkan dalam posting bertajuk
Sampai ke sempadan Jelebu... Merangka arah perjalanan di Negeri Sembilan
, kami bercadang mahu terus ke Kuala Klawang tanpa singgah di mana-mana lagi tempat sepanjang perjalanan. Tetapi apabila terlihat papan-tanda simpang masuk ke Jeram Gading, sebuah tempat peranginan yang ada sejarah lamanya yang tersendiri, terus terasa rugi jika tak singgah ke sana.

Kami pun berpusing balik untuk masuk ke sana. Di bawah ini adalah klip video yang dibuat di Jeram Gading...

Hmm... Terasa sedikit self-conscious ataupun segan diperhatikan orang ketika membuat klip video ini di hadapan orang ramai yang berkunjung ke sana... Entah apa le pandangan mereka ya? Apa kata kalau tersilap cakap? Apakah akan menerima kutukan dan cercaan?

Kalau difikirkan apa pandangan orang, memang tak terkeluar langsung kata-kata yang dibuat secara spontan tanpa apa-apa skrip ini... Apalagi hendak bercerita penuh seolah-olah betul-betul mahu membuat program majalah ataupun dokumentari di televisyen...

Apapun, membuat klip video seraya menjadi pengacara adalah pengalaman yang tersendiri. Ingat, mengembara mencari tempat-tempat yang menarik itu sendiri satu kerja yang memakan banyak masa dan tenaga... Kemudian mahu menulis lagi... Itu memerlukan kesabaran serta kepakarannya yang tersendiri, bukan boleh main hentam sahaja menulis ikut sesuka hati... Apalagi mahu memaparkan cerita melalui klip video di hadapan orang ramai.

Nampak senang tetapi percayalah... Banyak orang fikir ia bukanlah sepayah mana, seperti mana ada orang yang memperkecilkan segala daya usaha saya mengembara ke sana kemari mencari pelbagai cerita... Tetapi sebaik sahaja mereka disuruh bercakap di hadapan kamera dengan diperhatikan orang ramai, ketika itulah baru mereka sedar untuk bercakap apalagi mengkritik tentang sesuatu itu amatlah senang berbanding dengan melakukan sesuatu itu... Ketika itu barulah keluar peluh dingin mencurah-curah... Barulah tergagap-gagap hendak bercakap lalu timbul 1001 macam alasan untuk cover line...





Oh... Beberapa buah gambat still atau gambar sebiji-sebiji kamera biasa (bukan video) tentang perjalanan ke Negeri Sembilan ini telah diletakkan dalam sebuah posting baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sebaik sahaja selesai posting ini, akan saya beri sedikit penerangan bertulis tentang perjalanan ini di blogspot itu pula. Silalah jenguk ke sana selepas ini ya... Sekian! :]

4 ulasan:

mohad berkata...

jauh perjalanan..luas pandangan..

Tanpa Nama berkata...

salam bro...
rasanya sy dapat menyerap dan mengingat fakta yg bro sampaikan melalui video,drpada sekadar tulisan.thanx bro.teruskan perjuangan.
erm...fizikal bro lgi tembam dri video masa pelancaran BKA tu ya?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Video klip ni sesekali je boleh buat. Tak boleh selalu... Dah lah lagi banyak kerja... Kalau nak buat tak bole jalan sorang, mesti ada member dan member tu plak mesti ada video camera dan tau operate video camera...
Lepas tu kerja lain plak nak tukar format supaya senang load masuk blogspot... Loading tu sendiri satu hal plak. Bukannya sekejap walaupun dah adjust bagi file kecik sikit...
Kalau selalu buat, dah le kerja jadi banyak... Lepas tu seperti biasa akan timbul puak-puak yang take things for granted... Puak-puak yang dah dapat ilmu free masih lagi nak demand macam-macam... Tak tahu langsung nilai penat-lelah mencari ilmu dan buat kerja. Main boh aje cakap ikut sedap... Lagi le penat.
Kiranya kalau ada izin daripada Allah, ada le klip video. Sesekali aje le ada, baru mende tu special ya tak?
Bab fizikal tembam tu, hehe... Dah ternyata amat. Tu pun tunggu gerak bila le nak adjust, hehe!
(banyak le alasan aku nak adjust badan pun tunggu gerak. Tapi kalau takda gerak daripada Allah Ta'ala, camana boleh exercise ya tak... Lain le kalau puak-puak yang tinggi sangat imu, kun fayakun ikut sedap dia aje nak buat apa tanpa fikir izin Qudrat dan Iradat daripada "atas"...) :]

Tanpa Nama berkata...

u're so kiut radzi.. hehe