Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 31, 2008

Nombor 131 dan gerak penceritaan seterusnya...

Aduh... Cerita nombor 131 lagi. Apa le si Merah Silu ni... Tak habis-habis dengan nombor 131, nombor home sweet home konon. Tak pa... Lepas aje le... Bukan kacau orang lain pun ya tak?



OK. Ini adalah gambar meter motosikal diambil beberapa hari lalu. Alamak, lupa pula hari apa... Samada Ahad atau Isnin kot... Hmm... Mungkin juga Selasa. Tak apa...

Apapun saya sebenarnya terasa nak berkongsi rasa apabila terlihat meter motosikal menunjukkan nombor 131, satu nombor yang ada makna tertentu buat saya... Ketika itu saya dalam perjalanan dari Ampang Utama mahu ke pusat bandaraya Kuala Lumpur... Hampir sampai ke simpang Jalan Jelatek, ternampak pula meter menunjukkan nombor ini! Terus saya ke tepi untuk mengambil gambar. Gila ke hapa? Duduk atas motosikal besar tepi jalan pakai helmet pakai goggle lepas tu ambik gambar meter motosikal sendiri. Apa daa....

Kebetulan pula sebelum keluar rumah hari itu, saya baru sahaja menyelesaikan proses editting buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" sehingga tamat mukasurat 131 sebelum berhenti untuk keluar. Apakah ini kebetulan semata atau ada yang tersurat dan tersirat?

OK... Sekitar 2 bulan lalu kalau tak salah ingatan, saya ada menyebut bahawa saya tak akan keluar mengembara lagi buat satu tempoh yang lama, mungkin sehingga saya kembali selesa berumahtangga, insyaallah kalau diizinkan Allah sebelum masuk tahun Hijriah akan datang. Adapun ketika itu, saya baru juga selesai menutup proses pengembaraan post-BKA atau siri pengembaraan seluruh Semenanjung Malaysia yang dibuat selepas selesai menyajikan ketiga-tiga buku dalam trilogi siri novel "Berpetualang ke Aceh". Lihat cerita-ceritanya dengan memasuki link-link di sidebar kanan bawah...

Fikir saya, sebaik sahaja selesai menyajikan cerita-cerita tentang bahagian ketiga pengembaraan tersebut iaitu perkelanaan ke Pantai Timur, maka saya mahu menyajikan pula satu siri cerita lama tentang perjalanan tak disangka ke Singapura yang dibuat pada awal bulan Syawal pada penghujung tahun 2006 diikuti kisah perjalanan dan apa yang berlaku semasa membuat umrah ke Mekah dan ziarah ke Madinah pertengahan tahun 2005. Sedikit cerita bergambar tentang perjalanan ke Singapura itu pernah diletakkan di dalam sebuah forum kegemaran saya di Internet tetapi hilang kesemuanya apabila satu bentuk gangguan menyebabkan 11 mukasurat thread "Berpetualang ke Aceh" (boleh masuk melalui link ini Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... ) lenyap kesemuanya!

Ketika itu awal 2007 begitu, thread tersebut sudah masuk sekitar 120 mukasurat. Kini ia telah mencecah 324 mukasurat. Apapun, saya rasa elok juga cerita tentang perjalanan ke Singapura itu dikongsi di blogspot ini pula kerana rasanya di sebalik perjalanan itu, ada sesuatu yang perlu dirungkai... Tentang nasab salasilah diraja Jawa bercampur Bugis, ada kena-mengena pula dengan ingatan terhadap kekasih lama Mas yang saya percaya kehilangannya dari hidup saya kini diganti oleh Nur kedua! Kemudian baru boleh dilepaskan cerita tentang umrah 2005 yang setakat ini belum pernah diabadikan dalam bentuk penulisan di mana-mana!

Tak disangka, dalam celah-celah hendak menyiapkan penceritaan bahagian Pantai Timur pengembaraan post-BKA, terjadi pula perjalanan ke Negeri Sembilan bersama saudara Zaidi @ PerpatihTulus yang menyaksikan buat pertama-kalinya muncul penceritaan di blogspot ini melalui klip-klip video pula! Perjalanan yang berlaku kurang lengkap kerana tidak sempat menziarahi beberapa lokasi yang terpantul dalam hati lalu perlu disambung dan telah pun dilakukan sebulan lalu diikuti satu perjalanan ke Pulau Besar pula. Oh, di celah-celah itu juga saya sempat pergi lagi ke Perak bersama sepupu saya Nizam dan kawannya Asri.

Siri-siri perjalanan yang muncul tiba-tiba ini menyebabkan ia juga harus diceritakan di sini sebelum gerak penceritaan lain dapat disambung. Kini, baik penceritaan perjalanan ke Negeri Sembilan mahupun sambungannya, juga perjalanan ke Perak dan Pulau Besar semuanya telah selesai diceritakan di sini. Selepas ini bolehlah dimulakan proses penceritaan perjalanan tak dirancang ke Singapura penghujung 2006 sebelum saya cuba mengingati apa yang berlaku di Mekah dan Madinah pertengahan 2005 ya! Selamat malam... :]

Ahad, Julai 27, 2008

Lagi melepaskan cerita mengenai nombor, dan kaitannya dengan motosikal besar saya...

Alhamdulillah, dapat juga saya membuat beberapa artikel untuk mengemaskinikan blogspot ini juga blogspot BERPETUALANG KE ACEH hari ini, dapat juga ditamatkan cerita-cerita mengenai perjalanan terbaru ke Pulau Besar dan meletakkan baki klip-klip video berkaitan di sini dan gambar-gambar statik atau still pictures di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Maka bolehlah dibuat cerita penutup untuk hari ini, lagi tentang nombor... Dan kaitannya dengan motosikal besar kesayangan saya... Sila! :]


Ini adalah gambar meter motosikal saya sekembali dari Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang lalu singgah ke Kepong di barat-laut pinggir bandaraya Kuala Lumpur kerana ada urusan...


Ini pula gambar meter diambil malam itu di hadapan menara berkembar KLCC. Sayangnya ia diambil di bawah cahaya lampu jalanan lalu kurang terang. Inilah gambar yang dapat diambil dengan menggunakan flash kamera...


Ini adalah gambar serupa tetapi diambil tanpa flash. Nampaknya saya masih tidak berjaya mendapatkan gambar yang terang, mungkin kerana belum cukup arif mencari setting yang sesuai dalam kamera baru saya yang sebenarnya agak canggih! Apapun, ingin dinyatakan bahawa ketika ini, meter atas yang mengandungi jumlah jarak perjalanan sepanjang memiliki motosikal ini bermula tahun 1997, tidak berjalan kerana rosak hujung tahun 2003 hingga dapat dibaiki lalu ditunggang balik bermula 2 minggu lepas menunjukkan angka 63,313.1 ... Sementara meter bawah yang sepatutnya boleh dipulas sesuka hati untuk bermula pada mana-mana nombor yang kita suka tetapi tidak lagi kerana dial nya sudah tercabut dan hilang menunjukkan nombor 55.5 ! Sebab itu saya tergerak untuk cuba mengambil gambarnya untuk tatapan semua!

Hmm... Tiba-tiba terfikir, nombor 63,313.1 itu juga mungkin ada kaitan dengan nombor 103,301 yang muncul pada blogspot ini sekitar jam 4.30 petang. Lihat artikel Nombor 131 dan segala "adik-beradiknya"... yang dibuat tadi. Dalam pada itu, terfikir juga nombor 55.5 di bawah itu ada kena mengena pula dengan artikel Bertandang ke Pulau Besar. Membuka rahsia di hadapan makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail? yang dibuat kemudian... Kerana di situ ada disebut bahawa klip video tentang Sheikh Ismail itu adalah klip ke 55 dalam koleksi penggambaran yang dibuat ketika itu... Dan nombor 55 ini ada kaitan dengan dua gadis kesayangan saya Nur satu dan Nur dua! Untuk makluman, meter bawah motosikal itu mula jadi kosong balik di Janda Baik. Cerita berkaitan ada disebut dalam artikel Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya...

Hmm... Mungkin juga pembaca perlu melihat artikel Enough of Pulau Besar. Time to head back to the mainland and a stop at the Kampung Hulu mosque... To ponder the mystery of Sheikh Abdullah there! yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi. Asalnya artikel itu mahu dibuat sebagai penutup cerita perjalanan terbaru ke Pulau Besar tetapi entah kenapa, boleh terkeluar sama cerita Sheikh Abdullah yang mengIslamkan Raja Kedah lebih 800 tahun lalu terkait pula dengan cerita Pulau Besar!

OK... Sekarang sudah dilepaskan segala ini, baru boleh saya beritahu sebab sebenar saya membuat artikel ini. Sebenarnya saya mahu membuat sedikit pembetulan daripada artikel Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya.... Dalam artikel yang dibuat pagi Rabu di Janda Baik itu, ada disebut:-

Apapun, siapa sangka sebaik sahaja saya meletakkan motosikal di perkarangan surau Janda Baik untuk masuk tidur Selasa malam Rabu, ketika itu juga meter menunjukkan nombor 999! Nombor 999 dengan 0 pada bahagian putih pula itu... Tepat 999km. Lagipun saya kan memang gila nombor? Bukan nombor ekor ya... Terus hati saya terdetik mengatakan bahawa ia melambangkan akan tamatnya satu fasa besar dalam kehidupan saya!

Sebenarnya yang tepat ialah 999 batu, bukannya 999km. Banyak beza tu... Satu batu bersamaan 1.6km... 999 batu bersamaan lebih kurang 1,600km, banyak sangat beza tu! Memang pun meter kelajuan motosikal saya tertera dalam unit mph atau batu sejam, cuma nombor kecilnya sahaja menunjukkan kmh atau km per jam. Sebab itu selama 2 minggu ini saya menganggap meter jaraknya juga dalam km... Semasa dalam perjalanan kembali dari Janda Baik ke Kuala Lumpur, baru saya dapat menyemak kembali jarak yang berputar di meter motosikal berbanding dengan jarak yang tertera pada papan-papan tanda setiap 100 meter di lebuh raya lalu baru mendapati memang meter motosikal saya menggunakan unit batu, bukannya km!

Alhamdulillah, ini dapat menyelesaikan satu dilemma yang mengganggu fikiran saya seminggu dua ini. Ini kerana dahulu saya ingat, motosikal saya dapat berjalan lebih 120km dengan tong minyak penuh (tidak bercampur tong minyak reserve ya) tetapi baru-baru ini pula, saya telah tersilap perkiraan sehingga terpaksa menolak motosikal akibat kehabisan minyak di tengah lebuh raya!

Pada perkiraan saya ketika itu, saya baru berjalan sekitar 86km. Kenapa pula minyak boleh habis? Oh.. Untuk pengetahuan, motosikal besar saya tiada meter minyak. Maka pandai-pandailah kita menganggak. Lalu apabila 'mendapati' motosikal kehabisan minyak setelah berjalan cuma 86km (sebenarnya ada lagi sedikit minyak dalam tong reserve tetapi tidak dapat digunakan kerana ada kerosakan switch agaknya), saya jadi risau... Apakah motosikal ini ada masalah dalaman yang menyebabkan ia makan lebih banyak minyak? Dah lah minyak sekarang makin mahal dan dalam keadaan biasa pun memang motosikal saya ini makan banyak minyak!

Alhamdulillah, perjalanan kembali dari Janda Baik itu menunjukkan motosikal ini tidaklah bermasalah begitu. Telah terbukti meternya sebenarnya adalah dalam batu, bukannya km... Maka jarak kehabisan minyak "86 km" itu sebenarnya adalah 86 batu bersamaan hampir 140km! Kira OK le, puas hati saya... Dan kini saya tahu bahawa motosikal itu telah melalui jarak lebih 100,000 km, bukan setakat 63,000 lebih seperti yang tercatat pada meter kerana ia sebenarnya 63,000 lebih batu bukannya km.

Itu yang membuat saya mahu membuat satu posting semata-mata untuk menyatakan ini. Apabila membuka blogspot hari ini, keluar pula nombor 103,301 seperti yang tersebut dalam posting Nombor 131 dan segala "adik-beradiknya"... , posting pembuka sesi cerita hari ini. Akibatnya saya terasa mahu menamatkan terus cerita-cerita tentang perjalanan terbaru ke Pulau Besar hari ini juga! Lalu saya telah membuat 7 artikel termasuk artikel ini, 2 darinya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

Oh... Untuk makluman, posting-posting di blogspot ini hari ini dimulakan dengan 1 posting tentang nombor, 3 tentang Pulau Besar dan 1 balik pada nombor... Ada 131 lagi, nampak? Sekian, selamat malam! :]

Bertandang ke Pulau Besar. Membuka rahsia di hadapan makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail?

Dan akhirnya, setelah puas mandi di perigi hadapan pondok lalu bersiap-sedia untuk pergi, barulah kami membuat video klip dan ulasan di hadapan makam utama di Pulau Besar, makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail. Lagipun kami akan menaiki bot kembali ke tanah besar di pantai berhadapan makam itu!

Sebenarnya ada cerita tertentu yang saya mahu buka di hadapan makam itu tetapi tak jadi... Kenapa? Sila lihat klip-klip video di bawah ini.





Hmm... Kebetulan ini adalah klip video ke 55 daripada koleksi klip-klip video yang diletakkan saudara Zaidi @ PerpatihTulus ke dalam YouTube hasil sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan kemudian ke Pulau Besar. Adapun nombor 55 adalah nombor yang selalu saya kaitkan dengan Nur gadis kesayangan saya sepertimana saya selalu mengaitkan diri sendiri dengan nombor 11. Dan sejak setahun ini, nombor 55 ini juga dikaitkan dengan gadis tersayang kini iaitu Nur kedua. Tak tahulah kenapa.



Cerita pun ditutup di Umbai di tanah besar Melaka. Dengan ini, sukacita dinyatakan, proses penceritaan perjalanan terbaru ke Pulau Besar yang terjadi setelah menyambung perjalanan ke Negeri Sembilan pun tamat. Horey!!! Sekian! :]


Bertandang ke Pulau Besar. Dari Batu Belah kembali ke Makam Tujuh Beradik...

Ya, setelah puas "bermain-main" di Batu Belah, sampailah masa untuk kembali ke pondok untuk bersiap-sedia kembali ke tanah besar. Dalam perjalanan itu kami perlu melalui beberapa tempat lalu biarlah klip-klip video berkaitan dilonggokkan di sini ya. Mari!




Kawasan hutan turun dari Batu Belah yang banyak riang-riang. Jaga-jaga, jangan sampai ditembak pakcik pakai serban! Kemudian kami sampai di sebuah tasik...




Tasik Biawak dan Batu Tengkorak! Adik-adik, mari kita bersama mengejar biawak sebelum pergi minum air melepaskan penat-lelah...




Dah selesai minum. Cerita sedikit di kawasan hadapan utama Pulau Besar sebelum pergi ke Makam Seribu... Makam Seribu ya, bukan Makam Sharibu... Altantuya Sharibu. Heh! :]




Dan seterusnya, Makam Tujuh Beradik. Selamat! :]





Bertandang ke Pulau Besar. Ke Batu Belah dan atasnya!

Kita bercerita lagi tentang Pulau Besar, bersambung daripada artikel Bertandang ke Pulau Besar. Gua Yunos hingga ke Batu Belah! . Oh, maaflah jika saya kelihatan sedikit seksi @ seksa dalam video-video klip di bawah ni... Panas wooo dah jalan berbatu. Apapun sila nikmati cerita di bawah ini, insyaallah! :]





Nombor 131 dan segala "adik-beradiknya"...




Assalamulaikum semua. Di atas ini adalah nombor pada counter yang terletak di bahagian bawah blogspot ini sejurus selepas membukanya sekitar jam 4.30 petang tadi. Menarik juga kerana setelah tidak menjenguk Internet sejak hari Khamis di Janda Baik, hari ini Ahad baru saya tergerak untuk ke sebuah Internet Cafe di sekitar Ampang lalu terpampang nombor ini pula!

Saya rasa saya sudah sebut banyak kali betapa saya merasakan nombor 131 ada makna tertentu buat saya iaitu nombor home sweet home atau rumahtangga bahagia sejati yang sangat di damba-dambakan. Nombor 103301 ini pula kelihatan seperti satu variasi atau "adik-beradik", mungkin "tajalli" atau satu bentuk pernyataan nombor 131 juga! Maka itu saya rasa tak sah kalau tidak menulis hari ini. Kiranya ini sesi terbaru bercerita le setelah akhir sekali menulis pagi Rabu di rumah Puan Ainon pemilik syarikat penerbitan PTS di Janda Baik 4 hari lepas...

Kebetulan juga jumlah makan minum saya lewat tengahari tadi ada nombor 131. RM4.50 untuk sepingga kuey teow kerang campur RM7 untuk 10 keping otak-otak campur RM1.60 untuk secawan cappucino. Jadilah jumlahnya RM13.10 tanpa dirancang! Apabila sampai ke Internet Cafe, keluar pula nombor 103301 ni. Dah... Tak dapat tahan dah gila-gila nombor nak bercerita tentangnya pula!

Lagipun memang sejak kembali dari Janda Baik hari Jumaat saya teringin membuat satu lagi posting tentang nombor... Ada kaitan tentang beberapa kebetulan nombor yang keluar hari itu... Dari waktu jam, nombor meter motosikal sehingga ke nombor mukasurat dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" yang kini sedang di edit untuk edisi Internet, semuanya seolah-olah terang mahu menunjukkan sesuatu.

Apapun, itu nanti insyaallah saya akan ceritakan. Sekarang biar saya mengemaskinikan blogspot ini juga blogspot BERPETUALANG KE ACEH (buat masa ini belum ada bahan untuk mengemaskinikan blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) yang sudah memiliki 151 artikel) dengan beberapa artikel yang patut. Rasanya elok saya tutup terus kisah bertandang ke Pulau Besar hari ini ya! Selepas itu baru saya bercerita lagi sikit tentang nombor. Selamat! :]

Khamis, Julai 24, 2008

Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya...

Assalamualaikum semua! Salam sayang dari kawasan kampung Janda Baik, Bentong, Pahang... Kini selepas jam 1.30 pagi, selepas berjaya menyiapkan beberapa buah artikel baru di blogspot ini juga blogspot BERPETUALANG KE ACEH, barulah saya rasa dapat membuat artikel penutup malam ini, artikel ke 373 di blogspot ini, satu artikel tentang motosikal besar kesayangan saya yang idea dan gerak hati untuk menulisnya muncul petang tadi. Mari!


Ini adalah gambar motosikal besar kesayangan saya diambil siang Rabu di perkarangan surau di tepian Sungai Chemperoh tempat saya selalu bermalam 3 tahun kebelakangan... Apabila berehat di Janda Baik yang terletak di kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa, pada aras sekitar 1,400 kaki dari paras laut. Motosikal ini sudah sedikit kotor kerana saya terpaksa meredah hujan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke situ petang Selasa 2 hari lepas...


Adapun pada tengah malam Selasa masuk ke hari Rabu sekitar 25 jam lalu (25 jam sebelum menulis ayat ini ya...), selepas kembali dari makan-minum di sebuah kedai makan di simpang tiga kampung Janda Baik lalu mahu masuk ke surau untuk tidur, baru saya perasan meter di motosikal menunjukkan angka ini... 999. Untuk makluman, motosikal saya telah berumur 11 tahun dan sudah 5 tahun terbengkalai. Hinggalah ia berjaya dipulihkan lebih seminggu lalu sebelum saya ambil daripada bengkel Selasa minggu lepas. Lihat pada gambar... Bahagian yang sepatutnya berwarna putih telah menjadi kelabu atau coklat gitu! Begitulah keadaan dalaman bahagian meter yang sudah lama.

Seperti yang ramai tahu, meter di bawah yang menunjukkan nombor 999 itu pula sepatutnya boleh diubah-ubah. Tetapi disebabkan dial nya telah hilang entah sejak bila, saya pun lupa, maka saya terpaksa membiarkan ia bergerak sendiri menurut pusingan roda tanpa boleh diatur lagi. Kalau tak, boleh juga saya mengubahnya jadi kosong sebelum memulakan suatu perjalanan lalu dapatlah dilihat betapa jauh kita sudah berjalan. Sebaliknya saya harus mencongak sendiri dengan kepala akan jarak sesuatu perjalanan berdasarkan nombor pada meter selepas selesai perjalanan ditolak nombor sebelum bermula perjalanan. Untuk menunggu meter itu jadi kosong pula harus berjalan dan biar ia berpusing sampai habis iaitu memakan 1,000km perjalanan! Maka itu takkan nak tunggu ia kosong baru nak buat kira-kira?

Seingat saya, meter itu menunjukkan nombor sekitar 752 atau 752km begitu semasa ia mula terbengkalai 5 tahun lalu. Sejak ia dihidupkan kembali seminggu lalu untuk dibawa berjalan-jalan saya cuma memerhatikan ia sekali-sekala sahaja untuk membuat anggaran penggunaan minyak berdasarkan harga petrol baru lebih-lebih lagi kerana sudah lama tidak menunggang motosikal kesayangan saya ini yang memang kuat makan minyak! Kalau difikirkan tak tahan woo... Tapi kena le tahan kalau dah suka menunggang motosikal besar.

Apapun, siapa sangka sebaik sahaja saya meletakkan motosikal di perkarangan surau Janda Baik untuk masuk tidur Selasa malam Rabu, ketika itu juga meter menunjukkan nombor 999! Nombor 999 dengan 0 pada bahagian putih pula itu... Tepat 999km. Lagipun saya kan memang gila nombor? Bukan nombor ekor ya... Terus hati saya terdetik mengatakan bahawa ia melambangkan akan tamatnya satu fasa besar dalam kehidupan saya!

Keesokannya iaitu pagi hari Raub timbul rasa tertanya-tanya, apakah maknanya jika meter ini kosong kembali? Apakah ia tanda permulaan hidup baru? Mungkin orang lain pelik melihat saya selalu tertanya-tanya begini tetapi cuba letakkan diri anda di dalam kasut saya (kira tafsir Melayu le bagi pepatah Inggeris to walk in one's shoe gitu...) Cuba bayangkan diri anda sudah 7 tahun tiada pekerjaan dan pendapatan tetap, hilang rumahtangga, hilang anak bini, diri pula selalu sakit-sakit kerana gangguan tertentu, nak mengatur kehidupan dan mencari rezeki cara biasa seperti orang lain pun jadi susah, tiap-tiap hari perlu mengumpul kekuatan untuk melawan segala gangguan yang melemahkan, apalagi sudah lebih 26 tahun hilang rasa hilang kampung halaman atau home sweet home... Belum ada lagi tempat yang dapat betul-betul memberikan rasa istirehat.

Bayangkan anda sangat mendambakan semua ini tapi belum lagi dapat. Mungkin anda juga tertanya-tanya bilakah akan muncul hari-hari yang betul-betul bahagia? Mungkin anda juga akan tercari-cari tanda-tanda yang mungkin mengisyaratkan kedatangan kebahagian itu nanti? Apakah salah untuk saya mengharap? Sekali lagi, cuba bayangkan anda di tempat saya secara nyata. Ingat, perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata, bukan setakat membaca pengalaman hidup orang tanpa cuba menjiwai segala yang dilalui hingga cukup senang kita menghukum dan mengkritik orang!

Saya tahu di luar sana ada orang yang akan ketawa mendengar kenyataan ini. Mereka menyangkakan diri mereka telah begitu maju dalam alam kerohanian... Mereka merasakan diri telah 'sampai' ke hadirat Ilahi lalu telah mengenal makna sebenar kehidupan. Maka mereka cukup senang mahu meremehkan rintihan seorang insan seperti saya kerana merasakan apa perlu merintih jika sudah kenal Tuhan? Pelik kadang-kala saya melihat orang-orang sebegini...

Mereka juga selalu terasa tidak perlu bersolat, bila bercakap selalu meremehkan Syariat kerana kononnya telah betul-betul mengenal Hakikat. Mahu bercakap tentang Tawasuf tetapi selalu pula mengutuk orang... Tasawuf jenis apa ini? Sedangkan ilmu Tasawuf itu apabila diamalkan boleh melembutkan hati. Dan tanda orang lembut hati ialah mudah tersentuh dengan keadaan... Bukan kerana lemah ya tetapi kerana perasaan halus yang mendalam.

Hmm... Cuba cerita semua ini pada puak-puak yang 'tinggi' kerohanian. Tentu mereka akan ketawa kerana merasakan mereka lebih tahu akan keadaan. Tetapi cerita punya cerita, rupa-rupanya mereka ini masih mendambakan harta dunia, sibuk mahu menarik duit atau mencari harta karun tersembunyi! Puasa pun tak tahan lama... Kenal Tuhan konon? Macam puak-puak yang suka membuat kacau di blogspot orang, mahu menuduh orang lain mahu menonjolkan diri, menunjuk pandai dan sebagainya... Sedangkan dia tidak sedar dirinya itu yang sentiasa mahu mencari perhatian dengan membuat kacau di tempat orang!

Apapun, itu semua cuma luahan perasaan. Yang penting bagi diri saya, apakah nombor 999 itu boleh dijadikan penanda aras sesuatu selain jumlah kilometer yang dilalui motosikal? Lalu apabila saya membawa motosikal itu untuk keluar menuju ke satu hala, itulah persoalan utama yang bermain di kepala. Di manakah motosikal itu akan "mencapai tahap kosong" nanti kemudian bermula pula "era baru"? Kebetulan saya memang mahu ke kawasan Pulau Santap sekitar 2km daripada surai Kampung Chemperoh. Tetapi mahu singgah dahulu di sebuah warung untuk makan pulut sambal hijau kampung kegemaran saya... Terpaksa pula berhenti lama kerana hujan dan di situlah saya mengambil gambar di atas...


Setelah hujan surut, saya pun menyambung perjalanan ke Pulau Santap. Perjalanan itu akan melalui tepian rumah seorang kawan di mana motosikal saya telah diletakkan selama kira-kira 3 tahun sebelum ia diangkut ke Rawang untuk betul-betul dibaik-pulih. Lihat artikel Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? Sebelum itu, motosikal ini telah 'berehat' 2 tahun di rumah ayah angkat saya, penulis buku politik Pak Habib @ S.H. Alattas. Maka itu saya berkira-kira apakah meter motosikal ini akan masuk nombor kosong di hadapan rumah kawan ini?

Seketika kemudian, meter menunjukann nombor 999 dan 9 pada bahagian putih bersamaan 999.9km. Ertinya ada lagi 100 meter sebelum ia kosong... Apakah di depan rumah kawan itu kerana ia tidak begitu jauh lagi di hadapan?


Nah... Akhirnya ia kosong juga! Tetapi bukan di hadapan rumah kawan tersebut yang terletak sedikit ke bawah selekoh ke kanan yang terbentang di hadapan dalam gambar ini, sekitar 200 meter lagi ke hadapan. Lalu saya cuba mencari makna tersirat di sebalik meter motosikal jadi kosong di kawasan ini... Apa ya? Apakah ada tanda-tanda tertentu? Apakah pili bomba berwarna kuning sedikit merah di hadapan membawa apa-apa makna?


Saya menoleh ke belakang... Ada batu tanda ini. Tapi rasanya saya tidak ingin ke Bentong dalam masa terdekat.


Apapun, motosikal besar kesayangan saya yang sudah 5 tahun terbengkalai tetapi kini dapat berjalan kembali sudah pun melepasi "tahap kosong". Sampai di Pulau Santap, saya meletakkan motosikal di hadapan bangunan perpustakaan desa yang terletak di hadapan satu-satunya bangunan sekolah yang wujud di Janda Baik. Kemudian saya berjalan kaki sekitar 300 meter ke sebuah resort yang merupakan resort paling mewah di sini. Saja je ambik angin... Kebetulan ada orang sedang buat shooting, kalau tak silap saya untuk drama televisyen. Ada juga le 1-2 muka artis perempuan terkenal.

Dalam perjalanan kembali ke motosikal, terlihat pula pemandangan petang Gunung Nuang, gunung tertinggi di Selangor yang saya rasa amat indah ini. Tergerak mahu mengambil gambar. Untuk pengetahuan, sedikit cerita pengalaman mendaki seorang diri gunung itu dari Janda Baik lalu sesat 19 jam sebelum dapat keluar melalui Hulu Langat telah saya abadikan dalam buku pertama siri "Berpetualang ke Aceh" iaitu "Mencari Diri dan Erti".

Saya pun tak pasti apakah saya pernah meletakkan sedutannya di blogspot ini! Rasanya memang ada tapi tak ingat kat mana. Apapun saya sudah menyelesaikan proses penulisan untuk malam ini menurut gerak hati yang muncul dalam tempoh terdekat. Untuk melihat gambar-gambar terbaru sekitar Janda Baik, sila baca artikel My latest trip to Janda Baik and the number 22222! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ya. Selamat malam! Alhamdulillah... Lega, selesai. :]

p/s: Artikel ini siap ditulis dan disemak hampir jam 3 pagi. Maka itu saya rasa elok juga dirakamkan ucapan terimakasih saya kepada Puan Ainon, pemilik syarikat penerbitan PTS yang sudi membenarkan saya 'melepek' di rumahnya menumpang wi-fi setiap kali bertandang ke Janda Baik. Terimakasih Puan dan suami puan, Prof...

Rabu, Julai 23, 2008

Bertandang ke Pulau Besar. Gua Yunos hingga ke Batu Belah!

OK... Selepas pergi ke makam Nenek Kebayan seperti yang terpampang dalam artikel Bertandang ke Pulau Besar. Makam Nenek Kebayan... kami bercadang cuma mahu berjalan lagi setakat hingga ke Gua Yunos sebelum kembali ke pondok. Ini kerana kami sudah cukup penat berjalan ke merata tempat dalam tempoh 24 jam itu termasuk berjalan kaki sekitar 5km pergi balik kawasan pangsapuri terbengkalai hingga ke menara di atas kelab golf tinggal.

Lagipun ketika berjalan ke makam Nenek Kebayan, sudah hampir jam 2 petang (atau lebih?) sedangkan kami mahu keluar menaiki bot meninggalkan Pulau Besar sekitar jam 5 petang sebelum kembali ke Kuala Lumpur! Sebaliknya di Gua Yunos tiba-tiba kami mendapat tenaga baru lalu terus menyambung perjalanan. Hasilnya biarlah dipaparkan melalui klip-klip video di bawah ini ya...

Oh! Walaupun tajuk artikel ini menyebut dari Gua Yunos hingga ke Batu Belah, biarlah klip-klip video di Batu Belah itu dipaparkan lain kali ya... Sila! :]

















Hmm... Kata-kata gurauan yang membuka klip video yang paling bawah ini sebenarnya dibuat kerana melihat papantanda larangan masuk yang terdapat di sebelah kanan. Tetapi papan ini nampaknya tidak kelihatan dalam klip video yang telah dipotong sedikit ini. Harap maklum dan teruskan menonton siaran kami yang tidak seberapa ini! Selamat... :]

Bertandang ke Pulau Besar. Makam Nenek Kebayan...

Bersambung dari artikel Bertandang ke Pulau Besar. Pondok tempat rehatku di sana! Rasanya semua orang pernah mendengar cerita-cerita tentang Nenek Kebayan bukan? Tapi tahukah anda bahawa di Pulau Besar, Melaka terdapat sebuah kuburan panjang yang dikenali sebagai makam Nenek Kebayan? Malah tidak jauh dari makam itu terdapat pula perigi Nenek Kebayan! Macam-macam... Lihatlah klip video di bawah ini...

p/s:
Kebetulan klip video ini adalah klip ke 41 dimasukkan ke dalam YouTube oleh saudara Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman, klip ke 41 daripada pecahan klip-klip hasil rakaman sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan yang kemudian bersambung dengan perjalanan ke Pulau Besar. Kebetulan juga kawasan makam Nenek Kebayan dan periginya itu terletak di kawasan lubang 14 padang golf terbengkalai Pulau Besar... 41 dan 14, apakah ada makna tersirat di sebalik kebetulan ini?


Isnin, Julai 21, 2008

Bertandang ke Pulau Besar. Pondok tempat rehatku di sana!

OK... Bertemu kita lagi di sini, bersambung dari artikel bertajuk Siri pengembaraan terbaru... Bertandang ke Pulau Besar. Makam Tok Janggut dan Tok Putih waktu malam! . Adapun dalam artikel itu saya ada menyebut bahawa selepas makam Tok Janggut dan makam Tok Putih, kami pergi ke makam utama Pulau Besar iaitu makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail. Tetapi kami tidak merekodkan apa-apa video klip di situ malam itu sebaliknya menunggu keesokan hari untuk menyambung cerita.

Kemudian kami terus pergi ke pondok seorang kenalan baik saya yang telah 15 tahun duduk di Pulau Besar. Sebenarnya malam itu sekitar jam 2 pagi kami selamat berjalan kaki jauh ke makam Nenek Kebayan malah hingga ke projek apartment terbengkalai sekitar 2km dari situ lalu ke bangunan kelab golf tinggal untuk melihat pemandangan sekeliling tapi ini juga tidak direkodkan. Hampir jam 5 pagi baru kami kembali ke perkarangan makam Sheikh Ismail lalu menunggu solat Subuh berjemaah di surau sebelah sebelum tidur di pondok, sebenarnya di bahagian 'extension' sedikit lagi ke atas bukit. Sedikit gambar telah diletakkan dalam artikel My favourite place of hang-out in Pulau Besar, Melaka. di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Silalah jenguk! :]


p/s: Nota tambahan, dibuat 28 September 2009. Atas permintaan tuan punya pondok, klip-klip video yang memaparkan pondok itu serta para penghuninya telah saya cabut dari blogspot ini. Harap maklum...


Ahad, Julai 20, 2008

Siri pengembaraan terbaru... Bertandang ke Pulau Besar. Makam Tok Janggut dan Tok Putih waktu malam!

OK... Tanpa membuang masa, kita mulakan sessi bercerita yang baru berserta klip-klip videonya sekali!

Adapun cerita-cerita pengembaraan ke Negeri Sembilan telah pun tamat dengan tersiarnya artikel bertajuk Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Sampai ke makam Raja Melewar... Sekali lagi di malam hari! 2 hari lepas. Atas permintaan sepupu saya Nizam dan rakannya Asri, kami pun terus menuju ke Melaka untuk menaiki bot ke Pulau Besar lalu membuat siri pengembaraan terbaru di sana pula!

Sahabat baik saya Zaidi @ PerpatihTulus telah pun memasukkan beberapa klip video perjalanan di Pulau Besar itu ke YouTube. Maka itu biar kita buka sessi bercerita baru dengan klip-klip video di bawah ini ya, klip-klip video yang diambil waktu malam.

p/s:
Kalau terdengar bunyi macam orang kayuh basikal di kuburan pada video-video ini, janganlah terperanjat ya! Ia cuma bunyi dynamo yang dikayuh dengan tangan... Untuk menyalakan lampu-lampu yang digunakan dalam penggambaran malam yang kami buat. Cahayanya tak lah sekuat mana tapi boleh le nampak sikit dalam kegelapan malam... Dari tak nampak langsung. Sila
!





Jumaat, Julai 18, 2008

Yahoo, eh... Alhamdulillah... Moto beso aku boleh jalan dah!

Ya... Seperti disebut dalam tajuk tu... Motosikal besar saya dah hidup balik! Oh... Beri salam dulu. Apa da... Nak jadi Mat Saleh celup ke? Assalamualaikum! Alhamdulillah, setelah menyiapkan beberapa cerita malam ini untuk ketiga-tiga blogspot saya, barulah dapat dikongsi berita baik ini dengan semua...

Ingat tak rintihan yang saya luahkan dalam artikel Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? Ketika itu, saya tak pasti apakah berbaloi mahu menghidupkan kembali motosikal besar saya yang sudah lama rosak... Tidak berjalan sejak awal pertengahan tahun 2003 dan sudah mati cukai jalan sejak 13 September 2001! Melihat keadaan motosikal saya ketika itu begitu teruk, saya rasa patah hati... Ni kalau nak repair ni, mahu nak kena cekau lebih RM5,000 ni... Kalau dah begitu, bukankah lebih elok beli sahaja motosikal baru? Atau beli motosikal Virago second-hand, tambah le beberapa ribu lagi ya tak? Itulah dilemma yang bermain dalam fikiran sedangkan sejak dahulu lagi saya menyimpan harapan agar motosikal yang telah menemani saya mengembara melalui hampir semua jalan-jalan utama juga sebahagian jalan-jalan kampung seluruh Semenanjung Malaysia 1997 hingga 2003 ini akan berjalan lagi! Jadi macamana?

Alhamdulillah, luahan dalam Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? yang dibuat 3 bulan lalu telah mendapat respons yang positif daripada beberapa orang pembaca. Saudara Syahir sampai sanggup membuat sedikit sumbangan lalu mengajak orang lain turut menolong. Lalu saya difahamkan, pembaca setia lain seperti saudari Anggun juga saudara Dong (tak lupa Cikgu Nasir kawan si Syahir) turut menolong lalu memberi harapan untuk saya cuba menghidupkan kembali motosikal itu! Terimakasih semua...

Hasilnya, motosikal kesayangan saya yang sangat berjasa membawa saya menjelajah menyusuri cerita-cerita lama Melayu inipun dapat dihantar ke sebuah bengkel motosikal besar milik orang Melayu. Katanya insyaallah boleh dibaik-pulih dengan kos sekitar RM3,000. Maka harapan itu saya nyatakan pula dalam artikel Harapan baru untuk motosikal besar kesayanganku! lebih 2 bulan lalu.

Minggu lepas saya telah mendapat panggilan telefon menyatakan motosikal itu sudah siap dibaik-pulih. Semalam saya mengambilnya daripada bengkel Mail Motor di Rawang... Ternyata dia dapat mengotakan janji untuk menjimatkan kos selagi boleh - kos total baik-pulih termasuk menggantikan barangan yang rosak dan hilang berjumlah RM3,021... Lega saya kerana takut juga ia melambung naik RM5,000! Nasib baik tak... Siang tadi pula saya telah membuat pemeriksaan Puspakom. Setelah membeli insurans baru, saya akhirnya dapat menghidupkan cukai jalan setelah 7 tahun tidak memilikinya! Bayangkan perasaan saya ketika itu!

Alhamdulillah lagi, kini dapatlah saya berjalan-jalan kembali menaiki motosikal besar kesayangan saya... Cuma mungkin tidak sekerap dulu kerana satu, harga minyak mahal... Tadi saya isi tangki penuh RM33.30 wooo!!! Sakit poket aku. Memang pun kos minyak motosikal Virago 535 ni macam naik kereta Kancil... Bezanya kereta Kancil boleh muat sampai 5-6 orang, motosikal saya setakat boleh bawak 2 orang! (Kecuali kalau nak jadikan motosikal circus, boleh le bawak 20 orang gamaknya kot?) Kedua, saya tak mahu memanjakan badan seperti yang pernah berlaku dahulu di mana saya pergi ke mana-mana walau tempat dekat dengan menaiki motosikal. Lalu apabila terpaksa berjalan sedikit, saya mudah terasa penat sedangkan kini saya boleh tahan jalan kaki berbatu-batu tanpa henti!

Apapun, di bawah ini biar disajikan beberapa gambar terbaru motosikal itu yang diambil semalam dan hari ini. Cuba bandingkan dengan gambar-gambar dalam artikel-artikel Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? dan Harapan baru untuk motosikal besar kesayanganku! Banyak perubahan kan? Maka ini saya ucapkan selamat malam... Ooppsss... Selamat pagi... Selamat pagi Jumaat, pertengahan bulan Rejab. Insyaallah segalanya ada berkat! Wassalam... :]



Motosikal di luar bengkel Mail Motor


Posing kat kedai sebelah sat...


Saya pula posing hehe! Apa da... Naik moto beso pakai baju cam ni. Apa kelasssss!!!


Motosikal depan rumah makcik di Ampang...


Tunjuk 'bontot' sat... Hehe!


Ni gambar tengah malam tadi masa dok berjalan nak feel balik naik motosikal malam-malam. Sempat le ambik gambo bulan penuh sebelah menara KLCC... Sila lihat artikel The full moon and the end of a chapter di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian! :]

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Sampai ke makam Raja Melewar... Sekali lagi di malam hari!

Ya... Tajuknya cukup terang... Jika 2 bulan lalu dalam perjalanan awal ke Negeri Sembilan, saya dan kawan saya Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman sampai ke makam Raja Melewar, Yam Tuan pertama Negeri Sembilan waktu malam, kali ini dalam perjalanan sambungan yang dibuat hampir 3 minggu lepas pun begitu jadinya!

Asalnya, perjalanan sambungan ini mahu dimulakan di makam Raja Melewar pagi hari. Tetapi disebabkan sepupu saya Nizam dan rakannya Asri memerlukan saya untuk membawa mereka ke Pulau Besar, Melaka pada hari yang sama, maka itu saya tukar jadual agar makam Raja Melewar menjadi tempat terakhir Negeri Sembilan diziarahi hari itu kerana ia terletak paling hampir ke Melaka... Dengan harapan perjalanan sebelum itu dapat diselesaikan cepat lalu boleh sampai ke makam Raja Melewar sebelum waktu Maghrib, atau sekurang-kurangnya selagi ada sedikit cahaya matahari!

Ternyata manusia merancang, Allah jua yang menyimpulkan keadaan. Lalu kami sampai ke makam Raja Melewar selepas gelap, sekitar jam 8 malam juga sama seperti dalam lawatan yang lepas! Cuma bezanya kali ini terbuka berbagai perkara yang kami terlepas pandang dalam lawatan yang lalu. Maka terimalah ini, klip-klip video yang menutup proses penceritaan sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Mari! :]










Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Berkejar ke Pengkalan Kempas...

Hmm... Tadi saya telah membuat 4 posting baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 2 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , setelah membuka sesi menulis malam ini dengan artikel Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Lagi di Tanjung Tuan... Pulau Intan dan satu tempat keramat... di blogspot ini. Sebenarnya malam ini saya bercadang setakat mahu membuat satu artikel sahaja di sini, tentang motosikal (nanti saya ceritakan dalam posting lain)... Tetapi apabila melihat klip-klip video sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan telah diletakkan sampai habis masuk ke YouTube, saya rasa patut membuat lebih banyak posting agar segalanya dapat dikemaskinikan. Maka itu beberapa posting berkaitan menggunakan gambar-gambar statik atau still pictures harus dibuat di blogspots saya yang lain.

Sampai masa untuk menambah posting di blogspot ini pula, baru saya tersedar artikel Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Lagi di Tanjung Tuan... Pulau Intan dan satu tempat keramat... adalah posting ke 365 di blogspot ini! Rasa cantik pula nombor itu, serupa 365 hari dalam satu tahun... Terasa mahu membiarkan sahaja jumlah ini buat beberapa hari tetapi kalau dibiarkan, maknanya saya tidak boleh mengemaskinikan cerita seperti yang sepatutnya!

Lalu untuk menghilangkan dilemma ini, maka saya tulis kata-kata di atas. Sekarang penceritaan baru boleh disambung, dengan sedikit klip video selepas meninggalkan Tanjung Tuan untuk ke Pengkalan Kempas lalu melihat apa yang ada di sana. Mari! :]





Lihat, kami terkejar-kejar untuk ke Pengkalan Kempas kerana hari semakin lewat...


Dan kemudian kami terkejar-kejar lagi untuk ke tempat seterusnya... Apa dia? Sila lihat posting selepas ini!


Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan. Lagi di Tanjung Tuan... Pulau Intan dan satu tempat keramat...

OK. Tak payah cerita panjang. Bersambung terus dari posting bertajuk Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Bertandang ke Tanjung Tuan : Rumah api dan sekitarnya...

Dari rumah api, kami tergerak menuruni denai hutan sampai ke tempat paling hujung di Tanjung Tuan dikenali sebagai Pulau Intan. Kemudian kami memanjat bukit balik separuh jalan untuk turun ke satu tempat yang dikatakan keramat. Ini klip-klip videonya... Gambar-gambar statik atau still pictures akan diletakkan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan
SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Mari! :]










Baru teringat. Dekat dengan kawasan yang dikatakan keramat di Tanjung Tuan, terdapat sebuah pulau yang dipanggil Pulau Masjid...

Rabu, Julai 16, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Bertandang ke Tanjung Tuan : Rumah api dan sekitarnya...

OK, setelah membiarkan baki klip video yang diletakkan Zaidi @ PerpatihTulus duduk "menunggu giliran" dalam ruangan YouTube sejak 6 hari lalu, sampailah masanya ia diatur di sini untuk tatapan semua... Bersambung dari cerita Sambung lagi perjalanan ke Negeri Sembilan... Muzium dan Kota Lukut yang dibuat Isnin minggu lepas. Sila! :]




Singgah di Port Dickson untuk rendesvous dengan sepupu saya Nizam dan rakannya Asri.


Sampai ke Tanjung Tuan @ Cape Rachado...


Ke rumah api Tanjung Tuan dan sekitar...


Pemandangan dari rumah api Tanjung Tuan...


Turun bukit dari rumah api ke penghujung Tanjung Tuan...

Gambar-gambar statik atau still pictures berkaitan boleh dilihat di dalam blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Silalah juga bertandang ke sana ya... Sekian! :]

p/s: Wah Zaidi... Kualiti klip-klip video pun sudah meningkat... Siap ada supporting text @ sub-title lagi. Caya lah! Kalau cam ni boleh le bawak pada projek VCD/DVD nanti. Amacam kawan-kawan? Mahukah anda memiliki VCD/DVD cerita siri pengembaraan sambil menyusuri sejarah lama yang akan kami buat nanti?


Isnin, Julai 14, 2008

Salam ukhuwah untuk semua anak cucu Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam!

Gambar makam Keramat Kuala Bidor diambil daripada artikel Jalan-jalan cari makam 1... yang dibuat Julai tahun lepas.

Assalamualaikum semua. Izinkan saya membuka cerita kali ini dengan satu komen yang baru hari ini saya sedari telah dibuat di dalam artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! , artikel yang mula disiarkan di blogspot ini Jun 27. Ini dia...

-------------

khaz64 said...

Sdra Radzi,Makam Arwah Haji Ibrahim Taha agak menonjol kalau dibandingkan dgn kubur lain kerana Arwah seorang dihormati di situ. Beliau seorang ketua kampung yang disegani bukan sahaja oleh penduduk setempat malah ditakuti oleh orang luar yang perlu meminta kebenaran beliau sebelum berurusan dgn penduduk kampung. Saya terkilan kerana sdra meletakkan gambar batu nisan moyang saya(Haji Ibrahim ialah Datuk kepada ibu saya) sebagai kemungkinan orang yang mencuri harta keluarga nenek saudara. Sdra sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mendapatkan kepastian sebelum menimbulkan kekeruhan dan Kemarahan dikalangan keturunan Arwah Haji Ibrahim terhadap saudara. Kalau hendak dibandingkan dgn Ngah Ibrahim, harta peninggalan Arwah haji Ibrahim tidak seberapa. Saudara perlu belajar menjadi seorang penulis yang bertanggungjawab dan tidak menulis mengikut emosi. Tuduhan sebegini dianggap satu fitnah besar walaupun saya tahu saudara sendiri dalam keadaan keliru. Eloklah dihilangkan kekeliruan itu dahulu sebelum memburukkan orang lain. Tuduh menuduh begini tidak membawa faedah kepada sesiapa pun malah boleh memberi padah. Mohon diperbetulkan dgn kemaafan kepada kerurunan arwah Haji Ibrahim Taha.

Monday, July 07, 2008 11:52:00 AM

------------------

Adapun komen itu nampaknya dibuat sebagai reaksi kepada beberapa perenggan awal dalam artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! . Biar saya copy and paste pula perenggan-perenggan tersebut...

--------------------

Makam yang paling menonjol di sini... (ada gambar) Pemiliknya dinyatakan sebagai Haji Ibrahim bin Muhammad Taha... Teringat cerita Nenek bahawa seorang bapa saudara kepada ibu Nenek telah membolot segala harta yang nilainya mungkin berpuluh juta Ringgit tahun 20an dulu! Dan orang itu bernama Haji Ibrahim atau Datuk Ibrahim! Apakah ini orangnya? Yang pasti orang ini memang bapa saudara kepada ibu Nenek iaiatu Aminah binti Abdul Raof. Sedangkan Abdul Raof dengan Haji Ibrahim adalah adik-beradik tetapi lain ibu... Lalu Abdul Raof dikatakan mewarisi semua harta abangnya Laksamana Sulaiman yang tidak memiliki anak kemudian Abdul Raof dan isterinya meninggal lalu anak-anak mereka jadi yatim piatu, itu yang harta tersebut dipegang oleh Haji Ibrahim? Entahlah... Saya cuma pernah mendengar cerita ini dalam tempoh 3 hari saya sempat berbual-bual dengan Nenek untuk mengetahui asal-usul keluarga pada satu penghujung tahun 2001, kali pertama saya berminat tentang itu... Sedangkan Nizam telah mendengar cerita-cerita ini hampir seumur hidup ketika membesar kerana dia dibela oleh Nenek sejak kecil lagi! Lalu kata Nizam, Haji Ibrahim atau Datuk Ibrahim yang dimaksudkan adalah Ngah Ibrahim yang sangat terkenal sebagai orang terkaya di Perak pertengahan abad ke 19 Masihi!

---------------

OK... Pertama kali saya sampai ke makam ini awal tahun lepas... Dalam keadaan sama juga iaitu ketika mahu mencari Makam Keramat Sungai Durian @ almarhum Laksamana Raja Mahkota Tok Jambu. Memang diakui ketika itu saya cenderung untuk berfikir bahawa Haji Ibrahim yang dinyatakan Nenek adalah Haji Ibrahim bin Muhammad Taha yang dimakamkan di satu kawasan perkuburan di Sungai Durian itu. Bukan saya berniat buruk atau mahu memfitnah. Adapun setelah mengkaji sejarah susur-galur keluarga hingga 1,400 tahun ke atas, memang terdapat banyak kisah di mana berlaku pergaduhan keluarga malah adik-beradik berebut takhta, apalagi harta dan sebagainya sehingga sanggup bunuh-membunuh pun ada! Jadi tidak mustahil kalau ada kes bapa saudara membolot harta kerana ia bukannya perkara ganjil, sudah biasa berlaku dalam mana-mana keluarga. Cuma dalam kes keluarga terdekat saya, tidak dapat dipastikan siapa yang betul-betul terlibat kerana saya setakat mendengar cerita Nenek sahaja...

Dalam hal ini, elok dinyatakan bahawa kami adalah dari susur-galur satu watak misteri yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor. Ada pihak menyebut bahawa Keramat Kuala Bidor dengan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam, Laksamana pertama Perak yang muncul pertengahan abad ke 18 pada zaman pemerintahan Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III (Marhum Hajiullah) adalah orang yang sama.

Tetapi Nenek pernak memberitahu bahawa Keramat Kuala Bidor datang ke Perak dari tanah seberang (Pulau Sumatera) ketika Perak masih belum beraja lagi. Malah beliaulah yang membela buaya putih Sungai Perak yang ketika itu hanya sebesar tapak tangan! Pendekkata, zaman Keramat Kuala Bidor dengan Nakhoda Hitam yang juga dikenali dengan nama Daeng Hanasah, abang kepada Daeng Selili @ Maharajalela pertama Perak Pancung Tak Bertanya adalah jauh berbeza. Tetapi mungkin juga mereka orang yang sama tetapi pernah muncul dalam 2 zaman yang berbeza? Apapun itu cerita lain yang melibatkan kisah tajalli roh dan perkara-perkara luar-biasa.

Mengikut ceritanya Keramat Kuala Bidor membawa diri ke Perak akibat adiknya merebut takhta di tanah seberang. Jadi di situ sendiri sudah ada cerita pergaduhan keluarga yang besar... Belum lagi yang ke bawah-bawah apabila keturunan itu muncul jadi banyak bercabang-cabang... Lagi le terdapat bermacam-macam perangai dan kepentingan. Maka itu janganlah hairan jika ternampak sahaja makam Haji Ibrahim di Sungai Durian, saya teringat cerita Nenek tentang seorang bapa saudara ibunya yang membolot harta keluarga. Tetapi ada pula ahli keluarga lain menyebut bahawa Haji Ibrahim yang dimaksudkan adalah orang kaya terkenal Perak dahulukala Ngah Ibrahim yang menguasai daerah Larut, Matang dan segala hasil bijih timahnya yang melimpah... Dah terlibat satu keluarga lagi pula! Dan memang kami semua ada kena-mengena...

Maka itu dalam artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota! , selepas perenggan-perenggan yang menyebut tentang almarhum Haji Ibrahim di Sungai Durian itu, saya juga menyebut begini....

------------------------

Ah! Saya keliru... Yang manakah sebenarnya dimaksudkan sebagai Haji Ibrahim atau Datuk Ibrahim oleh Nenek? Yang pasti, Ngah Ibrahim ini juga bersaudara dengan kami. Saya tidak ada salasilah terperinci tetapi saya tahu Ngah Ibrahim adalah menantu kepada Laksamana Muhammad Amin, moyang kepada datuk saya! Hmm... Biar saya cerita lepas sahaja le... Saya ambil salasilah belah lelaki yang saya ingat... Adapun nama saya ialah Mohd. Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee bin Muhammad Arshad bin Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin. Nenek pula adalah isteri kepada Muhammad Arshad bin Muhammad Wahi. Nama Nenek ialah Raja'ah binti Muhammad Isa tetapi saya tidak tahu bagaimana salasilah Muhammad Isa ini. Yang saya tahu, ibu Nenek adalah Aminah binti Abdul Raof bin Muhammad Taha. Muhammad Taha pula ialah anak kepada Tok Chu Abdul Rahim bin Che Uda Kecil Tekukor (pelik-pelik le nama diaorang ni, entah nama panggilan ke hapa? Apapun tetap nenek-moyang saya juga!) sementara Laksamana Muhammad Amin ialah anak kepada Abdul Wakap bin Alang Muhammad bin Che Uda Kecil Tekukor. Ah... Saya dah pening dah... Keluarga kami banyak berkahwin saudara-mara sedangkan kalau dipakai salasilah sebelah lelaki sahaja tanpa menyatakan siapa isteri mereka dan kaitan melalui sebelah perempuan pun sudah cukup untuk menunjukkan kaitan persaudaraan. Apapun oleh kerana Ngah Ibrahim adalah menantu Laksamana Muhammad Amin, maka dia juga boleh dikata sebagai salah seorang bapa saudara Nenek...

------------

Seterusnya, selepas satu gambar, saya menyebut begini...

--------------

Tetapi tujuan sebenar kami pergi ke Sungai Durian adalah untuk mencari sebuah makam yang lebih lama dan jauh lebih penting dari yang lain. Saya pernah sampai ke kawasan ini sekitar awal 2007 lalu diberitahu seorang penduduk kampung (yang rupa-rupanya atuk saudara saya, masyaallah) bahawa makam lama yang ingin dicari ini terletak di sebalik belukar di kawasan latar-belakang gambar ini, di tepian Sungai Perak. Untuk makluman, makam ini milik seorang pembesar istana yang dipanggil sebagai Laksamana Raja Mahkota Tok Jambu. Oleh kerana beliau dikatakan seorang alim lagi pahlawan yang banyak memiliki kelebihan maka itu selepas meninggal dunia, beliau dikenali sebagai Keramat Sungai Durian!

---------------

Memang itupun tujuan saya. Tetapi dalam penceritaan terkeluar pula cerita tentang Haji Ibrahim ini dan memang itu adalah cara saya bercerita. Saya bukan seorang pengarang yang mereka-reka cerita untuk kelihatan bagus tetapi saya sekadar menurut gerak rasa mana cerita yang akan keluar dengan kepercayaan bahawa akan ada hikmahnya nanti!

Dalam keadan ini muncul komen saudara khaz64 yang nampaknya juga datang daripada susur-galur keturunan yang sama, cuma cabang keluarga sahaja berlainan. Percayalah, selama kira-kira 2 tahun saya mula berkecimpung bercerita melalui siri novel "Berpetualang ke Aceh" diikuti cerita-cerita yang dibuat di satu dua forum Internet juga di blogspot ini dan blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , telah ramai mereka yang berkait tetapi selama ini tidak menyedarinya dapat berhubung dan saling mengenali... Semuanya kerana asbab membaca tulisan-tulisan saya!

Ada pula hubungan yang sudah lama putus tetapi bertaut kembali bukan secara langsung akibat membaca tulisan saya tetapi tetap ada kena-mengenanya... Misalnya sekitar 2 minggu lalu Nur kedua telah membawa saya berjumpa dengan seorang kawan lamanya yang sudah 13 tahun tidak berjumpa. Dalam berkenalan itu, dia bertanya apakah pekerjaan saya? Saya jawab saya tak kerja apa-apa, cuma suka merantau sahaja...

Memang saya tak suka mengenalkan diri sebagai penulis sepertimana semasa jadi wartawan di akhbar The New Straits Times dahulu saya tidak suka mengenalkan diri sebagai wartawan kecuali apabila perlu sahaja. Satu kerana saya sebenarnya memang tak kisah tentang pangkat dan kedudukan, kedua kadang-kadang lebih elok tidak mengenalkan siapa diri saya... Kerana dah banyak kali, apabila orang tak tahu siapa saya maka mereka pun seronok bercerita macam-macam di hadapan saya hingga terbuka segala macam telahan dan rahsia... Mungkin kerana memandang saya lekeh. Maklumlah saya suka berpakaian buruk, kalau tak berapa buruk pun ringkas seolah-olah saya cuma seorang pemuda cabuk yang tak punya apa-apa. Tetapi sebaik sahaja tahu saya wartawan, terus tiba-tiba mulut mereka terkunci seolah-olah tak ada modal bercerita. Selalunya kerana samada mereka segan atau takut apa yang diceritakan itu akan direkodkan saya!

Bila dapat tahu saya seorang penulis pula selalunya ada 2 reaksi yang berbeza... Pertama ada orang yang tiba-tiba seronok kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis. Maklumlah, hakikatnya di luar sana bukan selalu kita dapat berjumpa dan berbual-bual berhadapan dengan orang yang ada nama... Bukanlah nak kata saya ada nama sangat tapi adalah juga... Lebih elok le daripada beribu malah berjuta orang di luar sana yang bercita-cita mahu menjadi penulis lalu ingin dikenali ramai tetapi cita-cita tak kesampaian...

Ada pula yang tiba-tiba jadi ego semacam... Ya ke saya ni penulis? Sedangkan dia tengok zahirnya saya selamba selalu pakai baju buruk main campur semua orang tanpa menunjukkan kedudukan. Orang begini selalu menganggap apabila saya mengaku penulis maka saya cuma mahu membesar-besarkan diri sendiri. Dan mereka menganggap kalau orang dah ada nama, tentu tak akan bergaul sembarangan, tentu dah jaga nama, tak da le macam saya kadang-kadang orang boleh jumpa tepi jalan depan Masjid India mengunyah kerepek sambil duduk atas lantai...

Hmm... Teringat pula masa saya mula-mula nak kutip duit jual siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Pustaka Mukmin, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ada ke diaorang tak terima letak nama saya kat cek? Agaknya selama ini diaorang ingat saya kuli tukang hantar buku saja... Atau setakat penulis biasa lalu tak percaya bahawa syarikat penerbitan buku Wasilah Merah Silu Enterprise adalah milik saya walaupun ia tak sebesar mana...

Itulah persepsi sesetengah orang dan sebab itu juga ramai yang bercita-cita mahu jadi penulis... Agar dapat bercampur dengan orang ada nama, pihak atasan dan kemudian dipandang tinggi masyarakat umum! Ia boleh dikira satu karier glamour... Dapat nama menulis buku cinta pun ramai dah teruja inikan lagi satu siri novel yang ada unsur-unsur intelektual tinggi. Selalunya mereka yang mampu dan dah pun menghasilkan buku-buku sebegini mempunyai lingkungan pergaulan yang terdiri daripada para pemimpin serta orang-orang berkuasa di persada tanahair. Perlukah saya memberitahu yang saya dulu selalu duduk bersila di hadapan orang-orang seperti Tun Mahathir juga Pak Lah? Dan sekurang-kurangnya orang macam Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said kenal juga saya apabila berjumpa.

Ah... Saya bukan peduli ini semua tetapi disebabkan tak peduli tentang kedudukan di samping saya peramah bergaul dengan orang dari semua peringkatlah ada sesetengah orang take me for granted. Agaknya diaorang nak saya cakap macam ni kot: "Apa standard aku nak campur dengan engkorang layan engkorang punya cakap-cakap kosong!"... Lepas tu biar saya jalan sana sini pakai coat bawak BMW ke, Mercedes kot baru nak percaya? Atau nak lagi bagus (sebab nak sangat jaga standard...) jangan turun pun langsung tempat-tempat macam Central Market dan Masjid India. Kalau nak jalan cuma kat hotel besar dan sebagainya. Takkan le kena jadi begitu baru orang nak hormat kita sebagai penulis? Patutlah orang tak faham makna perjuangan dalam dunia penulisan seperti yang saya war-warkan...

Apapun, apabila rakan lama kepada Nur kedua ini asyik bertanya tentang pekerjaan saya kerana tidak berpuas-hati dengan jawaban yang diberi, saya pun suruh Nur kedua menjawab bagi saya. Terus dia terperanjat. Katanya inilah kali pertama dia terjumpa seorang penulis! Kemudian dia tanya saya tulis apa... Kebetulan saya ada membawa satu set siri buku "Berpetualang ke Aceh" saya pun tunjukkanlah... Dari situlah dia dapat tahu kaitan saya dengan keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya kami bersaudara! Bukan setakat itu, hamba Allah ini adalah anak kepada sepupu ayah saya, kira saudara dekat le ni tapi tak pernah kenal pun seumur hidup... Rupa-rupanya dia sudah terpisah lama dengan keluarga besar sebelah ayah saya kerana ibu-bapa mereka bercerai semasa dia berumur 2 tahun ke 2 bulan gitu! Masyaallah! Cuma masalahnya ada versi cerita berbeza dalam hal ini. Hamba Allah ini menganggap bapanya lah yang telah meninggalkannya dan abang serta ibunya lalu tidak mempedulikan mereka hingga kini!

Katanya dia sedia mengaku yang sepupu ayah saya itu adalah bapanya tetapi bapanya pula yang seolah tidak mahu mengaku kewujudan anaknya itu! Masyaallah lagi... Saya baru beberapa hari bercerita pada ayah saya tentang ini... Terus ayah memberitahu, sebenarnya sepupunya itu telah banyak kali cuba berhubung dengan anak-anaknya sejak mereka kecil lagi tetapi dihalang sang ibu dan keluarganya pula! Sedangkan si ibu juga ada hubungan kekerabatan dengan kami semua...

Begitulah juga agaknya tentang hal-hal lain yang melibatkan keluarga. Pihak ini mendengar versi daripada keluarga yang terdekat dengannya. Pihak lain mendengar versi yang lain pula. Pada saudara khaz64, saya tidak bertanggungjawab kerana telah melibatkan nama datuk kepada ibunya Haji Ibrahim dalam satu kisah pembolotan harta kaum keluarga yang diceritakan oleh Nenek. Saya pula mendengar dari versi Nenek tetapi tidak pasti siapakah Haji Ibrahim yang dimaksudkan... Malah Nenek dan ibu saudara pula yang bercakap kepada saya seolah-olah saya ada tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan. Dalam pada itu saya cuma terfikir mungkin Haji Ibrahim ini adalah yang di Sungai Durian kerana memang dia bapa saudara kepada ibu Nenek! Tetapi tak mustahil juga yang dimaksudkan adalah Ngah Ibrahim kerana memang kami juga ada hubungan persaudaraan!

Di sini timbul lagi satu masalah. Kalau betul Haji Ibrahim itu ialah Ngah Ibrahim, maka terkait lagi satu keluarga dalam cerita ini. Adapun mengikut salasilah yang saya lihat, Menteri Paduka Tuan sekarang iaitu Datuk Wan Isa dari keturunan Ngah Ibrahim adalah saudara tiga pupu saya! Bukannya jauh sangat walaupun tak kenal, setakat ada jumpa sekali sahaja semasa peristiwa pengembalian jasad almarhum Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim dari Singapura ke Perak September 2006... Dah jadi cerita lain pula... Dah boleh jadi gaduh dengan keluarga lain nanti!

Belum lagi dicampur cerita-cerita yang melibatkan takhta... Setakat ini belum ada lagi saya jumpa orang yang dapat menjawab, siapakah yang membunuh moyang saya yang dikenali sebagai Orang Kaya Besar Muhammad Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Katanya ia berlaku sekitar 1920an... Kebetulan pula saya ada terbaca dalam buku Cempaka Sari kalau tak salah ingatan bahawa pada zaman itu Raja Bendahara terus naik jadi Sultan... Mana perginya Raja Muda? Takkan hilang begitu sahaja sedangkan saya telah diberitahu beberapa pihak, sepatutnya zaman itu seorang kerabat dari Teluk Intan naik menjadi Sultan! Takkan le nak sebut kaitan sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota dengan kerabat diraja terdekat baru orang nak faham...

Sudahlah... Hakikatnya kita semua manusia biasa yang tidak sunyi dari membuat kesilapan. Maka jangan hairanlah jika datuk nenek-moyang kita dahulu pernah bergaduh sesama-sendiri apalagi jika ia melibatkan perebutan takhta, harta dan kuasa malah wanita juga! Tetapi takkan kita yang anak cucu ini masih mahu terus berdendam dan terus bermusuh sedangkan kita tetap bersaudara dan Islam lagi ya tak?

Para pembaca sekalian... Rasanya mereka yang sudah lama mengikuti penulisan saya faham bagaimana saya selalu mengembara malah menulis pun menurut gerak hati akan apa yang keluar mengalir daripada dalam diri ini. Dalam menulis itu, mungkin keluar sesuatu yang tidak enak... Tetapi percayalah tidak pernah saya berniat busuk mahu menfitnah dan mengada-adakan cerita dan sebagainya.

Maka itu cuba ambil dari sudut yang positif. Saya telah menyatakan rasa saya secara jujur tanpa berselindung tentang cerita Haji Ibrahim kerana ia sudah ditakdirkan akan terkeluar untuk masa itu padahal saya sebenarnya mahu bercerita tentang pencarian makam Keramat Sungai Durian. Lalu saudara khaz64 telah memberikan komen dan teguran bagi pihak keluarganya setelah membacanya, menurut persepsi cerita mereka pula!

Maka anggaplah apa yang berlaku sebagai satu perkenalan kembali 2 cabang keluarga yang sudah lama tidak kenal-mengenal atau saling menghubungi. Kalau tak rajin nak berhubung pun sekurang-sekurangnya, biar mereka tahu ada seorang saudara yang rajin mengembara mencari cerita-cerita lama, bukan untuk menuntut harta lama tetapi untuk menyelami jati diri sebenar Melayu Islam yang mungkin boleh menolong kita menghadapi cabaran lebih besar yang akan mendatang nanti!

Cuma saudara ini (maksudnya saya...) juga harus mengembara sejauh mungkin ke seluruh Tanah Melayu untuk menyambung kaitan keluarga yang lebih besar lalu mungkin kurang teliti dalam menangani persoalan satu-satu cabang keluarga kecuali keluarga terdekatnya sahaja... Lalu akan ada perkara yang terlepas pandang, perkara yang mungkin cuma boleh diperbetulkan melalu komen ataupun feedback keluarga terdekat daripada jurai yang terlibat sahaja...

Misalnya saya pernah ke Kampung Kota, Beruas lalu pergi ke sebuah rumah keluarga Sayyid kabilah Jamalulail dengan harapan dapat bertemu ketua keluarganya, seorang tua yang katanya tahu segala cerita tentang makam-makam lama berbatu nesan Aceh di situ. Ternyata orang tua tersebut telah meninggal dunia. Lalu sebaliknya saya pula yang harus menerangkan sedikit tentang sejarah makam-makam lama dan cerita kerajaan Beruas kepada mereka. Malah saya juga harus mengingatkan kembali kepada mereka tentang perjuangan Ahlul Bait anak cucu Nabi, tentang cerita Saidina Ali ditentang Muawiyah dan sebagainya sedangkan saya bukan pun ada Sayyid kat pangkal nama!

Disebabkan pengembaraan dan pencarian saya ke merata tempat, maka ramai bertanyakan saya tentang sejarah sesuatu tempat atau watak-watak penting yang terlibat. Kalau saya tahu, insyaallah saya akan cerita kecuali yang betul-betul rahsia. Selain itu mana saya nak tahu? Mana nak terjaga sejarah kaitan beratus malah beribu tempat dan watak? Sepatutnya orang terdekat di situ, kaum keluarga yang masih ada le yang menceritakan dan menerangkannya untuk saya ya tak? Itupun bukan semua saya boleh ingat!

Apapun, di sini saya ingin membuat pengumuman... Kepada seluruh warga keturunan Haji Ibrahim bin Muhammad Taha, dengan ini saya Mohd. Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee bin Muhammad Arshad bin Muhammad Wahi bin Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin, saya yang bapanya Mohamad Sapiee beribukan Raja'ah binti Muhammad Isa, anak kepada Aminah binti Abdul Raof bin Muhammad Taha menyusun jari ingin memohon ampun dan maaf atas setiap kesilapan kata-kata yang menerbitkan rasa tidak senang hati keluarga Haji Ibrahim. Percayalah, niat saya bercerita adalah semata-mata untuk mencari kebenaran. Maka anggaplah kesilapan saya ini sebagai salah satu perkara yang ada hikmahnya.. Sekurang-kurangnya untuk menyatukan kembali keluarga besar Keramat Kuala Bidor dan Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam untuk menangani cabaran besar akhir zaman demi kemaslahatan bangsa Melayu kita dan agama Islam! Sekian, wassalam... :]

Ahad, Julai 13, 2008

Komen Aina Emir tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk mereka yang belum mengenali siri buku ini...

Entah kenapa tergerak mahu menggunakan gambar batu nesan ini sebagai hiasan. Dari artikel Makam (tomb of) Sultan Muhammad Shah, Pahang... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Tadi lama juga saya 'menggagau' cuba mencari satu artikel lama yang mengandungi tulisan novelis Aina Emir tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh". Saya bercadang untuk meletakkan linknya pada side-bar kanan di bahagian "Ruang untuk perkara-perkara berkaitan promosi siri buku 'Berpetualang ke Aceh'" . Maklumlah saya adalah seorang penulis kecil yang menerbitkan karya-karya sendiri. Inilah salah satu jalan yang saya ada untuk mempromosi buku... Itupun sebenarnya tulisan Aina Emir itu telah keluar 4 bulan lalu, saya kutip masukkan dalam satu posting... Hari ini baru saya tergerak untuk mencari posting tersebut agar dapat diletakkan di side-bar supaya para pengunjung kemudian blogspot ini dapat membacanya nanti!

Saya pun cuba mencari posting yang mengandungi tulisan tersebut. Cari punya cari tak jumpa-jumpa! Ait? Takkan le tak da kot sedangkan saya pasti tulisan Aina Emir itu memang telah dikutip dan diletakkan di blogspot ini. Takkan boleh hilang pula...

Akhirnya saya terpaksa melihat artikel-artikel lama satu persatu, baru terjumpa posting yang mengandungi tulisan itu... Rupa-rupanya ia diletakkan di bawah artikel bertajuk Ke mana aku selepas ini? Pening le! ... Patut le tak jumpa!

Adapun artikel itu ditulis dalam keadaan saya baru juga kembali dari menyelesaikan pengembaraan seluruh Semenanjung setelah selesai menyajikan ketiga-tiga buku di bawah siri "Berpetualang ke Aceh". Untuk membaca cerita-cerita pengembaraan ini sila lihat side-bar kanan bawah, di bahagian "Siri-siri pengembaraan dan tempat-tempat yang menarik". Ketika itu saya begitu penat zahir dan batin... Ada juga beberapa masalah peribadi selain gangguan pihak yang dengki di blogspot ini, cuba membuat kacau mengganggu ketenteraman pengunjung tetap selain mahu mencemarkan nama baik saya di hadapan umum.

Apapun, biar saya letak balik tulisan Aina Emir itu ya... Kerana jika selama ini ramai menghargai siri buku saya, mungkin ada yang berkata itu kerana mereka yang menghargai ini jenis yang 'pelik-pelik', percaya pada peristiwa akhir zaman, kedatangan Imam Mahdi dan sebagainya. Jadi apa kata lihat kata seorang penulis perempuan yang ada nama, penulis yang dikenali kerana telah mengarang banyak novel-novel cinta. Dari http://aina-emir.blogspot.com/2008/04/asal-usul.html. Sila! :]

------------------------------------


Monday, April 21, 2008

ASAL USUL

Pernahkah kita bertanya tentang asal usul diri kita? Pernahkah kita menyoal ibu bapa kita, datuk dan nenek kita tentang hal ini? Tak mahukah kita tahu salasilah diri kita, keturunan kita? atau sudahkah kita tahu semuanya?
Semasa di tapak pesta buku, saya telah didekati seseorang pemuda kerana mahu menumpang tiang banner KarnaDya. Rupa-rupanya, pemuda itu adalah seorang penulis yang telah meminta Fajar Pakeer (Jiran KarnaDya) di tapak pesta untuk mengedarkan buku-buku penulisannya. Semasa hendak meninggalkan tapak pesta (ketika itu pesta buku sudah hampir tamat), dia datang mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya pun bertanya tentang buku-bukunya itu. Dia pun bercerita. Katanya, dia menulis novel tentang pencarian asal usul dirinya itu. Ada tiga jilid. Saya tertarik bila katanya penulisannya itu ada kaitan dengan 'Ahlul Bait'... keturunan Nabi Muhammad SAW.
"Kak Aina ambillah buku saya ni... saya nak beri percuma. Bolehlah Kak Aina baca." Dia berkata kepada saya.
Saya menjawab, "Oh ya, saya memang teringin nak baca, tapi tak apa, biar saya beli." Saya pun membeli ketiga-tiga buah novelnya itu.
Kebetulan, apabila saya tiba di rumah, saya mula sakit-sakit dan kerana itu saya tak mampu untuk menulis. Pun begitu, saya masih berdaya untuk membaca dan buku pemuda itulah yang menjadi bacaan saya. Alhamdulilah, saya seronok membaca bukunya. Sebuah novel yang mempunyai tulisan yang serius. Bukan sekadar novel biasa-biasa. Penulis adalah seorang graduan matematiks, juga bekas wartawan NST, tetapi kini menjadi seorang penulis dan juga seorang pengembara. Dia mahu mencari identiti dirinya dan dalam pencarian itulah penulis telah membongkarkan pelbagai kisah sejarah yang ada kaitan dengan kewujudan bangsa Melayu dan agama Islam yang dimiliki oleh orang Melayu Nusantara.
Saya kagum dengan tulisannya itu kerana saya sedar bahawa penulis telah bersusah payah ke merata ceruk untuk mengorek rahsia yang lama tersembunyi. Penulis juga berani untuk membongkarkan rahsia ini! Mungkin ada yang mahu mempertikai cara pemikirannya, namun bagi saya, penulis mempunyai hak untuk membongkarkan rahsia seperti apa yang difahaminya. Saya tabik kepadanya kerana mampu memaparkan sebuah cerita, yang telah menyusun pelbagai fakta lama, membawa kita menjelajah semula kepada kerajaan Pasai, Melaka, dan macam-macam lagi dan mendedahkan pelbagai peristiwa kebangkitan kerajaan Aceh, bumi serambi Mekah.
Apabila membaca tulisan penulis ini, sebagai pembaca, kita perlulah membuka minda dan mengizinkan penulis ini menyampaikan apa sahaja pandangan dan pendapatnya, kerana kita juga tahu terlalu banyak pembohongan dalam kajian sejarah yang menjadi peninggalan buat kita semua. Kebanyakan fakta sejarah sudah diputar-belitkan untuk kepentingan kerajaan yang wujud ketika itu dan kerana itu juga, kita berhak untuk melihat kembali segala fakta yang ada untuk kita menilai.
Saya percaya ramai yang akan melihat tulisan Radzi Sapiee (Penulis muda yang saya maksudkan) dalam novel-novelnya yang berjudul 'BERPETUALANG KE ACEH' sebagai sesuatu yang mencabar kematangan pemikiran kita dan tentu sekali penulisannya itu akan membuat kita tertanya-tanya tentang banyak hal dalam kewujudan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bacalah! Saya tidak menyesal menelaah novel-novelnya ini.

Posted by Aina Emir at 10:58 AM

-----------------

p/s: Ramai dah bertanya bilakah buku keempat "Berpetualang ke Aceh" akan keluar? Sebenarnya siri novel ini adalah satu trilogi, buku I-III. Maka kira dah cukup le tu... Tetapi memang sudah lama ada isyarat untuk membuat buku empat. Malah rekabentuk kulit luarnya sudah lama siap, menunggu sahaja ceritanya untuk dikarang dan modal untuk cerita pun dah banyak, kira standby je...

Sayangnya saya cuma boleh menulis apabila sudah ada 'keizinan dari atas'... Dan keizinan ini cuma akan terjadi setelah saya kembali ke Aceh menziarahi makam Sultan Malikus Salih dengan orang tertentu (atau orang-orang tertentu)? Perkara inipun saya tak boleh jawab dengan terang selagi belum sampai masanya kerana Tuhan boleh mengubah keadaan begitu sahaja!

Oleh itu, buat masa ini saya tumpukan perhatian pada hal-hal lain... Salah satunya ialah proses editting siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk kemungkinan membuat cetakan kedua, juga untuk edisi Internet yang boleh dijual secara on-line ke mana-mana lokasi di seluruh dunia, Insyaallah. Sila baca artikel Open tender edisi baru siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Sekarang, buku satu "Berpetualang ke Aceh" dengan sub-title "Mencari Diri dan Erti" dan buku dua "Membela Syiar yang Asal" telah siap dikemas-kini... Tunggu masa untuk memulakan proses editting buku ketiga "Sirih Pulang ke Gagang?". Selesai ini, insyaallah saya akan mengarang satu novel baru, mungkin untuk syarikat Karnadya milik Aina Emir.

Oh... Sebagai satu teaser untuk para pembaca yang menunggu buku keempat "Berpetualang ke Aceh" keluar... Sub-titlenya adalah "Kembali ke Makam Nenda!". Agak-agak sendirilah bagaimana jalan ceritanya ya... Sekian! :]