Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, April 22, 2008

Ke mana aku selepas ini? Pening le!

Gambar hiasan... Aku tengok macam OK je, aku suka maka aku letak le...

Assalamualaikum semua. Izinkan saya meluahkan perasaan... Dan izinkan ia keluar dalam apa-apa bentuk bahasa walaupun bahasa kutu... Ikut apa sahaja yang senang keluar ya...

Adapun beberapa hari ini saya sebenarnya sangat penat dan bingung... Penat kerana segala pengembaraan ke Selatan kemudian ke Utara seterusnya ke Timur yang dibuat dalam tempoh 4 bulan kebelakangan memang memakan banyak tenaga... Bingung kerana walaupun umur saya sudah mahu masuk 38 tahun, saya sebenarnya belum dapat merasakan kerehatan yang sebenar, kerehatan yang selalu saya bayangkan dapat dikecapi apabila sudah ada home sweet home...

Biarlah saya berterus-terang... Adapun saya membuat ketiga-tiga buku dalam siri novel "Berpetualang ke Aceh" dan menyiarkan begitu banyak topik dan ilmu di dalamnya dengan harapan terlepaslah segala beban ilmu serta tanggungjawab berkenaan yang dipikul selama ini... Kalau ikut daripada aspek penceritaan yang biasa diamalkan dalam dunia penerbitan, setiap buku dalam siri BKA ini mempunyai cukup topik dan isi untuk dikembangkan jadi 10 buah novel, maka 3 buku BKA cukup isi untuk membuat 30 buah novel! Ini bukan setakat dakwaan saya ke atas karya sendiri sahaja... Beberapa orang yang tahu tentang dunia penerbitan menyatakan ini kepada saya... Menurut novelis Aina Emir yang sekali lagi menghubungi saya petang tadi untuk bertukar-tukar cerita dan bertanyakan perancangan masa hadapan saya, cerita tentang sesat di hutan Gunung Nuang yang memakan paling banyak pun 4 mukasurat dalam buku pertama saya (saya lupa berapa mukasurat kerana tidak membawa buku itu ke Cyber Cafe tempat saya menulis ini) sahaja sudah boleh dijadikan satu cerita novel yang menarik...

Ya... Kalau diikutkan, banyak betul saya boleh buat dengan modal cerita yang telah diluahkan dalam siri BKA... Selain daripada banyak novel, boleh dijadikan skrip drama bersiri malah ada cerita yang boleh dikembangkan jadi koleksi sajak dan puisi jika mahu... Tetapi saya tetap melonggokkan ke semuanya jadi 3 buku, dalam format tersendiri yang agak padat sehingga menyakitkan mata para pembaca biasa... Cuma para pembaca serius sahaja yang benar-benar dapat bertahan dan menikmati lalu mendapat iktibar daripada apa yang ingin diluahkan. Semuanya kerana apa? Kerana saya mahu segalanya dilepaskan daripada dada secepat mungkin... Harapan saya, selepas itu dapatlah saya berehat mengecapi kebahagian sejati rumahtangga atau home sweet home yang saya dambakan selama ini...

Saya akui telah lama harapan untuk mengecapi kebahagian itu saya sandarkan pada seorang individu yang dinamakan sebagai Nur dalam siri buku BKA... Harapan saya, semoga segala yang menghalang kami daripada dapat bersatu setelah lebih 10 tahun saling-mengenali akan terungkai selepas ketiga-tiga buku BKA berjaya disajikan kepada khalayak ramai... Tetapi ternyata halangan itu masih belum terungkai malah wujud pula keadaan baru. Muncul pula individu yang boleh dipanggil Nur kedua dalam hidup saya untuk mengisi kesepian yang wujud tetapi antara kami juga ada halangan yang serupa.

Kebingungan yang datang memikirkan semua ini (sampai bila harus begini?) membuatkan saya keluar berkelana lagi... Mungkin ia perlu untuk melengkapkan penyajian buku? Harapan saya selepas selesai pengembaraan terbaru ini iaitu pengembaraan "post-BKA" (setelah selesai menyajikan ketiga-tiga siri buku), maka dapatlah berlaku sesuatu yang memberikan harapan bahawa home sweet home yang sangat didambakan sudah hampir dapat digapai kini...

Hakikatnya, saya masih kesepian, begitu kesepian... Sama keadaannya semasa zaman saya kanak-kanak, sama juga zaman remaja, dewasa dan sehingga kini... Tidak... Saya bukan kesepian kerana tiada keluarga dan kawan. Seperti ada disebut dalam buku pertama "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", saya ada ramai kenalan dari banyak peringkat hidup... Dan saya ialah jenis manusia yang popular di kalangan rakan sebaya sejak zaman tadika lagi... Jadi dari segi luaran, tiada yang kurang dari segi keupayaan berinteraksi untuk menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang meluas...

Apapun hakikatnya saya tetap merasa kesepian... Sebenarnya kerana tidak dapat berkongsi semuanya tentang diri saya kepada sesiapa, diri saya yang sedikit pelik ini... Kecuali kepada mungkin 2-3 orang wanita seumur hidup yang mana disebabkan keadaan (juga kesilapan saya masa lalu yang tidak tahu menilai cinta orang akibat leka diminati ramai wanita), tidak seorang pun berakhir sebagai teman hidup saya yang sah. Sia-sia sahaja saya sudah memiliki lebih 100 orang teman wanita apabila masuk umur 18 tahun sedangkan sebenarnya jiwa saya masih kesepian begini...

Allah! Setelah itu, lebih 10 tahun pula saya jadi kera sumbang mengasingkan diri kerana cuba mengubah perangai buruk lalu sambil mencari diri dan erti. Berapa hari ini pula, timbul rasa sedih kerana belum dapat lagi apa yang diidam-idamkan.

Oh... Sebelum menyambung cerita, biar saya copy n paste sesuatu yang baru saya jumpa tadi, ditulis oleh seorang novelis bernama Aina Emir di dalam blogspot beliau... Ini dia, daripada http://aina-emir.blogspot.com/2008/04/asal-usul.html

---------------------------

Monday, April 21, 2008

ASAL USUL

Pernahkah kita bertanya tentang asal usul diri kita? Pernahkah kita menyoal ibu bapa kita, datuk dan nenek kita tentang hal ini? Tak mahukah kita tahu salasilah diri kita, keturunan kita? atau sudahkah kita tahu semuanya?
Semasa di tapak pesta buku, saya telah didekati seseorang pemuda kerana mahu menumpang tiang banner KarnaDya. Rupa-rupanya, pemuda itu adalah seorang penulis yang telah meminta Fajar Pakeer (Jiran KarnaDya) di tapak pesta untuk mengedarkan buku-buku penulisannya. Semasa hendak meninggalkan tapak pesta (ketika itu pesta buku sudah hampir tamat), dia datang mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya pun bertanya tentang buku-bukunya itu. Dia pun bercerita. Katanya, dia menulis novel tentang pencarian asal usul dirinya itu. Ada tiga jilid. Saya tertarik bila katanya penulisannya itu ada kaitan dengan 'Ahlul Bait'... keturunan Nabi Muhammad SAW.
"Kak Aina ambillah buku saya ni... saya nak beri percuma. Bolehlah Kak Aina baca." Dia berkata kepada saya.
Saya menjawab, "Oh ya, saya memang teringin nak baca, tapi tak apa, biar saya beli." Saya pun membeli ketiga-tiga buah novelnya itu.
Kebetulan, apabila saya tiba di rumah, saya mula sakit-sakit dan kerana itu saya tak mampu untuk menulis. Pun begitu, saya masih berdaya untuk membaca dan buku pemuda itulah yang menjadi bacaan saya. Alhamdulilah, saya seronok membaca bukunya. Sebuah novel yang mempunyai tulisan yang serius. Bukan sekadar novel biasa-biasa. Penulis adalah seorang graduan matematiks, juga bekas wartawan NST, tetapi kini menjadi seorang penulis dan juga seorang pengembara. Dia mahu mencari identiti dirinya dan dalam pencarian itulah penulis telah membongkarkan pelbagai kisah sejarah yang ada kaitan dengan kewujudan bangsa Melayu dan agama Islam yang dimiliki oleh orang Melayu Nusantara.
Saya kagum dengan tulisannya itu kerana saya sedar bahawa penulis telah bersusah payah ke merata ceruk untuk mengorek rahsia yang lama tersembunyi. Penulis juga berani untuk membongkarkan rahsia ini! Mungkin ada yang mahu mempertikai cara pemikirannya, namun bagi saya, penulis mempunyai hak untuk membongkarkan rahsia seperti apa yang difahaminya. Saya tabik kepadanya kerana mampu memaparkan sebuah cerita, yang telah menyusun pelbagai fakta lama, membawa kita menjelajah semula kepada kerajaan Pasai, Melaka, dan macam-macam lagi dan mendedahkan pelbagai peristiwa kebangkitan kerajaan Aceh, bumi serambi Mekah.
Apabila membaca tulisan penulis ini, sebagai pembaca, kita perlulah membuka minda dan mengizinkan penulis ini menyampaikan apa sahaja pandangan dan pendapatnya, kerana kita juga tahu terlalu banyak pembohongan dalam kajian sejarah yang menjadi peninggalan buat kita semua. Kebanyakan fakta sejarah sudah diputar-belitkan untuk kepentingan kerajaan yang wujud ketika itu dan kerana itu juga, kita berhak untuk melihat kembali segala fakta yang ada untuk kita menilai.
Saya percaya ramai yang akan melihat tulisan Radzi Sapiee (Penulis muda yang saya maksudkan) dalam novel-novelnya yang berjudul 'BERPETUALANG KE ACEH' sebagai sesuatu yang mencabar kematangan pemikiran kita dan tentu sekali penulisannya itu akan membuat kita tertanya-tanya tentang banyak hal dalam kewujudan bangsa Melayu yang beragama Islam. Bacalah! Saya tidak menyesal menelaah novel-novelnya ini.

Posted by Aina Emir at 10:58 AM

-----------------

Subhanallah... Terimakasih atas kata-kata Kak Aina tu. Sedikit sebanyak dapat memberikan saya semangat... Sedikit cerita tentang apa yang berlaku di pesta buku (termasuk perkenalan dengan Kak Aina) telah diluahkan dalam posting Perjumpaan di Pesta Buku Antarangsa Kuala lumpur di PWTC 2008 ...

Berbalik pada luahan rasa... Minta maaf le kalau bersimpang-siur ceritanya... Maklumlah luahan perasan.

Daripada satu segi, saya tidak perlu lagi berasa kesepian... Kalau mahu bercampur orang, tanda-tanda dari luar seolah-olah mahu saya keluar daripada perangai "kera sumbang" yang saya buat sendiri lebih 10 tahun ini demi memperbaiki diri sendiri... Tanpa saya duga, semakin ramai orang di luar sana yang cuba mencari, menghubungi lalu ingin berkenalan dengan saya. Kawan-kawan zaman remaja yang sudah lama tidak dihubungi pun dah ada ajak buat reunion setelah 20 tahun kami tidak berkumpul sama... Lihat posting Kenangan PPP/ITM "A Levels" batch 7 tahun 1988... Calling all 51C guys...

Hmm... Saya dah tak tahu hendak bercerita tetapi setakat mahu meluahkan rasa bingung... Apa ni? Kawan-kawan lama dah mula ajak berjumpa... Tadi ada kenalan baru daripada Brunei yang ditemui ketika pesta buku minggu lepas baru memberitahu, pihak perpustakaan Brunei berminat untuk mendapat beberapa naskah buku BKA... Kak Aina pula menalifon petang tadi dan antara yang diutarakan adalah kemungkinan menulis-balik isi BKA dalam bentuk yang lebih senang dibaca (antaranya tidak perlu diketengahkan begitu banyak informasi dalam satu buku) untuk diterbitkan pihaknya pula...

Allah! Sebenarnya banyak peluang sudah terbuka di hadapan mata... Cuma apa yang saya idam-idamkan sahaja iaitu home sweet home belum kunjung tiba dan itulah yang membuatkan saya merasa penat dan bingung... Seperti yang pernah saya sebut dahulu juga dalam buku, saya ada ramai ahli keluarga dan kenalan yang berada... Jika kesenangan material lah yang saya perlukan, Insyaallah tak susah mana bagi saya untuk mendapatkannya... Cuma ada ketikanya kesenangan itu memerlukan saya mengorbankan sedikit prinsip hidup, itu yang saya tak mahu...

Ah... Nur baru sahaja menghantar sms mengaku timbul rasa rindu walaupun kami sekali lagi cuba membawa arah masing-masing akibat keadaan yang menghalang. Nur kedua pula kadang-kadang bertanyakan tentang Nur pertama... Apakah kehadirannya (Nur kedua) yang menghalang perhubungan kami (saya dengan Nur pertama) semenjak dua menjak ini sedangkan dalam tempoh setahun ini, Nur kedua lah yang paling banyak menemani diri ini mengharungi segalanya...

Dalam pada itu, teringat anak perempuan saya yang kali terakhir ditemui lebih sebulan lalu... Teringat juga ibunya yang pernah menjadi satu-satunya isteri saya yang sah dari segi hukum syariat... Dan sejak lebih setahun ini memang ada terfikir untuk cuba berbaik semula!

Allah! Cukuplah luahan... Sepatutnya saya telah memulakan posting cerita-cerita tentang Kuala Berang sebagai kesinambungan proses penceritaan apa yang berlaku dalam pengembaraan ke Pantai Timur tapi nantilah ya... Bukan senang hendak membuat cerita, lebih-lebih lagi dalam keadaan sebegini... Saya penat-penat mengembara menyajikan berbagai cerita siap dengan gambar lagi di mana siapa sahaja boleh ambil sedangkan saya tidak menerima apa-apa bayaran pun... Yang saya harapkan cuma dapat meluahkan apa yang dirasa dengan sedikit apresiasi atau penghargaan daripada para pembaca... Tetapi orang yang tidak faham pula boleh menuduh saya macam-macam!

Orang ramai bukannya tahu masalah sebenar saya... Nama aje kecik-kecik dulu orang panggil genius sampai masuk zaman universiti, sampai timbul konflik dalaman berbentuk kepercayaan kepada Sains berlawan dengan kepercayaan tentang Tasawuf yang mula timbul sehingga saya jadi bingung... Tetapi ramai kawan masih mengenali saya sebagai seorang genius kerana kepandaian saya dahulu terutama dalam bidang matematik yang dikira luarbiasa... Lalu ramai orang menyebut, kalaulah mereka ada otak seperti saya, sudah lama mereka jadi jutawan, orang ternama lagi berkuasa sekurang-kurangnya di persada tanahair ini kalau tidak pun di peringkat dunia... Tapi orang ramai bukannya dapat merasai betapa sulitnya diberi cara pemikiran yang lain tetapi harus hidup di kalangan masyarakat yang lebih senang menghukum mereka tidak menurut cara pemikiran biasa... Bukan orang betul-betul tahu betapa sepinya jiwa ini... Ah... Dah lah... Selamats!




13 comments:

PerpatihTulus said...

fuyooo, brader, serius betul luahan perasaan. baru-baru ni kita jumpa, takde mengadu apa-apa pulak ngan aku. yelah, .. kalau cakap ngan aku pun bukannya boleh tolong.

aku doakan semua, masalah kau boleh terungkai nanti satu persatu, insyaAllah..

ni bawah ni lagu m nasir,
kalau kita nyanyi lagu ni nanti kita jadi "sahabat gua", iaitu sahibul kahfi.. hehehehe gurau aje.

--------------------
Sahabat Gua

Berapa banyak bintang di langit kau kaji
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

( 1 )
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia

( ulang 1 )

( 2 )
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

( ulang 1 & 2 & 1 2X )

PerpatihTulus said...

kena baca surah al kahfi ni..

PerpatihTulus said...

best jugek ek eina emir tu.. tulisan dalam blogspot dia. aku dah lama tak baca novel ni.. bertahun-tahun lamanya..

kau pernah dengo lagi ni tak?

"aku lah penyair yang turun dari gunung,
beratus tahun telah ku duduk di situ,
beratus-ratus tahun.

kini aku turun ke lembah
melihat manusia
kecil miskin lagi hina
hidup mereka melata-lata

tanganmu ku genggam
ku julang ke udara
akan ku jeritkan bagaikan halilintar.."

--apa lagi hah..
lupe la pulak..
nak tulis kat blogspot sendiri takde idea,

semalam aku dah break.. tidur awal.. tune semua lari habis..

hahahahah...

baca blog orang pun best jugak.. layan..

Anonymous said...

Assalamualaikum wrb MS..

Menarik gak pasal akak Brunei tu.. beliau memang betul2 minat ngan buku tu pun... sampai tak berganjak2 dari gerai Fajar Pakeer.. lama jugak lah..

Cuma sayang gak la.. terlupa nak gi jumpe dia balik kat gerai sejarah Brunei kat bawah tuh...

Kiranya ramai jugakla yg buka mata dengan BKA stakat ni dan blogspot ni juga..

Kitorang support semampu boleh..

-mded-

Anonymous said...

Salam bro MS..
Sebuah tabik hormat utk bro MS dari aku..

semua bangunnnnn.. TABIK!!

walaupun aku seorang pembaca kecil, tp aku tetap nak bg penghormatan kpd bro MS yg aku kagumi..
semoga bro akan dpt apa yg dia nak, kalau bukan di'sini' mungkin di'sana' nnt.. amin. dan di'sana' nnt lah yg terlebih baik..

mded, akak brunei tu memang org kuat DBP brunei tu.. aku dah sembang dgn dia sebelum kita jumpa kat Fajar Pakeer tu.. moga2 buku MS akan ke brunei dan semua akan membacanya. semua akan dpt infonya moga2.

bro MS, oleh kerana bro perpatihtulus bg dua lirik lagu kat sini, jadi sy pun nak bagi satu lirik lagu khas buat bro MS..

ini dia lagu KAWAN. hijaz nyanyi dlm album pelita hidup III. sy tuju khas buat bro MS bersama sebuah tabik hormat dari saya seorang pembaca kecil buku bro.
Hayatilah..

kawan...
apalah yg kau kesalkan
kerna Tuhan kau "kehilangan" kawan
kerna kebenaran dihina
jangan kau ragu dalam keimanan

kadang-kadang kawan jadi lawan
kadang-kadang lawan jadi kawan
apalah yang di sedihkan hati
setiap insan di dalam kekurangan

jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
ingatlah para rasul mulia
lebih tersiksa menderita

mereka bahgia dalam derita
mereka kaya di dalam papa
mereka memadai dengan Tuhannya itulah kebahagiaan
diwaktu sempit seorang diri
kawan janganlah disedihkan hatimu
.....

hayati bro.. kalo dpt dengar lagunya sekali lagi best tu..

itu saja..
dari sy Hazratji
pembaca kecil bukumu
Assalamualaikum wbt...

Sofiya said...

MS,

Pada sofi, MS tak usah lah bingung, terima saja qada dan qadar dariNya dengan Redha. Kemudian MS kena letak satu objective, iaitu apa yg MS nak capai. Bila ada fokus fikiran MS tidak akan menerawang ke lain2. Selalulah dekatkan diri pada Allah.

Tentang jodoh dengan Nur1 dan Nur2 dan ex-wife, MS perlu buat decision yg mana satu lebih terasa di hati. Jika dah tetap keputusan proceedlah dengan satu yg dipilih dan tidak boleh hati berbolak-balik.

Jika tiada jalan berdoalah pada Allah swt semoga Allah temukan jodoh yg sesuai. Beri peluang kepada semua org.

Satu lagi, segala pujian yang MS terima di masa ini atau di masa akan datang, harap tidak membuat MS berubah. Pujian juga adalah satu dugaan.

Diharap MS org yg sederhana dan humble dan tidak goyah iman dek puji-pujian.

anggun said...

Salam..

Buat MS, jgn dirungsingkan dgn permasaalahan itu. Home sweet home akan menjelma spt yg MS dambakan,tp percayalah dgn dekatkan diri padaNya hati akan tenang. Sy doakan moga NUR1 faham dengan keadaan MS yg sekarang ini begitu kesunyian. Betul kata sofiya, pilih mana yg "terkesan" di hati. Sayang juga 10 tahun kasih tidak kesampaian. Demi utk memenuhi kehendak hati, cuba beri peluang kpd NUR1 utk (tak tau peluang yg keberapa kalinya) hanya MS je yg tahu keadaan ini.

Sekiranya NUR1 lebih dihati dan ex-wife (demi Nana), saya doakan anda membuat keputusan yg betul.

Untuk NUR2 pula..sekiranya dia sebagai sandaran untuk MS menempuh kehidupan dlm setahun ini,anggap lah dia sebagai "asbab" saja. Agar MS terus bersemangat dan dpt menyiapkan buku BKA2&3 itu. Dan saya yakin NUR2 faham situasi ini dan dia pun mmg seorg yg matang dlm menempuh gelombang kehidupan ini. Dia juga kena sedar akan ketentuan qada' dan qadar..

Sofiya said...

Fokus yg sofi maksudkan itu adalah samada dari segi pekerjaan, perjuangan atau apa sahaja yg MS nak buat dan ingin mencapainya selama hidup di dunia yang sementara ini.

Setiap kerja yg kita buat adalah ibadah, samada kerja makan gaji atau sendiri asalkan niat itu ikhlas kerana allah taala untuk menampung diri sendiri, keluarga, atau kerja-kerja utk kebaikan umat islam seluruhnya; sepertimana yang disyariatkan oleh ugama kita, islam.

Semua ini agar kita menempuh kehidupan yang berkat dan bahagia, di dunia dan akhirat.

Pada Sofi, tak semestinya kita tak bahagia kalau tiada pasangan. Tanpa pasangan pun boleh juga merasa bahagia. Cuma bezanya, kita akan menjadi lebih bahagia jika berpasangan.

Takrif bahagia, kita sendiri yang mencorakkannya.

Radzi Sapiee said...

Wassalam dan terimakasih atas nasihat dan kata-kata semangat semua... Saya bukan apa, cuma manusia biasa... Kebetulan saya seorang penulis, maka dalam penulisanlah saya menyatakan rintihan hati yang duka lara.
Adapun apa yang perlu dibuat berkenaan arah hidup dan perjuangan telah lama saya tahu... Cuma sebagai seorang insan yang lemah, saya rasa semakin kurang tenaga untuk membawa perjuangan itu tanpa sokongan sebuah rumahtangga dan keluarga yang bahagia seperti yang saya selalu gambarkan dengan perkataan home sweet home.
Perkara ini pernah saya luahkan dalam siri buku BKA di mana saya menyebut memang keluarga dan kenalan ramai tetapi hati ini yang sering kesepian disebabkan tidak dapat betul2 berkongsi apa yang terbetik di fikiran. Jika saya nyatakan apa yang dimaksudkan tentang perjuangan saya secara hadapan, saya rasa kemungkinan besar ramai orang akan menuduh saya gila, yang kata saya berbangga diri dengan keturunan dan perasan pun ramai juga nanti...
Perasaan yang saya alamai seumur hidup boleh digambarkan begini... Sejak kecil lagi saya berfikir tentang hal-hal ketamadunan manusia dan pembinaan kerajaan bertamadun tinggi berdasarkan ilmu dan taqwa sedangkan mereka yang sama umur sedang berjenaka bergelak ketawa dan sebagainya... Di masa dewasa, saya masih lagi berfikiran begini di kala ramai orang di sekeliling sibuk mencari harta dan duit lebih... Kalau saya ceritakan apa yang benar-benar terbuku dalam hati, banyak akan kata saya mengada-ngada dan perasan kerana memikirkan hal ini semua. Cuba kalau saya dilahirkan di istana lalu bercerita benda yang sama... Kemungkinan besar akan lain bunyinya kata-kata orang... Kemungkinan besar orang cuma akan kata, biasalah dia berfikir benda yang tinggi-tinggi... Anak raja, memang fikir pasal tamadun dan negara.
Nah... Itulah kiranya apa yang saya rasa seumur hidup. Pagi tadi bila saya fikir lagi tentang ini, timbul rasa untuk membuat posting tentang kanak-kanak genius... Nantilah ya... Saya rasa perlu membuat satu lagi luahan sebelum dapat menyambung cerita pengembaraan.
Tentang pasangan pula, fikirkan tentang Nabi Adam yang duduk di syurga di kelilingi nikmat segala macam... Last2 baginda merindukan seorang pasangan juga lalu dijadikan Hawa... Inikan memang fitrah manusia?
Ya... Walaupun Tuhan seharusnya mengisi kesepian itu, sebagai fitrah manusia yang hidup di mukabumi, memang kita perlukan pasangan yang dapat melengkapi hidup sebagai manusia. Maka itu para Nabi pun memerlukan isteri... Nabi Muhammad pun perlukan Siti Khadijah, seterusnya Aishah dan isteri-isteri baginda yang lain sedangkan baginda adalah makhluk yang paling rapat dengan Sang Pencipta, diakui sebagai kekasih Allah lagi...
Adakah rintihan memerlukan pasangan hidup itu bermakna seseorang itu kesepian kerana tidak mengenal Allah? Tentu tidak jika anda faham akan fitrah manusia itu sendiri...
Sekali lagi, terimakasih atas kata nasihat dan sokongan semua. Selamats! :]

Sofiya said...

Sofi pun ada fikir tentang hal ketemadunan, tapi sofi lebih kepada tamadun yg membawa kepada mengenali Allah swt, faham memahami dan tau maksud mengapa manusia itu dilahirkan dan apa fungsinya.

Sofi membayangkan islam yg kuat dan hidup dengan harmoni.

Tapi itu hanya hasrat angan2 dan cita2 besar sofi yang dikala ini tidaklah dapat sofi laksanakannya.

Cuma tumpang gembira bila dikabarkan akhir zaman akan ada yg mempelopori dan berusaha ke arah itu.

Bagi sofi ia hasrat ramai orang.

84 said...

Assalamualaikum....
Abg MR, ni komen pertama saya. berkenaan masalah abg ni, cuba nilai pulak dengan masalah saya ni. camni, sy sebelum ni pernah sekali dalam hidup menyatakan kerelaan hati menjadi kekasih pada seseorang, dari situ hubungan semakin intim, impian semakin menggunung, harapan menjulang tinggi, angan-angan sampai ke awan, sampaikan masing sudah 'tidak mengenali' manusia lain untuk menjadi teman. Dialah yg pertama yang terakhir tekadnya. Masa tu, walau hanya kami berdua sahaja, rasanya sempurna sudah hidup kami, tiada orang lain pun tak apa. Indahnya hidup masa tu kan?:p
Tapi abg nak tau apa yang berlaku?
Baru-baru ni saya mendapat perkhabaran yang berkemungkinan besar hubungan itu perlu dilupakan.
Soal apa yang sya rasa, biarlah saya rasa sendiri, tapi yang sedikit menghairankan saya, selepas menerima perkhabaran itu, saya merasa seperti semakin mendapat perhatian pula, sekalipun sememangnya saya tidak punya ramai kawan.. Perhatian yang sy maksudkan tu adalah perhatian ALLAH bang, tu yg saya rasa.... Boleh bandingkan cerita kita? siapa lagi kesunyian sebenarnya? Anyway, sy banyak nak tanya Q kat abg tentang asal-usul dan mengenal erti diri ni, ada kesempatan nanti insya-ALLAH bersua kita...ALLAH nak bagi yang terbaik utk kita mungkin... :)
Wassalam.....

Radzi Sapiee said...

Wassalam...
Hmm... Faham keadaan adik tu tapi kesepian yang abg maksudkan untuk diri abang bukan sekadar soal pasangan tetapi soal membawa satu perjuangan besar ke hadapan... Pasangan yang diperlukan adalah orang yang dapat memahami perjuangan ini, sekurang-kurangnya dapat menjadi tempat abg mengadu keadaan bila beban perjuangan terasa sangat berat... Jadi sudah tentunya tidak boleh sekadar wanita sembarangan yang selalunya lebih memikirkan soal mengumpul harta, emas dan sebagainya untuk keselesaan diri sendiri...
Dalam soal cinta, sudah perkara biasa... Lumrah orang berpasangan bila bercinta seolah-olah tidak lagi menjejak dunia... Tu yang bila tak jadi terasa begitu kecewa... Tetapi kecewa itu untuk diri sendiri sahaja sepertimana apabila seorang menghadapi masalah kewangan yang setakat melibatkan diri sendiri dan keluarga terdekat, ia adalah lumrah yang berlaku kepada umum...
Bagaimana pula jika keadaan dan amanah dalam diri memerlukan anda supaya menjaga kemaslahatan 1,000 orang keluarga? Lalu untuk terus dapat memenuhi amanah itu, anda perlu sekurang-kurangnya seorang wanita yang memahami bahawa anda perlu menjaga kemaslahatan umum, bukan setakat diri sendiri... Itu persoalannya, bagaimana?

p/s: Bab ingin berbincang dengan mencari diri dan erti tu terus sahaja nyatakan di sini dik... Terus terang cakap, ramai sungguh orang ingin berjumpa abg one-on-one, masing2 ingin menyatakan sesuatu sedangkan abg juga ada hal-hal sendiri yang perlu dijaga... Harap faham itu...

Anonymous said...

Salam MS...

MS mencari seorg wanita yang ada semangat perjuangan, seorang serikandi yang tidak mementingkan dirinya sahaja tetapi lebih mementingkan kepentingan UMMAH dan masa depan UMMAH bagi mengembalikan kegemilangan ISLAM di nusantara ini.
Itulah yang agaknya MS dambakan.
Mencari pasangan yang peribadinya mencontohi seteguh hati Khadijah dan selembut Aisyah dan setaqwa Fatimah.
InsyaALLAH, carilah dia kerana dia masih belum muncul lagi untuk mu.