Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, July 27, 2008

Lagi melepaskan cerita mengenai nombor, dan kaitannya dengan motosikal besar saya...

Alhamdulillah, dapat juga saya membuat beberapa artikel untuk mengemaskinikan blogspot ini juga blogspot BERPETUALANG KE ACEH hari ini, dapat juga ditamatkan cerita-cerita mengenai perjalanan terbaru ke Pulau Besar dan meletakkan baki klip-klip video berkaitan di sini dan gambar-gambar statik atau still pictures di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Maka bolehlah dibuat cerita penutup untuk hari ini, lagi tentang nombor... Dan kaitannya dengan motosikal besar kesayangan saya... Sila! :]


Ini adalah gambar meter motosikal saya sekembali dari Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang lalu singgah ke Kepong di barat-laut pinggir bandaraya Kuala Lumpur kerana ada urusan...


Ini pula gambar meter diambil malam itu di hadapan menara berkembar KLCC. Sayangnya ia diambil di bawah cahaya lampu jalanan lalu kurang terang. Inilah gambar yang dapat diambil dengan menggunakan flash kamera...


Ini adalah gambar serupa tetapi diambil tanpa flash. Nampaknya saya masih tidak berjaya mendapatkan gambar yang terang, mungkin kerana belum cukup arif mencari setting yang sesuai dalam kamera baru saya yang sebenarnya agak canggih! Apapun, ingin dinyatakan bahawa ketika ini, meter atas yang mengandungi jumlah jarak perjalanan sepanjang memiliki motosikal ini bermula tahun 1997, tidak berjalan kerana rosak hujung tahun 2003 hingga dapat dibaiki lalu ditunggang balik bermula 2 minggu lepas menunjukkan angka 63,313.1 ... Sementara meter bawah yang sepatutnya boleh dipulas sesuka hati untuk bermula pada mana-mana nombor yang kita suka tetapi tidak lagi kerana dial nya sudah tercabut dan hilang menunjukkan nombor 55.5 ! Sebab itu saya tergerak untuk cuba mengambil gambarnya untuk tatapan semua!

Hmm... Tiba-tiba terfikir, nombor 63,313.1 itu juga mungkin ada kaitan dengan nombor 103,301 yang muncul pada blogspot ini sekitar jam 4.30 petang. Lihat artikel Nombor 131 dan segala "adik-beradiknya"... yang dibuat tadi. Dalam pada itu, terfikir juga nombor 55.5 di bawah itu ada kena mengena pula dengan artikel Bertandang ke Pulau Besar. Membuka rahsia di hadapan makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail? yang dibuat kemudian... Kerana di situ ada disebut bahawa klip video tentang Sheikh Ismail itu adalah klip ke 55 dalam koleksi penggambaran yang dibuat ketika itu... Dan nombor 55 ini ada kaitan dengan dua gadis kesayangan saya Nur satu dan Nur dua! Untuk makluman, meter bawah motosikal itu mula jadi kosong balik di Janda Baik. Cerita berkaitan ada disebut dalam artikel Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya...

Hmm... Mungkin juga pembaca perlu melihat artikel Enough of Pulau Besar. Time to head back to the mainland and a stop at the Kampung Hulu mosque... To ponder the mystery of Sheikh Abdullah there! yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi. Asalnya artikel itu mahu dibuat sebagai penutup cerita perjalanan terbaru ke Pulau Besar tetapi entah kenapa, boleh terkeluar sama cerita Sheikh Abdullah yang mengIslamkan Raja Kedah lebih 800 tahun lalu terkait pula dengan cerita Pulau Besar!

OK... Sekarang sudah dilepaskan segala ini, baru boleh saya beritahu sebab sebenar saya membuat artikel ini. Sebenarnya saya mahu membuat sedikit pembetulan daripada artikel Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya.... Dalam artikel yang dibuat pagi Rabu di Janda Baik itu, ada disebut:-

Apapun, siapa sangka sebaik sahaja saya meletakkan motosikal di perkarangan surau Janda Baik untuk masuk tidur Selasa malam Rabu, ketika itu juga meter menunjukkan nombor 999! Nombor 999 dengan 0 pada bahagian putih pula itu... Tepat 999km. Lagipun saya kan memang gila nombor? Bukan nombor ekor ya... Terus hati saya terdetik mengatakan bahawa ia melambangkan akan tamatnya satu fasa besar dalam kehidupan saya!

Sebenarnya yang tepat ialah 999 batu, bukannya 999km. Banyak beza tu... Satu batu bersamaan 1.6km... 999 batu bersamaan lebih kurang 1,600km, banyak sangat beza tu! Memang pun meter kelajuan motosikal saya tertera dalam unit mph atau batu sejam, cuma nombor kecilnya sahaja menunjukkan kmh atau km per jam. Sebab itu selama 2 minggu ini saya menganggap meter jaraknya juga dalam km... Semasa dalam perjalanan kembali dari Janda Baik ke Kuala Lumpur, baru saya dapat menyemak kembali jarak yang berputar di meter motosikal berbanding dengan jarak yang tertera pada papan-papan tanda setiap 100 meter di lebuh raya lalu baru mendapati memang meter motosikal saya menggunakan unit batu, bukannya km!

Alhamdulillah, ini dapat menyelesaikan satu dilemma yang mengganggu fikiran saya seminggu dua ini. Ini kerana dahulu saya ingat, motosikal saya dapat berjalan lebih 120km dengan tong minyak penuh (tidak bercampur tong minyak reserve ya) tetapi baru-baru ini pula, saya telah tersilap perkiraan sehingga terpaksa menolak motosikal akibat kehabisan minyak di tengah lebuh raya!

Pada perkiraan saya ketika itu, saya baru berjalan sekitar 86km. Kenapa pula minyak boleh habis? Oh.. Untuk pengetahuan, motosikal besar saya tiada meter minyak. Maka pandai-pandailah kita menganggak. Lalu apabila 'mendapati' motosikal kehabisan minyak setelah berjalan cuma 86km (sebenarnya ada lagi sedikit minyak dalam tong reserve tetapi tidak dapat digunakan kerana ada kerosakan switch agaknya), saya jadi risau... Apakah motosikal ini ada masalah dalaman yang menyebabkan ia makan lebih banyak minyak? Dah lah minyak sekarang makin mahal dan dalam keadaan biasa pun memang motosikal saya ini makan banyak minyak!

Alhamdulillah, perjalanan kembali dari Janda Baik itu menunjukkan motosikal ini tidaklah bermasalah begitu. Telah terbukti meternya sebenarnya adalah dalam batu, bukannya km... Maka jarak kehabisan minyak "86 km" itu sebenarnya adalah 86 batu bersamaan hampir 140km! Kira OK le, puas hati saya... Dan kini saya tahu bahawa motosikal itu telah melalui jarak lebih 100,000 km, bukan setakat 63,000 lebih seperti yang tercatat pada meter kerana ia sebenarnya 63,000 lebih batu bukannya km.

Itu yang membuat saya mahu membuat satu posting semata-mata untuk menyatakan ini. Apabila membuka blogspot hari ini, keluar pula nombor 103,301 seperti yang tersebut dalam posting Nombor 131 dan segala "adik-beradiknya"... , posting pembuka sesi cerita hari ini. Akibatnya saya terasa mahu menamatkan terus cerita-cerita tentang perjalanan terbaru ke Pulau Besar hari ini juga! Lalu saya telah membuat 7 artikel termasuk artikel ini, 2 darinya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

Oh... Untuk makluman, posting-posting di blogspot ini hari ini dimulakan dengan 1 posting tentang nombor, 3 tentang Pulau Besar dan 1 balik pada nombor... Ada 131 lagi, nampak? Sekian, selamat malam! :]

3 comments:

Mohd said...

Assalamualaikum saudara,
Tahniah kerana dapat menghabiskan pengembaraan buat masa ini, semoga terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran insyaallah.
Selain blog ini, saya juga pengunjung setia satu lagi blog yg hampir2 sama konsepnya berkenaan sejarah negeri kedah DA.
Banyak kajian yg dibuat oleh penulis blog berkenaan (mendakwa beliau adalah Cucu kepada Tuanku Nai Long Yasin, yg merupakan cucu kepada Tuanku Nai Long Mahmud, yg merupakan anak Tuanku Nai Long Yassin, iaitu anakanda kepada Tuanku Nai Long Jaafar ibni Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang berkhidmat dengan negeri Perak semasa Perak dibawah jajahan Negara Siam Islam Kedah.

Banyak perincian yg dibuat berdasarkan wasiat2 tertentu dan rujukan kepada sumber2 yang mungkin sahih. namun apa yg nak dicadangkan disini, kalau saudara radzi dapat meluangkan masa melawat laman blog beliau. Semoga saudara dapat berkenalan dengan lebih dekat seterusnya dapat bertukar2 fikiran dengan beliau dalam pencarian masing-masing...
Sila lah lawati http://sejarahnagarakedah.blogspot.com

Mohd said...

MS
Seperti yg saya katakan dlm comment diatas, agak bnyk posting dari pengkaji dari kedah ini yg sedikit bercanggah dari fakta yg MS bawa, untuk cuba merungkaikan kekeliruan yg terpendam dihati ini semenjak sekian lama, saya tempelkan artikel dari sejarahnagarakedah.blogspot.com untuk mendapatkan sedikit komen dari MS.


Thursday, August 16, 2007
BUAT WARIS NGAH IBRAHIM BIN NGAH LAMAD DAN RAJA NGAH IBRAHIM IBNI SULTAN JAAFAR MADAZAM SYAH KEDAH

BAHAGIAN I

Oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad

Kami, keluarga di Kedah menyambut dengan rasa gembira dan penuh terharu lapuran akhbar bahawa 500 orang waris Ngah Ibrahim telah berkumpul baru-baru ini. Perjumpaan yang besar sebegitu tidak mungkin dapat diatur dengan begitu mudah. Namun dalam keharuan ini kami juga merasa keliru kerana Ngah Ibrahim telah di binkan kepada Long Jaafar. Sepatutnya Raja Ngah Ibrahim (bukan Ngah Ibrahim) di binkan Long Jaafar yang kemudiannya bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah apabila menaikki takhta kerajaan sebagai Maharaja Kedah. Bagi keluarga di Kedah, Ngah Ibrahim dan Raja Ngah Ibrahim adalah dua individu yang berbeza,anak saudara dan bapa saudara.

Izinkankan kami memberi penjelasan kerana kami keluarga di Kedah sedikit sebanyak mengetahui bagaimana kekusutan ini boleh berlaku. Semua ini menjadi celaru kerana sejarah negeri Perak telah dijadikan sebuah negeri terlalu awal dari sepatutnya. Ia sebenarnya di perentah oleh raja-raja daerah yang bernaung dibawah Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Sehingga kini jika kita lihat, penduduk di Taiping, Bukit Merah dll masih bertutur bahasa melayu dalam loghat Kedah. Penjajah inggeris pula telah menjalankan banyak usaha-usaha bagi menutup bukti sejarah nagara kita. Untuk menghurai kekusutan ini perlulah kita lihat scenario sejarah yang jauh lebih awal.

1. Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia dibunuh oleh tentera Thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821. Baginda adalah Maharaja Benua Islam Siam yang terakhir yang memerentah dari Dinasti Ayuthia dalam tahun 1767. Khalifah Sharif mempunyai lima orang putera iaitu,

1) Koya Long, bergelar Sultan Mudzafar Syah III
2) Koya Ngah bergelar Megat Terawis (dibunuh thai dalam tahun musuh bisik 1821)
3) Koya Shuib bergelar Megat Shuib (dibunuh thai, 1821)
4) Koya Nai Chau Abu bergelar Megat Manja (dibunuh thai, 1821)
5) Koya Fai bergelar Megat Iskandar, Putera Kapas (dibunuh thai, 1821).

2. Anakanda baginda Sultan Mudzaffar Syah III ibni Sharif yang di Pertuan Yang maha Mulia adalah Raja Kuala Kangsar dan sejarah Perak hari ini mengatakan bahawa baginda adalah Sultan Perak (belum lagi negeri, mana mungkin). Baginda juga adalah Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Benua Siam Islam Kedah. Baginda di gelar Koya Long (Putera Sulong) dan pernah menjadi Raja di Kemboja Cempaka Sari bergelar Po Chan dan Raja kemboja. Baginda mangkat dalam tahun 1824. Permaisuri bagindalah yang bergelar Puteri Seri Andalas. Jangan terkejut dengan nama Koya kerana di Georgetown, Pulau Pinang ada masjid yang dinamakan Masjid Koya.

Kami telah menulis salasilah ini jauh lebih awal.Sila rujuk disini untuk salasilah terperinchi,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/sultan-mudzaffar-syah-iii-perak.html

3. Anakanda baginda bernama Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzaffar Syah III pernah menjadi Raja Singgora (Songkhala) dan mempertahankan Perak dari serangan tentera Thai yang turun dari negeri Siam dengan bantuan Raja daerah, bukannya Sultan Kedah. Baginda menjadi Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah berikutan kemangkatan ayahanda baginda dan memerentah dari tahun 1824-1862. Baginda pula melantik anakanda baginda bernama Long Jaafar (dikatakan menjadi Menteri di Larut) menjadi Raja Larut merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Benua Siam Islam. Di Kedah, baginda di kenali sebagai Nai Long Jaafar atau Syed Long Jaafar, sementara perempuan bergelar Sharifah.

4. Berikutan kemangkatan ayahanda baginda dalam tahun 1862, Long Jaafar menggantikan tempat ayahanda baginda bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah dan ditabal di Berahman Indera (kini Balai Besar) di Alor Setar.

Dua orang putera Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang ini ialah,
1. Nai Long Jaafar @ Syed Long Jaafar
2. Nai Long Abu Toha @ Syed Long Abu Toha.

Bukti bertulis terdapat dalam buku Cempakasari muka surat 140 tetapi agak terbalik pengisiannya seperti berikut,

“Keturunan megat menguasai jawatan orang besar empat, diantara nama penyandang gelaran bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar, Megat Pendia, Megat Abu Kasim, Megat Said dan Megat Lamba Makan. Apabila berlaku krisis istana, Sultan Mudzafar syah III (1728-1756) meninggalkan Berahman Indra (nama lama untuk Balai Besar di Alor Setar, tempat pertabalan raja-raja) dan bersemayam di Kuala Kangsar, disinilah baginda melatih Megat Pintal Pandia sebagai orqng kaya besar dan Megat Muktabar sebagai Temenggong.

Manakala Raja Alang, putera raja dari Kedah (Syed Alang Alauddin lah ni) menjadi Bendahara. Setelah tamat krisis politik Perak itu, Megat Pendia Pintal dilantik memegang jawatan warisan dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Setelah kematian Bendahara Megat Pendia, Sultan Muzaffar Syah telah melantik Sharif Abu Bakar sebagai Bendahara. Kenyataan Winstedt ini bertentangan denagn catatan dalam riwayat negeri Perak 1952”.

Kesilapan yang jelas bagi kami, Sharif Abu Bakar bukannya Bendahara. Namun begitu, nama-nama yang telah disebut dalam artikel di blog ini berbulan-bulan yang lepas sememangnya ada walaupun buku ini baru saja kami jumpa dan baca. Winstedt ada membuat kajian tetapi tak lengkap, mungkin sebab dia menemuduga orang yang salah pada ketika itu. Sekiranya semasa tu dia jumpa orang yang betul, sejarah pasti menjadi betul. Akan tetapi selepas dia balik kena bunuhlah orang yang bagi maklumat betul itu. Riwayat negeri Perak pula ditulis tahun 1952 (sebelum merdeka) dan pasti ada kepentingan seperti Al Tarikh Salasilah negeri Kedah juga yang mengatakan Maharaja Debar Raja memelok Islam tahun 1179 masihi !!

Baginda Sultan Jaafar Madazam Syah, apabila naik takhta kemudiannya membuat perlantikkan berikut,

1. Melantik adindanya Nai Long Abu Toha menjadi Raja Selama Perak. Nai Long Abu Toha membawa kepada Salasilah PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Seri sememangnya sedia maklum dengan salasilah ini.Sila baca disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/salsilah-pak-lah-badawi.html

2. Melantik adik iparnya Ngah Ibrahim bin Ngah Mad @ Lamad bin Koya Ngah Megat Terawis ibni Sharif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia menjadi Raja Larut menggantikan tempat baginda. Koya Ngah bermaksud Putera tengah.

Perkara yang menjadi kemusykilan kami ialah,

1.Ngah Ibrahim telah di binkan Long Jaafar. Sekiranya Ngah Ibrahim yang dimaksudkan itu adalah orang yang dibuang ke Pulau Seychelles, ini agak pelik kerana ayahnya bernama Ngah Mad @ Lamad ialah Datuk Paduka Setia berasal dari Kedah. Dalam rekod keluarga kami di Kedah, anakanda sebenar Long Jaafar ialah Raja Ngah Ibrahim bukan Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim dan Ngah Sapura ini (dua beradik) adalah cicit Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Maharaja Benua Islam Siam Kedah melaui anaknya Megat Terawis @ Koya Ngah.

Kota Ngah Ibrahim dibina oleh Long Jaafar dalam tahun 1856 sewaktu baginda Long Jaafar menjadi Raja Larut. Ia kemudiannya diduduki pula oleh Ngah Ibrahim apabila menggantikan Long Jaafar dalam tahun 1862. Ganti bukan sebarang ganti kerana ia melibatkan upacara pertabalan rasmi di Berahman Indera, nama lama bagi Balai besar di Alor Setar hari ini. Turut di tabal ialah Nai Long Abu Toha adinda Long Jaafar, sebagai Raja Selama, Perak yang membawa kepada salasilah YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bukti bertulis terdapat dalam buku Cempakasari ms 48, dari Winstedt, “A History of Perak”, seperti berikut,

“Bagaimanapun dalam tahun 1862, Sultan Jaafar memberi jawatan Menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim, iaitu anak pembesar gelar Paduka Setia, orang besar enam belas”.

Kefahaman kami,

Pertama : jawatan itu bukan sebagai Menteri tetapi sebagai Raja Larut.
Kedua : Ngah Ibrahim, iaitu anak pembesar gelar Paduka Setia, bukan anaknya Cik long Jaafar. Long Jaafar dan Sultan Jaafar Madazam Syah adalah orang yang sama !.
Ketiga : Datuk Paduka Setia adalah Ngah Lamad cucu Sharif Yang Di Pertuan.

2.Siapakah yang dimakamkan sebagai Cik Long Jaafar di Taiping itu? Ini kami tiada jawapan. Sekiranya kami tidak tahu kami cakap kami tidak tahu. Mungkin satu cover up. Akan tetapi ada kisah disebalik itu yang baru saja kami ketahui, tetapi tidak cukup bukti untuk kami tulis disini.

3. Kami pasti, sekiranya yang menjadi Raja (atau Menteri) di Larut penama tersebut ialah Ngah Ibrahim bin Ngah Mad @ Lamad, bapa saudara kepada Raja Ngah Ibrahim ibni Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah. Tidak mungkin Raja Ngah Ibrahim menjadi Menteri atau raja kerana beliau hanya berusia 5++ tahun sewaktu Sultan Jaafar Madazam Syah (sebelum itu Long Jaafar) dibunuh tentera thai di Gurun Kedah dalam tahun 1876 sementara abangnya Raja Sulaiman berusia sekitar 7++tahun.

Radzi Sapiee said...

Terimakasih. Saya dah lama baca blogspot itu malah buku Undang-undang Kedah pun saya ada dan dah kaji isinya. Cukuplah kalau saya kata saya tak bersetuju dengan dakwaan pihak-pihak yang ada hati mahu menuntut takhta Kedah malam mendakwa seluruh bumi Timur ini milik mereka. Sekian!