Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, July 24, 2008

Motosikal besar saya dan nombor 999! Semoga timbul era baru dalam hidup saya...

Assalamualaikum semua! Salam sayang dari kawasan kampung Janda Baik, Bentong, Pahang... Kini selepas jam 1.30 pagi, selepas berjaya menyiapkan beberapa buah artikel baru di blogspot ini juga blogspot BERPETUALANG KE ACEH, barulah saya rasa dapat membuat artikel penutup malam ini, artikel ke 373 di blogspot ini, satu artikel tentang motosikal besar kesayangan saya yang idea dan gerak hati untuk menulisnya muncul petang tadi. Mari!


Ini adalah gambar motosikal besar kesayangan saya diambil siang Rabu di perkarangan surau di tepian Sungai Chemperoh tempat saya selalu bermalam 3 tahun kebelakangan... Apabila berehat di Janda Baik yang terletak di kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa, pada aras sekitar 1,400 kaki dari paras laut. Motosikal ini sudah sedikit kotor kerana saya terpaksa meredah hujan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke situ petang Selasa 2 hari lepas...


Adapun pada tengah malam Selasa masuk ke hari Rabu sekitar 25 jam lalu (25 jam sebelum menulis ayat ini ya...), selepas kembali dari makan-minum di sebuah kedai makan di simpang tiga kampung Janda Baik lalu mahu masuk ke surau untuk tidur, baru saya perasan meter di motosikal menunjukkan angka ini... 999. Untuk makluman, motosikal saya telah berumur 11 tahun dan sudah 5 tahun terbengkalai. Hinggalah ia berjaya dipulihkan lebih seminggu lalu sebelum saya ambil daripada bengkel Selasa minggu lepas. Lihat pada gambar... Bahagian yang sepatutnya berwarna putih telah menjadi kelabu atau coklat gitu! Begitulah keadaan dalaman bahagian meter yang sudah lama.

Seperti yang ramai tahu, meter di bawah yang menunjukkan nombor 999 itu pula sepatutnya boleh diubah-ubah. Tetapi disebabkan dial nya telah hilang entah sejak bila, saya pun lupa, maka saya terpaksa membiarkan ia bergerak sendiri menurut pusingan roda tanpa boleh diatur lagi. Kalau tak, boleh juga saya mengubahnya jadi kosong sebelum memulakan suatu perjalanan lalu dapatlah dilihat betapa jauh kita sudah berjalan. Sebaliknya saya harus mencongak sendiri dengan kepala akan jarak sesuatu perjalanan berdasarkan nombor pada meter selepas selesai perjalanan ditolak nombor sebelum bermula perjalanan. Untuk menunggu meter itu jadi kosong pula harus berjalan dan biar ia berpusing sampai habis iaitu memakan 1,000km perjalanan! Maka itu takkan nak tunggu ia kosong baru nak buat kira-kira?

Seingat saya, meter itu menunjukkan nombor sekitar 752 atau 752km begitu semasa ia mula terbengkalai 5 tahun lalu. Sejak ia dihidupkan kembali seminggu lalu untuk dibawa berjalan-jalan saya cuma memerhatikan ia sekali-sekala sahaja untuk membuat anggaran penggunaan minyak berdasarkan harga petrol baru lebih-lebih lagi kerana sudah lama tidak menunggang motosikal kesayangan saya ini yang memang kuat makan minyak! Kalau difikirkan tak tahan woo... Tapi kena le tahan kalau dah suka menunggang motosikal besar.

Apapun, siapa sangka sebaik sahaja saya meletakkan motosikal di perkarangan surau Janda Baik untuk masuk tidur Selasa malam Rabu, ketika itu juga meter menunjukkan nombor 999! Nombor 999 dengan 0 pada bahagian putih pula itu... Tepat 999km. Lagipun saya kan memang gila nombor? Bukan nombor ekor ya... Terus hati saya terdetik mengatakan bahawa ia melambangkan akan tamatnya satu fasa besar dalam kehidupan saya!

Keesokannya iaitu pagi hari Raub timbul rasa tertanya-tanya, apakah maknanya jika meter ini kosong kembali? Apakah ia tanda permulaan hidup baru? Mungkin orang lain pelik melihat saya selalu tertanya-tanya begini tetapi cuba letakkan diri anda di dalam kasut saya (kira tafsir Melayu le bagi pepatah Inggeris to walk in one's shoe gitu...) Cuba bayangkan diri anda sudah 7 tahun tiada pekerjaan dan pendapatan tetap, hilang rumahtangga, hilang anak bini, diri pula selalu sakit-sakit kerana gangguan tertentu, nak mengatur kehidupan dan mencari rezeki cara biasa seperti orang lain pun jadi susah, tiap-tiap hari perlu mengumpul kekuatan untuk melawan segala gangguan yang melemahkan, apalagi sudah lebih 26 tahun hilang rasa hilang kampung halaman atau home sweet home... Belum ada lagi tempat yang dapat betul-betul memberikan rasa istirehat.

Bayangkan anda sangat mendambakan semua ini tapi belum lagi dapat. Mungkin anda juga tertanya-tanya bilakah akan muncul hari-hari yang betul-betul bahagia? Mungkin anda juga akan tercari-cari tanda-tanda yang mungkin mengisyaratkan kedatangan kebahagian itu nanti? Apakah salah untuk saya mengharap? Sekali lagi, cuba bayangkan anda di tempat saya secara nyata. Ingat, perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata, bukan setakat membaca pengalaman hidup orang tanpa cuba menjiwai segala yang dilalui hingga cukup senang kita menghukum dan mengkritik orang!

Saya tahu di luar sana ada orang yang akan ketawa mendengar kenyataan ini. Mereka menyangkakan diri mereka telah begitu maju dalam alam kerohanian... Mereka merasakan diri telah 'sampai' ke hadirat Ilahi lalu telah mengenal makna sebenar kehidupan. Maka mereka cukup senang mahu meremehkan rintihan seorang insan seperti saya kerana merasakan apa perlu merintih jika sudah kenal Tuhan? Pelik kadang-kala saya melihat orang-orang sebegini...

Mereka juga selalu terasa tidak perlu bersolat, bila bercakap selalu meremehkan Syariat kerana kononnya telah betul-betul mengenal Hakikat. Mahu bercakap tentang Tawasuf tetapi selalu pula mengutuk orang... Tasawuf jenis apa ini? Sedangkan ilmu Tasawuf itu apabila diamalkan boleh melembutkan hati. Dan tanda orang lembut hati ialah mudah tersentuh dengan keadaan... Bukan kerana lemah ya tetapi kerana perasaan halus yang mendalam.

Hmm... Cuba cerita semua ini pada puak-puak yang 'tinggi' kerohanian. Tentu mereka akan ketawa kerana merasakan mereka lebih tahu akan keadaan. Tetapi cerita punya cerita, rupa-rupanya mereka ini masih mendambakan harta dunia, sibuk mahu menarik duit atau mencari harta karun tersembunyi! Puasa pun tak tahan lama... Kenal Tuhan konon? Macam puak-puak yang suka membuat kacau di blogspot orang, mahu menuduh orang lain mahu menonjolkan diri, menunjuk pandai dan sebagainya... Sedangkan dia tidak sedar dirinya itu yang sentiasa mahu mencari perhatian dengan membuat kacau di tempat orang!

Apapun, itu semua cuma luahan perasaan. Yang penting bagi diri saya, apakah nombor 999 itu boleh dijadikan penanda aras sesuatu selain jumlah kilometer yang dilalui motosikal? Lalu apabila saya membawa motosikal itu untuk keluar menuju ke satu hala, itulah persoalan utama yang bermain di kepala. Di manakah motosikal itu akan "mencapai tahap kosong" nanti kemudian bermula pula "era baru"? Kebetulan saya memang mahu ke kawasan Pulau Santap sekitar 2km daripada surai Kampung Chemperoh. Tetapi mahu singgah dahulu di sebuah warung untuk makan pulut sambal hijau kampung kegemaran saya... Terpaksa pula berhenti lama kerana hujan dan di situlah saya mengambil gambar di atas...


Setelah hujan surut, saya pun menyambung perjalanan ke Pulau Santap. Perjalanan itu akan melalui tepian rumah seorang kawan di mana motosikal saya telah diletakkan selama kira-kira 3 tahun sebelum ia diangkut ke Rawang untuk betul-betul dibaik-pulih. Lihat artikel Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? Sebelum itu, motosikal ini telah 'berehat' 2 tahun di rumah ayah angkat saya, penulis buku politik Pak Habib @ S.H. Alattas. Maka itu saya berkira-kira apakah meter motosikal ini akan masuk nombor kosong di hadapan rumah kawan ini?

Seketika kemudian, meter menunjukann nombor 999 dan 9 pada bahagian putih bersamaan 999.9km. Ertinya ada lagi 100 meter sebelum ia kosong... Apakah di depan rumah kawan itu kerana ia tidak begitu jauh lagi di hadapan?


Nah... Akhirnya ia kosong juga! Tetapi bukan di hadapan rumah kawan tersebut yang terletak sedikit ke bawah selekoh ke kanan yang terbentang di hadapan dalam gambar ini, sekitar 200 meter lagi ke hadapan. Lalu saya cuba mencari makna tersirat di sebalik meter motosikal jadi kosong di kawasan ini... Apa ya? Apakah ada tanda-tanda tertentu? Apakah pili bomba berwarna kuning sedikit merah di hadapan membawa apa-apa makna?


Saya menoleh ke belakang... Ada batu tanda ini. Tapi rasanya saya tidak ingin ke Bentong dalam masa terdekat.


Apapun, motosikal besar kesayangan saya yang sudah 5 tahun terbengkalai tetapi kini dapat berjalan kembali sudah pun melepasi "tahap kosong". Sampai di Pulau Santap, saya meletakkan motosikal di hadapan bangunan perpustakaan desa yang terletak di hadapan satu-satunya bangunan sekolah yang wujud di Janda Baik. Kemudian saya berjalan kaki sekitar 300 meter ke sebuah resort yang merupakan resort paling mewah di sini. Saja je ambik angin... Kebetulan ada orang sedang buat shooting, kalau tak silap saya untuk drama televisyen. Ada juga le 1-2 muka artis perempuan terkenal.

Dalam perjalanan kembali ke motosikal, terlihat pula pemandangan petang Gunung Nuang, gunung tertinggi di Selangor yang saya rasa amat indah ini. Tergerak mahu mengambil gambar. Untuk pengetahuan, sedikit cerita pengalaman mendaki seorang diri gunung itu dari Janda Baik lalu sesat 19 jam sebelum dapat keluar melalui Hulu Langat telah saya abadikan dalam buku pertama siri "Berpetualang ke Aceh" iaitu "Mencari Diri dan Erti".

Saya pun tak pasti apakah saya pernah meletakkan sedutannya di blogspot ini! Rasanya memang ada tapi tak ingat kat mana. Apapun saya sudah menyelesaikan proses penulisan untuk malam ini menurut gerak hati yang muncul dalam tempoh terdekat. Untuk melihat gambar-gambar terbaru sekitar Janda Baik, sila baca artikel My latest trip to Janda Baik and the number 22222! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ya. Selamat malam! Alhamdulillah... Lega, selesai. :]

p/s: Artikel ini siap ditulis dan disemak hampir jam 3 pagi. Maka itu saya rasa elok juga dirakamkan ucapan terimakasih saya kepada Puan Ainon, pemilik syarikat penerbitan PTS yang sudi membenarkan saya 'melepek' di rumahnya menumpang wi-fi setiap kali bertandang ke Janda Baik. Terimakasih Puan dan suami puan, Prof...

4 comments:

10 said...

Salam Ya Salam bang,

Pili bomba kuning. Sah bro ni geng bomba baju Kuning dalam iklan Mamee Slurrpp tu.

hehehe... :D

Bentong. 38. 3+8=11.1+1=2. 2=?. Banyak kat masjid, surau, kedai dan kawx yg sewaktu dgnnya.

1+1=3 =1 pon boleh. Sinergi. Bapa + Mak = Anak. 3 orang tapi 1 keluarga.

hehehe...

Wassalam.

:D

Mahadher
http://www.muslimspace.com/epolain
PS: Panjang umur, murah rezeki pastikan ketemu lagi.

Man Bucit said...

may you the good lord shower you with more and more blessings ...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Tima kasih 10, tima kasih Man Bucit. Teringat ada orang hari tu cakap, mungkin gak nombor 38 kat batu tanda tu menunjukkan umur saya! Memang pun kalau ikut tahun Gregorian atau Mat Saleh, tahun ni umur saya masuk 38 iaitu pada bulan 11. Kalau ikut kalendar Hijriah pulak dan memang 38 tapi hujung bulan puasa ni masuk 39 plak.
Mula-mula saya tak kisah sangat. Petang tu baru terfikir... No 38 kat batu tu adalah di belakang, kiranya ditinggalkan setelah meter motor masuk kosong. Lalu terfikir gak, mungkin kehidupan baru tu bermula SELEPAS masuk umur 38? Mungkin gak...
Teringat awal tahun lalu kat Muar pegi singgah kat rumah satu pakcik ni. Dalam satu bilik dia ada simpan banyak gambo lukisan orang lama termasuk wali-wali. Sampai satu lukisan dia tunjuk dan suruh saya tengok gambo siapa ni... Saya kata tak tahu. Lepas tu dia bagi clue, ada kena-mengena rapat dengan Nabi.
Saya pula terperanjat sebab gambo tu macam muka saya cuma bezanya nampak lebih sihat dengan misai dan janggut tebal berjambang pakai serban. Kata pakcik tu itulah muka ....... ...... masa umur 38 tahun... Masyaallah! :]

Keatonkwhi said...

Wassalam. Tima kasih 10, tima kasih Man Bucit. Teringat ada orang hari tu cakap, mungkin gak nombor 38 kat batu tanda tu menunjukkan umur saya! Memang pun kalau ikut tahun Gregorian atau Mat Saleh, tahun ni umur saya masuk 38 iaitu pada bulan 11. Kalau ikut kalendar Hijriah pulak dan memang 38 tapi hujung bulan puasa ni masuk 39 plak. Mula-mula saya tak kisah sangat. Petang tu baru terfikir... No 38 kat batu tu adalah di belakang, kiranya ditinggalkan setelah meter motor masuk kosong. Lalu terfikir gak, mungkin kehidupan baru tu bermula SELEPAS masuk umur 38? Mungkin gak... Teringat awal tahun lalu kat Muar pegi singgah kat rumah satu pakcik ni. Dalam satu bilik dia ada simpan banyak gambo lukisan orang lama termasuk wali-wali. Sampai satu lukisan dia tunjuk dan suruh saya tengok gambo siapa ni... Saya kata tak tahu. Lepas tu dia bagi clue, ada kena-mengena rapat dengan Nabi. Saya pula terperanjat sebab gambo tu macam muka saya cuma bezanya nampak lebih sihat dengan misai dan janggut tebal berjambang pakai serban. Kata pakcik tu itulah muka ....... ...... masa umur 38 tahun... Masyaallah! :]