Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, May 11, 2008

Harapan baru untuk motosikal besar kesayanganku!

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan... Petang tadi motosikal besar saya yang sudah 4 tahun terbengkalai buruk di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang sudah selamat dibawa ke bengkel motosikal besar milik orang Melayu di Rawang. Wang RM2,000 yang pernah diberikan kepada rakan pomen sambilan di Janda Baik untuk mula memperbaiki motosikal itu beberapa bulan lalu tetapi telah digunakannya untuk tujuan lain juga telah dipulangkan sepenuhnya!

Walaupun kos membaiki motosikal yang dahulu dianggarkan sekitar RM3,000 berdasarkan gambar yang ditunjukkan pada tuan punya bengkel di Rawang 2 minggu lalu mungkin meningkat lebih RM5,000 apabila kerosakan sebenar motosikal dilihat lebih dekat, sekurang-kurangnya kebarangkalian untuk ia kembali pulih dan bergerak semula kini sangatlah tinggi. Usaha membaik-pulih mungkin memakan masa lebih satu setengah bulan tetapi ini jauh lebih baik daripada melihat ia terus terlantar di Janda Baik di mana banyak barangan motosikal termasuk skru dan aksesori sudah hilang dicuri pihak yang tidak bertangguingjawab.

Di sini ingin saya merakamkan ucapan terimakasih kepada rakan-rakan terutama Anggun, Syahir dan Dong yang menolong atau memberikan sumbangan tanpa dipinta. Kalau tidak, mungkin saya sudah putus asa untuk memperbaiki motosikal yang begitu berjasa ini, pernah membawa saya menyusuri hampir semua jalan utama di Semenanjung Malaysia, juga membawa pergi ke banyak makam-makam lama yang dapat menolong saya membuka sejarah Melayu Islam yang tersembunyi. Wassalam! :]



6 comments:

Anonymous said...

Wahh!!!
Banyak duit ko skarang RED!!!
Buku banyak laku la tu...

Sesaje menyakat...

Radzi Sapiee said...

Peh... Banyak apa? Kalau banyak, dah lama woo aku repair motosikal aku tu... Ni kena tunggu 2 tahun daripada start keluar first book baru aku berani hantar repair. Tu pun sangkut beberapa bulan tak jugak repair repair sebab percaya kat kawan yang dulu janji boleh settlekan, duit pun dah bagi awal-awal... Sekarang kos dah naik plak dengan barang banyak hilang, la ni baru le hantar kat bengkel yang betul2 boleh buat keje...
Apa nak buat? Dulu banyak orang nak beli moto tu aku tak bagi sebab sayang sangat... Sentimental value kuat woo! Boleh kata hampir semua jalan-jalan utama kat Semenanjung ni motor tu dah lalu. Aku harap lepas ni dapat le round lagi layan pusing-pusing cam dulu-dulu...
Hmm... Mungkin tak macam dulu le sebab aku dah makin tua. Orang pompuan aku pun bukan suka sangat aku selalu merayap...
Merayap tetap merayap tapi slow down le... Layaaaannn!!! :]

PerpatihTulus said...

pergh.. lepas ni boleh pusing satu dunia ni. heheheh..

Anonymous said...

By looking at the photos, not many things were stolen or disappeared.

For this 535, losing those silly chrome 'eggs' on the side of the fake fuel tank will bring you headaches, as they are tough to replace, i.e. susah mau cari brand new...

Otherwise, the bike looks ok.

Don't forget to fix the dented (fake) tank too...

Radzi Sapiee said...

Hmm... Thank God, as you said, it could be worse.
Anyway among the obvious things stolen were the left and right mirrors. Then there's the brakes and clutch handle which I'm told cost RM700+ for an original set.
On the last inspection, the screws for the... Ah I forgot the name, those things at the side, ah, I think for the carburator covers were also missing. But I didn't check if the carburators are still around as I don't want more headaches.
Believe me, it's a headache for everyone including the mechanics when the see the actual condition of the bike first-hand! You should see the engine oil spilling from the sides when we hoisted it up the lorry. And I know for sure the gaskets were leaking. That needs some major work opening up the engines and getting a new set.
The tyres are also both out after being in inaction for 4 years... The front is already out of thread, the back is actually only 3 months old when the bike broke down and went into inaction but everyone says it is no good now, that it is practically "dead" after such a long period being idle...
As for the dented tank, I'm surprised you noticed it. For I was looking for the dent when we got the bike to the the workshop but funny, I couldn't find it! It was ages ago when I punched the tank myself after losing my temper over something I've forgotten what its all about...

Anonymous said...

I know the tank is dented not by looking at the photo.

Yep, I know you punched it, with your right, ungloved fist, I think. You told me that a few years ago. It was something like being frustrated for not able to find what you were trying to locate and you stopped by the roadside and bamm...

Do you still have the leather jacket?

I used to have the same exact design and brand. Entah mana la aku letak...

Anyway, I'm glad you still have WFS7--2. I thought you've sold it.

I wish to see it rolling proudly on the roads again.

As for graves and headstones, I only like to check out the Jewish cemetary (I always feel I spelt it wrongly) in Penang...