Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 07, 2026

Kompilasi Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu

Salam. Bagi melengkapkan perkongsian tentang perjalanan ke Aceh biar dibuat kompilasi.


Perjalanan yang berlaku Jumaat hingga Isnin 28-31 Ogos 2026 ini adalah yang ke-10 ke Aceh buat saya dan ke-8 buat isteri. Namun isteri yang sebenarnya mengatur perkara. Saya cuma lebih pada membawa diri, pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk dikongsi. Ini berlaku apabila isteri mahu mengambil kesempatan atas saranan seorang rakan aktivis dari Aceh agar dibuat rombongan menjejak sejarah dan tempat-tempat berkaitan secara berbayar atas nama samaran saya Merah Silu. Rakan yang juga mengendalikan pakej pelancongan ke Aceh akan mengatur segala yang perlu.

Namun saya sendiri sebenarnya keberatan walaupun rakan sudah meminta sejak bertahun lalu. Beliau memberitahu, nama dan reputasi saya sudah cukup kuat untuk menarik peserta. Saya keberatan kerana satu, tidak merasakan reputasi cukup kuat untuk mendapatkan penyertaan berbayar. Rasanya yang mengikuti penulisan-penulisan saya selama ini cuma golongan tertentu sahaja. Sejumlah sanggup membeli buku-buku saya, alhamdulillah. Dapatlah memberi pendapatan tak seberapa untuk membantu menampung keluarga. Tetapi lebih ramai adalah mereka yang mendapat manfaat terutama daripada CATATAN SI MERAH SILU secara percuma. 

Sejak tahun 2006, ketika kebanyakan pengkaji muda yang telah mencipta nama sekarang masih berhingus lagi, saya telah menulis berdasarkan kajian lapangan sebenar dicampur gerak hati kerohanian menggunakan pengalaman pernah menjadi wartawan akhbar perdana berbahasa Inggeris The New Straits Times 1997-2001 dipandu kekuatan logik akal sebagai graduan matematik daripada University College of London, antara universiti tersohor dunia. Kini sudah lebih 2,871 artikel terdapat dalam CATATAN selain 2,866 di blogspot  dwibahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 2,815 di blogspot berbahasa Inggeris di BERPETUALANG KE ACEH yang menyokongnya. Lebih 100,000 keping gambar yang diambil sendiri telah dikongsikan, semuanya secara percuma. Sehingga AI mengatakan ia adalah koleksi peribadi data dan penulisan yang terbesar di Asia Tenggara.

Ramai sebenarnya merujuk pada penulisan-penulisan saya termasuk golongan akademik.  Ini kerana begitu banyak maklumat malah bergambar lagi dikongsikan lalu dapat menunjukkan lokasi tempat-tempat tertentu yang sebelum itu tidak diketahui umum juga cara untuk mencapainya. Sehingga dapat ditemukan sekurang-kurangnya 2 kertas kerja oleh pensyarah universiti tentang buku dan penulisan saya. Lihat Membaca diri dalam "Berpetualang ke Aceh" - Satu penilaian akademik terhadap penulisan Radzi Sapiee dan Pemikiran "Berpetualang ke Aceh" dalam Routledge - Satu kajian sejarah dan antropologi. Tetapi sedikit sahaja mengaku mendapat manfaat. Setengah tidak mahu mengaku kerana mahu mengangkat diri sendiri sebagai pengasas, pencetus dan sebagainya. Sekarang ini ramai sangat sibuk mengejar nama selain peluang untuk membuat duit melalui ilmu yang diciduk daripada orang lain. 

Sebab kedua keberatan adalah kesibukan sedang membuat PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Saya membawa satu subjek pemikiran yang sangat berat. Sejak kebelakangan fikiran banyak terawang-awang disebabkan subjek itu. Selain membuat PhD tetap mengatur pelbagai aspek kehidupan biasa sebagai seorang suami dan bapa. Di celah-celah itu dilakukan pengembaraan demi pengembaraan, menghadiri majlis-majlis ilmu juga majlis melibatkan perjuangan bagi mendaulatkan bangsa Melayu seperti dalam dunia persilatan dan sebagainya. Bila sudah hadir terasa harus menulis tentangnya.

Walaupun sendiri sudah memimpin banyak acara ilmu atas nama HIKMAH termasuk 3 kali di Aceh (lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) juga memimpin beberapa rombongan kecil menyusuri sejarah di beberapa lokasi tak pernah saya membuat yang berbayar. Ini kerana sudah biasa didorong rasa untuk berkongsi ilmu tanpa perlu mendapat apa-apa imbuhan kecuali kepuasan diri dan rasa sudah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang wujud dalam darah keturunan. Hakikatnya, begitu banyak telah dibelanjakan tanpa sokongan pihak lain sejak lebih 20 tahun kebelakangan. Selain masa, penat lelah malah sesekali air mata, ada kala menghadapi mara bahaya turun padang masuk hutan, semak belukar, selut, paya dan sebagainya. Senang-senang sahaja orang lain mendapat faedah dengan sekadar membaca tulisan kemudian 'menggoreng' sesedap rasa. Tak perlu melalui kesulitan dan risiko sebenar turun ke lapangan. 

Tiba-tiba isteri menjadi begitu bersemangat lalu mula mengatur perkara. Beliau yang mencarikan peserta yang sanggup membayar. Dengan itu terbitlah rombongan 14 orang (termasuk saya dan isteri) "Ziarah Kesultanan Aceh bersama Merah Silu" dari Malaysia. Insyaallah selepas ini akan ada lagi rombongan serupa. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Lawatan malam ke (Night visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahman, Aceh 2026 

2. Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Pertama kali betul-betul memimpin rombongan

3.  Lawatan terbaru (Latest visit to) Gunongan 

4. Lawatan terbaru (Latest visit to) makam (tomb of) Iskandar Thani

5. Lawatan terbaru (Latest visit to) makam raja-raja Dinasti Bugis (the tomb of kings from the Bugis dynasty)




































Sekadar menyambung rasa. Ada pun cerita hari pertama perjalanan selamat dipersembahkan pada jam 4.14 petang Selasa 1 September cuma 15 jam lebih sahaja setelah sampai ke rumah dari Aceh iaitu pada sekitar jam 1 pagi. Penat dah tentu belum habis. Tak campur penat menulis. Petang itu juga harus memandu lebih 60 km untuk menghantar anak-anak kembali ke tahfiz selepas beberapa hari bercuti. Sedangkan malam sebelumnya sudah memandu 90 km dari rumah saudara dekat lapangan terbang untuk ke rumah setelah sampai dari Aceh. Itupun nasib baik dari lapangan terbang ke rumah saudara naik GRAB.

Tak sempat berehat setelah menghantar anak, kembali 60 km lagi ke rumah dari tahfiz harus diadakan "Merah Silu Live" edisi ke-40 Selasa malam Rabu. Berikut adalah rakaman videonya...



Ia boleh dikatakan adalah kesinambungan cerita berkenaan iaitu "Merah Silu Live", Maulidur Rasul dan Aceh yang dipersembahkan awal pagi Jumaat dari rumah saudara sebelum ke lapangan terbang untuk ke Aceh.  Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 diulas kali ini adalah seperti berikut :-


62. Pulau Besar-Muar-Negeri Sembilan Nov 2011 - lebih 650 km. Lihat Keliling Pulau Besar sebelum ke Muar dan Negeri Sembilan.

63. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 - lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau. Namun apabila diteliti balik cerita ada disebut bahawa ia memakan jarak lebih 1,600 km.



Tiada ulasan: