Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, January 27, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi : Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?

Salam semua. Pada bahagian akhir artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat saya ada menyebut insyaallah akan menyambung cerita hari Jumaat. Tetapi ternyata tak sempat akibat bermacam hal. Hari ini petang Sabtu baru dapat. Proses menyediakan cerita sebenarnya sudah dimulakan sejak jam 9 pagi tadi. Untuk makluman saya harus menyiapkan dahulu 3 artikel sokongan di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH, 10 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Setelah beberapa lama baru boleh membuat cerita keseluruhan di blogspot ini. 



Pagi Sabtu 16 Disember 2017. Kami telah menginap di sebuah hotel yang agak selesa di bandar raya Surat Thani. Ini adalah pemandangan dari tingkat paling atas hotel. Lihat artikel Surat Thani from the top floor of a main hotel.


Dari atas itu saya dapat melihat sebuah masjid yang agak cantik tersergam indah. Saya pun berjalan kaki ke situ. Ternyata kedudukannya walau masih dalam kawasan tengah bandar raya adalah terpencil dan tersudut. Lihat Masjid Pusat (Central Mosque of) Surat Thani.


Jam 9.24 waktu tempatan kami meninggalkan hotel.


Kami bersedia untuk meneruskan perjalanan ke utara...





Singgah dahulu di satu kawasan tepian sungai. 


Di situ ada kedai makan halal untuk kami bersarapan. Lihat Tapi river at the western promenade of Surat Thani.


Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi sungai tersebut. Namanya Sungai Tapi. Ia adalah sungai terpanjang di selatan Thailand.


Kami mengambil jalan kampung ke utara.



Sesekali kelihatan gerai seperti ini lalu kami pun singgah melihat sebuah...


Rupa-rupanya ia menjual ikan hidup...


Destinasi utama kami hari itu, hari ke-5 sejak meninggalkan rumah bersamaan hari ke-4 sejak mask Thailand adalah bandar Chaiya. Kami mahu melihat kesan peninggalan Empayar Melayu Srivijaya di situ...


Sampai di hadapan pejabat daerah Chaiya saya deja vu panjang. Adapun menurut ceritanya nama Chaiya itu berasal daripada perkataan atau nama Melayu 'Cahaya'. Ada pula kata "Jaya'. Kedua-duanya boleh dikaitkan dengan Srivijaya. Lihat artikel Welcome to Chaiya - The Srivijaya connection....

Gambar  atas dan artikel dikongsikan di Facebook sekitar jam 11 pagi tadi. Biar disertakan sekali teks yang mengiringinya di FB...


--------------------------


ANTARA TIPU DAN PERNAH SAMPAI...

OK, mula menyentuh tentang Chaiya atau nama dahulunya Cahaya, ada kata Jaya. Ada yang percaya di sinilah Empayar Srivijaya bermula 1,,400 tahun lalu. Pada zaman Dinasti Mauli yang berpusat di Pagarruyung penghujung abad ke-13 Masihi dibuat satu artifak menunjukkan penguasaan dinasti sampai ke Chaiya itu. Disebabkan ini ramai pengkaji muda menyebut tentangnya. Tetapi apabila ditanya tak seorang pun pernah sampai apa lagi nak tahu keadaan sebenar di sana. Seorang kaki canang pandai marketing yang selalu membuat cerita seolah2 pernah sampai merata pun tak pernah jejak. Setakat pandai buat cerita tipu aje. Lepas tu sakit hati nampak orang lain dah sampai. Masa tu le sibuk cerita kata tak penting sampai ke suatu lokasi sejarah sambil menghasut mereka yang sama2 tak sampai supaya membenci saya. Yang penting katanya pandai baca maklumat dan buat tafsiran. Setakat sampai monyet pun boleh pergi melancong...


Kenapa kata-kata saya kedengaran begitu keras? Ini adalah untuk menegur mereka yang selalu sembang kencang tapi cakap tak serupa bikin juga pihak yang suka menipu mengaku macam-macam tapi sebenarnya banyak angan-angan. Insyaallah perkara ini akan jelas sambil cerita dipanjangkan...

Adapun tujuan utama kami ke Chaiya adalah untuk melihat satu artifak sejarah yang dikenali sebagai Prasasti Grahi. Ia dikatakan bukti bahawa wilayah ini pernah berada di bawah kekuasaan Empayar Srivijaya ketika pusatnya beralih ke sekitar Pagarruyung, Sumatera abad ke-12 Masihi. Cuma nak cari kat mana di Chaiya tu kami tak tahu di mana. Dengan takdir Allah SWT terlihat papan tanda menunjuk arah ke sebuah kuil yang dipanggil Wat Hiang.


Maklumat tentang Prasasti Grahi yang ditemui di Wikipedia menyatakan di Wat Hiang inilah prasasti yang dibuat tahun 1183 Masihi itu ditemui. Namun di manakah lokasi Wat Hiang itu? Tidak diterangkan dan saya tak jumpa baik melalui Google Map mahupun apa-apa bentuk lain carian...


Sebut pasal mencari tinggalan sejarah - Ada satu pihak itu kalau bercerita macam semua tempat yang ada rahsia sejarah dia pernah sampai. Dia selalu menggalakkan orang ramai turut sembang lebat sedangkan rata-rata mereka-mereka ini tidak pernah pun sampai ke mana-mana tempat yang diceritakan dengan begitu sembang lebat pokok tumbang bumi bergoncang itu. Tentang tempat Prasasti Grahi ditemukan itu sila lihat artikel Wat Hiang, Chaiya. Ketika berkongsi tentangnya di FB tengah hari tadi secara spontan saya mengarang teks berikut...


------------------


NAK KELUAR DARIPADA KEPOMPONG ANGAN2 KAH ATAU NAK MULAKAN USAHA SEBENAR MENJEJAK KESAN2 SEJARAH DI LAPANGAN?

Wat Hiang di Chaiya. Di sini pernah ditemui artifak menunjukkan wilayah Chaiya dekat Segenting Kra pernah berada di bawah kekuasaan Dinasti Mauli yang memerintah Empayar Srivijaya abad ke-12. Sebelum pergi ke Chaiya saya pernah bertanya melalui FB ada sesiapa tak bolen tunjukkan di manakah Wat Hiang ini? Tiada siapa dapat tunjukkan lantaran mereka tak pernah sampai, cuma dengar cerita atas cerita dipungpangpungpangkan ke serata alam.

Cari lalu Internet atau pakai Google Map pun tak jumpa. Macam takda rekod. Nasib baik bila dah turun padang dapat gak jumpa. Dengan itu sesiapa yang berhajat hendak menjejakkan kaki dah boleh dapat panduan. Namun mereka yang memperlekehkan orang2 yang sudah bersusah payah menjejak suatu kesan sejarah boleh teruskan berangan korek hidung seluk seluar gentel2 bagi syok sendiri atas alasan baca dan tafsir maklumat di Internet dan perpustakaan itu lebih afdhal. Kononnya begitulah kerja sejarawan sebenar...



Bergambar bersama sami yang menunjukkan kami tempat-tempat dan kesan sejarah dalam Wat Hiang. Walaupun kami tidak memahami bahasa masing-masing cukuplah isyarat tangan dan mata untuk membawa kami merata. Saya mengalami deja vu hampir sepanjang masa berada dalam kawasan ini. Hal sama juga berlaku di dua-tiga tempat selepas itu.


Perkataan yang kami sama-sama dapat faham cumalah "Walking". Bila dia mengajak kami mengikut berjalan dia akan membuat isyarat dengan jari seperti orang berjalan sambil menyebut "Walking, walking". Bila menyuruh ambil gambar dibuatnya dua bulatan dengan ibu jari dan telunjuk tangan kiri dan kanan lalu diletakkan ke mata kemudian ditunjukkan tempat atau objek yang kami patut ambil gambar. Dengan itu kami dapat melihat tinggalan-tinggalan sekitar daripada zaman kerajaan Srivijaya juga objek-objek kemudian melibatkan rakyat. Lihat artikel-artikel berikut :-







Perjalanan diteruskan ke Muzium Nasional Chaiya. Sebetulnya kami mahu mencari sebuah kuil lalu terjumpa muzium di sebelahnya. Dengan tidak disangka dan tidak dirancang kami dapat menemui Prasasti Grahi di dalam muzium... 



Pada awalnya saya merasa sudah cukup puas dapat menjejakkan kaki ke tempat asal ia ditemui iaitu di Wat Hiang. Pada fikir saya prasasti telah dialih ke Muzium Nasional Bangkok. Rupa-rupanya yang asli ada di sini! Lihat artikel Muzium Nasional Chaiya lagi (Chaiya National Museum again).


Disebabkan begitu teruja saya telah meminta isteri mengambil gambar lalu terus dimasukkan ke dalam FB. Tengok-tengok timbul reaksi daripada pihak-pihak tertentu yang penuh berbaur iri hati dan dengki. Biar hal ini diceritakan melalui teks spontan panjang yang saya letak di FB bersama artikel muzium tadi..


-------------------


PRASASTI GRAHI DI CHAIYA - APABILA 'MONYET' PUN BOLEH BERGAMBAR DENGAN ARTIFAK SEJARAH...

OK. Di sinilah tersimpannya apa yang dikenali pengkaji sebagai Prasasti Grahi. Ia menjadi bukti bahawa pada zaman penghujung empayar Srivijaya abad ke-12 yang berpusat di tengah pulau Sumatera ia masih memiliki jangkauan kekuasaan sehingga ke Segenting Kra di utara Semenanjung Tanah Melayu. Hal Prasasti Grahi ini sering disebut2 pengkaji terutama seorang kaki canang pandai ayat marketing yang suka memberikan gambaran konon dialah waris dan pemegang rahsia Srivijaya. Sampai bila Sultan Nazrin Syah ditabalkan pertengahan tahun 2015 dia sibuk mengarang cerita untuk memberikan gambaran konon dirinya terkait dengan kerabat diraja Perak.

Hamba Allah ini juga suka mengarang cerita seolah2 sudah ke sana ke mari membuat kajian lapangan yang hebat2. Antara yang paling pungpang sering didendangkan dengan ayat penuh saspens mencari perhatian budak2 adalah kaitan Chaiya dekat Segenting dengan kerajaan Srivijaya. Ini sering diulas melalui kewujudan satu artifak yang dipanggil sebagai Prasasti Grahi. Saya pula terbaca tentang prasasti apabila cuba memadankan tarikh baru kerajaan Melaka didirikan 1262 Masihi (mula diwar-warkan tahun 2010) dengan cerita dalam kitab Sulatus Salatin yang menyebut seorang moyang Sultan Melaka bergelar Sang Sapurba pernah bertakhta di Pagarruyung.

Bila saya sampai ke Chaiya tengah hari Sabtu 16 Disember2017 saya dan keluarga pun mencari tempat asal prasasti tersebut ditemui iaitu di kuil bernama Wat Hiang. Alhamdulillah jumpa lalu ditunjukkan oleh seorang sami jalan2 kaki sekitar kuil kemudian ke Muzium Nasional Chaiya. Alhamdulillah jumpa prasastinya pula tersimpan baik di sana. Gembira dengan penemuan ini saya meminta isteri mengambil gambar dengan telefon bimbit lalu terus dikongsikan di Facebook.

Seorang pengkaji lain pun menggunakan gambar tersebut untuk mencabar hamba Allah yang suka mencanang cerita itu agar menunjukkan gambarnya sendiri bersama prasasti. Hamba Allah ini bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan mengatakan monyet pun boleh bergambar dengan artifak. Selepas itu dicanangkan pula bahawa prasasti yang dilihat di Chaiya itu cuma replika sahaja. Tidak saya nyatakan lagi kepada sesiapa kecuali pada hari ini bahawa ia adalah prasasti asli yang disimpan pihak muzium sana.

Sambil2 itu hamba Allah kaki canang ini seperti berkempen agar orang membenci saya. Kelihatan seperti dipanjangkan kepada orang lain yang juga tidak pernah sampai ke Chaiya supaya mempersoalkan penemuan saya dan keluarga di sana. Maka sibuklah segala macam keyboard warrior cuba menafikan kepentingan turun padang. Kata mereka sejarawan sejati cuma perlu mengkaji manuskrip,tulisan dan sebagainya. Turun ke lapangan itu cuma kerja orang arkeologi. Dan lagi orang melancong pun boleh sampai ke lapangan. Lalu ini tidak sama langsung dengan buat kerja lapangan. Seolah2selama ini bertahun2 berpenat lelah saya mengembara ke sana ke mari menjejak pelbagai kesan sejarah itu sekadar melancong sahaja. Tidak ada nilai boleh diambil iktibar…

Lucu saya mendengarkan ini. Saya baik dengan pakar2arkeologi seperti Profesor Dato’ Dr Emeritus Nik Hassan Shuhaimi, (Prof) Dato’ Dr Othman Yatim dan Prof Dato’ Dr Mokhtar Saidin. Mereka selalu turun padang tapi itu pakar2 arkeologi. Bagaimana pula dengan sejarawan? Saya juga baik dengan Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria Ghazali juga Dr Arbaiyah Mohd Noor, arwah Dr Supian Sabtu dan beberapa lagi sejarawan di UM. Semua pernah dan akan ambil kesempatan turun padang ke lapangan selagi dapat. OKlah kalau orang yang memang 100 peratus mengkaji secara kepustakaan iaitu secara bacaan mahu menafikan ini. Yang pelik apabila hamba Allah yang suka canang cerita macam dah sampai merata pula menafikan kepentingan turun ke lapangan.

Saya tak hairan pun dia bersikap begitu kerana dah tahu dia suka menipu buat cerita macam dah sampai walhal tidak. Yang lagi pelik sebenarnya adalah orang boleh tak nampak kenapa dia melenting sampai kata monyet pun boleh bergambar dengan artifak. Walhal itulah tanda jelas dia tak pernah sampai ke tempat tersebut. Dia sakit hati akibat suka mencanangkan kajian tentang Grahi tapi sebenarnya tak pernah sampai pun. Gebang aje lebih…

Hamba Allah ini suka mengangkat diri sebagai pencetus kesedaran baru sejarah dalam kalangan anak muda. Malah dia selalu mendakwa dunia kajian sejarah Malaysia bergerak ke hadapan akibat teguran dan saranan dia semata2. Sebetulnya dik cuma para keyboard warrior dan orang yang sama jenis sembang lebat sambil korek hidung dan gentel telur depan komputer aje yang percaya bulat2 kat cerita2 adik. Orang2 matang banyak pengalaman dah ada keluarga anak bini dan biasa merantau dapat mengesan dan melihat adik ni jenis cakap tak serupa bikin. Cerita2 adik banyak indah khabar daripada rupa, banyak tokok tambah bagi tambah perisa. Sedangkan hakikatnya sebenarnya jauh panggang dari api...



Selepas itu baru kami pergi ke kuil di sebelah muzium, kuil lama yang mahu dicari lalu atas asbabnya kami terlihat Muzium Nasional Chaiya lalu terjumpa Prasasti Grahi di dalamnya. Lihat Wat Phra Baromathat, Chaiya.


Kami sempat melihat tinggalan kuil lama yang katanya turut dibina pada zaman awal Srivijaya. Lihat artikel Wat Lhong, Chaiya diikuti Wat Kaew, Chaiya. Oh. Saya tidak ingin memanjangkan lagi cerita kerana selepas ini harus berkejar untuk satu majlis keMelayuan di Tanjung Malim. Cukuplah saya memberitahu bahawa Grahi yang menjadi asbab muncul nama Prasasti Grahi itu adalah satu nama lama bagi wilayah Chaiya. Sebelum itu iaitu pada abad ke-3 hingga ke-7 ia pernah dikenali sebagai Pan Pan. Dipercayai sesetengah pihak termasuk saya sendiri bahawa Pan Pan didirikan oleh ahli keluarga diraja Funan. Keturunan mereka mendirikan kerajaan Cahaya/Jaya dan ia adalah cikal bakal kerajaan dan Empayar Srivijaya. Daripada situ baru turun ke Kedah dan sebagainya lalu masuk ke Sumatera. Dengan itu jejak di Chaiya bukan sekadar jejak satu tempat yang pernah berada di bawah pemerintahan Srivijaya. Ia malah tempat permulaan kerajaan Srivijaya 1,400 tahun lalu! Cukup.


1 comment:

suhaimi7figures said...

Terbaik bang. Misteri Grahi terjawab