Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, January 23, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat

Salam semua. Setelah tepat sebulan perjalanan ke Thailand 12-23 Disember berlalu baru nak masuk cerita hari ke-4 perjalanan. Tak mengapa, biar lambat asalkan selamat. Insyaallah selepas ini saya akan cuba mempercepatkan penceritaan supaya siri cerita perjalanan  yang memakan masa 12 hari ini dapat diselesaikan secepat mungkin, sebelum dibuat satu pengembaraan baru hampir penghujung Mac nanti. Maka bersambunglah cerita daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Persinggahan tak dirancang ke Chenak sebelum ke makam Sheikh Abdul Samad dan kawasan lama Singgora.


Pagi Jumaat 15 Disember 2017. Setelah berehat di sebuah hotel kecil yang cukup selesa kami bersedia untuk menyambung perjalanan.


Singgah sebentar melihat pantai berdekatan...


Oh, sebenarnya kami masih berada di Singgora ataupun Songkhla. Lihat artikel Morning views from the hotel at Singha Nakhon dan The beach at Singha Nakhon di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
.

Kami masih berada di Singgora kerana mahu mencari makam Sultan Sulaiman Singgora. Malam sebelumnya kami mencari merata tapi tak jumpa kerana tak ingat jalan.


Dah ditakdirkan nampaknya kami harus beristerihat malam Jumaat di Singgora atas asbab mencari makam. Kalau dah jumpa malam itu juga besar kemungkinan kami akan meneruskan perjalanan lalu bermalam di Nakhon Si Thammarat atau lebih ke atas. Tentang makam ini boleh rujuk artikel lama lawatan pertama kali saya ke sana bulan Januari 2017. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora..


Atas asbab mencari makam Sultan Sulaiman sehingga harus bermalam di Singgora ini jugalah kami dapat melihat sebuah makam berdekatan yang ditanda dengan batu nesan Aceh. Dahulu saya tidak ditunjukkan ini. Ia dinyatakan sebagai makam milik isteri Sultan. Tetapi melihat pada bentuk batu nesan saya cenderung untuk percaya ia milik seorang laki-laki. Lihat artikel .Batu Aceh dekat makam Sultan Sulaiman Singgora (Aceh tombstones near the tomb of Sultan Sulaiman of Singgora)


Puas menziarahi makam baru kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu kota Nakhon Si Thammarat.  Letaknya sekitar 160 km ke utara Songkhla ataupun Singgora.


Dah sampai hampir separuh perjalanan terlihat kipas-kipas gergasi wind-turbine menghiasi tepian jalan sehingga berbatu-batu ke hadapan...


Terasa seperti negara Thailand lebih ke hadapan berbanding Malaysia dalam memanfaatkan teknologi kuasa alami. Jalan-jalan raya di sana juga rata-rata terasa lebih cantik dan lancar berbanding sini. Lihat Giant wind turbines on the way to Nakhon Si Thammarat.


Setelah beberapa lama sampailah ke satu pekan di mana kelihatan patung-patung 12 jenis binatang pada batas di tengah jalan.


Difahamkan 12 binatang ini melambangkan 12 bulan dalam kalendar tradisional yang digunakan warga tempatan. Ia juga melambangkan 12 kerajaan bawahan.


Biar diberitahu. Kota Nakhon Si Tammarat merupakan pusat kerajaan Tambralingga yang pernah berada di bawah kekuasaan empayar Funan sekitar abad ke-2 Masihi. Ia kemudian berada di bawah kekuasaan empayar Srivijaya abad ke-8. Pada abad ke-13 ia menjadi kerajaan bebas berdiri sendiri yang dikenali sebagai Sri Dharmaraja. Sekitar waktu itu ia pernah mencapai puncak kekuasaan sehingga dikatakan dapat menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu kalau tidak pun seluruhnya malah menghantar armada kapal laut ke Sri Lanka di selatan benua Hindi lalu menakluki utara pulau itu!


Hampir ke pinggir selatan kota Nakhon Si Thammarat saya 'terpanggil' untuk mengambil satu jalan kecil kerana terlihat satu kubah keemasan seperti pada masjid.


Rupa-rupanya ia salah satu bangunan cantik dalam sebuah universiti tempatan. Bila dah dekat nampak macam bangunan Kristian pun ada malah ada pula binaan berunsur Buddha di sekeliling. Nasib baik terjumpa sejumlah pelajar wanita memakai tudung yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu lalu memberitahu tentang tempat. Rupa-rupanya mereka berasal dari wilayah Yala, Patani dan Narathiwat di mana rata-rata penduduk adalah orang Melayu Islam yang masih fasih bertutur dalam bahasa Melayu loghat ala Kelantan.


Ini adalah gambar saya bersama mereka. Ia diambil daripada video berkenaan yang dirakamkan isteri saya. Selain bertanyakan tentang tempat saya memberitahu mereka bahawa saya mendapat deja vu panjang melibatkan tempat Sejak masuk mengambil jalan kecil saya sudah nampak dalam mimpi yang telah berlaku entah berapa lama dahulu. Hinggakan masuk ke dalam kawasan universiti lalu melihat bangunan demi bangunan semuanya saya pernah lihat dahulu, Ini menjadi deja vu pertama jelas yang saya alami dalam perjalanan ke Thailand 12-23 Disember. Semenjak itu tiap-tiap hari saya deja vu panjang dalam perjalanan, sampai 3-4 babak dan tempat satu hari pun ada. Lihat artikel Chalermkarnchana University at Nakhon Si Thammarat.


Tidak lama kemudian masuklah kami ke kota Nakhon Si Thammarat. Terus dapat dilihat patung 12 jenis binatang yang disebut tadi menghiasi pula tiang-tiang di tengah jalan. Lihat Along the main road of Nakhon Si Thammarat.


Terlihat muzium utama di tepi jalan kami pun singgah. Adapun Nakhon Si Thammarat itu adalah panggilan dalam bahasa Thai untuk kota dan kerajaan. Orang Melayu memanggilnya sebagai kerajaan Ligor...


Tadi sudah disebut ia pernah dikenali sebagai kerajaan Sri Dharmaraja. Sekarang biar ditambah ia kemudian jatuh ke bawah pemerintahan kerajaan Ayuthia atau Ayuthaya yang berpusat di kota Ayuthaya, sekitar 80 km ke utara Bangkok. Pun begitu ia diberikan kuasa dapat memiliki pengaruh dan jajahan takluknya sendiri. Dengan itu 12 binatang tadi juga digunakan untuk merujuk kepada 12 jajahan takluk utama termasuk Patani, Kelantan dan Pahang.


Kami ke muzium untuk mencari apa yang dikenali sebagai Prasasti Ligor. Ia katanya adalah bukti Sri Dharmaraja atau dahulunya Tambralingga berada di bawah pemerintahan Dinasti Sailendra dari Srivijaya tahun 775 Masihi. Lihat Muzium Nasional (National Museum of) Nakhon Si Thammarat.


Keluar dari muzium saya melihat meter kereta. Adapun semasa meninggalkan rumah di Rawang, Selangor meter bawah sudah saya reset ke angka kosong. Angka yang kelihatan ini menunjukkan kami sudah berjalan sejauh 1,019 km.

Sambung perjalanan menghala ke utara saya mengambil lagi gambar-gambar sambil memandu kereta. Tengok-tengok muncul semacam "mata Dajjal" dalam gambar...


Sekitar 3 km ke utara muzium terjumpa pula tembok lama kota.


Saya pun meninjau-ninjau di sekeliling. Tembok kota ini dipercayai telah didirikan paling lewat pun penghujung abad ke-13 Masihi.  Lihat artikel Tembok kota lama (Walls of the old city of) Nakhon Si Thammarat juga Views from the old city walls of Nakhon Si Thammarat.


Perjalanan diteruskkan keluar kota ke arah utara. Kalau ikut rancangan asal kami boleh bermalam di Nakhon Si Thammarat. Tetapi itu dahulu ketika paling jauh mahu pergi pun sampai ke Segenting Kra. Sekarang, dengan rancangan perjalanan mahu diteruskan lebih jauh sehingga sampai ke Bangkok dan Ayuthaya ke utara sana kami harus bergerak lebih jauh ke hadapan untuk mengejar masa. Isteri ada had cuti pejabat lalu kami harus kembali sebelum beliau memulakan kerja.


Lebih kurang 30 km ke utara Nakhon Si Thammarat baru kami berhenti lagi. Baru ternampak masjid di tepian jalan setelah sehari suntuk berjalan, Kami pun singgah untuk menunaikan solat. Sempat melihat laut atau lebih tepat, Teluk Siam di hadapan masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sheiarudden, Thasala diikuti Gulf of Siam from Thasala district.



Ke hadapan lagi dalam 10-20  km gitu jumpa pula gerai tepian jalan menjual durian.


Harganya boleh tahan murah, Kami pun 'layan'...


Dekat jam 6 baru sampai ke destinasi seterusnya iaitu kota Surat Thani sekitar 150 ke utara kemudian barat dari Nakhon Si Thammarat. Lihat Enter the city of Surat Thani.


Di tengah kota kelihatan sebuah kuil yang sangat terserlah. Kami pun singgah.


Difahamkan ia memiliki ciri-ciri lama binaan empayar Srivijaya. Kemudian baru dapat tahu ia adalah ibarat tiang seri bagi seluruh kota Surat Thani. Lihat Kuil pasak (Pillar shrine of) Surat Thani.


Ada juga timbul rasa macam deja vu, pernah melihat kuil tersebut dalam satu mimpi atau bayangan lama dahulu tapi tak pasti. Bila keluar kuil menuju ke sungai besar di seberang jalan terlihat pula semacam pokok bunga emas. Terus terasa deja vu lagi.


Yang ini saya cukup jelas dan pasti lalu mengalami deja vu panjang lagi. Malam itu saya mendapat perasaan sebegitu lagi di satu tempat lain berdekatan, tempat yang dapat memberikan petunjuk kaitan wilayah Surat Thani juga Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat dengan Srivijaya. Turut diperolehi adalah petunjuk untuk mencari satu lagi bukti tentang kaitan Srivijaya yang dikenali sebagai Prasati Grahi.  Kalau tiada aral melintang dan saya tidak kepenatan insyaallah Jumaat ini saya cuba sambung cerita... :]


Nota tambahan untuk cerita ini : Adapun beberapa hari kebelakangan saya ada terlihat di Facebook satu pihak sedang mendedahkan urutan cerita, peristiwa dan sejarah tentang satu pihak yang sibuk mahu menuntut takhta Kedah. Malah pihak yang menuntut itu mendakwa seluruh Asia Tenggara harus berada di bawah pemerintahan mereka, Ini kerana menurut mereka, keluarga mereka adalah waris kerajaan Ayuthia Islam, disebut mereka sebagai Benua Siam Islam. Mereka mengaku daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa yang telah membuka Kedah kemudian Siam lebih 1,000 tahun lalu.

Pihak yang mahu mendedahkan pula menyatakan pihak yang menuntut sebagai berasal daripada keluarga pemerintah Ligor, bukannya Ayuthaya, Menariknya dalam ruangan komen ada yang menambah bahawa pemerintah Ligor yang dimaksudkan adalah daripada keturunan Sultan Sulaiman Singgora. Nampak tak bagaimana hal ini terkait dengan apa yang diceritakan dalam artikel ini?




No comments: