Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, September 30, 2016

Tok Temong dan dua Sheikh di Kuala Kangsar

Salam pagi Jumaat terakhir untuk tahun 1437 Hijriah. Meneruskan penceritaan aktiviti sepanjang beberapa hari lepas. Bersambung daripada artikel Kitab Dalail Khairat, majlis 'Kesultanan Melaka' dan konsert rock - Mukadimah sebelum ke Bukit Chandan?.


Pagi Ahad 25 September 2016. Kami telah bermalam di surau Kampung Temong, tempat saya biasa bermalam jika berada di sekitar ini. Sampai orang kat rumah sebelah pun boleh agak, kalau ada orang bermalam di surau itu harus adalah saya. Cuma dia sedikit keliru kerana nampak kenderaan lain di hadapan, bukan kereta atau motosikal besar yang dia tahu saya biasa pakai...


Kereta tadi adalah milik kawan yang mengajak ke Bukit Chandan. Inilah kali pertama beliau sampai ke kawasan sekitar ini. Saya pun membawanya menziarahi makam Tok Temong...



Adapun gambar ini diambil pada jam 10,46 pagi. Sebetulnya sebaik sahaja selesai bersolat Subuh di surau kawan telah mengajak pergi ke makam. Tapi saya kata tak seronok le ziarah dalam gelap, tunggu matahari naik baru boleh nampak persekitaran. Kami pun berbaring untuk berehat dahulu. Tengok-tengok terlelap... jam 10 pagi baru bangkit...


Rupa-rupanya ada hikmah juga kami keluar lambat. Sebelum meninggalkan rumah untuk membuat perjalanan ke Kuala Kangsar saya ada membuat pengumuman di Facebook akan membuat perjalanan ini lalu bermalam di surau Temong. Maka disebut kalau ada sesiapa mahu berjumpa dengan saya untuk berbual-bual dan sebagaunya bolehlah cari di surau. Tengok-tengok ada satu keluarga dari Gopeng datang mencari sekitar jam 10 (saya tak ambil gambar mereka). Mereka memberitahu selalu mengikuti penulisan saya di FB juga di blogspot ini lalu sudah lama menyimpan hajat untuk berjumpa bertanyakan bermacam hal.

Sebetulnya mereka telah sampai lebih awal lalu terus ke makam. Bila mendapati saya tiada di sana baru mencari di surau. Kemudian saya ajak mereka pergi ke makam lagi. Baru mereka sedar berdekatan makam ada tangga turun ke Sungai Perak. 


Mereka pun turun melihat sungai. Saya dan kawan menyusul sedikit lambat. Saya sudah banyak kali melepak di sini tapi seingat saya baru kali ini terlihat batu pada tangga menonjol ke luar. Ini kerana selalunya ia ditenggelami air sungai. Lihat artikel Perak river at Temong during low water di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami sambung lagi berbual panjang pelbagai hal di jeti sebelah sungai. Naik balik ke kawasan hadapan makam pun cerita masih tak selesai-selesai.. Selepas puas berbual panjang lalu keluarga dari Gopeng sedia untuk bergerak tiba-tiba muncul seorang lagi penziarah. Saya cam beliau sebagai bapa kepada seorang kenalan dan seorang Sheikh Tariqat Naqsyabandiah dari belah utara. Dah, sambung berbual panjang pula dengan beliau lalu kami sempat menerima sedikit pelajaran. 


Rupa-rupanya saya dan Sheikh tersebut telah terserempak beberapa kali termasuk di Pulau Besar tetapi tidak pernah bertegur sapa. Nampaknya asbab melayan keluarga dari Gopeng, baru kami berpeluang untuk berkenalan dan berbual panjang. Selepas itu saya dan kawan menuju ke Kati. Kawan mahu bertemu dengan seorang lagi Sheikh Naqsyabandi, katanya memiliki sekolah pondok di belah sana...


Lokasi tepat sekolah adalah di Kampung Tiong. Kawan mahu bertemu Sheikh kerana mendengar cerita daripada kawan-kawan. Katanya, ada seorang dua kawan pernah bersuluk di bawah Sheikh tersebut.


Singgah makan tengah hari sat merangkap sarapan...



Selesai makan baru masuk lebih ke dalam kampung untuk mencari sekolah.





Alhamdulillah. Jumpa dah tempatnya. Rupa-rupanya bukanlah sekolah pondok sangat tapi lebih pada tempat bersuluk.


Cuma Sheikh tiada ketika itu, kena cari kat rumah di kawasan lain. Tapi sempatlah kami berkenalan dengan ustaz yang menjaga kawasan serta beberapa orang, sempat mandi lalu menjamakkan solat Zohor dan Asar sebelum meninggalkan tempat. Kelihatan dalam gambar batu di hadapan kawasan. Katanya ada termaktub tulisan Allah...


Rumah Sheikh terletak di satu kawasan pendalaman di Lubuk Merbau. Cukuplah dikatakan kami dapat bertemu beliau menerima lagi pelajaran.


Selesai pertemuan kami kembali ke surau Temong kerana kawan ada tertinggal tuala.



Destinasi seterusnya adalah ke Bukit Chandan (lagi). Hal tuala tertinggal seolah-olah memberikan isyarat kami harus ke sana sambil menghilir Sungai Perak dari Temong ke Kuala Kangsar.


Sampai ke Masjid Ubudiyah masuklah sekejap untuk bersolat sunat dan bertafakur...





Ini pula di rumah Sheikh yang ditemui di hadapan makam Tok Temong tanpa dirancang. Beliau ada memberitahu agar datang ke rumah selepas selesai segala urusan.


Sheikh ini sebenarnya orang Kedah tetapi telah menetap di satu kawasan perumahan di Bukit Chandan sejak setahun kebelakangan. Di rumahnya terdapat banyak koleksi keris dan sebagainya. Dah layan cerita pasal senjata. Turut berada di rumah ialah seorang anak cucu Sultan Abdullah (yang dibuang ke Pulau Seychelles itu). Beliau ialah seorang pakar pertukangan besi yang juga pandai menempa senjata...

No comments: