Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, March 08, 2015

Up balik : Kenangan zaman UK

Salam semua. Adapun siri "Perjalanan ke-7 di Aceh" yang dimulakan 2 minggu lalu masih ada 2 hari penceritaan sebelum selesai lalu dapat dibuat satu artikel mengumpulkan semua links berkaitan seperti kebiasaan saya apabila menceritakan mana-mana perjalanan bermakna yang memakan masa beberapa hari. Sekarang sudah ada 6 artikel siri disajikan - Satu artikel pembukaan/pengenalan + 5 artikel untuk 5 hari perjalanan setakat ini. Sedar tak sedar 2 artikel pertama siri diikuti 1 satu artikel hal lain kemudian 2 lagi artikel siri diikuti artikel lain. Selepas itu, baru masuk 2 artikel terbaru untuk menjadikan jumlah 6 yang disebut itu.

Untuk meneruskan corak 2 artikel siri selang 1 artikel lain ini (saya ada gila-gila nombor, dan gila corak/pattern juga sebenarnya) satu artikel lain harus dibuat sebelum siri dapat ditutup dengan 2 artikel seterusnya. Kebetulan dalam tempoh 2 minggu lepas saya baru terlibat dengan satu projek dokumentari tentang Alam Melayu yang insyaallah akan membawa saya bertandang kembali ke London, tempat saya mengambil ijazah dalam bidang matematik 20 tahun lalu. Ini mengingatkan bahawa pada penghujung 2013 saya ada memulakan satu siri istimewa untuk mengenangkan zaman belajar 1991-1995 itu. Cuma tidak seperti siri-siri lain, ia ditulis lebih kuat mengikut mood berbanding biasa... rasa nak tulis, tulis, kalau tak lupakan sahaja buat beberapa lama.

Disebabkan ia tiada tempoh bila perlu ditamatkan kerana ditulis apabila timbul rasa untuk mengabadikan kenangan lama sambil cuba mengingatkan apa yang berlaku, saya baru sedar bahawa kali terakhir saya menulis untuk siri ini adalah pada 21 Mac 2014 iaitu hampir setahun lalu . Setakat ini cuma 5 artikel telah disajikan sedangkan fikirnya banyak lagi perlu dibuat untuk mengenangkan apa yang berlaku zaman itu selain menggali kembali apakah perkara tak beres yang perlu ditangani. Apapun siri itu sendiri bermula akibat rasa kerinduan terhadap London yang amat sangat tapi belum mampu untuk kembali menjejakinya setelah meninggalkan kota metropolitan Barat itu tahun 1995. Kini, dengan ada kemungkinan yang agak kuat saya akan ke sana dalam tempoh sebulan dua lagi biarlah siri ini saya up atau naikkan balik untuk tatapan semua.

Jadilah ia selingan yang berpatutan antara cerita dalam siri "Perjalanan ke-7 di Aceh". Kebetulan tawaran untuk menyertai projek dokumentari yang memberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke London kembali itu diterima ketika saya sedang mengorak langkah ke Aceh 13-19 Februari. Dengan ini biar diletakkan links untuk kelima-lima artikel yang sudah disajikan untuk siri "Kenangan zaman UK". Biar diletakkan gambar berkaitan diikuti links dan petikan pilihan berupa perenggan daripada artikel ya...




1. Daripada Kenangan zaman UK : Mukadimah 1144...


"Zaman saya belajar di UK merupakan satu titik penting dalam hidup. Disebabkan keadaan tertentu seperti diluahkan dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007) bermulalah peralihan besar perhatian diri yang asalnya bercita-cita mahu menjadi seorang saintis bertukar arah menjadi orang yang lebih meminati ilmu Tasawuf dan berkaitan sehingga boleh menjadi seorang penulis. Dengan itu saya mahu memulakan siri baru yang dipanggil "Kenangan zaman UK". Saya mahu menggunakan penulisan ini untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang sudah terlupa berlaku lama dahulu, perkara-perkara yang mungkin perlu diatasi untuk saya bergerak ke hadapan memasuki fasa baru juga menyiapkan penulisan buku.."




2. Daripada Kenangan zaman UK : Keriangan hari pertama di London...


"Memang seronok bersiar-siar di sepanjang lebuh membeli-belah terkenal dunia yang menjangkau jarak 3km itu sambil singgah window shopping, cuci-cuci mata di gedung-gedung membeli-belah gergasi seperti Selfridge’s, Marks & Spencer dan Debenham’s. Pasangan yang memang suka berjalan kaki jauh bersama-sama sejak mereka berkenalan di Kuala Lumpur itu juga menjenguk beberapa kedai lain... Sambil melepasi lebuh-lebuh terkemuka seperti Regent Street dan menyelit-nyelit di tengah kebanjiran penduduk tempatan dan pelancong yang memenuhi hampir setiap inci kaki lima, rasanya tidak kurang lima kali lebih padat daripada keramaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika hujung minggu!"




3. Daripada Kenangan zaman UK : Mengimbau melalui paspot...


"Bayangkan masa itu, umur 20 tahun nak masuk 21, masih lagi pelajar yang semasa zaman kolej biasa terima elaun sekitar RM250. Tiba-tiba diberi RM5,000 untuk belanja persiapan awal ke UK, untuk buat paspot, beli baju sejuk, beg pakaian dan belanja kehidupan untuk sebulan dua terawal sebelum dapat elaun bulanan yang disalurkan melalui bank tempatan. Elaun bulanan 305 Pound Sterling yang bersamaan sekitar RM1,500 itu terasa begitu besar. Walhal bila dah sampai baru tahu, ia sebenarnya sangat kecil, lebih rendah daripada belanja yang diterima sebulan oleh penduduk UK yang tidak bekerja tetapi boleh hidup dengan duit welfare, elaun kebajikan..."




4. Daripada Kenangan zaman UK : Sedikit barangan lama sebagai 'jambatan' cerita...


"Saya juga pernah menjadi ahli kelab peminat muzik rock di universiti. Gambar yang diambil daripada  artikel Beberapa barangan lama dan kenangan di sebaliknya.... (terbit 2009) ini menunjukkan jaket kulit yang dibeli tahun 1992 di London. Turut dibeli tahun sama adalah gitar eletrik jenama Washburn (warna merah). Mungkin saya boleh membuat artikel khas tentang minat muzik di mana saya sering singgah dari kedai gitar ke kedai gitar mencuba pelbagai model, bila ada duit sikit beli alatan penyokong bunyi atau dikenali sebagai gadgets untuk sound effects."




5. Daripada Kenangan zaman UK : Tempat belajarku, University College of London...


"Tempat saya belajar adalah di Department of Mathematics, Jabatan Matematik yang terletak di bahagian atas satu bangunan lain di sudut timur-laut universiti. Sebetulnya banyak perkara mahu diluahkan tentang tempoh pembelajaran saya di sini tetapi buat masa ini tidak dapat dikeluarkan walaupun dicuba sejak siang tadi."



No comments: