Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Julai 30, 2012

Dari Jugra ke Tanjung Malim mencari batu nesan Aceh di Lubuk Jaya

Kembali ke Malaysia sebentar...


Hujung minggu dua minggu lepas saya, isteri dan anak-anak telah kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Kuala Langat.


Ada majlis tahlil diadakan di rumah seorang abang kepada isteri. Kelihatan di sini anak-anak kami memakai baju batik yang dibeli di Pekalongan, Pulau Jawa. Rujuk artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Batik Pekalongan dan makam Sunan Gunung Jati yang dibuat hampir sebulan lalu.


Esoknya kami pergi menziarahi makam Sultan Abdul Samad di Jugra. Ia adalah kali pertama anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan yang lahir bulan Februari dapat ke sini.


Boleh kata hampir setiap kali kembali ke kampung isteri kami akan mengambil peluang berjalan-jalan di Jugra dan sekitarnya kerana letaknya dalam perjalanan pergi juga kembali dari rumah kami di Bandar Tasik Puteri. Kali ini kami dapati ada perubahan ketara di sebuah makam lain tidak jauh daripada makam Sultan Abdul Samad. Lihat artikel The new look of the tomb of a wife of Sultan Abdul Samad di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Dari Jugra kami mengambil satu jalan yang sudah disiapkan separuh jalan sejak setahun dua lalu.


Namun jalan ini cuma jadi berguna setelah siapnya sebuah jambatan menyeberangi Sungai Langat, katanya dalam 2-3 bulan baru ini. Selalunya daripada Jugra mahupun Morib (oh, dari Tanjung Sepat kami selalu ke Jugra dengan mengambil jalan kecil dari Morib) kami akan ke bandar Banting dahulu kemudian sampai ke Teluk Panglima Garang. Dengan adanya jambatan baru ini kami dapat memendekkan perjalanan dengan mengelak liku-liku jalan ke Banting dan sekitarnya yang selalu sesak dengan kenderaan lalu terus masuk ke Teluk Panglima Garang.


Selalunya juga selepas Teluk Panglima Garang kami samada akan menggunakan jalan belakang di Jenjarom ke Bukit Rimau/Bukit Kemuning lalu ke Shah Alam kemudian mengambil jalan Puncak Alam masuk ke satu jalan lain yang menyambung ke jalan utama Kuala Lumpur ke Kuala Selangor. Samada itu atau kami melalui bandar Klang terus ke Meru sebelum masuk ke jalan utama KL-KS itu. Tapi kali ini saya tergerak untuk membelok ke Pelabuhan Klang sebelum sampai ke ke bandar Klang.


Saya teringin melihat kuala Sungai Klang yang terletak di sekitar ini. Mula-mula daripada jeti ke Pulau Ketam. Lihat Views from jetty to Pulau Ketam. Kedudukan jeti berdekatan kompleks feri antarabangsa mengingatkan tentang pertama kali saya masuk ke Aceh Januari 2004, ketika ia sedang darurat dilanda perang antara tentera kerajaan Indonesia dengan puak pemisah. Teringat bagaimana selepas melalui pelbagai cabaran saya kembali ke Malaysia melalui kompleks feri tersebut.


Kemudian saya melihat keadaan dari satu jeti lain yang terletak sedikit ke pendalaman. Lihat Klang river from Bagan Hailam.


Dari Pelabuhan Klang kami mengelak kesesakan teruk yang biasa terdapat di Bandar Klang dengan mengambil jalan terus menghala ke North Port atau Pelabuhan Utara. Saya tak pasti jika pernah mengambil laluan ini. Di sini terdapat jambatan menyeberang Sungai Klang yang paling dekat dengan kuala. Lihat Klang river from the bridge to the North Port.


Ini pula di Pantai Remis yang terletak di laluan berhampiran pantai Klang-Kapar-Kuala Selangor. Sebenarnya sebelum sampai ke kampung isteri lagi kami sudah merancang untuk mengambil laluan ini apabila kembali kerana mahu singgah ke satu bahagian pendalaman daerah Kuala Selangor untuk mencari sejumlah makam berbatu nesan Aceh yang kewujudannya saya baru tahu lebih sebulan lepas. Sejak itu saya menunggu masa yang sesuai untuk mencari makam-makam tersebut. Namun sampai di Pantai Remis ni pun dah lepas 5 petang. Nak cari makam rasa dah terlewat dan kami pun dah penat. Nampaknya pencarian harus ditunda ke hari lain...


Seminggu kemudian kami pergi ke Tanjung Malim yang terletak berhampiran sempadan Selangor dan Perak. Perhatikan gambar yang sedikit melebar ini. Untuk pengetahuan, gambar ini dan 2 berikutnya diambil menggunakan perakam video. Sebenarnya hari selepas kembali dari Pantai Remis dan berehat di rumah saya telah memulakan langkah untuk mencari makam berbatu nesan Aceh di pendalaman Kuala Selangor. Tetapi entah kenapa, atas sebab apa, saya baru menyedari kehilangan kamera setelah 3 km meninggalkan rumah. Lihat artikel Makna di sebalik tamatnya perkhidmatan suatu kamera... yang dibuat seminggu lalu.


Berbalik ke Tanjung Malim. Kami ke sana kerana isteri perlu bertugas malam di Kalumpang 7 km dari situ. Maka kami pun bermalam di bandar yang terletak dalam negeri Perak itu. Esoknya kami masuk kembali ke negeri Selangor melalui Hulu Bernam, lalu di Masjid Sheikh Ismail yang memiliki sejarahnya yang tersendiri.


Dalam perjalanan itu, buat pertama kali sejak sekian lama timbul hasrat untuk menziarahi makam orang bernama Sheikh Ismail yang namanya diambil menjadi nama masjid. Kami dapat tahu makam beliau terletak dekat dengan makam seorang lagi tokoh besar tempatan iaitu Mustafa bin Raja Kamala, penghulu pertama Hulu Bernam dan Tanjung Malim (rujuk artikel lama Ke Tanjung Malim bersama Al-Rasyid... untuk mendapatkan 'feel' jejak Raja Kamala. Apa pula 'kebetulan' nombor yang berlaku?). Kebetulan bapa kepada seorang rakan, seorang warga situ sudi menunjukkan jalan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sheikh Ismail, Hulu Bernam dan Makam (Tomb of) Haji Mustafa bin Raja Kamala di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Bapa rakan yang datang bersama isterinya turut membawa kami melihat satu bahagian Sungai Bernam yang menjadi tempat kesukaan keluarga mereka berehat dan berkelah. Lihat Bernam river near the north-south main trunk road. Selepas itu kami pun singgah di rumah mereka. Tak sangka pula kami akan melepak lama malah berbuka puasa di sana.

Ikut selepas Asar atau lebih awal kami mahu mencari batu nesan Aceh di pendalaman Kuala Selangor... dengan mengambil Lebuhraya Plus dari Tanjung Malim ke Bukit Tagar kemudian mengambil jalan berdekatan Batang Berjuntai menghala ke Kuala Selangor. Tetapi bila dah duduk kat rumah timbul rasa penat. Kebetulan pula turun hujan, kami anak-beranak pun terlelap. Tak mengapalah... suasana pun meriah apabila rakan yang dimaksudkan balik kampung, begitu juga adik-beradiknya yang lain dan keluarga masing-masing untuk berbuka hari pertama puasa bersama ibu bapa mereka.


Semalam petang baru saya dan isteri dapat membawa anak-anak betul-betul mencari batu nesan Aceh di pendalaman Kuala Selangor. Lokasinya di Kampung Lubuk Jaya berdekatan Bukit Belimbing. Biar diberitahu... gambar ini dan gambar-gambar seterusnya diambil menggunakan kamera baru yang dibeli Jumaat lalu.


Alhamdulillah, selepas bertanya kepada seorang warga tempatan kami dapat mencari lokasi.

Ternyata ada sejumlah batu nesan Aceh di sini. Ia merupakan lokasi ketiga di negeri Selangor di mana kami dapat melihat batu nesan istimewa ini.

Terjumpa pula serpihan papan tanda memberitahu bahawa kawasan ini pernah dijadikan tapak ekskevasi arkeologi oleh pengkaji profesional melibatkan pihak muzium dan pensyarah universiti. Tarikh kerja ekskevasi dibuat 11 Mei-11 Jun 2009 mengingatkan kali pertama saya dan isteri dapat bersama berjalan-jalan di Aceh. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur... .



Kami turut mencari satu lagi tanah perkuburan di Lubuk Jaya...


Fikir kami mungkin di sini juga ada batu nesan Aceh.


Namun ternyata nesan-nesan situ adalah jenis batu granit yang dipahat. Apa yang saya dapat dilihat banyak kuburan sini adalah dari tahun 1950an...


Dari Lubuk Jaya kami ke Bukit Belimbing kemudian singgah di Bukit Raja di mana terdapat juga sejumlah makam lama tetapi bukan berbatu nesan Aceh. Kami turut singgah di kawasan perkuburan Pasir Permatang yang pernah terdapat batu nesan Aceh (sekarang dah hilang apabila pokok besar di situ tumbang) kemudian berbuka puasa di masjid bandar lama Kuala Selangor yang terletak di kaki Bukit Melawati. Perjalanan kali ini terasa seperti penutup satu rangkaian penjelajahan melibatkan lokasi-lokasi tertentu di sekitar Kuala Selangor yang terasa ada kaitan dengan sejarah lama Selangor yang terasa turut melibatkan Perak. Dengan itu biar diletakkan links beberapa artikel lama berkaitan :-



Bukit-bukit 'berhantu' di Kuala Selangor dan batu nesan Aceh di perdu pokok - Membuka kaitan Aceh-Bugis dan cerita sebenar sistem penggiliran Perak?

Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung

Mencari Bukit Raja di Kuala Selangor... singgah juga di Bukit Talang, Kampung Permatang dan beberapa tempat


Nak lagi cantik pergi ke bahagian paling bawah blogspot ini. Lihat sebelah kiri di bawah tajuk "Pembongkaran yang bakal menggegarkan dua kesultanan?". Baca setiap artikel yang tersenarai. Sekian.

4 ulasan:

AbdElHmyd berkata...

Salam bang...

Sabtu malam yang lepas, hamba balik ke banting & melalui jalan dalam (pulau carey).

Sampai je kat jambatan segenting, hati ni terdetik, Si Merah Silu ni akan melalui jalan ni nanti.

Tengok2 hari ni, ade gambar jalan nak ke jambatan tu...

Hahaha...

Tapi tak tau le bile abang melalui jalan ni...

Wassalam...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya lalu tu 15 Julai. Sebelum tu ada gak beberapa kali recce bila balik kampung tapi tengok jalan tak siap2...

MTSP berkata...

Salam perkenalan..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.