Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, August 01, 2012

Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Wali Hassani di Kebumen, Buddha di Borobudur dan Jawa Kejawen di Jogja...

Assalamualaikum semua. Malam ini sudah masuk 13 Ramadhan sedangkan tarikh 'Orang Putih' 1 Ogos. Kiranya ada faktor 131 yang merupakan nombor home sweet home buat saya. Maka biar disambung cerita dari Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari Tasikmalaya ke Banyumas menjejak rasa leluhur isteri.


Sabtu 12 Mei 2012 kami berjalan-jalan di satu kawasan perumahan berdekatan bandar (ke pekan?) Kebumen.


Adapun daerah Kebumen adalah tempat asal leluhur isteri saya sebelah ibu. Bapa kepada ibunya telah berhijrah dari Kebumen ke Kuala Langat, Selangor tetapi kami tidak tahu dengan tepat tempat asalnya. Dengan kuasa Allah kami telah berkenalan dengan satu pasangan suami isteri dalam bas dari Banyumas malam sebelumnya. Apabila mendapat tahu misi kami berjalan sambil menjejalk rasa atau aura para leluhur kami diajak bermalam di rumah mereka.


Si suami begitu bersemangat mahu menunjukkam satu dua makam yang terdapat berdekatan. Ini salah satunya, cuma sekitar 200-300 meter dari rumah mereka. Lihat artikel Makam (Tomb of) Mbah Ireng, Kebumen di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Pasangan tersebut bersama isteri dan anak-anak saya. Si suami kami panggil Pak Agus.


Paling istimewa mereka mahu kami melihat makam seorang wali besar dahulukala yang berasal dari keturunan Saidina Hassan.


Selepas masuk ke dalam kami terkial-kial mencari pula. Lihat artikel Looking for the tomb of a Hassani Sheikh in Kebumen di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Rupa-rupanya Pak Agus sendiri tak tahu makam yang dicari yang mana satu. Mungkin dia cuma biasa mendengar nama tetapi baru tergerak hendak menjejak kaki bersama kami.


Ini tidak menghairankan kerana kami sudah beberapa kali terjumpa warga tempatan tempat lain yang begitu teruja menunjukkan makam orang penting di tempat mereka kepada kami... sedangkan mereka sendiri belum pernah menjejakkan kaki. Rupa-rupanya yang dicari adalah makam pertama kami lihat sebaik sahaja meletakkan kereta. Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Kahfi al-Hassani.


Selepas itu sampai masa meneruskan perjalanan. Pak Agus dan isteri menurunkan kami di terminal bas Kebumen.


Tidak lama kemudian kami pun mendapat bas menghala ke Magelang, sebuah bandar penting di tengah Jawa Tengah.


Tetapi kami turun belasan kilometer gitu sebelum sampai ke Magelang... di pekan bernama Salaman.


Kemudian mendapatkan lagi satu bas.


Tempat turun seterusnya adalah di terminal bas Borobudur. Sudah dapat agak tujuan kami?


Dari terminal kami naik beca untuk sampai ke satu tempat yang sangat terkenal. Lihat dahulu artikel Walking to Borobudur


Nah. Tengok gambar ini sahaja sudah ramai orang boleh meneka ke di manakah ini. Sesungguhnya Candi Borobudur memang diketahui ramai, reka bentuknya orang boleh cam dan kenal. Sepertimana Big Ben dan Tower Bridge menjadi ikon bagi kota besar London, Menara Eiffel ikon Paris, orang yang tak pernah sampai England dan Peranchis boleh tahu, begitu juga halnya Borobudur. 


Akibat begitu teruja anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang baru berumur 2 tahun 7 bulan sanggup memanjat sendiri, tidak mahu didokong mahupun dipimpin. Sampai ke atas dia terus menjerit "Menang!". Lihat Climbing Borobudur to the top. Saya pun sama seronok. Ternyata selain bentuk binaan dan ukiran yang ada pemandangan di sini memang cantik. Sambil-sambil itu saya cuba menyerap rasa candi yang dikatakan berunsur ajaran Buddha tetapi pada saya menggambarkan ajaran tauhid mirip ilmu Tasawuf daripada syariat nabi-nabi terdahulu. Baca artikel-artikel berikut dan teliti gambar-gambarnya...











Ini pula kami di terminal bas bandar raya Jogjakarta ataupun Jogja.


Dari Borobudur kami mendapatkan bas terakhir ke Jogja hampir jam 7 waktu malam.


Kami menaiki bas lain untuk ke pusat bandar raya. Ternampak sepanjang jalan orang begitu ramai kerana satu, kami sampai malam hujung minggu. Kedua, Jogja memang ramai pelancong dan kebetulan hari itu ada konsert percuma. Lihat Festive night at Jogja...

Kelihatan di sini kami menukarkan baju anak bongsu kami Muhammad Alauddin Johan yang ketika itu berumur 2 setengah bulan di atas pangkin berdekatan sebuah surau. Di sini keadaannya senyap sedikit. Ada pula tandas dan bilik mandi di mana kami boleh menyegarkan diri sebelum berjalan lagi.


Destinasi utama kami di Jogja adalah masjid utamanya yang merupakan masjid diraja. Lihat Masjid Raya (Main mosque of) Jogjakarta.


Kemudian kami pergi melihat Keraton Jogja atau istananya. Kebetulan konsert diadakan di alun-alun atau pada berhadapan istana. Cuma saya tak terfikir hendak mengambil gambar-gambar konsert. Lihat Keraton (Palace of) Jogjakarta.


Kami turut melihat sebuah istana lain yang terletak keluar sedikit dari pusat bandar raya. Selepas pintu masuk utama saya dapat melihat patung dewa Hindu ini, sedangkan istana mewakili sebuah pemerintahan yang mengaku Islam. Kemudian saya diberitahu banyak lagi perkara serupa boleh dilihat di Jogjakarta di mana orang-orang mengaku Islam membuat amalan seperti orang Hindu. Saya sudah lama tahu ini. Itulah yang sering disebut sebagai Jawa Kejawen. 

Alhamdulillah saya sampai Jogja waktu malam dan meninggalkan pun dalam kegelapan. Diakui ia sebuah kota yang menarik dan memang cantik tetapi kami perlu berkejar lagi untuk menziarahi tempat-tempat lain apalagi kami perlu kembali ke Malaysia lusanya nanti. Kalaulah kami berjalan siang tak tahulah lagi apa kami boleh nampak. Kami bukannya pelancong biasa yang mungkin begitu seronok dengan kebebasan kebudayaan tanpa mengira agama. Kalau banyak sangat terlihat hal seperti patung dewa ini ditakuti saya boleh naik panas baran. Kalau patung di kuil saya tak marah kerana sah-sah le itu cara kepercayaan mereka. Tapi kalau di tempat orang yang mengaku Islam? Hmm... cukup.



No comments: