Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 13, 2008

Mari '"membongek" sat!


Ini adalah sebuah papan-tanda nama tempat di Negeri Sembilan yang saya lihat dalam perjalanan malam daripada Rembau ke Seremban untuk kembali ke Kuala Lumpur... Setelah selesai menziarahi beberapa tempat dan makam-makam lama di negeri itu, satu perjalanan yang kemudian diceritakan kembali melalui ulasan-ulasan dalam klip video yang dipaparkan dalam siri artikel "Kembara ke Negeri Sembilan" dalam tempoh 2 minggu ini. Melihat papan-tanda ini, terus timbul rasa lucu melihat nama "Bongek" itu. Terbit pula satu fikiran... Agaknya di sinilah dia rumah Pak Mail Ngok-Ngek! Entah siapa Pak Mail yang dimaksudkan, entah apa makna "ngok-ngek"? Tapi itulah yang terbit dalam fikiran.

Gambar ini sebenarnya telah dipaparkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , dalam artikel Journey to Negeri Sembilan... A night visit to the tomb of Raja Melewar before the journey is closed yang merupakan wrap-up terakhir untuk cerita kembara ke Negeri Sembilan itu. Tetapi apabila dilihat kembali, rasa rugi pula gambar papan-tanda Bongek itu tidak dipaparkan di sini kerana rasa lucu melihat nama itu lebih sesuai diceritakan dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris. Maka itu mari kita "membongek" sat!

Sebenarnya saya pun tak tahu apa makna perkataan 'bongek" ni. Tapi saya ingat masa zaman budak-budak dulu selalu jugak guna perkataan ini bila kutuk-mengutuk kawan-kawan! Cuma bila dah masuk umur 30an baru tahu rupanya ada pula tempat nama Bongek di Negeri Sembilan!

Apapun, saya cuba mencari makna "bongek" di Internet... Buat google search tadi, tengok-tengok ada lebih 50,000 entries! Kira famous gak le nama "bongek" ni yek! Lalu saya cuba pula mencari jika ada apa-apa website menceritakan makna perkataan "bongek" ini...

Setelah masuk ke mukasurat 5 google search perkataan "bongek" ni, baru terjumpa sebuah site yang ada memberi definisi perkataan "bongek". Ini katanya... Saya copy n paste aje ya...

---------------------

08 April 2007

Bongek!
Tahukah anda apa makna perkataan bongek?...Mengikut kamus dewan bahasa dan pustakounis, maksud bongek adalah seakan2 bongok, tapi dalam versi yang lebih mesra alam dan ada unsur2 humor apabila ditutur...Perkataan ini boleh diaplikasi dalam contoh situasi berikut: -Situasi 1-
Anda nak renew road-tax, tapi baki insuran anda ada 5 bulan..(kes lambat renew la ni...hahaha)..So anda kena extend dulu insuran anda sebulan,baru bleh renew roadtax dengan minima 6 bulan. Anda pun pegi extend insuran di hari Selasa..(sebab anda off day ari tu..heheh) Dah selesai anda pun pergi la ke pejabat pos untuk renew roadtax..tiba giliran anda, akak kaunter tu cakap yang insuran anda tak cukup 6 bulan, walhal anda telah extend insuran anda sebelum tu. So anda call balik orang insuran...bla bla bla dia kata ada signal error antara JPJ dan keluarga mereka. Dia suh buat esok...anda pun '..oo ok, tapi kalau esok takpe ker tempoh insuran ni?..' dan akak insuran tu cakap..'Oo takpe..2-3 hari takpe lagi..".....
Rabu keesokannya di waktu lunch anda pegi ke pejabat pos dengan satu harapan untuk setelkan road tax anda.Alih2 akak pejabat pos tu kata lagi...'hencik insuran hencik ni tak cukup lagi...kena tambah dulu..". dan bagai pisang berbuah dua kali,anda pun macam pisang terpaksa berbuah dua kali jugak..explain benda yang sama macam semalam..dan hari tu keputusannya tetap sama..JPJ punya signal error! So di sini anda sudah boleh mempraktikkan perkataan 'bongek' dalam hati anda...
Khamis keesokannya di waktu lunch lagi anda pegi ke pejabat pos lagi dengan satu harapan lagi....dan bila jawapan orang pos ofis tu adalah sama dengan hari semalam, maka disini juga anda boleh mempraktikkan perkataan 'bongek' tak kira di hati mahupun dimulut..praktikkan disepanjang perjalanan balik anda ke ofis jika anda terpaksa skip lunch anda dihari itu...
Jumaat keesokannya lepas semayang Jumaat, anda masih ada cukup masa untuk setelkan roadtax, so anda ke pejabat pos lagi dengan harapan menggunung ganang. Tapi kali ini anda mendapat kezutan bila akak pos ofis tu kata tidak ada yang terkeluar minggu ini....eh...akak tu kata masih tidak ada signal error..dan kezutan anda mencapai tahap dewa bila anda call orang insuran dan dia kata plak..." hencik, saya dah cek hencik punya insuran ni, tapi tempohnya tak cukup untuk buat roadtax..hencik kena tambah TIGA HARI untuk tempoh insuran, baru hencik boleh renew roadtax...."..... jadik disini adalah amat wajar anda menggunakan perkataan 'bongek' mengikut tahap kewarasan anda...jika tahap kewarasan anda adalah sifar, anda boleh gunakan bersama perkataan2 lain yang sama waktu dengannya dan jeritlah tanpa mengira pitching lari ke tak...Tapi jika anda masih waras anda bolehlah gunakan perkataan 'bongek' itu dan tujukan kepada kerusi,meja,lampu kalimantang, kipas, mesin ATM, toilet, elevator, helmet dan apa jua benda2 yang anda nampak disepanjang perjalanan balik anda ke ofis......
...........BonGEKKK!!!!!..........


-Situasi 2-


Anda sedang memandu, menghala masuk ke hiway NKVE. 500 meter dihadapan anda adalah plaza tol Kota Damansara.Tetiba dapat call dari seseorang yang anda kenali. Andapun menghandsfreekan henpon anda dan stat berborak. Perbualan di henpon semakin indah, jadi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku anda mengambil lorong paling kiri dan memandu dengan kelajuan bola bowling anda sahaja..tak laju lebih kurang 20-30km/j sahaja, cuuukup slow n stedi... Selepas beberapa ketika anda rancak berborak, baru anda perasan......yang anda kini telah berada di dalam hiway NKVE...jadik anda tertanya2, dimanakah plaza tol Kota Damansara tadi??
Maka di sini anda layak menggunakan perkataan 'bongek' dan tujukan kepada diri anda.Gunakan perkataan ini sehingga anda jumpa plaza tol yang seterusnya.......
...............bwarghahahaha.....boNGEEKKKKK!!!.......

---------------------

Ah... Barulah puas saya "membongek" di sini... Baru boleh disambung cerita dengan luahan rasa yang lebih serius!

Pagi tadi sekitar jam 9 saudara Syahir menalifon saya daripada Kuala Kangsar. Katanya dia baru sahaja menziarahi makam Sheikh Abdul Qadir (kata orang ia makam persinggahan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani ) di sana!

Terus teringat bahawa malam sebelumnya, malam Jumaat saya ada membuat posting bertajuk Mengambil berkat naskah Quran dari Aceh? di mana ada disebut bahawa malam itu selepas Isyak, saya bercadang untuk menyiapkan editting bab bertajuk "Sedikit tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jilani" daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" sebagai persediaan untuk kemungkinan membuat cetakan kedua juga edisi Internet siri buku BKA... Lalu dalam posting ini juga, saya "tersebut" mengenai kewujudan posting bertajuk Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? yang dibuat September 2007. Apakah ada kena-mengena semua ini? Apapun editting bab itu dapat disiapkan malam itu...

OK. Lagi satu yang ingin saya luahan. Selepas selesai pengembaraan terbaru saya ke Pantai Timur pertengahan April, satu pengembaraan yang juga merupakan penamat kepada 3 siri pengembaraan (1. Selatan iaitu Johor, 2. Utara iaitu Kedah dan Perak dan 3. Pantai Timur), saya bercadang tidak mahu lagi mengembara sekurang-kurangnya buat satu tempoh yang lama. Lalu fikir saya, untuk artikel-artikel seterusnya dalam masa terdekat di sini, akan saya imbas kembali perjalanan umrah ke Mekah dan ziarah ke Madinah yang saya lakukan tahun 2005 juga satu perjalanan spontan sehelai sepinggang ke Singapura pada Hari Raya tahun 2006 setelah 20 tahun tidak ke sana!

Untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula akan saya mulakan satu siri penceritaan zaman kolej menuntut peringkat "A" Levels diikuti zaman universiti saya di England tahun 1991-1995. Pendek kata, saya bercadang cuma mahu duduk di sekitar Lembah Kelang sahaja seraya mengupas dan cuba mengingat peristiwa-peristiwa lama untuk dijadikan bahan bercerita... Sebaliknya saya dibawa berjalan lagi untuk menziarahi makam-makam lama di Negeri Sembilan. Tidak lama kemudian pergi pula melihat beberapa makam dan tempat di Perak!

Apapun, cerita mengenai kembara ke Negeri Sembilan ini telah pun selesai disampaikan di sini lalu kini 'ditutup' pula dan artikel "bongek" ini! Insyaallah tak lama nanti akan saya mulakan cerita terbaru di Perak... Kemudian mungkin baru saya boleh bercerita tentang perjalanan spontan ke Singapura diikuti pengalaman umrah yang ada ceritanya yang tersendiri? Ah... Itupun kalau saya tidak dibawa untuk ke Negeri Sembilan lagi dalam masa terdekat... Sekian luahan. Selamats! :]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askm,
Di tempat kerja aku ada staff nama BONGEK,orang semua kenal sebab dia Pengali Kubur Kariah Bangi