Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, April 17, 2011

Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur

Cerita ini boleh dikatakan bersambung dari Mencari makam panjang dan lain-lain di Jeram, Kuala Selangor.


Merujuk pada artikel Dari Putrajaya ke Semenyih dan Hulu Langat : Akhirnya bertemu batu nesan Aceh di Kuala Lumpur! yang dibuat 5 hari lalu, tengahari Jumaat 2 hari lepas saya dan isteri tergerak untuk menziarahi makam Harun Al-Rasyid lagi. Kali ini kami dapat duduk dan berbual lama dengan anak penjaga makam. Terkeluarlah beberapa maklumat tertentu...


Keluar dari kawasan makam saya masuk ke Jalan Pahang lalu mengambil gambar masjid ini. Untuk makluman inilah satu-satunya masjid di Kuala Lumpur pernah saya temui memakai bentuk ukiran yang saya suka panggil sebagai lidah terjulur atau tergantung... atau nama rasminya papan kepala cicak. Lihat artikel Bentuk kepala cicak pada Masjid Jamiul Ehsan (The lizard head shape at Jamiul Ehsan mosque) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) hampir setahun lalu.

Teringat pula perbualan dengan anak penjaga makam Harun Al-Rasyid. Katanya nenek-moyangnya dahulu adalah penjaga makam keramat yang dipanggil Nagore Sharif di India. Rujuk penulisan pada artikel Nagore Dargha Sheriff, Pulau Pinang yang dibuat bulan lepas. Datuknya kemudian berhijrah ke Pulau Pinang. Tahun 1930an dia datang ke KL lalu terjumpa makam Harun Al-Rasyid, katanya ketika itu di celah hutan, tak pun semak belukar...

"Datuk sayalah yang membina bangunan makam itu," katanya lagi. "Keluarga kami pun mula menjaganya." Melihat tahun yang diberi iaitu 1930an, terbetik di hati apakah ada kena-mengena dengan masjid di Jalan Pahang yang dibina 1933? Sambil itu teringat juga bahawa makam Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka mula dipelihara dan dibina bangunan cantik sekitar tempoh itu juga. Sebelum itu ia cuma dikenali sebagai makam panjang oleh nelayan yang singgah. Mengikut ceritanya selepas itu ada orang mendapat alamat lalu menyampaikannya kepada Sultan Brunei. Kerabat baginda dikatakan bertanggungjawab membina bangunan dan membuat ia terkenal...



Dari Jalan Pahang kami masuk ke Jalan Gombak di mana saya bersolat Jumaat di masjid ini. Lihat artikel lama Masjid (Mosque of) Zaid bin Haritsah. Selepas itu saya pun menghantar isteri kembali ke pejabat.



Petang sedikit saya pergi ke sebuah stesyen minyak Shell untuk berjumpa seorang kawan. Asalnya janji untuk bertemu jam 4 petang, tengok-tengok masuk waktu itu beliau baru hendak keluar rumah dari Sungai Long berhampiran Kajang. Allah! Saya pun berjalan-jalan dahulu di sekitar. Tergerak untuk masuk ke Sungai Pusu melihat pemandangan. Lihat artikel The hills at Sungai Pusu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


OK. Sejak keluar artikel saya mengenai kewujudan makam Harun Al-Rasyid yang memiliki satu-satunya batu nesan Aceh pernah saya lihat di Kuala Lumpur malah sekitar 70 km di sekeliling, ramai juga telah bertanyakan lokasinya. Tetapi saya tidak mahu memberitahu kerana tidak mahu ia dikacau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Dalam pertemuan dengan anak penjaga makam tengahari Jumaat baru saya dapat tahu lokasi makam ini memang diketahui pihak berkuasa termasuk jabatan agama. Nampaknya mereka tidak berapa suka ia dijaga dan diziarahi orang ramai.


Saya juga dapat tahu baru bahawa baru beberapa hari ini keluarga penjaga makam mendapat surat mengatakan kawasan itu harus dikosongkan tidak lama lagi. Ini kerana menurut ceritanya tanah yang mengandungi makam telah dijual kepada satu syarikat yang mahu mendirikan sebuah sekolah Cina. Makam pula mahu dialihkan ke Puchong. 

Pada saya ini adalah satu lagi usaha untuk meminggirkan sejarah orang Melayu dan Islam kerana kewujudan makam dengan batu nesan Aceh yang menandakan ia berusia sekurang-kurangnya 200 tahun boleh dijadikan bukti bahawa penempatan orang Islam sudah lama wujud di Kuala Lumpur. Kalau ia dialihkan sepertimana ada usaha juga untuk mengeluarkan orang Melayu dari Kampung Baru atas nama pembangunan, ditakuti esok sejarah kita diubah dan ditipu langsung sehingga dikatakan seluruh Wilayah Persekutuan ini memang asal tempat duduk orang Cina dari zaman Yap Ah Loy, si kepala penyangak yang sering ditonjolkan sebagai peneroka awal Kuala Lumpur tahun 1850an.

Adapun kedudukan makam Harun Al-Rasyid ini adalah di satu bahagian Sentul yang sangat dekat dengan Sungai Gombak, bersebelahan dengan kawasan Flet Sri Terengganu. Boleh kelihatan rel LRT yang menyambungkan stesyen Titiwangsa dengan stesyen Sentul menyeberang sungai itu. Difahamkan dahulu rel LRT mahu dibina melalui kawasan makam tetapi percubaan merobohkannya tidak berjaya apabila jentolak sentiasa sahaja menghadapi masalah. Semoga Allah SWT terus melindungi kewujudan makam sebagai tanda keberadaan orang Islam secara umumnya, orang Melayu khususnya di Kuala Lumpur sejak sekian lama.

Oh. Kawasan sekitar rel yang kelihatan di mana terdapat satu jalan dari tepi Hospital Tawakal keluar ke hadapan stesyen bas Pekeliling mengingatkan bagaimana saya boleh tergerak buat pertama kali untuk pergi menziarahi makam Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu tahun 2003. Lihat artikel Ustaz Wan Saghir, Khazanah Fathaniyah, perjuangan Islam dan aku... yang dibuat hampir 4 tahun lalu. Ada sedutan berkenaan yang diambil dari buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang ketika itu belum terbit, isinya masih menunggu giliran untuk disemak kembali kerana ketika itu buku kedua "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" baru sahaja keluar di pasaran. Hmm. Biar disalin sedutan dari artikel tersebut...

Pada satu hari tahun 2003, setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Sungai Mulia di Batu 6, Jalan Gombak, Rasyid tergerak untuk berjalan kaki tanpa sebab menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur. Seperti biasa, apabila mendapat gerak dan getaran tertentu dalam hati, pemuda ini akan mengikut sahaja tanpa banyak soal kerana percaya akan ada hikmahnya nanti... Tentu akan ada sebab-musabab dan penemuan baru yang akan dibuat samada secara sengaja ataupun tidak. Maka dia pun berjalan tanpa henti menyusuri kesibukan serta hiruk-pikuk Jalan Gombak lalu masuk ke Jalan Pahang. Sampailah di sebuah masjid lama berusia 70 tahun, barulah berehat setelah hampir 8km berjalan tanpa henti.

Kebetulan sudah hampir masuk waktu Asar. Anak muda yang sedang cuba memperbaiki dirinya dengan mendekati kembali agama inipun menunaikan Rukun Islam yang wajib itu sebelum menyambung kembali perjalanan hampir 2km lagi ke Hospital Tawakal. Di sana gerak hatinya menyuruh membelok ke kanan pula. Lalu Rasyid pun menyusuri sebuah jalan yang belum pernah dilaluinya sebelum itu, tidak ingat nama jalan itu... Tetapi pemuda itu masih ingat, di dereten kedai yang dilaluinya, terdapat Restoran Haslam milik pengarah filem terkenal iaitu Yusuf Haslam.

Sampai ke penghujung deretan, selepas melalui perkarangan sebuah bangunan tunggal yang agak besar, terjumpa sebuah kedai cermin mata yang ada menjual buku-buku agama di satu sudut. Tergerak pula hendak singgah sebentar... Masuk sahaja ke dalam, anak muda yang sudah lama meminati bidang Tasawuf ini terus tertarik kepada sebuah buku... Terus ternampak buku itu yang terletak di tengah para walaupun terdapat banyak lagi buku serta bahan bacaan lain pelbagai rupa, warna dan saiz di sekeliling. Sebenarnya, buku itu adalah sebuah risalah photostat yang dijilid dengan kertas berwarna kuning sebagai kulit. Tidak ingat tajuk penuhnya... Yang pasti, ada tertera nama Tok Pulau Manis dengan terang di hadapan. Rasyid pernah dengar nama ini. Pemuda ini memang suka membaca kisah para wali Allah dan Tok Pulau Manis termasuk dalam golongan ulamak bernama besar di Tanah Melayu. Tetapi sebelum itu, dia tidak pernah berminat atau hendak mengambil tahu lebih lanjut tentang Wali Allah ini. Baru kali itulah tergerak untuk membaca sedikit tentangnya. Lalu dia mendapat tahu bahawa wali besar dan ulamak dahulukala dari Terengganu ini pernah menuntut ilmu di Aceh malah pernah berguru kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel, anak murid wali besar Aceh Sheikh Hamzah Fansuri.

Tiba-tiba tubuh seluruh tubuh Rasyid bergetar. Mungkinkah ini satu petunjuk sebagai jawaban bagi doanya selepat solat Jumaat tadi? Jawaban bagi permohonannya kepada Allah SWT untuk disambungkan wasilah kerohanian sampai ke Aceh? Ini kerana pemuda berdarah Aceh ini mula mengenali dunia Tasawuf setelah terbaca ulasan dan syair-syair Hamzah Fansuri ketika berumur 18 tahun. Lalu terus timbul gerak untuk ke Terengganu, setelah mendapat tahu bahawa makam Tok Pulau Manis ini masih wujud di Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu.



OK. Masjid di mana saya mendapat gerak untuk berjalan kaki itu adalah masjid di Jalan Gombak yang ditunjukkan pada gambar ketiga artikel ini, masjid yang disinggahi waktu Asar selepas penat berjalan pula adalah pada gambar kedua. Allah! Ketika itu sekitar 8 tahun lalu saya meninggalkan masjid tersebut selepas solat Jumaat, 2 hari lepas pula saya bersolat Jumaat lagi di situ setelah beberapa lama tidak ke sana. Dalam perjalanan 8 tahun lalu saya bergerak menghala ke Kuala Lumpur, dari Jalan Gombak masuk ke Jalan Pahang lalu ke Sentul. Dalam perjalanan 2 hari lepas pula saya melawan arah, dari Sentul ke Jalan Pahang pergi ke Jalan Gombak.

Adapun anak penjaga makam Harun Al-Rasyid ada menyebut dua perkara yang mungkin ada kena-mengena. Satu, Harun ini dikatakan datang dari Baghdad. Dua, ini dipercayai berlaku sekitar 300 tahun lalu. Saya teringat ada kenyataan menyebut Tok Pulau Manis juga datang dari Baghdad. Kalau tidak pun beliau adalah keturunan seorang wali besar bernama Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang memang datang dari Baghdad, orang yang dipercayai menulis Batu Bersurat Terengganu tahun 1303 Masihi begitu. Tok Pulau Manis diketahui hidup di Terengganu 300 tahun lalu. Entah-entah beliau dan Harun Al-Rasyid yang dimakamkan di Sentul itu saling mengenali, entah-entah saudara-mara, keturunan Sharif Muhammad juga?

Ah. Entah-entah saya berjalan kaki ke Sentul 8 tahun dahulu itupun kerana ada tarikan dari makam Harun Al-Rasyid tetapi belum mengetahuinya. Mungkin perjalanan Jumaat 2 hari lepas dibuat untuk melengkapkan satu pusingan? Selepas perjalanan hari Jumaat juga tetapi pada 8 tahun lalu di mana ia dibuat melalui jalan yang sama tetapi berlawanan arah. Yang pasti hari ini saya mahu semua orang tahu di manakah kedudukan makam agar semua dapat melawat. Usahakanlah apa yang patut dan termampu agar makam tidak dirobohkan, satu simbol keIslaman di Kuala Lumpur tidak dihilangkan. Dengan ini biar diletakkan di bawah gambar yang mengandungi alamat makam, gambar yang sebenarnya telah diletakkan di dalam artikel Makam (Tomb of) Harun Al-Rasyid, Kuala Lumpur 5 hari lalu tetapi dengan alamatnya sengaja dihilangkan...



Nota: Dengan menggunakan gambar satelit yang dipaparkan melalui program Google Earth baru saya dapat menyemak dengan tepat. Perjalanan dari masjid di Jalan Gombak sehingga masjid di Jalan Pahang sebenarnya cuma memakan jarak 3 km bukannya 8 km seperti disebut pada sedutan isi buku. Maklumlah saya menulis dahulu cuma berdasarkan ingatan dan ketika itu terasa begitu jauh apabila berjalan kaki, tiada alatan seperti Google Earth untuk disemak balik kenyataan. Perjalanan dari masjid di Jalan Pahang sehingga membelok kanan di Hospital Tawakal pula 1.3 bukan 2 km. Pengunjung boleh datang ke makam Harun Al-Rasyid bila-bila masa tetapi pintu makam dikunci siang hari. Ia cuma dibuka jam 7 petang hingga malam. Harap maklum. :]


Mencari makam panjang dan lain-lain di Jeram, Kuala Selangor

OK. Ini adalah artikel selingan pertama setelah siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" dimulakan 2 hari lepas.


Rabu baru ini saya pergi ke Shah Alam lalu singgah di masjid negeri.


Semasa hendak bersolat saya tiba-tiba diganggu.


Entah kenapa boleh terlihat lukisan orang batu pada permaidina masjid. Hek eleh! Lihat artikel The huge Shah Alam mosque di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Saya ke Shah Alam untuk berjumpa seorang kawan dan kenalan-kenalannya di Taman Seni Islam yang terletak bersebelahan masjid.


Ada sedikit perbincangan tentang seni khat terutama yang terdapat pada batu nesan Aceh.


Esoknya petang Khamis saya dan isteri pergi ke Pasir Tuntong di Kuala Selangor. Oh, sebelum itu lihat artikel Masjid (Mosque of) At-Taufiqiah, Jalan Kuala Selangor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Setelah mendapat tahu di sekitar ini ada sebuah makam panjang yang telah digunakan sebagai lokasi mencari makhluk halus dalam satu rancangan televisyen bertajuk "Mastika mencari logika" di Astro Prima (baru keluar ceritanya Jumaat malam Sabtu 2 hari lepas), isteri saya teringin melihat makam tersebut.


Berpandukan maklumat yang diberikan oleh seorang kenalan yang menetap tidak jauh dari sini, kami pun mencari sebuah rumah kuning di tepi jalan.


Sekitar itu boleh kelihatan sebuah pohon kemboja yang besar dan tinggi.


Pergilah ke pohon itu.


Pangkalnya tumbuh dari bahagian kaki makam panjang. Lihat Makam panjang (Long tomb), Pasir Tuntong, Kuala Selangor.


Kami tidak tahu makam itu milik siapa. Saya pula seronok memanjat pohon kemboja.


Selepas kenalan itu datang berjumpa di makam, dia ikut sama dalam kereta kami pergi ke Bukit Jeram.


Di kaki bukit sekali lagi kami melihat tanah perkuburan. Kami cuma ingin memastikan jika ada nilai sejarah yang patut diberi perhatian. Lihat Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground at) Bukit Jeram.


Kami pergi ke bahagian lain Jeram untuk melihat satu lagi tanah perkuburan. Kata kenalan yang dipanggil Raden ini, ada satu kelompok makam milik kerabat diraja, tak pasti dari mana. Lihat Tanah perkuburan di dalam estet kelapa sawit (Burial ground inside a palm oil estate of) Jeram.


Dia juga menunjukkan sebuah makam lain berdekatan pantai.


Perlu menyeberangi sebuah jambatan kayu masuk ke sebuah estet kelapa sawit juga.


Kelihatan kepuk makam yang amat terserlah.


Pokok di sebelah makam kelihatan begitu cantik.


Menghala ke pantai kami dapat menemui orang tempatan yang tahu sedikit cerita. Katanya makam yang baru dilihat tadi adalah milik Lebai Hussin, seorang alim berilmu tinggi yang hidup sekitar 140 tahun. Makamnya pula dianggap keramat. Lihat Makam (Tomb of) Lebai Hussin, Jeram.


Sebenarnya kami mahu melihat pemandangan indah matahari terbenam. Tetapi disebabkan perbualan dengan orang tempatan tersebut kami terlupa. Tak mengapalah. Cukuplah dapat berehat di tepi pantai. Sambil itu teringat kata-kata orang itu yang berumur 72 tahun tetapi kelihatan seperti lelaki awal 50an bahawa dahulu tahun 1920an sekolah abangnya terletak hampir setengah batu ke laut dari garisan pantai sekarang. Ini membuat saya teringat satu lawatan ke sekitar ini untuk mencari kaitan dengan sebuah mimpi. Lihat artikel Pantai berdekatan Pulau Angsa yang dibuat 8 bulan lalu...






Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing-pusing di Gua Musang sebelum ke Dabong


Selain mahu bersolat kami singgah di Masjid Tengku Faiz Petra untuk bertemu dengan seorang rakan yang menetap di Gua Musang. Tidak lama kemudian datang suaminya menjemput kami untuk ke rumah. Kami pun menghala ke pekan lama. Lihat artikel A quick look at the town of Gua Musang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selepas singgah sebentar di rumah kenalan yang kami panggil Kak Pah itu kami keluar kembali ke pekan dengan Kak Pah dan dua daripada anaknya ikut sama di dalam kereta kami.


Ada tempat yang mahu dituju. Tapi sebelum itu saya mahu singgah mengambil gambar dua buah masjid di pinggir pekan, salah satunya ada kubur di dalamnya. Lihat artikel Sebuah masjid di pekan lama Gua Musang (A mosque at the old small town of Gua Musang) dan Masjid (Mosque of) Razali, Gua Musang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kemudian buat satu lagi pusingan melalui pekan lama Gua Musang.


Baru keluar dari kawasan...


Tempat yang ingin dituju terletak menghala ke Kuala Lipis.



Kena masuk ke dalam.


Sampai sahaja jam kereta menunjukkan nombor ini.


Selamat datang ke bukit batu kapur yang dipanggil Gua Madu.


Apabila kelihatan jalan naik ke sebuah gua di bahagian atas saya pun memanjat. Lihat The caves of Gua Madu.


Menariknya ada surau di dalam gua bahagian bawah.


Dalam surau pula ada sebuah makam. Lihat Surau (Small praying hall of) Gua Madu.



Di hadapan gua ada dataran dan sungai.



Ia adalah bahagian ulu Sungai Galas, satu dari dua sungai utama yang membentuk Sungai Kelantan sepertimana Sungai Tembeling dan Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang. Saya pun memasukkan kaki ke dalam air sebagai syarat. Lihat The river Galas at Gua Madu.


Puas di Gua Madu kami menghala ke Dabong yang terletak ke utara.



Di satu bahagian kami berjumpa balik Sungai Galas yang sudah membesar di mana kami turut menyeberangi sebuah pulau. Lepas sahaja dari jambatan kelihatan sebuah masjid kecil lalu saya pun singgah mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) Pulau Stelu.



Hari semakin gelap.



Namun kira-kira 20 km dari Dabong kami tetap meluangkan waktu untuk melihat sebuah air terjun.




Sampai di Jelawang kami masuk ke sebuah rumah homestay kampung. Setelah berehat sedikit, mandi, bersolat, bersiap dan makan malam kami keluar ke pekan Dabong terus ke stesyen keretapi.



Bukan apa. Saya suka suasana santai di sini. Lagipun saya mahu menunjukkan kepada isteri di sinilah saya pernah sekali menaiki keretapi sampai lewat malam kemudian bermalam di sebuah masjid di mana saya mengalami masalah sakit perut dan cirit-birit yang teruk amat... sehingga 10 kali gitu harus 'membuat deposit'. Namun esok paginya saya cuba gagahkan diri juga memanjat sebahagian Gunung Stong untuk melihat bahagian atas air terjunnya yang terkenal sebagai paling tinggi di Asia Tenggara. Lihat artikel lama Gunung Stong, air terjun tinggi, sakit perut yang amat sangat dan Chik Siti Wan Kembang....

Hmm... baru perasan ejaan Chik untuk Cik tu kelihatan agak janggal juga. Tak mengapalah, janji faham. Apapun dengan selesainya artikel ini saya sudah mencukupkan cerita untuk hari pertama perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat penghujung 2010. Biar diberitahu lebih awal, perjalanan bakal meliputi 11 hari ke semuanya. Dengan ini bolehlah saya membuat satu dua artikel selingan selepas ini. :]