



















Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
16 ulasan:
Salam Merahsilu,
Akhirnya kau sampai juga ke makam di bahagian baruh Kg. Api-Api Kuala Selangor. Radencilik bawak ke sana ye?
Inilah dia kampung tok nenek aku dari sebelah mak dan ayah. Mak jawa, dan ayah saya bugis.
Makam yang di bawah pokok kemboja besar tu jika menurut penduduk tempatan ... adalah makam keramat Rubiah. Sebenarnya aku pelik jugak kenapa penduduk menamakannya begitu kerana di Bukit Belanda? sebelah Bukit Melawati Kuala Selangor juga adalah keramat Rubiah. Bila persoalan tu diajukan, setakat ini ... pemberi maklumat pun agak 'puzzled'. Hehehe .... So aku masih menanti maklumat yang lebih tepat tentang ini.
Suatu ketika dulu, disini adalah pantai dan kuala sungai yang besar tempat mudiknya kapal dan sampan2 besar. Kampung ini dinamakan api-api kerana orang2 dulu yang datang dengan sampan dari tanah sumatera dan jawa, akan mengenali kuala untuk mudik melalui jamung api yang banyak di pasang di pohon2 kelapa.
Wallahu A'lam.
Wassalam. Thanks 4 d info bro. Yang keramat Rubiah kat Bukit Keramat tu baju aje. Tapi betul ke kat bawah pokok kemboja tu keramat Rubiah juga? Sebab feel macam makam lelaki, tak tahu le kalau aku yang silap...
Saya belum dapat memastikan sebenar2nya nama keramat tersebut. Akan saya selusuri lagi untuk keterangan lebih jitu. Cuma dikawasan ini dahulu adalah labuhan penting .... bagi penduduk permatang/kg api-api.
Sejarah Jeram sampai ke Kg Kuantan punya waktu yang cukup panjang, dari zaman Paduka Mimat ibni almarhum Sultan Mansur Syah sampailah ke pembukaan negeri Selangor oleh waris2 Daeng Celak. Mungkin juga lebih lama lagi semasa memerintahnya Tun Perak di Jeram sampai ke Rantau Klang.
Ini maklumat yang ditaip oleh saudara Raden/Fendy dan dihantar ke FB saya... diambil dari sebuah buku mengenai Kuala Selangor.
6. Mukim Jeram
Jeram bukannya asing lagi dalam sejarah negeri selangor , malah Jeram dikenali sebagai perlabuhan dalam kurun masihi 15 lagi. Jeram merupakan sebuah pekan kecil di persimpangan empat arah iaitu arah Kuala Selangor, Kelang, Pantai Jeram dan ke Bukit Kerayong. Dari Pekan kuala selangor lebih kurang 10km sahaja.Jeram terkenal dizaman kegemilangan melaka dizaman sultan Mansor Shah . Baginda menghantar puteranya bernama Paduka Seri CIna, hasil perkongsian hidup baginda dengan Puteri Hang Li Po, iaitu puteri raja cina untuk merajai Jeram.
Asal nama Jeram 90% para sejara selangor bersetuju bahawa namaJeram itu bukan dari air terjun tetapi adalah dari sebatang pokok besar berdaun rimbun. Pokok yang tumbuh kira2 100meter kearah pantai jeram dengan bukit Jeram.
Dahulunya pokok inilah yang menjadi pedoman kepada kapal yang lalu lalang diselat melaka.Terutama kapal tersebut yg ingin masuk ke perlabuhan jeram dalam kurun 14 dan 14 Masihi. Tinggi pokok ini dikatakan jika ia tumbang hampir 11 batu jauhnya..Besar lilitan batangnya sepanjang 20 pemeluk dibahagian pangkalnya.
Pokok besar ini dikelilingi oleh pokok2 kecil yang tumbuh dikeliling lereng bukit itu.Apabila ditiup angin ataupun ribut maka ia akan mengeluarkan bunyi Menderam. Dari situlah nama Jeram tercipta.
Sebagaimana mukim2 lain, ada beberapa buah kampung kecil yang termasuk dalam mukim Jeram ini diantaranya ialah Jeram Batu 20, Sungai Janggut, Sungai Sembilang,Tambak Jawa, Bukit Kuching, Bukit Cheraka, Bukit Hijau ,Pantai Jeram, Sungai Buloh dan Kampung Nelayan.
Sambung...
JERAM DIBUKA
Terdapat dua pengakuan yang menyatakan Jeram ini dibuka satu daripadanya mengatakan ada 4 orang lelaki yang tidak diketahu namanya. Tetapi dapat diagakkan bahawa mereka ini dari siam. Ini berpandukan pada pahatan nama mereka dalam bentuk tulisan cina. Dalam KM 14 angkatan siam ada datang untuk menyerang Melaka. Dalam Buku Sejarah mMelayu ada menyebut "Sultan Muzaffar Shah, Sultan Melaka tidak mahu menyembah Siam menjadikan Raja Siam amat marah dan mengarahkan AWI CAKRI Panglimanya menyerang Melaka.
Ada kemungkinan peperangan ini Melaka tidak dapat dikalahkan adalah dengan itu orang Siam yang tidak mahu balik ke negaranya dan membuat kediaman disitu (Jeram). Selepas itu datang lagi seorang bernama Cik Semali datang dari Melaka dan membuat tempat disitu serta berbaik2 dengan penduduk tempatan.
Dalam pendapat yang kedua menyatakan "Ada sekumpulan orang dari RIAU seramai 7 orang yang diketuai oleh Raja Juma'at diminta mencari seorang ulama bernama Syed Abdullah dari Parsi, kononnya Syed Abdullah ada mempunyai puteri yang cantik. Beliau bertapa diatas bukit Jeram yang terdapat sebatang pokok besar yang tiada tandingannya. Rombongan ini pun bertemulah dengan yang dikatakan Bukit Jeram itu lalumereka pun terus singgah dan naik kedarat.
Malangnya orang yang dicarinya itu tidak berjumpa. Sebagai mengelakkan rasa malu hendak pulang ke Riau maka mereka mengambil keputusan untuk membuka kebun dan menetap disitu" lalu mereka pun menamakan tempat itu sebagai JRAM.
Di Jeram ini juga terdapata beberapa kesan sejarah, pekan Jeram ini dahulunya sampai 2 batu dari pekan yang ada sekarang ini ke pantai.Tapi disebabkan akan alam pekan dan bangunan yang ada disitu terus dimusnahkan oleh ombak laut maka pekannya terpaksa dipundahkan jauh ke tanah darat.
Diantara kesan2 lama yang terdapat di Pantai Jeram itu ialah tapak rumah rehat, kesan bangunan sekolah melayu, Pejabat kastam, Klinik dan Balai Polis. Selain itu juga terdapat Keris Raja Mahadi,Gua Puaka,Telaga Puteri Hang Li Po, anak tangga batu dan makam lebai Husin.
Lagi...
Bukit Jeram terletak lebih kurang 3km ke utara atau berhampiran dengan pekan Sungai Buloh. Jika dipandang dari jauh dan diamati bukit ini merupakan seperti seekor singa jantan yang sedang tidur.Spasang kakinya berada dihadapan. Itulah kata Tuan Hj Muhammad bin Abd Jalil, seorang pesara guru tempatan mengatakan bukit ini pernah mendapat nama jolokan "Bukit Singa Beradu".
Bukit ini pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi seewaktu menentang Tengku Kudin untuk merampas Kuala Selangor yang dikuasi oleh Raja Musa , Putera Sulung Sultan Abdul Samad. Dalam tahun 1942 pula bukit ini dijadikan markas tentera Jepun disamping mengadakan Sukatan Kaji Cuaca.
Dikatakan lagi terdapat dua bilah keris kepunyaan Raja Mahadi tersimpan dalam gua dibukit Jeram ini . Keris pertama bernama Merbuk dan sebilah lagi bernama Keris Sapu Rantai Sembilan Desa yang telah diambil dan disimpan oleh Tuan Haji Muhammad bin Abdul Jalil salah seorang peminat perkembangan sejarah yang mengikut cerita beliau adalah dari keturunan bugis.
Gua Puaka ini merupakan salah satu kesan sejarah Jeram. Gua ini terletak dibahagian Selatan bukit. Dikatakan juga dalam gua ini sangat gelap.Malangnya masa kini hal tersebut tidak dapat hendak disaksikan lagi kerana ia telah ditutupi dengan semak samun sementara pintu guanya telah tersumbat.
DiBahagian barat Daya Bukit Jeran ub terdapat sebuah perigi tua berukuran 1.8x1.5meter bertembokkan batu pejal terbina kemas. Airnya sentiasa tenang dan jernih.Air ini juga tidak pernah kering. Ada yang mengadakan didalam kolam ini terdapat seekor ikan pelaga yang cantik rupanya yang menjadi mainan puteri raja suatu ketika dulu.
Sebelumnya kemudahan paip mengalirkan airnya kerumah-rumah penduduk jeram, dikolam inilah mereka gunakan untuk mandi-manda dan mencuci pakaian dan sebagainya. Ada yang menamakan perigi Jeram. Ada juga dinamakan Perigi Puteri malah ada yang memanggil perigi Melaka. Perigi ini dikatakan adalah tempat cucu Hang Li Po bermain dan bermandi manda bersama dayang-dayangnya didalam taman sambil memetik bunga-bungaan dan mendendangkan lagu irama melayu.
Kira-kira 400 meter dari pantai Jeram terdapat satu kawasan tanah perkuburan lama. Dalam kawasan init erdapat perkuburan yang lebih panjang dan lebar. Pusara ini bersih berkebung dengan batu simen. Didalamnya tersedia sepasang batu nesan bulat yang melambangkan bahawa siempunya pusara seorang lelaki. Mendapat penerangan dari anak tempatan mengatakan "Pusara itu kepunyaan seorang yang warak bernama LEBAI HUSIN. Beliau datang dari tanah jawa. Beliau meninggal dunia ketiaka umurnya dalam lingkungan 70 tahun. Semasa hayatnya kebanyakkan kata-katanya menjadi kenyataan. Terutamanya kepada mereka yang mungkir janji.Beliau juga terkenal sebagai seorang pendakwah yang disegani dan dihormati. Dari sikap banyak beramal sedikit bercakap dan sering membantu mereka yang teraniaya , penduduk Jeram menganggap beliau seorang keramat dan digelar pusaranya Makam Keramat Lebai Husin.
Fakta Menarik.
1. Kira2 dalam tahun 1910 Jeram pernah dikejutkan oleh penemuan sepucuk meriam kecil yang dinamakan Meriam Lela. Ia ditemui oleh nelayan di Sungai Buloh kira2 3 Batu dari pekan Jeram. Meriam Lela ini telah selamat dinaikkan ke darat setelah upacara tradisi dijalankan.Kini Meriam Lela tersebut disimpan di Muzium Negara Kuala Lumpur.
2. Sekolah yang mula mula dipantai Jeram itu dibuka pada 1 Januari 1886. Guru besarnya yang pertama ketika itu ialah Raja Saifullah bin Raja Abdullah.
3. Sementara Sungai Buloh merupakansebuah pekan kecil yang dikatakan telah dibuka oleh dua orang putera Raja Inderagiri Sumatera iaitu Rja Sulaiman dan adiknya Raja Ja'afar. Setelah Sungai Buloh dibuka ramailah para nelayan datang untuk menangkap ikan dan semuannya berpengkalan di Sungai Buloh. Mereka bersetuju mengangkat Raja Sulaiman menjadi Penghulu Mereka yang pertama.
4. Pada ketika itu Jeram juga mempunyai penghulu bernama Engku Abdullah pada tahun 1892 mewakili sultan selangor.
Info yang menarik tentang Jeram.
Cuma saya sedang mencari satu kepastian cerita tentang 2 ulamak yang bertentangan di Jeram sehingga membawa kepada campurtangan pihak istana. Saya kira waktu itu tampuk pemerintahan adalah dari keturunan Sultan Salehuddin, sultan selangor yang pertama.
Dari ceritanya, telah dilepaskan satu sumpahan kepada penduduk jeram oleh salah seorang ulamak yang telah dihukum. Dari kisah yang saya dengar, ulamak tersebut telah dibakar dengan api, kemudian di pasung di dalam laut, tenggelam waktu air laut pasang namun sehingga air surut, ulamak tersebut masih lagi bernyawa. Bagaimanapun ulamak tersebut telah memberitahu akan cara nyawanya dapat diambil, namun telah melepaskan satu sumpahan.
Ingin sekali mendapat kepastian, perkara terperinci tentang kisah ini. Wallahu a'lam.
Wah. Satu cerita yang menarik. Dapat nanti jangan lupa kongsi kat sini ya. :]
salam,
Cerita mcm sama dgn "kubur panjang" .
Dah tentu saya akan kongsikan disini ceritanya jika ketemu periwayat yang lebih meyakinkan.
Macam mana pula dengan cerita kak anggun? cerita "makam panjang" tu adakah makam lebai husin?
Makam panjang tu yang ada pokok kemboja dekat Pasir Tuntong. Makam Lebai Hussin yang kemudian, dekat pantai Jeram.
salam,
Tentang "kubur panjang" tuh nama dia Tok Laut. Di katakan berlaku pergolakan di tanah Bugis lalu beliau membawa diri . Dalam pelayaran, kapal pecah. Nelayan terjumpa beliau dalam keadaan badan dah ditumbuhi karang laut, hanya mata yang masih berkedip-kedip.
Kuburnya makin hari makin panjang. Itu yg dipanggil kubur panjang oelh penduduk setempat. Ada dlm artikel di sini.
Terima kasih banyak2 abg ms dan kak anggun. Akan saya tanyakan lebih lanjut kepada sedara mara di sana tentang Tok Laut.
:D
Salam bang alhamdulillah abg da sampai di makam keramat kg.api- api sebelah makam panjang tu lah makam keramat datuk saya pawang jumpol @ tok jumpol (pawang sultan abdul samad) makam nya sebelah kiri klu berdiri dari pokok kemboja tu bila abg nk dtg kuala selangor lagi boleh kita berjumpa...email saya bani.jawi81@gmail.com semalam sy bru balik dari jugra pergi berjumpa dgn tok karim juru kunci makam sultan abdul samad
dekat bukit jeram tu memang ada tanah perkuburan,,kalau ditengok betul2,terdapat keturunan sultan selangor yang disemadi dikawasan itu,adayang menggunakan gelaran DAENG..ada makam yang batu nesannya dibalut kain kuning..terdapat lebih kurang 10 kubur yang ianya ada kaitan dgn makam diraja di Kuala Selangor...kawasan bukit jeram tu juga terdapat kuasa mistik yg belum diketahui terutama puncak bukit..kawasan ini juga dikatakan dijaga oleh Panglima Hitam yg menjaga bukit jeram dan bukit melawati...kalau nak bertapa dibukit jeram ni boleh juga..
Tuan tanah mohon contact sy 0126281787..ade urusan penting nak tau pasal makam tersebut..mohon bantu
Catat Ulasan