OK. Masuk pada hari ke-7 perjalanan di Kalimantan. Untuk penceritaan kali ini 5 artikel sokongan harus disediakan terlebih dahulu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART, 8 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis.
Pagi Khamis 15 Oktober 2026. Saya dan isteri bersedia untuk memulakan perjalanan jauh berdua dengan menaiki motosikal.
Ambil gambar meter sebelum bergerak. Supaya dapat memantau jarak.
Hal ini, laluan-laluan yang boleh dipakai, tempat-tempat yang ingin disinggahi sudah difikirkan hampir setiap hari sejak sampai ke Kalimantan.
Sekarang bukan lagi berteori on paper atau atas kertas. Kami mahu bergerak jauh ke arah selatan kemudian ke timur Kalimantan Barat.
Asalnya mahu menyewa kereta. Itu harus lebih selesa dan selamat apalagi perlu meredah jerebu. Tetapi perjalanan jauh pertama dengan kereta hari sebelumnya seperti diceritakan dalam
Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis menunjukkan lebih mudah naik motosikal. Walaupun lebih mencabar dan memenatkan lebih mudah memotong. Dapat pula masuk tempat-tempat yang tidak boleh dicapai dengan kereta.
Laluan yang mahu diambil memerlukan kami merentas sistem delta Sungai Kapuas yang sangat luas. Perlu naik kapal lalu ditinjau jadual di pelabuhan berkenaan, sekitar 35km ke selatan kota Pontianak.
Ada feri yang boleh membawa kereta menghampiri arah tujuan tetapi tidak pada hari itu. Sebagai ganti boleh naik kapal besar kayu yang dikenali sebagai Kapal Klotok. Boleh bawa naik motosikal. Lihat
The port of Rasau.
Memandangkan kapal cuma akan bergerak jam 5 petang sedangkan kami sampai jam 11.30 pergilah berjalan dahulu untuk ke satu tempat. Ia memang termasuk dalam rancangan keseluruhan saya di Kalimantan. Cuma belum jelas bilakah masa paling sesuai untuk bergerak.
Untuk ini pun perlu naik kapal menyeberangi Sungai Kapuas. Dari jeti sekitar 13km ke hulu dari Rasau.
Kapalnya kecil tetapi cukup untuk memuatkan beberapa motosikal.
Sambung perjalanan dengan motosikal.
Setelah beberapa lama sampailah ke tempat yang dimaksudkan.
Ia adalah pusat sebuah kerajaan Melayu yang seperti Pontianak pernah diterajui para Habaib keturunan Nabi Muhammad SAW. Cukuplah dengan gambaran yang boleh diberikan melalui artikel-artikel berikut :-
Meter motosikal berbanding ketika memulakan perjalanan menunjukkan ia sudah dipandu hampir 80km.
Di hadapan masjid mendapat tahu kapal dari Rasau singgah dalam perjalanan ke selatan lalu tak perlulah berpatah balik. Dapatlah bersantai lama di Kubu sambil menunggu kapal sampai. Lihat :-
Malah kami diajak berehat, mandi dan solat di rumah warga tempatan. Selepas jam 7 baru ke jeti utama untuk menunggu kapal.
Tiket naik Kapal Klotok. Motosikal dikira sama harga dengan seorang penumpang dewasa.

Gambar ini diambil jam 8.07 ketika kapal menghampiri jeti.

Motosikal pun ditolak dan angkat naik ke tingkat terbawah kapal.

Bergerak meninggal jeti. Menginaplah kami malam Jumaat dalam kapal. Ternyata ia pengalaman paling seronok sekurang-kurangnya pada tahap ini. Lihat Taking the Kapal Klotok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan