Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 12, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Perjalanan motosikal paling jauh dalam satu hari

Salam. Pergi pada hari ke-10 perjalanan Kalimantan. Ia adalah hari yang mana saya perlu menunggang motosikal paling jauh dalam satu hari demi mencapai sasaran. Bersambung daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Menyusuri tinggalan kerajaan Tanjung Pura/Matan sebelum bergerak lebih jauh.



Pagi Ahad 18 Oktober 2026 jam 8.51 pagi. Selepas bermalam di sebuah rumah penginapan di Sandai kami bersedia untuk menyambung perjalanan.



Naik bukit ke hadapan sedikit. Saya diberitahu ada makam lama di atas.



Cuma apabila sampai baru tahu ia adalah milik seorang pemerintah yang sejarahnya pada saya sangat penting dalam memahami apakah telah berlaku pada kerajaan Tanjung Pura zaman berkenaan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sultan Zainuddin Matan  di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Jam 10 berhenti di tempat ini. Namanya Laur kalau tak salah ingatan.






Kami mahu bersarapan.



Sejam kemudian berhenti di tempat ini.



Ketika itu meter motosikal menunjukkan ia sudah ditunggang lebih 500km sejak meninggalkan rumah biras di Pontianak pagi Khamis. Rujuk kembali Menyahut panggilan Kalimantan - Mula bermotosikal jauh, kerajaan Kubu dan naik Kapal Klotok.



Gambar ini dipula diambil jam 1.09 petang ketika hendak berehat di sebuah masjid.



Kami menemui beberapa van besar membawa jemaah umrah berhenti berehat, dalam perjalanan untuk mengambil kapal terbang dari Pontianak. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Ilmi, Desa Balai Pinang, Simpang Hulu.


Sejam lebih kemudian berehat rehat di tempat ini pula.



Memang perjalanan kali ini memerlukan banyak kali berhenti rehat kerana begitu jauh. Lalu kami jadi sakit punggung dan badan apatah lagi saya sebenarnya sudah lama ada sakit tulang tongking. Apapun paling best atas jambatan panjang menyeberangi Sungai Kapuas. Siap makan rojak di tengah jambatan lagi. Lihat The long bridge at Tayan di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH. .



Ini di sebuah masjid yang juga sering digunakan untuk berhenti rehat bagi mereka yang membuat perjalanan dari Pontianak untuk ke Kuching, Sarawak, dalam negara Malaysia. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Khair, Sosok.



Jam 5.52 baru sampai di Sanggau di Maghrib masuk jam 5.25. Berhenti di kedai serbaneka untuk mencari alas atau serupa yang boleh membantu mengurangkan sakit punggung dan tongking. Ketika itu masih ada 127 km bersamaan 3 jam perjalanan untuk sampai ke sasaran.

Apakah sasaran itu? Tunggu artikel sambungan. Akhir sekali saya hendak memberitahu. Ada orang meminta agar dibuat peta menunjukkan tempat-tempat dalam perjalanan. Sebetulnya peta bagi setiap hari perjalanan sudah ada. Cuma akan dikongsikan dalam artikel khas apabila selesai penceritaan semua 17 hari perjalanan.


Tiada ulasan: